15.3.12

Empayar XIV : Muslim Itu Sepatutnya Kuat.Bukan Lemau.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (MAHU) beriman. [12:111]

Golden Age

Sebelum bermula,sekadar ingin berkongsi beberapa fakta yang diharap dapat memberi kesedaran kepada kita semua.

Tahun 750-1258 - Zaman ini digelar sebagai Zaman Kegemilangan Islam (Link).Kenapa digelar Zaman Kegemilangan Islam?

Kerana di dalam Tempoh inilah menyaksikan Islam berkembang dengan Pesat sekali.

Berapakah Jarak antara kedua-dua Tahun ini?

Lebih 500 Tahun.Perhatikan.Ianya bukanlah suatu tempoh yang singkat.

Semasa Zaman ini,Muslim menyebarkan Islam - berjuang untuk menyeru manusia kepada Kalimah Syahadah dengan begitu aktif sekali.

Saya baru membaca satu Artikel di mana ada sebuah Masjid yang dinamakan dengan nama Umar Al-Khattab di Benua Afrika.

Para Sahabat RA yang lain juga meluaskan Pengaruh Islam sehingga ke merata Pelusuk Dunia,sehinggalah Islam sampai kepada kita di Tanah Melayu.

Semua ini semata-mata untuk menyeru manusia kepada Allah SWT - untuk mengajak manusia kepada Kalimah Syahadah.

Membuat saya terfikir.

Apakah perkara ini boleh berlaku - andai Umat Islam pada ketika itu bermalas-malasan?

Apakah perkara ini boleh berlaku - andai Umat Islam pada ketika itu hanya berseronok-seronok dunia semata?

Jawapan yang saya dapat adalah - tidak.Tidak sekali-kali.

Semua ini tidak boleh berlaku andai lemah Iman di dada,andai rasa cinta kepada dunia menebal pada diri - dan sudah semestinya perkara ini tidak boleh berlaku andai tiada PENGORBANAN yang dilakukan.

Astaghfirullahalazim.

Saya teringat quote dari buku Islamic Renaissance yang saya baca tidak lama dahulu yang berbunyi lebih kurang begini - "Umat Islam tidak boleh bangkit kembali selagi Punca kepada segala masalah kita pada hari ini tidak diselesaikan.Apakah Punca itu?Akidah yang lemah".

Ada kebenaran di situ.

Apa yang saya hendak cuba sampaikan di sini?

Kita pada hari ini setiap hari dihadapkan dengan pelbagai Status Islamik,atau mungkin kita sendiri yang menulis Status-Status itu.

Tapi tiada guna Status-Status itu dibaca - andai tiada tindakan yang diambil oleh kita dalam "Dunia Sebenar" - ya Dunia Sebenar di luar sana,bukan Internet - tiada guna semua itu andai kita tidak mengambil langkah untuk mengamalkan Islam di luar sana.

Mari ambil contoh.

Kita pada hari ini cenderung untuk berdebat panjang dalam Internet tentang Sedekah/Membantu Orang Susah - then what?Kenapa Pengetahuan itu hanya terhenti dalam Internet?Kenapa ianya tidak dibawa dan diamalkan ke Dunia Luar?

Kalau dilihat Artikel saya yang sebelum ini saya ada kongsikan sebuah video yang menyayat hati.

Bagaimana boleh perkara ini berlaku tatkala Negara kita diduduki oleh manusia yang separuh daripadanya mengaku sebagai Muslim!

Astaghfirullahalazim.

Wahai Saudara-Saudaraku sekalian!Berubahlah!Kembalilah kepada Islam!Janganlah kita menjadi manusia yang berpaling setelah diberikan peringatan kepada mereka.

*** *** ***

Video

Saya tidak dapat meneruskan Penceritaan tentang Istanbul pada hari ini.

Sebenarnya jadual saya agak sibuk juga sejak akhir-akhir ini.

Itulah sebab kenapa saya jarang menulis.

Tapi,saya ingin kongsikan sebuah video.

Sebenarnya saya fikir,saya mahu kongsi Video yang ada diri saya dalam itu.Yakni,di mana saya ada menceritakan tentang Istanbul.

Tapi selepas difikir,saya merasakan kesan buruk dari upload video itu nanti lebih banyak dari kebaikan yang bakal didapati.

Saya sebenarnya amat tidak gemar konsep Upload Gambar/Video Peribadi dalam Internet untuk tatapan ramai.Mengikut Pemerhatian,nanti akan berlaku fitnah,terutamanya kepada yang mengupload itu nanti apabila dirinya dipuji etc.Apatah lagi jika pujian itu datang dari Para Gadis/Jejaka berlainan Jantina.

Itulah sebabnya saya tidak upload Gambar dalam Blog ini.Dulu ada.Tapi sudah dipadam.Kenapa?Baca perenggan di atas.Perkara ini sedikit sebanyak mampu mendatangkan riak.Astaghfirullahalazim.Biarlah orang membaca Penulisan saya untuk mencari Ilmu,bukannya orang datang Blog saya sebab 'saya'.

Sebenarnya perkara ini saya tujukan kepada Para Gadis juga.Jangan terlalu banyak upload Gambar anda di Laman Sosial.Bahaya.Baca sini.

Apa-apapun,ini Video yang dimaksudkan saya.Pendek sahaja Videonya.

Video memaparkan Azan Waktu Asar sedang berkumandang di Turki.


Sedikit penerangan tentang Video di atas.

Apa yang saya perasan,di Istanbul ini,setiap kali azan berkumandang,ramai orang bergegas ke Masjid untuk menunaikan Solat.Memanglah tidak semua pergi ke Masjid.Tapi berbanding dengan Malaysia,jumlahnya masih ramai.

Berbeza dengan kita di Malaysia.Orang dah Iqamah pun,kita masih boleh bertepuk tampar.

Perkara ini saya akan ceritakan next time.

Maaf video bergegar dan singkat.Mesti anda expect video panjang kan?Maaf kerana menghampakan anda.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Hari sudah larut malam.Saya terpaksa berhenti dahulu.

Esok memandangkan saya tiada kelas,saya fikir mahu pergi ke sebuah Pusat Seni Antik.Mahu lihat budaya mereka.Mahu merenung dan merefleksi diri.Terlalu lama online,kadangkala boleh buat kita punya kepala buntu.

Jadi,apa kata kita keluar sebentar.Amalkan apa yang kita baca dalam Internet ini.Sebagai permulaan,Solat Jemaah di Masjid.

Amacam?

Saya akan terus menulis tentang Istanbul mungkin sehingga bulan April.

Sekian.

Salah silap,terkasar bahasa - minta dibetul dan dimaafkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Semua perkara berlaku dengan izin Allah SWT.Kemuliaan itu datang daripada-Nya.Jika inginkan kemuliaan,kembalilah kepada-Nya.

P/P/S : Muslim itu adalah seorang yang 'kuat' dan bersemangat.Jika anda rasa diri anda lemau,check balik diri anda.



1 comment:

  1. oh ya,sesiapa di antara anda yang berminat hendak sumbangkan dana untuk giveaway buku islamik edisi mac,boleh hubungi pospenamaya@gmail.com .
    dana yang diperlukan - rm100 .

    assalamualaikum.

    ReplyDelete