18.3.12

Empayar XVI : "Malaizia,Malaizia?"

Prenote : Sengaja ditulis sebegini rupa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


Kisah Emre

4 Februari 2012,Jam 2245 Waktu Tempatan Istanbul

Malaiziya,Malaiziya?Malaiziya,murah,murah,10 Lira

Ya,Malaiziya,how'd you know?

Aku tengok muka,gaya pemakaian - aku sudah tahu

Mana engkau belajar Bahasa Melayu?

Aku belajar di Grand Bazaar,mahu baju?

Engkau turut bekerja di sana?

Ya,mencari Rezeki.Malam aku bekerja di sini,mencari rezeki sambilan

Oh,aku Umar.Engkau?

Aku Emre.Aku sudah tunggu di sini Dua Jam,kamu merupakan Pelanggan pertamaku hari ini.Aku fikir mahu tutup sudah tadi

Alhamdulillah,Rezeki Allah

Ya.Itulah sebab kenapa kita tidak boleh berputus asa.

Perbualan terhenti kerana ada seseorang yang lain ingin membeli.

Kau nampak Pemuda itu tadi?

Yang botak itu?

Ya - itu Pemuda Egypt.Katanya Beliau baru pulang dari Umrah

Alhamdulillah,have you been there?

Haji?Ya,Aku akan pergi ke sana bersama Ibuku insya-Allah tahun hadapan.Kami perlu menunggu kuota dan giliran.Kuota bagi negara kami lebih kurang seratus ribu setiap tahun.Ibuku sudah tua,tapi mungkin ada yang lebih memerlukan dan dapat pergi dahulu.Itulah sebab kenapa perlu cari rezeki yang halal untuk bawa ke sana

What'd you mean?

Ya,of course rezeki yang halal.Kalau aku menipu,ini (menunjukkan bahu kiri) - catatannya akan bertambah.Apa aku mahu jawab di hadapan Allah?

Ya,betul,rezeki yang halal perlu kita cari.Alhamdulillah.Insya-Allah akan ada rezeki untukmu

Kita hidup jangan menipu orang,Allah Nampak

Betul.Astaghfirullah.By the way,boleh kita tangkap gambar?Aku Penulis

Ya boleh

And ya,one more - gambar engkau seorang sahaja boleh?

Ya of course

Thanks

This is my E-Mail.Do write me an e-mail later,okay?

Okay,bro,insya-Allah,Assalamualaikum

Walaikumsalam,may Allah bless

*** *** ***

Pengajaran Daripada Kisah Emre

1) Sebenarnya guru yang terbaik bukan kelas,sebaliknya pengalaman di dalam kehidupan sebenar.

Emre bukanlah Pelajar Oxford.Tapi akhlak yang ditunjukkannya lebih mulia dari sesetengah manusia yang bergelar Graduan Universiti Ternama.Bahasa Melayu - dipelajarinya bukan dengan menghadiri Kuliah Berjam-Jam yang membosankan - sebaliknya melalui Diari Jalanannya setiap hari sebagai seorang Peniaga.Hakikatnya,orang yang cemerlang dalam hidup bukanlah orang yang tertakluk dengan Sistem Pembelajaran Cara Universiti,sebaliknya orang yang cemerlang - mereka belajar melalui pengalaman dan perjalanan.

2) Ramai orang yang mahukan apa yang kita ada,bersyukurlah!Dan manfaatkannya sedaya upaya.

Emre mahu menunaikan Haji.Tapi,terpaksa menunggu Giliran dan kuota.Tapi,ada orang,dapat pergi Haji,tapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya.Sama juga dengan perkara lain - contoh mudah - keamanan - berjuta manusia lain mencemburui keamanan kita di Malaysia - tapi kita di Malaysia - tidak memanfaatkannya dengan mencari Ilmu etc - sebaliknya keamananan itu dikhianati kita dengan terus selesa dengan Zon Selesa.Alangkah zalimnya kita pada diri kita sendiri.

3) Sekecil-kecil Perkara akan dihisab,Matlamat tidak menghalalkan Cara

Walaupun dirinya terlalu mahu pergi Haji,tapi Emre menegaskan yang Beliau tidak sanggup menipu dalam Perniagaannya semata untuk dapat keuntungan yang lebih agar dapat dibawa ke sana.Tidak.Ini menunjukkan,kejayaan jika didapati dengan cara yang hina,adalah tidak bermakna.Dan ya,semua perkara akan dihisab di Akhirat kelak - walaupun sekecil zarah.

4) Jangan sesekali memandang rendah pada Golongan Bawahan

Mungkin mereka lebih mulia dari kita.Jangan kedekut!Hakikatnya yang paling mulia adalah yang paling tinggi takwanya kepada Allah SWT.

*** *** ***

Terjemahan Ayat Al-Quran Berkaitan Kisah Ini

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[99 : 7-8]

Bersyukurlah.Dan takutlah balasan-Nya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Astaghfirullahalazim.


2 comments:

  1. Ralat : Emre cakap BM sedikit sahaja.Perbualan di atas berlangsung dalam bm dan bi..tapi ditranslate dalam bm untuk memudahkan penceritaan.saya lupa nak mention perkara ni.harap faham.

    ReplyDelete
  2. Syukur dan Taqwa. InsyaAllah

    p/s: Astaghfirullahaladzim..

    ReplyDelete