20.4.12

Empayar XXI : Tamadun Tidak Berjiwa.

Prenote : Berperibadi mulia itu adalah salah satu cara 'menyentuh hati' yang terbaik.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

"...dan sesungguhnya kamu akan ditanya kelak tentang apa yang kamu telah kerjakan." [16:93]

Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sedekah tidak mengurangkan harta.Allah tidak melebihkan seseorang hamba dengan kemaafan-Nya melainkan kemuliaan dan tidak merendahkan diri seseorang melainkan Allah mengangkatnya." [Hadis Riwayat Muslim,ad-Darimi dan Ahmad]

*** *** ***


Nenek Dan Pusat Membeli-Belah

Lebih kurang Tiga minggu lepas,saya mempunyai kelas sehingga petang.Oleh kerana hari sudah agak lewat,saya berkeputusan untuk pergi makan di sebuah Pusat Membeli-Belah yang terletak berdekatan dengan Stesyen Metro menuju Asrama saya.

Dipendekkan cerita,semasa makan di dalam Food Court Pusat Membeli-Belah serba moden itu,yang mana rata-rata Pengunjungnya memakai Peragaan Butik Terkenal Dunia etc - kelihatan tidak jauh dari Meja tempat saya makan - seorang Nenek Tua.

Adalah menjadi sesuatu yang luar biasa bagi seorang Nenek Tua untuk berada di situ - memandangkan Tempat itu adalah 'Kawasan Orang Konon Elit' menghabiskan harta mereka.

Saya memilih Tempat itu hanya kerana di situ ada Kedai Makan Halal.Jujur cakap,saya tidak begitu selesa berada di dalam Pusat Membeli-Belah itu,memandangkan begitu banyak 'Kelucahan' berlaku di dalamnya.Hakikatnya,ianya agak 'menyeksakan' bagi seorang Anak Muda Muslim Bujang untuk hidup di Negara Barat ini.

Sambil makan,saya perhatikan Gelagat Nenek ini.Bajunya kusam.Mukanya - melambangkan kesedihan.

Saya fikir,"Mungkin Nenek ini lapar.Hendak try makan mewah sikit kot".

Selepas saya makan,Nenek itu masih berada di situ.Saya menghampirinya.

Barulah jelas pada penglihatan mata saya,yang Nenek itu bukan sedang makan.Sebaliknya,Nenek itu sedang duduk sambil tangannya menadah 'seolah meminta bantuan'.

Cuaca di luar ketika itu masih lagi Sejuk.Fikir saya,mungkin Nenek ini terlampau lapar dan Sejuk,dan dalam keadaan terdesak,Beliau terpaksa membuang rasa malu - lantas duduk dalam Food Court Pusat Membeli-Belah itu.

Saya kemudian datang menghampiri Nenek ini,dan menghulurkan sedikit Wang kepada Beliau.

Melihatkan 'Wang' yang diberi,Nenek itu terus menangis dan mengambilnya.Tangisan Beliau itu - bukanlah dibuat-buat.Tapi,tangisan yang lahir dari kesedihan mendalam.

Nenek itu mengucapkan Terima Kasih kepada saya.Saya hanya tesenyum,lalu membuka langkah untuk beredar pergi.

Kemudian,Nenek itu membuat 'tanda isyarat cross' yang bermaksud 'semoga saya dirahmati'.

Melihatkan perkara ini terjadi,saya berpatah balik,dan berkata perlahan kepada Nenek ini,"Saya seorang Muslim.Ini bantuan dari Tuhan.Saya hanya berikan sahaja.Tapi sebenarnya,Tuhan yang bantu Nenek".

Nenek itu hanya terangguk-angguk sambil tersedu menangis.

Saya berlalu pergi.

Tentu ada di antara anda yang tertanya,kenapa saya menyatakan kepada Nenek itu,"Saya seorang Muslim"?

Niat saya hanya untuk 'menunjukkan Pintu kepada Nenek ini'.Mana tahu,apabila tiba di Rumah nanti (jika Beliau ada Rumah),Nenek ini teringat perbuatan saya,dan mengaitkan dengan pernyataan saya itu,Nenek ini berminat untuk memahami Islam.

Siapa tahu?Kita manusia hanya berusaha.Itulah sebabnya adalah menjadi tanggungjawab seorang Muslim untuk menyebarkan jalan ini bila mana kesempatan mendatang.Jangan pernah segan.

Apa-apapun,kita kena ingat,hidayah itu milik Allah SWT.Kita hanya berusaha untuk menyampaikan.Tentang hati,kita serahkan kepada-Nya sahaja.

Dan mungkin juga ada yang bertanya,"Perlu ke cerita benda ni,nak riak ke hape?".

Tujuan saya menceritakan perkara ini,supaya anda - membuka mata anda terhadap keadaan di sekeliling anda.

Bantu mereka yang memerlukan!

Bukannya saya hendak riak ke apa.Tiada faedah jika saya mahu riak.Malah merugikan saya.Bukankah riak itu penghapus amal?

*** *** ***

Kesedihan

Dari kisah di atas,ada satu perkara yang membuatkan saya sedih.

Apa yang membuatkan hati saya 'patah lagi heartbreak' itu adalah apabila melihatkan Para Gadis dan Jejaka yang lalu-lalang di sekeliling Nenek itu - tidak sedikit pun menegur Beliau - atau bertanya samada Beliau perlukan bantuan etc etc.

Kenapa ini berlaku?Itulah Tamadun Barat.Tamadun yang dibangga-banggakan sangat oleh sesetengah Pihak dalam Masyarakat kita.

Hakikatnya Tamadun Moden Barat ini adalah Tamadun Material yang 'Tidak Berjiwa'.

Itulah kesimpulan yang saya dapat lihat sepanjang berada di Negara Barat ini.

Anak Murid bersikap biadab dengan Guru etc etc - bukanlah Pemandangan yang asing di sini.

Amat malang apabila ada dalam kalangan kita yang begitu Taksub dengan Tamadun ini.

Saya tidak mengatakan semua yang datang dari Barat itu salah.

Tidak.

Malah,banyak juga perkara yang boleh dimanfaatkan kita.

Cuma,apa yang saya ingin sentuh adalah mengenai Perihal 'Kerosakan Cara Hidup Seharian' Rakyat Kebanyakan mereka - yang semestinya tidak dipaparkan di dalam Televisyen.

Saya mahu menarik perhatian anda mengenai kesan yang bakal melanda Masyarakat kita - jika kita hidup semata-mata untuk mengejar 'Keuntungan Material' sahaja.

Dan,amatlah menyedihkan apabila melihat perkara kerosakan ini sudah ada,malah mulai merebak di Tanah Air kita.

*** *** ***

Turki

Ketika di Istanbul,setiap hari kami mendapat 'Sarapan' Percuma yang disediakan 'Pihak Hotel'.

Dan semasa kami bersarapan,Pihak Katering Hotel kebiasaannya memasang TV untuk ditonton Tetamu Hotel.

Mengikut Pemerhatian saya,TV di Turki - amatlah 'liberal dan terbuka' kandungan Tayangannya.

'Bergelek sana,bergelek sini'.

Sedih.

Saya sedih melihat keadaan ini.

Bertambah sedih apabila mengingatkan ketika pulang ke Malaysia pada Musim Panas yang lepas,kandungan TV Malaysia juga memaparkan perkara yang lebih kurang sama.

'Gadis Melayu' sudah berani melakonkan 'Adegan Ranjang' secara terbuka bersama 'Hero Melayu'.

Apakah ini kemodenan yang kita mahukan?

Tidak dinafikan,memang ada TV Al-Hijrah etc.

Tapi,kandungan Islamik di Kaca Televisyen kita hanya berapa Percent kecil sahaja berbanding Rancangan-Rancangan 'Tidak Bermutu yang dipenuhi Maksiat' lain yang ditayangkan.

*** *** ***

Usaha

Orang Islam itu - jika mereka benar-benar memahami Agamanya - adalah orang yang berjaya di Dunia dan juga di Akhirat.

Mengeluh panjang - bukanlah ciri orang yang berjaya.

Jadi,kita sebagai seorang Muslim,tidak boleh berputus asa dan sekadar berlepas tangan melihatkan keadaan Maksiat yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini.

Sebaliknya,usaha perlu dipertingkat untuk menyebar Risalah Kebenaran ini.

Idea perlu dicari untuk mendekati Golongan Muda.

Tapi ingat.Matlamat tidak menghalalkan cara.Dakwah itu mestilah mengikuti apa yang diajarkan Rasulullah SAW.

Saya suka untuk menarik perhatian anda untuk menonton sebuah Video tentang Usaha Dakwah yang sedang dilakukan oleh Muslim di Negara Barat pada ketika ini.


Harapan saya,semoga anda mengambil Pengajaran (Ibrah) dari Video di atas.

*** *** ***

Hadiah

Oleh kerana saya tahu bukan ramai orang yang membaca Penulisan ini,jadi untuk menghargai usaha anda membaca Penulisan ini,saya sukacita untuk menghadiahkan salah seorang daripada anda Para Pembaca dengan buku Penulisan Ustaz Zaharuddin di bawah ini.

Buku ini pada fikir saya bagus,mempunyai koleksi Soal Jawab Islamik yang boleh dimanfaatkan anda.

Tapi,harap maklum - hanya sebuah buku sahaja yang diedar.Jadi,jika anda berminat,sila nyatakan di bahagian komen.

Pengkomen Pertama yang menulis komen tentang Artikel ini dengan 'proper',akan mendapat Buku ini.

Kepada Bakal Penerima,sila nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda.Jika tidak faham,sila lihat contoh komen yang perlu anda tulis di sini.


*** *** ***

Penutup

Itu sahaja untuk kali ini.

Insya-Allah,siri ini akan ditamatkan pada hujung minggu ini.Ini bagi membuka laluan bagi Penulisan dengan Tema lain pula untuk ditulis.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Maaf Penulisan tidak berapa bermutu.Saya sekarang agak sibuk sebenarnya.Tapi saya cuba juga untuk menulis,kerana saya tahu,ramai di luar sana yang sedang 'lost'.Jadi,adalah perlu untuk saya mengingatkan mereka,dan juga diri saya sendiri.Semoga Allah redha.Amin.


4 comments:

  1. Pemerhatian yang tajam untuk kehidupan sehari-harian.
    Saya juga sedang belajar di luar negara, tapi tak pernah peka terhadap perkara-perkara kecil seperti yang diutarakan. Terima kasih kerana bring up the question - kenapalah orang-orang di negara kita kadangkala mengagungkan budaya barat ni. Padahal hakikatnya, indah khabar dari rupa.
    Ya, tapi di bandar kecil tempat saya belajar, budayanya menolong, dan saya sudah menjadi terbiasa dengan budaya menolong dan mendahulukan orang tua. Cuma, kadang-kadang apabila saya menolong, saya lupa nak selitkan "I'm a muslim, that's what Islam teaches us to do" mungkin out of not being really proud of being a muslim (muhasabah diri sendiri)
    Will do next time!

    So yeah, buku tu kalau tak ada yang lebih memerlukan, saya nak! Nanti insyaAllah akan saya letak di rumah untuk dikongsi dengan ahli keluarga yang lain.

    boleh message saya dekat tumblr?
    http://youcannotcompareapplesandoranges.tumblr.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum Saudari.

      segala puji hanya bagi Allah,Alhamdulillah..
      sememangnya ada antara mereka yang baik di Barat,saya sendiri bersahabat baik dengan beberapa orang penduduk tempatan di sini.tapi still,ada di antara perlakuan mereka memang tidak menetapi skala adab islamik... antaranya suka memaki hamun,panas baran etc etc..sukar dijelas dalam penulisan..

      btw,insya-Allah,you should try..

      okay,saya sudah hubungi anda di tumblr..apa2 nanti maklumkan saya.

      assalamualaikum.

      semoga buku dimanfaat.

      Delete
    2. saudari,saya masih tidak terima email anda.

      Delete
  2. kepada anda yang lain,buku sudah abis.tapi nak komen artikel boleh sahaja.harap maklum.

    ReplyDelete