27.3.12

Empayar XVIII : Barat,Ilmu dan Optimis.Janganlah Cepat Menyerah Kalah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Tamadun Barat

"What do we pick up,trying to kill each other?This is a time,full of fear full of anger" - Sergio Pizzorno

"This is world that we live in,I feel myself get tired" - Brandon Flowers

Di atas ini merupakan beberapa Petikan Karya Nukilan Seniman Barat.

Mereka mengeluh bahawa Dunia pada hari ini merupakan satu tempat yang penuh dengan Jenayah etc.

Mereka 'cuba' mencari Penyelesaian dengan beberapa Langkah.

Tapi,langkah ini tidak berjaya.

Antara langkah yang diambil mereka contohnya seperti - "Konsert Kebajikan Kesedaran Menentang AIDS" - apa yang ironi,ternyata Konsert ini gagal menentang AIDS,malah membiakkan lagi AIDS dan Seks Liar itu sendiri.

Masakan tidak,di tengah-tengah Konsert yang dihimpuni Lelaki dan Perempuan muda bergaul bebas - apakah logik SLOGAN ANTI AIDS dan SEKS LIAR menjadi kenyataan?

Tamadun Barat juga mengutuk keras Budaya Konsumerisme yang menyaksikan Penggunaan Buruh dari Golongan Kanak-Kanak dan Wanita di Negara Dunia Ketiga.

Tapi,ironi sekali lagi berlaku.Mereka yang mengutuk inilah yang paling banyak meng-consume barangan mewah ini.

Apa yang hendak disampaikan di sini?

Senang sahaja.

Manusia di seluruh Dunia tercari-cari punca penyelesaian kepada masalah yang ada.Tetapi,ketahuilah,Fenomena yang ada pada hari ini tidak boleh diselesaikan selagi kita tidak kembali kepada Allah SWT.

Kerana Allah SWT - Dialah Yang Maha Menciptakan Sekalian Alam.Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.

Dengan kembali kepada Islam - iaitu satu-satunya Jalan yang diredhai-Nya,insan menyerah diri kepada Maha Pencipta.Sekaligus menjadi hamba kepada-Nya.Sikap tamak,selfish,haloba dan cintakan dunia dapat disingkir.

Dalam kata lain,Islam sahajalah solusi bagi masalah ini.

Tapi,masih banyak manusia yang membutakan matanya.

Sama-samalah bagi kita yang mengetahui hakikat kebenaran ini untuk menyebarkan Jalan ini dengan bersungguh-sungguh.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. [57:20]


*** *** ***

Kisah Di Eyüp Sultan Mosque,Istanbul - 3 Mac 2012


Eyüp Sultan Mosque - merupakan salah satu Masjid yang paling bersejarah di Istanbul.Kami tiba di Masjid ini selepas menaiki kereta kabel menuju Pierre Loti Cafe.

Masjid ini terletak berdekatan dengan Stesyen Kereta Kabel itu.

Ketika kami tiba,ada sesuatu yang sedang berlangsung.Ramai orang berada dalam sekitar Kawasan Masjid.

Mengikut Page Wikipedia Masjid ini (yang boleh dibaca di sini),Masjid ini ada menyimpan beberapa Khazanah Islam.

Kami tidak dapat memasuki Masjid kerana terlalu ramai orang.

Tapi,sempat saya hampiri sekelompok manusia yang berada di sekeliling sebuah bangunan dalam Kompleks Kawasan Masjid.

Kelihatan Bangunan itu seperti Kubur.

Wallahualam.

Tetapi,apa yang pasti,setiap dari mereka sedang berdiri sambil membaca sebuah buku yang ada tertulis di dalamnya Tulisan Turki.

Bentuk buku itu seperti saiz Naskhah Salinan Surah Yassin di Malaysia,tetapi tulisan di dalamnya adalah Tulisan Turki.

Perkara itu membuatkan saya terfikir,"Apakah yang sedang mereka buat ini?!".

Kelihatan seperti suatu perkara yang tidak betul.

Wallahualam.

Kepentingan Ilmu

Tetapi apa yang saya ingin tegaskan dari kisah di atas adalah Pentingnya Ilmu dalam kita beramal!

Islam bukannya sebuah Agama Ikut-Ikutan.Ianya Cara Hidup Kebenaran yang perlu diamalkan berdasarkan Ilmu.

Kita mesti mengamalkan Islam seperti mana yang Rasulullah SAW ajarkan kepada Para Sahabat.

Saya bukanlah Alim Ulama besar,tetapi apa yang saya tahu,melakukan Pembaharuan di dalam Urusan Ibadah Agama dengan sengaja akan membawa kita kepada Bidaah (Pembaharuan di dalam Agama).

Astaghfirullahalazim.

Di dalam kalangan Masyarakat Malaysia saya perasan banyak juga kepercayaan merepek dan khurafat yang sedang berlaku.

Dalam Filem Seram Melayu contohnya,Islam itu digambarkan sebagai sesuatu yang terlalu Mistik.

Astaghfirullahalazim.Janganlah kita menggunakan nama Islam ini untuk kepentingan peribadi.Janganlah kita bercakap sesuatu tanpa Ilmu.

Dan janganlah kita mengoyakkan Akhirat untuk kepentingan dunia yang hina ini.

Itulah pentingnya mencari Ilmu.

Tapi,suka saya ingatkan.

Internet - bukanlah Medium terbaik jika anda benar-benar mahu memahami Islam.Kita boleh membaca di dalam Internet.Tapi kalau ada perkara yang tidak difahami,jangan sesekali buat kesimpulan sendiri!

Tanyakan kepada Pakar yang berdekatan dengan tempat anda.

Dan,jangan sesekali kita menganggap diri kita sudah banyak Ilmu dengan hanya membaca/menonton Blog Pendek/Video 2 Minit.

Usaha perlu sentiasa dilakukan.

Jangan bongkak dengan Ilmu yang kita ada.Ilmu sepatutnya menjadikan seseorang itu semakin humble.

Betulkan kembali niat kita mencari Ilmu.

Jadilah Optimis,Bukan Pesimis

Saya baru sahaja selesai membaca buku Darah Dan Air Mata Rasulullah SAW.


Pada pendapat saya,buku ini sangat bagus.

Rasulullah SAW dalam menyebarkan Dakwah di Tanah Arab - pelbagai tentangan dihadapi Baginda SAW.

Antaranya,tentangan oleh Para Munafik di Madinah.Pelbagai ancaman dan Fitnah dilemparkan kepada Baginda SAW.

Tetapi,Baginda SAW dan Para Sahabat RA tetap bersabar dalam menyebarkan Islam.

Ada pengajaran dari kisah ini.

Matlamat Perjuangan seorang hamba Allah SWT bukanlah untuk mendapat Puji manusia etc atau Pangkat - tetapi matlamat kita hanya untuk mencari redha Allah SWT.

Orang boleh berkata apa sahaja,tetapi itu tidak dapat mematahkan semangat hamba-hamba Allah SWT yang ikhlas kerana-Nya.

Ini juga menunjukkan yang Rasulullah SAW adalah seorang Optimis!

Baginda SAW tidak mudah berputus asa dalam Perjuangan.Inilah yang patut diikuti kita sebagai seorang Muslim!

Dalam buku ini dinyatakan,sikap tidak berputus asa Para Rasul ini adalah kerana mereka sentiasa bertawakal kepada Allah SWT.

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. [8:2]


Bertawakkallah kepada Allah SWT.

Hanya kepada-Nya kita menyembah,hanya kepada-Nya kita memohon.

Jangan mudah berputus asa dalam Perjuangan.Jangan gentar dengan cacian manusia.

Allah SWT itu Maha Mengetahui setiap yang berada dalam hati-hati kita.

Wallahualam.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Semoga bermanfaat.

Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Astaghfirullahalazim.


No comments:

Post a Comment