16.3.12

Empayar XV : Stalin,Istanbul Dan Motivasi.

Prenote I : Diminta baca sehingga habis.

Prenote II : Cita-Cita yang tinggi,tetapi dengan niat dan metod yang salah - hanya akan membawa kepada kemusnahan.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


Semalam saya berkunjung ke sebuah Muzium.

Namanya Gulag.

Muzium yang memaparkan kisah di sebalik Penindasan oleh Rejim Stalin.

Ada saya buat coretan tentang perkara ini di Tumblr saya - untuk mengelakkan Penulisan tentang Istanbul tertangguh lagi.Kepada yang berminat,boleh click sini.

Sila ambil perhatian,apa yang bakal anda baca di Tumblr itu adalah sebuah Penulisan Bersiri.Untuk melihat post seterusnya,sila klik button next di bawah setiap Gambar.

"To become as successful as possible" - Sergio Pizzorno

Di atas merupakan sebuah Quote oleh seorang manusia.

Saya kaitkan dengan apa yang saya lihat di Muzium Penindasan Rejim Stalin semalam.

Apa yang saya lihat,ada sesuatu yang sama di antara mereka-mereka ini dengan berjuta manusia lain yang telah membuat sesuatu yang besar dalam hidup mereka.

Stalin memang kejam.Tapi motivasinya untuk berlaku kejam adalah tinggi.

Motivasi.

Apa pula kaitan antara Motivasi Sang Barat dengan Tamadun Islam Istanbul?

Banyak sebenarnya perkaitan antara keduanya.

Hakikatnya Motivasi itu suatu perkara yang sangat penting dalam setiap perkara yang hendak kita lakukan.

Kita Umat Islam pada hari ini sebenarnya berada dalam Zon Selesa yang melampau.

Dalam Pelbagai Bidang - kita lemah.

Hendak cari Ilmu - juga menyaksikan kita kurang motivasi.

Saya merasa sesuatu perlu dilakukan oleh kita untuk merubah diri dengan segera.

Think big.

Jangan sesekali terperangkap dalam 'usaha yang dilakukan kita'.Jangan juga merasa selesa dan menganggap 'kita telah berbuat sesuatu yang besar' untuk Jalan ini.

Dalam kata lain,jangan sesekali merasa puas dalam berbuat kebaikan.Jangan hanya stuck pada satu Level.Sentiasalah berusaha untuk pertingkatkan Level amal.Dan berdoalah kepada-Nya agar diberi kefahaman dan kekuatan.

Terus tingkatkan usaha kita.

Gambar di atas.

Ya.

Di atas sana.

Cuba lihat.

Gambar itu diambil oleh Sahabat saya semasa kami berada di atas Galata Tower pada 3 Februari 2012.

SubhanAllah.

Islam pada satu masa tidak lama dahulu telah berjaya menguasai antara Ibu Kota Terpenting Dunia.

Apakah salah satu Faktor di sini?

Motivasi.

Atau dalam konteks sebagai seorang Muslim - Motivasi mengejar Redha Allah SWT oleh Muslimin pada masa itu.

Dalam Al-Quran disebut,

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. [3 : 133]

Perhatikan.

Allah SWT Menyuruh kita bermotivasi untuk membuat amal dengan bersungguh dalam mencari Redha-Nya.

Malah dijanjikan Syurga dan keampunan untuk orang yang bertaqwa kepada-Nya semasa hayat singkat di dunia ini.

Apakah ini tidak cukup untuk memotivasikan kita,wahai yang mengaku beriman?

Bukankah itu yang kita mahukan?


Video di atas,adalah petikan Wawancara TV yang dihadiri Ustaz Hasrizal.

Saya harap anda tonton.

Ada kaitan dengan perkara yang sedang dibincang ini.

Sama juga dalam konteks Perubahan diri.

Motivasi perlu sentiasa ada.

Berpegang teguhlah dengan jalan ini.

Cuma,dalam bermotivasi,perlu dilihat,apakah Motivasi itu baik atau buruk,dan apakah motivasi itu bakal mengundang keredhaan-Nya,atau kemurkaan-Nya?

Jangan menjadi seperti Stalin,yang bermotivasi dalam kekejaman.

Saya renung kembali apa yang saya lihat di Muzium semalam.

Stalin,Hitler etc sudah mati,Tokoh-Tokoh Islam yang lain juga telah meninggal dunia - tapi apa yang membezakan antara kedua Golongan ini kelak adalah apa yang dibawa mereka untuk menghadap Allah SWT di Akhirat nanti.

Ingat,hanya yang datang dengan membawa hati yang 'bersih dan ikhlas' semasa menghadap-Nya nanti sahaja yang berjaya mendapatkan keredhaan-Nya.

Hakikatnya,Dunia ini sebentar sahaja.Selepas mati,terputuslah hubungan kita dengannya.Akhirat itulah destinasi abadi.

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Persiapkanlah diri untuk ke sana.

Bermotivasilah dalam mencari redha-Nya,bukannya bermotivasi untuk dunia yang fana ini.

Harap anda faham apa yang cuba disampaikan saya.Kalau tidak faham,boleh minta penjelasan.Akan saya cuba terangkan,insya-Allah.

Sebelum mengakhiri Penulisan,saya amat galakkan kepada anda yang ada masa lapang di hujung minggu etc untuk keluar mengembara di Bumi Allah.

Lihat tempat orang,ambil pengajaran.

Jangan asyik duduk depan Laptop.Terlalu lama online Facebook etc - akan menyaksikan kepala jadi Lemau,dan diri anda juga semakin tidak matang.

Dan tiadalah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad) melainkan orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi, supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya? [12 : 109]

Lihatlah dengan mata hati.Jangan menjadi seperti Tamadun Barat yang melihat dunia ini hanya dengan Perspektif Material.Akibatnya,Tamadun Barat yang dibangga-banggakan ini hakikatnya 'kosong' dan 'rosak' dalamannya.

Itu sahaja untuk kali ini.

Salah silap terkasar bahasa,minta dibetul dan dimaafkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan saya.Banyakkan Istighfar.Mohonlah keampunan daripada-Nya dengan hati yang ikhlas.Astaghfirullahalazim.

P/P/S : Video di atas dikongsikan oleh seorang Sahabat semasa saya dalam tempoh awal perubahan diri.Tiga tahun lepas.Masih segar.Pantas masa berlalu.Astaghfirullahalazim.



No comments:

Post a Comment