23.3.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Mac 2012).

Prenote : Kalau terlampau ramai orang yang sertai,Penulis akan memilih Komen dengan Pandangan yang paling menunjukkan kesungguhan untuk mendapatkan Buku itu.Tapi,sila ambil perhatian - KEUTAMAAN ADALAH KEPADA ORANG YANG BELUM PERNAH SERTAI!Bagilah mereka pula peluang.Bertimbang rasalah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah - kembali lagi kita untuk Giveaway Pena Maya Edisi Mac 2012.

Sebelum bermula,saya ingin berkongsi beberapa perkara.

Siang tadi (Khamis 22 Mac 2012) - saya tiada kelas.Untuk mengelakkan masa saya dari terbuang begitu sahaja di dalam Bilik tidak berbuat apa-apa,saya berkeputusan untuk pergi melawat Russian State Library.


Untuk pengetahuan anda,Perpustakaan ini merupakan Perpustakaan Ketiga Terbesar Dunia!

Untuk memasuki Ruangan "Dewan Membaca" Perpustakaan ini - saya dan seorang lagi Sahabat saya terpaksa melalui Proses yang agak rumit dan melecehkan.Tapi,oleh kerana mahu melihat apa yang berada di dalamnya,kami berkeputusan untuk meluangkan sedikit masa melakukan Proses yang dikenali sebagai "Birokrasi" ini.

Dari suatu sudut,jika dilihat - ternyata,mereka memang menghargai dan menjaga rapi Khazanah mereka - berbeza dengan kita - yang kalau boleh - semua benda yang ada dalam Negara hendak diberikan kepada Orang Luar - sehingga Orang Kita sendiri tergadai kebajikan.

Eh,terasa ke?

Berbalik kepada Topik asal,dalam Perpustakaan itu juga ada Muzium.Ya.Perpustakaan ini sangat besar sehingga boleh menempatkan suatu Muzium Khas lain yang besar di dalam bangunannya.

Apa yang memeranjatkan saya adalah,ada Buku karangan Imam Al-Ghazali di dalam Muzium itu!Buku yang kemungkinan besar tidak dihargai oleh Umat Islam sendiri - tapi dibaca dan dikaji oleh Rakyat Negara Komunis ini - yang kebanyakannya adalah Atheist.

Astaghfirullahalazim.

Di sana tadi,terdapat juga buku-buku Cetakan Pertama Penulisan oleh Shakespeare,Tolstoy,Omar Khayyám dan lain-lain.

No wonder mereka mencapai kejayaan (dalam konteks Dunia).

Ini sebenarnya bagi saya satu tamparan untuk Umat Islam di seluruh dunia.

Umat Islam pada hari ini - sangat malas membaca,dan dalam masa yang sama,sangat suka berhibur.Malangnya.

Adalah menjadi satu yang Ironi apabila Ayat Al-Quran yang pertama diturunkan bermaksud "Bacalah".

Astaghfirullahalazim!

Pengajaran di sini adalah : Carilah Ilmu,wahai Umat Islam.Usah bermimpi tentang kemenangan,andai Pengorbanan untuk mencari Ilmu - tidak sanggup dilakukanmu.Carilah Ilmu,kerana redha-Nya.



Jadi,oleh kerana tidak mahu sekadar bercakap Gebang Kosong semata tanpa menyediakan sebarang Alternatif kepada Para Sahabat sekalian,saya dengan ini sukacita mengumumkan "Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Mac 2012).

Untuk Edisi Bulan ini - Pena Maya akan mengedarkan Dua Buah Buku Percuma kepada Dua Orang Pembaca Bertuah.Sila ambil perhatian,hanya DUA BUAH BUKU yang akan diedarkan.Ini kerana kekurangan Dana.

*** *** ***

Di bawah ini saya akan coretkan serba sedikit Latar Belakang Program Giveaway Percuma Pena Maya - dan cara-cara untuk mendapatkan buku-buku ini bagi anda-anda yang berminat.

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud,

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Berbekalkan kesedaran ini,Penulis dengan ini mengadakan satu Program Giveaway Buku Percuma yang akan dilaksanakan setiap bulan mulai Oktober 2011.

Walaupun Pena Maya tidak mempunyai ramai pembaca,tapi Penulis yakin Para Pembaca yang membaca blog ini walaupun sedikit,memang terdiri dari Golongan yang benar-benar mahu mencari Ilmu.

Jadi,jika diberikan buku kepada Para Pembaca yang benar-benar membaca ini,insya-Allah Penulis yakin mereka akan manfaatkannya dengan elok.


Siapa Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.

Tapi,ada syaratnya.Untuk mengelakkan Pemberian itu dari menjadi sia-sia,anda yang hendak menyertai Giveaway ini hendaklah memastikan anda benar-benar mahu membaca buku itu.Jika tidak,rugilah buku itu nanti.Ramai lagi orang lain boleh bacanya.

Dan tidak semestinya anda sertai untuk mendapatkan buku itu untuk diri anda sahaja.Anda juga boleh sertai Giveaway ini untuk beri buku itu kepada Family/Rakan anda yang dirasakan memang benar-benar akan baca buku itu.

Tapi,sekali lagi diulang,kepada anda yang mahu menyertai Giveaway ini,pastikan buku itu jika diberi kepada anda,ianya bakal dimanfaatkan.Bukan apa,jika anda tidak mahu baca buku itu,bukankah elok bagi buku itu kepada orang lain yang mahu memanfaatkannya.

Kan?


Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

Senang sahaja.

Ini sebenarnya bukan Peraduan.Just Penulis nak bagi buku kat Para Pembaca yang bertuah yang benar-benar mahu membaca buku Islamik untuk mencari Ilmu dan mengamalkannya.

Jika anda Pembaca Pena Maya dan berminat mendapatkan buku-buku ini,anda hanya perlu :

1) Nyatakan di Bahagian Komen yang anda berminat.Buat pilihan buku yang anda hendak.Kalau anda hendak beri buku itu kepada Ibu anda misal kata,nyatakan bahawa anda hendak memberi buku itu kepada Ibu anda.

2) Beri pandangan anda terhadap Soalan Penulis ini (setiap bulan soalannya berlainan) - "Apakah pandangan anda terhadap Penerbitan Buku bertemakan Islamik Tempatan Malaysia pada hari ini?Apakah ia mampu menarik minat orang yang 'lost' dan jauh dari Islam?Apakah Cadangan untuk memperbaiki masalah ini?Sila jawab soalan ini dalam Konteks Pandangan seorang Muslim".

3) Soalan ini mungkin kelihatan susah.Tapi jangan risau.Anda tidak perlu tulis macam seorang Doktor Falsafah pun jawapan anda.Just bagi pendapat jujur anda.Just kita kongsi Ilmu.Kalau pendapat anda tidak berapa panjang pun,anda still boleh dapat buku-buku ini.Cuma ditanya soalan ini oleh saya - kerana saya mahu supaya Giveaway ini diisi dengan suatu yang bermanfaat untuk kita semua juga insya-Allah.

4) Nyatakan cara bagaimana Penulis boleh menghubungi anda.E-Mail/Twitter atau jika anda tidak mahu mendedahkan Identiti anda secara Public,anda boleh kunjungi semula Blog ini dalam tempoh 24 Jam selepas Komen Anda ditulis.

5) Itu sahaja.Anda akan dihubungi Penulis kalau buku tu memang rezeki anda.

Ringkasnya,seorang yang hendak menyertai 'Giveaway' ini hanya perlu,

"Tulis di bahagian komen yang anda berminat,buku itu untuk siapa,jawab Soalan yang dikemukakan Penulis,nyatakan pilihan buku dan nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi".

Jika anda mahu kekal anonymous di Blog ini,jangan risau.Anda boleh lawati semula blog ini dalam tempoh 24 Jam.Kalau anda dapat buku itu,Penulis akan nyatakan di bahagian komen.Ketika itu,anda boleh menghubungi Penulis melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.Maksudnya,identiti anda hanya diketahui oleh Penulis dan Postman yang akan pos barang itu ke rumah anda.

Ketika anda sudah contact Penulis melalui e-mail,baru kita bincang pasal alamat Penerima etc.Jangan risau,Penulis akan menyimpan Privasi anda dan tidak akan mendedahkannya di Blog ini.Percayalah.


Macam Mana Hendak Tentukan Siapa Yang Dapat Buku Itu?

Serious senang.Haha.Yang baca blog ni bukan ramai sangat.So,cara nak tentukan siapa yang bakal dapat buku itu adalah :

"Dua Pembaca pertama yang menulis komen dan beri Jawapan kepada Persoalan di atas dengan penuh bergaya akan mendapat buku itu.Kiranya,kalau anda setakat komen "Salam Ziarah" - sorry anda tidak dapat buku itu.

Contoh Komen Yang Dimaksudkan Penulis

Assalamualaikum.Saya mahu buku nombor dua.

Jawapan kepada Persoalan di atas saya fikir adalah kerana bla bla bla bla.

Boleh hubungi saya di __________

(Atau jika anda Anonymous,anda boleh datang balik dalam tempoh 24 Jam).

Jelas?

Oleh kerana saya rasa Penerangan ini sudah cukup jelas,di sini saya lampirkan beberapa Buah Cadangan Buku yang hendak diberi itu.Tapi ingat,hanya DUA buah buku akan diberi,cuma untuk memvariasikan Pilihan,saya bagi anda beberapa tajuk buku yang boleh anda pilih.Dan ya,jika anda tidak dapat buku itu bulan ini,jangan risau,bulan depan insya-Allah jika saya (dan anda) hidup lagi,anda masih ada peluang.

Dan jika anda sudah dapat buku itu bulan lepas,anda kenala bagi can kat orang lain pulak untuk bulan ni.Dan jawapan yang anda beri kepada Persoalan yang saya tanya itu akan dikongsi dalam Penulisan saya yang akan datang.So,kira cam win-win la jugak.Saya dapat tau pendapat anda.Anda dapat buku.Kalau misal kata ada orang lain sudah dapat buku,tapi anda ada pandangan yang bernas,still boleh bagi jawapan.Apa salah share ilmu kan?

Okay,so ini dia tajuk-tajuk buku itu.Saya akan cadangkan tiga buah buku.Dua Pembaca bertuah - sila pilih buku mana yang anda mahukan.

1) Travelog Minda Tajdid


Penerangan : Saya sebenarnya mengikuti Penulisan Dr Asri ini semenjak Beliau menulis di Mingguan Malaysia lagi.Ketika itu saya masih belasan tahun.Dan ya,ketika itu,saya masih 'lost'.Tapi,Pandangan saya terhadap Penulisan-Penulisan Beliau ini - amat bagus untuk dibaca oleh orang yang 'jauh' dari Islam.Pilihlah buku ini jika anda mahu menambah Ilmu.Dalam Zaman Penuh Fitnah ini,hanya dengan Ilmu di dada kita mampu mengharunginya.Mungkin juga boleh dihadiahkan kepada Adik-Beradik anda.Yalah.Mengikut pemerhatian saya,Tulisan Beliau ini biasanya menarik perhatian Golongan Muda.Dan ya,memang benar orang berkata,Jauh Perjalanan,Luas Pandangan,Rasional Pemikiran.

2) Formula Solat Sempurna


Penerangan : Saya tidak pernah membeli Buku ini.Tapi,buku ini ditulis oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman - dan Beliau menggunakan Buku ini sebagai Medium Pengajaran Beliau dalam Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9.Anda boleh tonton Video rancangan itu di sini.Amat bagus untuk semua Umat Islam untuk kita lebih mendalami kesempurnaan Ibadat Solat kita.Saya sendiri mahu mendapatkannya untuk diri sendiri bila pulang ke Malaysia nanti.Insya-Allah.Kiranya,buku ini saya amat rekomen.

3) Hadis 40 Imam Nawawi (Ustaz Zahazan Mohamed)


Penerangan : Kita mengaku kita cintakan Rasulullah SAW.Tapi apakah cukup cinta kita itu dengan sekadar 'kata-kata'?Apakah kita mengamalkan Sunnah Baginda?Apakah kita mengkaji Hadis?Jadi,oleh kerana menyedari perkara ini,saya kongsikan buku ini dalam Senarai ini.Amat dicadangkan untuk anda yang sedang merubah diri.Penyampaian dalam buku ini juga bagus.

Itulah dia tajuk-tajuk buku yang saya cadangkan.

Ha,dilema kan?Saya rasa buku yang saya cadangkan ini - meliputi semua golongan - ada untuk Wanita,ada untuk Golongan Yang Merubah Diri,ada tentang Solat etc etc.

So,buatlah pilihan yang terbaik.Harap bermanfaat nanti bila dibaca.

Dan jawablah soalan yang saya bagi tu dengan elok.Ini bukan pertandingan.Just saya nak bagi buku free.

Nak kongsi buku dengan orang yang takde kemampuan nak beli buku ni.Yalah,kadang-kadang buku tu takde kat kedai.Kalau ada,kita pulak takde masa nak beli kan?Dan lain-lain.

So,jangan tunggu lama-lama.Nyatakan minat anda!

Jika tidak berjaya,bulan depan cuba lagi!Kita sebagai Umat Islam perlu banyak membaca.Baru tidak mudah ditipu.Jangan bongkak dalam mencari Ilmu.

Dan ya,kalau buku yang saya cadang ni tiba-tiba takde stok,maaf tau.Haha.Tapi takpe.Tu boleh bincang nanti.

Oh ya,lupa.

Kepada Para Penerima Buku - tolong berikan saya di E-Mail nanti Alamat dan Nombor Telefon yang Valid.Sudah ada beberapa kes di mana Penghantaran tidak dapat dilakukan kerana Penerima Buku memberi Alamat yang salah.

Setakat itu sahaja.Apa-apa tak faham,boleh tanya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sekali lagi saya ulang,Dua Penerima Buku akan dipilih berdasarkan "Dua Pengkomen pertama yang jawab soalan saya dengan bergaya,merekala yang dapat buku tu".

P/P/S : Kalau anda di luar negara,maaf saya hanya boleh lakukan penghantaran dalam Negara.Tapi tidak mengapa.Anda boleh baca buku ini masa balik Malaysia nanti kan?And sementara tu,buku tu boleh dibaca Family anda.And kalau nak bagi buku ni kat family kat Malaysia pon boleh.

P/P/P/S : Boleh rujuk Contoh Giveaway Edisi Lepas untuk maklumat lanjut di sini.



8 comments:

  1. assalamualaikum semua..
    setakat Jam 1235 Malam 24 Mac 2012 - masih tiada orang yang sertai..

    Peluang masih terbuka.
    ada lagi dua buku untuk didapati..
    free..
    boleh hadiah kepada keluarga etc.
    sertai sekarang!

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam Umar
    Saya berminat dengan buku kedua dan ketiga.Ingin sangat berkongsi buku ini kepada keluarga khususnya abang saya.Dia memang minat membaca dan berharap buku2 tersebut bermanfaat padanya dan memberi suntikan semangat kpd yg lain(adik2nya untuk membaca..huhu.SAYA khususnya)

    Untuk soalan umar,aku perasan sejak kebelakangan ini nampak2 bibit2 yg positif di malaysia dgn terbit byk majalah islamik contohnya JOM,SOLUSI,al-Ustaz..menarik tetapi lebih menarik lagi kalau dpt keluarkan buku2 islamik yg bertajuk khusus.Pendapat aku membaca BUKU islamik lain dari membaca Majalah islamik.
    Untuk menarik orang yg lost aku rasa benda paling efektif adalah sentuhan2 manusia,bukan buku.Perlunya daie yg bergerak memberi peringatan.Itu lebih kuat membaca perubahan dalam diri seseorang.
    Ini sahaja jawapan saya yang tak seberapa.^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah jazakallah akmal atas perkongsian..
      betul2.. yang sebetulnya untuk menarik manusia kena secara 'offline'.. buku dan sebagainya hanya medium lanjutan selepas itu..

      by the way,boleh hubungi saya dan berikan maklumat peribadi untuk pengeposan. buku 2 kan?

      Delete
  3. kepada anda yang lain,masih ada 1 buku untuk dimiliki..

    jangan ketinggalan!

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikumwr.
    sy b'minat dgn buku no.1 & 3

    bg mjwb p'soalan di atas,
    sy b'pndapat, buku b'temakan Islamik pd masa kini, byk, dan terlalu byk. setiap satu ad gaya & cara penulisan yg t'sndiri dan cara pendekatan yg t'sndiri. dan sebab itu, ad certain buku yg mungkin seseorang merasakan tertarik dan certain yg lain tidak t'tarik. dan b'dasarkn random observation sy, buku penerbitan Islamik yg majority pilih adlh buku yg m'ggunakan gaya bhs yg santai.

    pernah ad seorg kawan sy yg membaca sebuah buku Islamik ini, dan dia tidak b'minat kerana katanya; "mcm karangan". jd bg sy, p'ggunaan gaya bhsa memainkn peranan. peranan yg penting. klu blh gunakanlh pattern bhs yg diterima target - pembaca. Jika target kt golongan A gunalah bhs A, elakkn bhs golongn B dan sebaliknya. Klu mahu guna gaya bhs B, blh, cumanya translate kn lah, supaya pembaca itu btl2 fhm. Allahu'alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam..boleh email saya..

      Seorang stu buku je tau ..so emailkan saya di pospenamaya@gmail.com nama,nmbor tlefon dan alamat penerima... Serta tajuk 1 buku yg anda pilih..

      Sy akn sgera beli lpas dpt mklumat..

      Delete
  5. Okay kepada anda yang lain,PENYERTAAN DITUTUP!

    Boleh cuba next month insyaAlah.jgn sedih..

    Assalamualaikum.komen selepas ini x dpt bku dah..

    ReplyDelete
  6. Wah. Harap sy dapat ikut giveaway bulan depan..
    Memang buku ilmiah kadang2 sukar untuk didapati..

    ReplyDelete