21.3.12

Empayar XVII : Kisah Bilal Maarof Dan Imam Mustafa.

Prenote I : Diminta supaya anda yang membaca mengambil masa untuk menghabiskan pembacaan.Ada sedikit Ilmu yang hendak dikongsi.Semoga bermanfaat.Doakan saya.

Prenote II : Insya-Allah,Entri Giveaway Buku Islamik akan diadakan selepas Penulisan ini.Sesiapa berminat menyumbang Dana,hubungi pospenamaya@gmail.com.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menulis.Walaupun begitu,masih ramai yang masuk ke laman ini.Ramai.Kalau dahulu jika saya tidak update,pasti bilangan Pembaca berkurang.Tapi sekarang,Pembaca tetap ada.

Alhamdulillah saya ucapkan.Alhamdulillah ya Allah,kerana telah mengurniakan hamba-Mu yang kerdil ini dengan bakat dan peluang untuk mencari keredhaan-Mu.Alhamdulillah.


*** *** ***

Sebarkan Salam

Seorang Muslim itu adalah seorang yang mesra.Mungkin Beliau tidak banyak bercakap,tapi seorang Muslim mudah didekati,mudah membantu apabila diminta.Seorang Muslim membantu manusia lain - bukanlah untuk mendapat balasan daripada manusia itu di kemudian hari.Tidak.Seorang Muslim - bantuan mereka dihulurkan kepada yang memerlukan - semata-mata untuk mencari redha-Nya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Wahai manusia,sebarkanlah salam,berikanlah makanan,sambungkanlah hubungan persaudaraan,solatlah ketika manusia lain tidur (qiamullail),kamu akan masuk ke dalam syurga Tuhanmu dengan selamat." [al-Tirmizi]

Saya tinggal di Asrama yang dihuni oleh ramai Pelajar Asing dari Negara-Negara Lain.Ada di antara mereka ini - Muslim (Bangladesh,Iraq,Algeria,Syria etc).

Indahnya bergelar Muslim - apabila berjumpa dengan Muslim yang lain - walau jasad tidak pernah bersua - tapi hati pantas bertaut apabila diberikan Salam.

SubhanAllah.Nikmat ini hanya ada di dalam Islam.Nikmat ini hanya difahami oleh orang yang pernah merasai.

Memberi salam ini - mungkin kelihatan remeh dan 'tak penting' bagi sesetengah orang.Tapi percayalah.Perkara ini sebenarnya dapat menyatukan hati-hati yang sombong di antara kita.

Saya pernah dengar satu Quote yang berbunyi,"Mahu rapatkan hubungan dan kasih sayang antara kamu?Berikanlah Salam".Saya tidak pasti sumbernya.Sebenarnya saya tahu sumbernya,cuma disebabkan kurang pasti,saya tidak berani menyatakan sumbernya.Ada pengajaran untuk Para Blogger lain di sini : Jangan sebarkan perkara yang kita tidak pasti jika tidak mahu kerugian di 'Sana' kelak.Banyakkanlah research sebelum menulis.

Kembali kepada Bicara kita tadi.

Jadi,saya sering cuba untuk mengamalkan Perbuatan ini.

Pada mulanya,memang segan.Malah,ada sentimen rendah diri.Kadangkala ada masanya,lebih prefer cakap 'Hello,Whassup brah' daripada beri Salam sesama Muslim.Astaghfirullahalazim.

Tapi,setelah lama kelamaan mencuba,Alhamdulillah,kesannya mula saya nampak.

Malah,jika selama ini saya yang memulakan Salam kepada mereka (Para Pelajar Muslim Negara Lain ini tadi),kini ada masa di mana mereka pula yang memberi Salam kepada saya dahulu.

Alhamdulillah.Ini sebenarnya tanda yang baik.

Secara tidak langsung,kita dapat memberi dakwah kepada mereka.Dan mungkin,dengan Pemberian Salam ini,dengan izin Allah SWT,terdetik mereka untuk kembali kepada Islam.Insya-Allah.Inilah pentingnya menunjukkan contoh Peribadi yang baik dalam kehidupan seharian.Apa-apapun,kita hanya berusaha.Allah SWT sahajalah yang Berkuasa menentukan segala-galanya.

Tapi ingat,Allah SWT Maha Adil.Kita laksanakan perkara ini semata untuk mencari keredhaan-Nya.

Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?" Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: "(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa".

Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab seksa yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).
[7 : 164-165]

Perbuatan 'Memberi Salam' juga - sedikit demi sedikit,akan membuka kepada Pintu Komunikasi yang lain.Ianya membawa kemesraan dan seterusnya dapat membina Hubungan Silaturrahim yang berpanjangan,insya-Allah.Ketahuilah,nilai Persaudaraan dalam Islam itu - tinggi sekali nilainya kerana ianya berlandaskan Iman kepada Allah SWT,bukannya Persaudaraan yang bersifat keuntungan Material.

*** *** ***

Apa Kaitan Dengan Kisah Istanbul?


Banyak.Dalam salah satu Penulisan terdahulu dalam Siri ini,ada saya nyatakan setibanya di Istanbul saya merasakan wujudnya sense of belonging yang amat kuat di sana.Kenapa?Kerana ianya Negara yang didiami Manusia yang Majoritinya adalah Muslim.

Saya berikan Dua Kisah Ringkas untuk dikongsi dalam Penulisan ini untuk kita sama-sama fikir dan renungkan.

Dan kedua-dua kisah ini berlaku di dalam kawasan sekitar Masjid di hadapan Hotel yang didiami saya di sana.

Nama Masjid itu adalah Sokollu Mehmet Pasha Mosque.

Kisah Imam Mustafa

Okay.Sebenarnya saya tidak tahu apakah nama Imam itu.Tapi,mengikut pemerhatian saya sepanjang Lima Hari di Istanbul,dan kerap juga saya menunaikan Solat di Masjid ini,Imam ini saya fikir adalah Imam Tetap di Masjid itu.

Pada Hari Kedua di sana,ketika hendak menunaikan Solat Maghrib,pintu Masjid belum dibuka.Ya.Masjid di sini tidak dibuka 24 Jam.Tetapi,hanya dibuka apabila Waktu Solat.Ini sebenarnya pada saya adalah satu kemalangan dan kerugian yang amat dahsyat memandangkan Turki merupakan 'Negara Islam'.

Tidak lama kemudian,Pintu Masjid dibuka oleh Imam Tua ini.

Saya memberikan Salam kepadanya.Hati terus merasa sayu melihat Pengorbanan Imam ini yang tidak berputus asa dalam menjalankan kewajiban ini.

Pada waktu itu,hanya ada beberapa orang Jemaah yang hadir (tidak sampai Sepuluh Orang).Pada saya ini adalah amat menyedihkan memandangkan Turki adalah Negara yang 99 Peratus daripada Rakyatnya adalah Muslim.

Dan di sekeliling Masjid itu,ramai orang yang berada di sekitarnya pada waktu itu.But still,Masjid tidak mampu dipenuhkan kita.Astaghfirullahalazim!Pada pendapat saya,inilah salah satu faktor terbesar kelemahan kita pada hari ini.

Apa-apapun,saya ucapkan Tahniah kepada Imam ini kerana Istiqamah dalam 'membuka Pintu Masjid',walaupun saya yakin,pasti ada ketika di mana tiada orang yang datang untuk berjemaah di sana.Sikap Sabar ini perlu dicontohi.

Semoga Imam ini diredhai Allah SWT.

Pengajaran apakah yang ingin saya sampaikan dari kisah Imam Mustafa ini?Anda fikir-fikirkanlah.Banyak sebenarnya.

Saya ada tangkap gambar bersama Imam ini - tapi saya tidak uploadkan di sini kerana saya yakin,keburukan yang bakal tiba kepada diri saya nanti akibat gambar itu diupload lebih banyak dari kebaikan.

Saya sudah melihat sendiri beberapa Blogger Islamik Terkenal Tanah Air yang sering mengupload Gambar di Internet,pada akhirnya - yang tiba hanyalah Pujian Dari Gadis-Gadis 'Islamik' Tidak Dikenali.

Saya secara jujurnya,tidak begitu kuat untuk mengharungi Pujian sebegitu.Bimbang riak.Haha.

Kisah Bilal Maarof

Maarof - bukanlah nama sebenar Bilal ini.

Umurnya juga sudah Tua.Mungkin lebih tua dari Imam Mustafa dalam kisah di atas.

Pada hari ketiga di Istanbul,saya dan seorang Sahabat bangun awal Pagi.Cadangnya kami berhajat untuk menunaikan Solat Subuh di Masjid.Yalah,di sini (tempat saya belajar) tiada Masjid yang banyak seperti di Istanbul.

Jadi kami fikir,alangkah ruginya andai kami tidak memanfaatkan keberadaan kami di sana dengan pergi menunaikan Solat di Masjid.

Subuh masuk Jam 0550 (jika tidak silap saya) pada hari itu.Setibanya di Masjid,Pintu masih berkunci.

Azan sudah kedengaran dari Masjid lain.Ya.Di Istanbul,banyak Masjid.

Kami berlari menuju Masjid lain.Tapi,Pintu Masuk ke dalam Masjid tidak dijumpai!

Pusing punya pusing,tidak jumpa.

Kami patah balik menuju Masjid berdekatan Hotel tadi.

Maha Suci Allah,SubhanAllah,Dia Menemukan kami dengan seorang Tua yang sedang berjalan dengan Tongkat Tersengguk-Sengguk menuju ke Masjid itu.

Masya-Allah.

Saya memberikan Salam kepadanya.Hati terus bertaut.Rasa seperti ada hubungan yang rapat dengannya.

Kami membuat Isyarat seperti hendak Solat kepadanya.Rupa-rupanya Beliau Bilal Masjid itu.Beliau slow-slow berjalan membawa kami menuju Pintu Masjid.

Pintu Masjid dibuka olehnya.Ketika itu Subuh sudah masuk hampir Dua Puluh Minit.

Bilal ini melaungkan Azan.

Saya sedih.

Astaghfirullah - di manakah Anak-Anak Muda Muslim menghilang pada waktu Fajar ini?Saya beri teguran ini terutamanya kepada diri saya!

Bagaimana orang Tua yang lemah ini,tetap kuat untuk pergi ke Masjid,sedangkan Anak Muda yang membina badan Ibarat Badang,gagal untuk menghadirkan diri ke Masjid.

Malulah kamu!

Benarlah,anda bukanlah seorang yang kuat andai tidak mampu bangun Subuh,dan bersolat di Masjid.

Tontonlah video di bawah ini,dan ambil pengajaran daripadanya.


Apakah Pengajaran dari kisah Bilal Mustafa ini?

Sama seperti Kisah pertama di atas,juga saya serahkan kepada anda untuk difikirkan.

Dan apa kaitannya dengan 'Memberi Salam'?Fikirkanlah juga tentang perkara ini.

Itu sahaja untuk kali ini.

Hari sudah lewat malam,terpaksa berhenti dahulu.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Diri ini - masih banyak yang perlu diperbaiki.Ini semua coretan Peringatan diri.Astaghfirullahalazim.Semoga Allah SWT Meredhai usaha kecil ini.

P/P/S : Boleh baca Penulisan Terbaru saya di Blog Azam Russia - Penangan Kesabaran di Link ini.



3 comments:

  1. Salam..
    Memang benar dgn memberi salam dpt mengeratkan silaturrahim..
    Sekadar nak berkongsi pengalaman sy semasa outstation 3 bln di Norway, setiap hr sy akan berjln kaki dr rumah sewa ke train station, pegi dan balik..boleh dikatakan setiap hari sy akan terserempak dgn seorang muslimah yg raut wajahnya mcm org melayu berjln kaki seorang diri..dan setiap kali berselisih kami hanya memberi salam dan senyum..tak pernah bertegur sapa walau sepatah..mengikut firasat sy pd ms tu dia mungkin org indonesia, kemboja, atau negara2 asean selain dr M'sia..
    Selang beberapa bln kemudian, sy dtg semula ke sana dlm 3minggu..dan tak disangka2 kami akan berselisih sekali lg di lokasi yg sama dan kali ni dia yg menegur dlu sy dan
    rakan..mungkin berkat dari pertemuan dan selalu memberi salam sebelum ni menyebabkan pertemuan singkat tu seperti bertemu sahabat yg dah lama tak jumpa..rupa2nya dia dari indonesia dan dah lama menetap di sana..

    Nikmat ni hanya bleh dirasai bila berada dlm komuniti masyarakat muslim yg minoriti..sentiasalah tunjukkan peribadi muslim yg baik supaya mereka yg bukan beragama Islam ni mudah tertarik..
    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..alhamdulillah..jazakallah terima kasih atas perkongsian...

      benar,islam itu indah jika diamalkan dengan sebenarnya.sama2 kita semua Muslimin sekalian saling menasihati untuk mencapai redha Ilahi.insya-Allah.

      Delete
  2. Kadang2, ucapan yang dianggap remeh sebenarnya boleh membawa erti yang tak ternilai bila ikhlas diucapkan. terima kasih atas peringatan. Btw, baru tahu pasal blog azam Rusia tu. Terima kasih atas link tersebut =)

    ReplyDelete