10.4.12

Empayar XIX : Antara Barat,Timur Dan Realiti Semasa.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Quoted from a book by Mohd Asri Zainul Abidin - Islam in Malaysia : Perceptions And Facts

'Umar bin al-Khattab told the Arabs : "We were once a disgraceful people but then Allah honoured us with Islam.Should we try to find honour with anything other than Islam,which Allah has honoured us with,verily we will be humiliated by Allah."

[
The sanad of this narration was judged sahih by al-Hakim,supported by al-Zahabi (al-Hakim,al-Mustadrak,Beirut : Dar al-Ma'rifah,1/237]

*** *** ***

Kembali Menulis

Termenung saya sejenak.Memikirkan pelbagai perkara.Sambil tangan terhenti dari melakukan Tugasan Akademik.

Memang tabii kebanyakan manusia untuk mudah melayang fikirannya apabila melakukan sesuatu yang kurang menarik seperti Tugasan Akademik.

Tapi itu bukan perkara utama yang hendak disampaikan.

Sejak akhir-akhir ini,seringkali ayat ini terngiang-ngiang dalam minda saya,"Siapakah diri ini di sisi Maha Pencipta?Seorang hamba yang taat,penderhaka atau pemura-mura?".

Astaghfirullahalazim - itulah jawapan yang diberikan benak hati,tatkala memikirkannya.

Masa yang dikurniakan itu banyak.Setiap manusia mempunyai 24 Jam dalam sehari,sama rata semuanya.

Tapi,seringkali kita lihat,orang yang cemerlang itu adalah orang yang berjaya menguruskan masanya dengan baik sekali.

Dengan Isu dan Peristiwa yang semakin hari semakin bertambah banyak di sekeliling kita,tidak dapat tidak,ianya memaksa saya untuk 'mencuri' sedikit masa rehat yang ada untuk menulis kembali.

Ini kerana,saya merasa sangat tidak bertanggungjawab diri ini,apabila terus-menerus tidak mengambil sebarang tindakan ketika melihat dunia yang tidak 'kena' di sekeliling.

Sesuatu perlu dilakukan.

*** *** ***

Timur ke Barat - Satu Bencana Yang Sedang Berlaku


Setelah hampir 'setengah dekad' mengembara di Tanah Orang,kesedaran diri juga turut bertambah seiring usia.

Alhamdulillah.Segala-galanya berlaku dengan izin Allah SWT.

Kesedaran ini berlaku mungkin kerana melihat sendiri 'kerosakan' yang berlaku di Negara Barat ini.

Tamadun Barat yang disanjung tinggi oleh sesetengah Golongan Manusia dalam kalangan kita di Malaysia ini - sebenarnya,dan pada hakikatnya - tidaklah sehebat mana.

Walaupun mereka nampak gah di luarannya,dalamannya - mereka kosong.

Dan kebanyakan Jelata di Barat pada hari ini - pada hakikatnya - seakan-akan 'letih' dengan 'Hutan Batu' di Negara mereka ini.

'Lesu' akibat mengejar 'Material' tiada henti.

Tapi sayang.

Akibat Propaganda Media di Negara-Negara Dunia Ketiga yang mempromosikan 'Gaya Hidup Barat sebagai Simbolik Kejayaan',ramai dari Umat Islam sedikit sebanyak terpengaruh dengan dakyah ini,dan secara tidak langsung mula memandang rendah pada 'Islam' itu sendiri.

Perkara ini berlaku kerana beberapa faktor,antaranya 'kejahilan/salah faham terhadap apakah itu Islam yang sebenar' dan juga 'kurangnya keinginan mencari Ilmu'.

Ketika di Turki baru-baru ini,pada 4 Februari 2012,saya dan Sahabat-Sahabat sempat berkunjung ke salah sebuah Pusat Membeli-Belah di Istanbul.

Untuk Pengetahuan anda,Pusat Membeli-Belah yang dikunjungi kami ini merupakan Pusat Membeli-Belah yang keenam Terbesar di Dunia.

Kagum?Tunggu dahulu.Masih awal untuk mengkagumi.

Jujur bicara - hati saya amat sedih untuk berada di dalamnya.

Sedih apabila melihat suasana sebegini berlaku di Negara yang dahulunya merupakan Pusat Pentadbiran Khalifah Islam.

Apakah suasana yang dimaksudkan saya?

Dalam Pusat Membeli-Belah itu,bilangan Wanita yang memakai Tudung - boleh dikira dengan Jari.

Bolehlah disimpulkan,tiada beza antara Pusat Membeli-Belah di Istanbul itu,dengan Pusat Membeli-Belah yang berada di Moscow.

Tiada beza.

Jadi,persoalan timbul di sini,di manakah hilangnya Islam di dalam diri Muslim pada hari ini?

Astaghfirullahalazim.

Saya sering membaca Penulisan-Penulisan oleh beberapa orang Tokoh mengenai kebangkitan Islam.

Kebanyakan mereka - sebulat suara mengatakan Punca Utama Kelemahan Umat Islam hari ini adalah kerana 'lemahnya Akidah kita' dan 'sifat cintakan dunia yang menebal dalam diri'.

Perkara ini ada dinyatakan dalam Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud,

[Dawud :: Book 37 : Hadith 4284] Narrated Thawban:

The Prophet (peace_be_upon_him) said: The people will soon summon one another to attack you as people when eating invite others to share their dish. Someone asked: Will that be because of our small numbers at that time? He replied: No, you will be numerous at that time: but you will be scum and rubbish like that carried down by a torrent, and Allah will take fear of you from the breasts of your enemy and last enervation into your hearts. Someone asked: What is wahn (enervation). Apostle of Allah (peace_be_upon_him): He replied: Love of the world and dislike of death.

Daripada Tsauban RA berkata, Rasulullah SAW bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”. [Riwayat Abu Daud]

Di Negara-Negara Islam pada hari ini,unsur Liberal dan 'Moden' mula memasuki.

Arak dijual tanpa segan silu lagi.Etc etc.

Jika diteliti,apakah yang 'modennya' Barat?Jika dari 'Material',mungkin ya.Tapi dari 'Spiritual' dan 'Gaya Hidup' - Tamadun ini masih lagi mengekalkan Budaya Jahiliah.

Wanita tidak dipandang mulia di sini.Mereka kata mereka memberi 'kebebasan' kepada Wanita dengan memakai 'seksi' etc,tapi saya sama sekali tidak bersetuju.

Apakah ianya satu kebebasan jika Wanita yang memakai 'Seksi' itu asyik dipandang berjuta Mata Liar di Tempat Awam?Apakah cara mereka ini mengangkat martabat wanita?Tidak sama sekali.Sebaliknya,mereka sama sekali tidak memandang hormat pada wanita dengan cara ini.

Itu belum cerita tentang Industri Pornografi yang melayan Wanita seperti Hamba Seks/Binatang,dan ya jangan terkejut jika saya katakan yang Industri ini mendapat keuntungan Berbilion Dolar Setahun!

Apakah saya membuat cerita?Anda googlelah kalau sukar sangat untuk percaya.

Saya teringat cerita Sahabat saya yang berkunjung ke Kazan (Pusat Masyarakat Islam Eropah Timur) semasa Cuti Musim Sejuk dahulu.

"Malaysia itu - di atasnya Kasino,di bawahnya Masjid?Bagaimana boleh terjadi seperti itu?",tanya seorang Imam di sana.

Apakah agaknya perasaan anda apabila ditanya seperti itu?

Fikir-fikirkanlah.Ada orang,apabila membaca ayat seperti di atas (Ayat Kasino),mereka terus menuduh Penulis menulis dengan unsur 'Politik'.Ini lagi satu perkara yang membuatkan saya penat dengan sesetengah golongan dalam Masyarakat kita.

Tetapi yang pasti,Masyarakat Islam seolahnya pada hari ini seakan-akan sangat 'galak' dan 'ghairah' untuk mengambil apa juga yang dijualkan 'Barat' sebagai 'Cara Hidup'.

Nasihat saya sebagai orang yang sudah duduk di Barat ini dalam Tempoh yang agak lama,dan sudah bergaul dengan Masyarakat di sini dengan agak rapat : "Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan Barat.Tidak perlu engkau terkejar-kejar".

Saya tidak menulis perkara ini berdasarkan Emosi.Please take note.Sebaliknya menulis berdasarkan pengalaman dan apa yang dilihat oleh mata sendiri.

Barat Ke Timur - Satu Perkembangan Yang Amat Baik Sekali

Timur yang dimaksudkan oleh saya dalam ayat di atas adalah Islam.


Dalam Video di atas,untuk anda yang masih belum menonton,ada saya dan krew Penerbitan Pena Maya rakamkan sedikit suasana Masyarakat Muslim di sini.

Dan pada hari Sabtu baru-baru ini,sempat saya berkunjung ke salah sebuah Masjid yang lain pula.

Di sana,kami dimaklumkan oleh Pihak Masjid ada lebih Seratus Orang Saudara Muslimin yang menuntut Ilmu Asas-Asas Islam.

Yang datang ke Masjid itu,bukan calang-calang orang.

Ada yang memakai Porsche.Yang memakai Porsche ini - tentulah bukan calang-calang orang.Dan tentulah agak tinggi tahap Ilmu Dunianya.

Jadi,apakah yang anda dapat simpulkan di sini?

Orang Barat pada hari ini - dengan Kefahaman,Ilmu,dan sikap Terbuka yang Allah SWT kurniakan kepada sesetengah daripada mereka - semakin ramai yang berminat untuk mempelajari Islam.

Kenapa jadi begini?

Masakan tidak.

Mereka melihat pelbagai ketidak-adilan yang berlaku dalam Masyarakat mereka.Dan hanya Islam sahaja yang mampu memberikan Solusi.Tentulah mereka tertarik kepada Islam.

Di UK juga sama.

Anda tahu Quran Project?Mereka ini giat menjalankan dakwah di sana.Status Twitter terbaru mereka memaklumkan yang mereka akan lakukan Giveaway Al-Quran secara besar-besaran semasa London 2012 nanti.

Lihatlah Umat Islam.Bukalah matamu.

Mereka yang di Barat ini semakin ramai yang menuju ke Islam.

Alangkah 'bodoh' dan 'ruginya' kita yang sudah menjadi Muslim,andai kita pula yang berlari-lari meninggalkan Islam.

*** *** ***

Penutup

Saya harap anda faham apa yang cuba disampaikan saya.

Bacalah Al-Quran.Tingkatkan amal.Tingkatkan usaha dalam menyebarkan Islam.

Dan bersabar serta bertawakallah kepada-Nya.Kejayaan itu milik orang yang bersabar.

Sebagai penutup,saya kongsikan Status Twitter saya petang tadi untuk direnungkan bersama.



Itu sahaja.

Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Bukanlah bermaksud apa yang datang dari Barat itu semuanya buruk.Janganlah berfikiran sebegitu pula.Read between the lines.


1 comment:

  1. perkongsian yg membuka minda..tertarik dengan pandangan.."Tiada apa yang hendak dibanggakan dengan Barat.Tidak perlu engkau terkejar-kejar".. tapi kita kadang2 cepat alpa...

    ReplyDelete