15.4.12

Empayar XX : Keghairahan Mencedok Dalam Kalangan Kita.

Prenote : Adalah sesuatu yang tidak wajar andai anda mengambil Penulisan ini sebagai Penulisan Falsafah Akademik,bilamana ianya ditulis sebagai Coretan Random semata.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebenarnya,saya ingin membuat Tugasan Akademik saat saya mula mencoret Entri ini.

Tapi,memandangkan esok sudah hari Isnin,yang mungkin menyaksikan saya tidak dapat menulis,jadi saya berkeputusan untuk mencoret ringkas pada petang ini.

*** *** ***

Sang Pencerah

Semalam,hari Sabtu - saya sempat menonton Filem Sang Pencerah.

Ringkasnya,Filem ini mengisahkan perjuangan Kyai Haji Ahmad Dahlan dalam menukar mind-set Umat Islam di tempatnya yang agak 'kucar-kacir'.

Saya tidak begitu tahu mengenai Perihal Gerakan Muhammadiyah yang diasaskan Ahmad Dahlan sebelum menonton Filem ini.

Tapi,apa yang saya tahu - Filem berkenaan elok ditonton oleh Para Pemuda pada hari ini - kerana ia menyeru sikap tidak mudah berputus asa dalam menyebarkan kebenaran.

Ya.Filem Indonesia memang berbeza dengan Filem Tempatan kita.

Apa yang beza?

Fikirkanlah.

Kepada anda yang ingin menonton,di sini saya embedkan Video tersebut.Tapi elok diingatkan.Filem ini tidak boleh dipercayai 100% Isi Kandungannya.Saya cadangkan selepas menonton Filem ini,anda lakukan sedikit research tentang apa-apa yang menjadi kekeliruan anda dalam Filem ini.

Ya.Hidup janganlah asyik disuap.Belajarlah mencari.

Selamat Menonton!


*** *** ***

Pendidikan Yang Mandul

Beberapa hari sebelum pergi ke Sergiev Posad (yang anda boleh baca coretan saya tentang lawatan itu di sini),saya sempat membaca sebuah Penulisan di Blog SaifulIslam.Com.

Ini linknya.

Ada benarnya.

Fikir saya,Pendidikan di Tanah Air Tercinta kita sebenarnya hanya melahirkan Pekerja,bukannya Pemikir.

Saya tidak mahu pergi jauh.

Sebaliknya saya mahu beri Dua Contoh Mudah yang boleh kita kaitkan dengan Artikel di atas.

Antara Karya Seni Tempatan Dengan Barat

Ambil sahaja contoh mudah Penerbitan Buku,Muzik dan Filem kita.

Buku-buku di Barat,Penulisnya mengarang Buku yang bermutu.Setiap muka surat - mengandungi jumlah perkataan yang tinggi.Diksi mereka juga tinggi.Isi kandungan juga - relevan dengan masa kini.

Bagaimana pula dengan Buku di Malaysia?

Memang tidak dinafikan,ada Penulis yang Prolifik dan bagus Penulisannya di Malaysia.

Tapi,bilangannya sedikit.

Kebanyakannya menulis Penulisan yang 'kurang mutunya'.

Buku yang diterbitkan?Nipis.Saiz Font Penulisan yang besar pula,mengurangkan lagi bilangan Patah Perkataan yang berada dalam buku itu.

Isi kandungan?Anda fikirkanlah.

Kenapa ini terjadi?

Satu - Orang Kita mahukan sesuatu itu dengan cepat,tanpa berusaha.Orang Kita mahu sesuatu itu dengan terlalu senang.Sedangkan,Peribahasa mengatakan "Barang baik - semuanya memerlukan kerja keras".

Ada sedikit kepincangan dengan 'attitude' kita di situ.Perkara ini sebenarnya memang benar.Sama juga seperti Syurga.Bukan mudah untuk mendapatkannya.Perlu pengorbanan.Bukan sekadar bicara kosong.

Astaghfirullahalazim.

Salah satu faktor berlakunya perkara ini sebenarnya adalah Faktor Sistem Pendidikan.

Kita mempunyai Sistem Pendidikan yang terlampau 'berorientasikan Peperiksaan'.

Selain itu,seperti ada satu 'stigma' dalam Masyarakat kita - Pelajar yang 'Bijak' - WAJIB mengambil Subjek Sains selepas PMR.

Walhal,bukan semua yang mendapat keputusan cemerlang itu meminati Sains.Akibatnya,lahirlah satu ke-tidak-seimbang-an dalam Masyarakat kita di mana kebanyakan Pelajar Cemerlang - semuanya mengambil Bidang Sains di Peringkat Universiti.

Bagaimana pula dengan Peringkat Sastera?

Sedangkan,jika diteliti dalam Sejarah Dunia (and even pada hari ini) - orang yang menguasai Dunia adalah mereka-mereka yang berasal dari Bidang Sastera.

Ini fakta.

Mereka yang berasal dari Bidang Sains pada hakikatnya hanya 'di-train' menjadi Pekerja Mahir.

Jadi,nampak?Ada sesuatu yang 'tidak kena' di situ.

Akibatnya,Karya Seni kita amatlah tidak bermutu sekali.Dan ianya adalah satu kerugian yang amat besar sekali di situ.Walhal,umum mengetahui - 'Media memainkan peranan yang amat besar dalam membentuk Pemikiran Marhaen'.

Jadi,melihatkan Gaya Pemikiran Orang Kita pada hari ini - mungkin boleh dikaitkan dengan apa yang sedang ditayangkan di Kaca Televisyen Tempatan kita pada hari ini.

Itu contoh mudahlah.

Tapi ini hanya pendapat Peribadi saya - seorang Anak Muda yang pada masa kini sedang mengambil 'Sains' sebagai Bidang Pengajiannya.

So,mungkin agak layak untuk saya berbicara mengenai perkara ini selepas menyaksikan sendiri Realiti yang sedang berlaku dalam kalangan Anak Muda pada hari ini.

*** *** ***

Kisah Turki Lagi

Selain itu,saya perasan satu perkara yang sedang berlaku dalam kalangan Muslim pada hari ini.

Seolahnya,kita terlalu ghairah untuk mencedok dan men'sauk' apa sahaja yang datang daripada Barat.

Negara-Negara Arab - ghairah membina Pencakar Langit.

Tapi,siapa sebenarnya yang untung dari Pembinaan Pencakar-Pencakar Langit ini?Umat Islamkah?Rakyat Negara merekakah?Atau - Orang Barat?

Di Turki - perkara yang sama sedang berlaku.

Saya teringat satu perbualan antara saya dengan seorang Brother Kedai Makan di sana.Beliau mengatakan yang 99% Rakyat Turki - terdiri daripada Muslim.

Tapi,apa yang dilihat saya - tidak mencerminkan apa yang dikatakannya.

Wanita-Wanitanya berpakaian Ibarat Wanita Barat.Tugu Monumen yang diukir Wajah 'Pemimpin Revolusi' mereka - bersepah-sepah diletakkan di Seluruh Istanbul.

Tapi,Alhamdulillah.Tanda-tanda kebangkitan Islam itu jelas di sana.Saya yakin ada Golongan yang sedang bekerja keras untuk menaikkan kembali Islam di Bumi Turki.

Kita sama-sama doakan kejayaan mereka.

Saya teringat Dialog Ahmad Dahlan dalam Filem Sang Pencerah yang ditonton saya semalam - yang apabila ditanyakan mengapa Beliau mahu menubuhkan Persatuan Jemaah Islam di Indonesia - Beliau menjawab Soalan itu dengan Terjemahan Ayat Al-Quran di bawah ini,

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3 : 104]

*** *** ***

Cukup

Ya.Cukup setakat ini coretan ringkas saya pada hari ini.

Mungkin apa yang saya coretkan ini kelihatan random.Tapi sebenarnya,ada kaitan antara perkara-perkara ini yang mahu saya sampaikan kepada anda.

Apakah kaitan-kaitan itu?

Anda fikir-fikirkanlah.

Akhir sekali - nasihat saya - sentiasalah dampingkan diri dengan Al-Quran,As-Sunnah.Sentiasalah dampingkan diri dengan Masjid dan Orang-Orang yang Berilmu lagi Soleh.

Carilah Ilmu.

Kejayaan itu tidak datang dengan senang.

Berhibur 24 Jam - tidak membawa kita ke mana-mana.

Berjuanglah.Dan jangan bersedih.Kerana Allah SWT Maha Adil,lagi Maha Penyayang.

Sekian.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Doakan semoga urusan Akademik saya dipermudah.Boleh juga baca Penulisan ini untuk Bacaan Tambahan.


No comments:

Post a Comment