11.3.12

Empayar XIII : Antara Topkapı,Dolmabahçe Dan Hari Ini (Bahagian Terakhir).

Prenote : Memaki hamun tidak membawa sebarang penyelesaian.Persoalan yang perlu ditanya adalah : Apa yang sudah anda lakukan untuk menyelesaikan permasalahan ini?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Hampir seminggu - saya biarkan blog ini tidak diupdate selepas menguruskan Projek Al-Quran Percuma untuk Edisi bulan ini.

Hampir seminggu juga saya tidak online dengan kerap.

Tujuan saya berbuat begini untuk merenung dan merefleksikan diri ini - dan ternyata saya masih lemah.Dan hakikatnya,manusia sememangnya lemah.

Kekuatan itu hanya kita miliki dengan kembali kepada Allah SWT.Kerana kekuatan dan kemuliaan itu - datang daripada-Nya.

"Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan..." [35:10]

Berpeganglah kita dengan jalan ini,walau badai datang melanda,walau taufan datang menggoncang.Tetaplah berpegang.Kerana hanya dengan berpegang dengan kebenaran ini,kita akan mendapat redha-Nya.Lantas terselamat di dunia dan juga Akhirat.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam)..." [3:103]

*** *** ***

Dalam Dua Penulisan yang lepas dalam Siri Empayar ini,saya telah mencoretkan Pendapat Peribadi saya mengenai Punca Kejayaan Muslim pada Zaman Ottoman Empire,dan juga Punca Kejatuhan mereka.

Hari ini saya ingin cuba mengaitkan Pemerhatian itu,dengan Situasi kita pada hari ini.

*** *** ***


Saya yakin ramai dalam kalangan anda - Teman Pembaca sudah menonton video di atas,atau sekurangnya membaca mengenainya.

Sedih - itulah reaksi yang mampu dinukilkan hati ini.

*** *** ***

Manusia pada hari ini - majoritinya sedar betapa pincangnya Sistem yang mereka jalani.

Sistem Manusia Tamadun Barat yang kita jalani pada hari ini - lebih mementingkan luaran dari dalaman.Lebih mementingkan material dari spiritual.

Masing-masing cuba mencari Solusi dengan mengadakan pelbagai Undang-Undang 'Kebajikan' baru.Tapi masih,perkara yang sama berulang.

*** *** ***

Kita Umat Islam sebenarnya - punya kunci Penyelesaian kepada Masalah-Masalah Moral yang melanda pada hari ini.

Kerana apa?

Islam itu datang dari Maha Pencipta yang Tahu apa yang terbaik untuk ciptaan-Nya.Dan kita ini manusia - ciptaan-Nya.Jadi,tentulah Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Tapi,sayang.

Keindahan Islam itu tercemar kerana kita Muslim meninggalkan Islam itu sendiri.

Siapa yang hendak percaya bahawa "Islam ada Solusi untuk Krisis Moral Dunia" pada hari ini - andai Umat Islam sendiri gagal mempamerkan contoh yang baik kepada manusia lain?

Video di atas sudah cukup jelas untuk memberi Pengajaran yang amat besar buat hati-hati yang mahu mengambil pengajaran.

Saya tidak mahu salahkan sesiapa dalam video itu kerana kita tidak tahu situasi sebenar yang berlaku.

Tapi,saya mahu kita ambil masa untuk renung diri kita.

Bagaimana boleh berlaku dalam Negara yang majoriti Penduduknya adalah yang mengaku Muslim - tapi masih wujud Golongan yang 'susah' seperti ini?

Di manakah hilangnya Peribadi Saling Membantu dalam Jiwa kita?

Akibat mengejar Material dan Sikap Tamak Lagi Hamak,kita sedikit demi sedikit menjadi 'binatang yang bertopengkan manusia'.

Bayi dibuang,zina berleluasa etc etc - jika diperhatikan,ini sebenarnya satu PERINGATAN dan AMARAN untuk kita!Agar kita kembali kepada-Nya.

*** *** ***

Jadi saya di sini,ingin MENYERU kepada semua Muslim agar bermuhasabah diri.

Jadilah Muslim yang sebenar - yang Muslim pada peribadinya,bukan hanya pada Profile Social Networknya sahaja.

Jadilah Muslim yang bersedekah - bukan yang kedekut.

Bantulah Umat Islam di sekeliling kita.Bukalah mata kita.Kalau ada orang susah di sekeliling kita,janganlah kedekut untuk membantu.

Ingatlah,sedekah tidak sedikit pun mengurangkan hartamu,jika diniatkan semata kerana-Nya.

Orang yang pernah mengalami perkara ini tentu tahu kebenaran perkara ini.

Percayalah,rezeki itu datang dari Allah SWT.Bantulah manusia lain yang berada dalam kesusahan.Insya-Allah,ada rezeki yang lebih baik untuk anda kelak.

*** *** ***

Jika direnung,kita punya kekayaan,kita punya bilangan yang banyak - tapi di mana silapnya?

Silapnya adalah kerana kita meninggalkan Islam.

Itu silapnya.

Kembalilah.

Bertaubatlah.

Dan percayalah,Allah SWT tidak sekali-kali lalai akan perbuatan kita.Dan Dia Maha Adil lagi Maha Penyayang.

Dan katakanlah kepada orang-orang yang tidak beriman: "Buatlah apa yang kamu sanggup melakukannya (dari perbuatan ingkar itu). Sesungguhnya kami juga tetap mengerjakan (nasihat pengajaran yang Tuhan berikan kepada kami).

Dan tunggulah (akibat yang buruk yang akan menimpa kamu)! Sesungguhnya kami juga menunggu (akan kemenangan dan kejayaan yang dijanjikan oleh Allah kepada kami)".

Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. [11 : 121-123]

Renungkan juga Terjemahan Ayat-Ayat Al-Quran di bawah ini.

(Kisah Nabi Nuh) itu adalah dari perkara-perkara yang ghaib yang Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), yang engkau dan kaum engkau tidak mengetahuinya sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik (yang membawa kejayaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat) adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. [11 : 49]

Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan. [11 : 115]

Keyword di sini adalah Sabar.Betapa sering diingatkan kita di dalam Al-Quran bahawa kejayaan itu hanya milik orang yang bersabar.

Jadi bersabarlah.



Itu sahaja untuk kali ini.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : 7 Naskhah Al-Quran telah diposkan.Dan kemungkinan besar telah sampai kepada Penerima-Penerima.Sesiapa yang ingin menyumbang Dana untuk Giveaway Buku Islamik,boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com.

P/P/S : Kisah Istanbul akan disambung dalam Penulisan seterusnya.



8 comments:

  1. kenapa cerita takda kaitan dgn tajuk?
    tapi ape2 pon,mcg nak disampaikan tu sampai jugak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ada kaitan.
      ini sebenarnya penulisan bersiri dalam penulisan bersiri.

      ini link untuk bahagian pertama

      http://baikiminda.blogspot.com/2012/03/empayar-xi-antara-topkapdolmabahce-dan.html

      ini link untuk bahagian kedua

      http://baikiminda.blogspot.com/2012/03/empayar-xii-antara-topkapdolmabahce-dan.html

      Delete
  2. Assalamu'alaikum Umar

    Sayu makcik nengokkan hal mak yang ditinggalkan ni... benar kata Umar kita tak dapat nak salahkan sesiapa kerana Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.. apa yang boleh kita buat ialah sentiasa muhasabah diri.. semoga kita mati dalam Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam...astaghfirullah.

      Betul tu mkcik.sama2 kita doakn.amin

      Delete
  3. Salam. Sedey dan malu pon ada bila saya tengok video. Sedey dgn anak yang tak kenang jasa ibu nauzubillah, bukan mahu menyalahkan cuma meluahkan dan malu dengan bangsa lain yang kalo tgk video tu lebey punya rasa kasih dan sayang. Wallahua'lam huhuu.. Arap2 tak termasok dlm golongan anak derhaka

    Semoga urusan anda sentiasa dipermudahkanNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.alhamdulillah.terima kasih.amin.sama-sama kita ambil pengajaran.

      Delete
  4. http://www.youtube.com/watch?v=qErMK49TsW4

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jazakallah anon..

      Seperti yg dtulis d atas,i dont want to blame anyone as kita xtau apa yg sbnrnye brlku..

      Tpi utk diri kita - perlu kita tny soaln ni - bgaimna ada lg org yg sush dkt kita,tp kita sbgi Muslim xtolong?

      Delete