21.4.12

Empayar XXII : Ilmu,Kebenaran Dan Zon Selesa.Bangkitlah Wahai Yang Mengaku Beriman!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesugguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
[Al-Nahl : 95-97]

*** *** ***

Masa

Semakin hari,semakin pantas waktu berlalu meninggalkan kita.Orang yang suka bertangguh daripada melakukan sesuatu - adalah orang yang paling rugi di dalam dunia.Bertambah rugi orang itu - jika Beliau mempunyai suatu Idea/Niat Baik untuk dilakukan,tetapi tidak dilaksanakan hanya kerana sifat Pemalasnya,atau pun sentimen 'bimbang apa orang kata' yang menguasai diri.

Rugilah mereka yang mempunyai sifat di atas.

*** *** ***

Realiti


Saya baru sahaja menonton Video di atas.

Fikir saya,ianya adalah sebuah Video yang sangat bagus,walaupun tajuknya tiada kena mengena dengan Isi yang disampaikan di dalam Video itu.

Tapi,apabila melihat di bahagian komen video yang saya yakin 99% tontonannya datang dari Pengguna Muslim ini - saya merasa sedih.

Komen-komen di sana,dipengaruhi emosi dan Sentimen Politik yang menebal.

Itulah Realiti Orang Kita untuk pengetahuan Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian.Menyedihkan.

Perkataan yang ditaip kebanyakan kita di Internet - sentiasa dipengaruhi emosi dan dendam mempertahankan ego.Yang lebih menyedihkan,emosi hebat ini hanya terdampar di dalam Internet,tidak dibawa ke dunia luar.

Astaghfirullah.

Alangkah baiknya andai Emosi dan Semangat Yang Jitu itu dimanfaatkan ke arah kebaikan di dalam dunia sebenar.

*** *** ***

Imej

Tengahari tadi,saya pergi membeli Tiket Keretapi untuk perjalanan menuju salah sebuah bandar yang terpenting di Russia ini.Perjalanan itu,insya-Allah akan berlaku pada awal bulan Mei - memandangkan pada tempoh itu,Institut kami memberi cuti 5 Hari kepada Para Pelajar sempena Cuti Hari Kemenangan Russia.Untuk perjalanan yang bakal mengambil masa lebih daripada 13 Jam,fikir saya harga Tiket itu agak murah.Perkara ini (ke-ter-atur-an Sistem Pengangkutan Awam mereka) suatu yang agak menarik dan perlu dicontohi kita di Malaysia.

Balik dari membeli Tiket,saya dan Para Sahabat sempat singgah di Masjid yang terdekat untuk menunaikan Solat Zuhur di sana.

Apa yang mengecewakan saya adalah - sepanjang Perjalanan daripada Metro sehingga ke Pintu Pagar Masjid - penuh dengan Peminta Sedekah yang duduk di tepian jalan.

Kebanyakan mereka ini adalah 'Muslim'.Yang lebih mengguris hati,ada di antara mereka yang duduk berjam-jam di tepian jalan itu dengan mengendong Anak Kecil yang fikir saya berusia tidak lebih daripada dua tahun.

Berdekatan dengan Masjid itu,terletak juga sebuah Gereja.Kurang pula saya lihat Gerombolan Peminta Sedekah Kristian di situ.

Soalan saya : Apakah ini Islam?Apakah Islam menyuruh kita bermalas-malasan meminta sedekah semata?Apakah Islam menyeru kepada kemelaratan hidup tanpa sebarang usaha diambil untuk mengatasinya?

Jawapan kepada persoalan di atas adalah : Tidak,tidak dan tidak.Islam adalah Cara Hidup yang menyeru Umatnya untuk berjaya di Dunia dan juga di Akhirat.

Tetapi,lihatlah Realiti menyedihkan yang berlaku di Persisiran Masjid tadi.Perbuatan mereka ini - sedikit sebanyak hanya membawa kepada 'kebencian' dan menambah 'ke-salah-faham-an' Masyarakat Tempatan Russia di sini terhadap Islam.

Walhal,hakikatnya berbeza sama sekali.Islam itu Cara Hidup yang indah.Tapi,seringkali diburukkan 'Namanya' oleh perbuatan 'negatif' sesetengah Muslim itu sendiri.

Apa yang lebih membuatkan saya sedih adalah kerana tidak jauh dari Lokasi mereka meminta sedekah itu,turut terdapat Pasar Minggu.Di sana,banyak Nenek Tua yang menjaja.Nenek-Nenek Tua ini miskin.Tapi,mereka tidak begitu mudah berputus asa.Mereka tetap berusaha mencari rezeki.Even ianya menuntut mereka menjaja Epal Buruk.

Optimis - itulah sikap mereka.Dan sikap seperti inilah yang sepatutnya ada pada Muslim.

Tapi,sayang.Muslim tidak bertindak seperti itu.Kenapa?

Kerana tiadanya kefahaman sebenar terhadap Cara Hidup ini.Salah siapa?Salah diri sendiri.Kenapa?Fikir-fikirkanlah.

*** *** ***

SubhanAllah

Allah itu Maha Berkuasa.Allah SWT Maha Bijaksana.Dia Memberikan Hidayah-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.Dia juga Maha Adil.

Sesiapa yang benar-benar ikhlas mahukan kebenaran dan keredhaan-Nya,pasti akan ditunjukkan jalan oleh Allah SWT kepada Islam.


Kebanyakan Muslimin di Russia - terdiri daripada Kaum Pendatang,yakni bukannya mereka yang berasal dari Etnik Eropah Russia.

Tapi,Hidayah Allah SWT itu tidak mengenal kaum dan paras rupa.

Gambar di atas menunjukkan seorang Kanak-Kanak Lelaki berbangsa Russia,sedang menunggu ayahnya menunaikan Solat di dalam Masjid.

SubhanAllah.

Melihatkan suasana ini,adalah menjadi suatu yang membingungkan apabila memikirkan bahawa ada sesetengah kelompok dalam Masyarakat kita yang berfahaman ‘Islam itu hanya untuk Melayu’.

Astaghfirullahalazim.Carilah Ilmu.Jangan racist.
[Sumber Quote : Tumblr Pena Maya]

Gambar ini saya ambil dalam Masjid yang sama dengan cerita di atas tadi.

Perhatikan,walaupun 'Imej Buruk' diberikan oleh sesetengah 'Muslim' di Luar Masjid,Hidayah Allah SWT itu tetap akan sampai kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.Orang yang benar-benar mencari,pasti menjumpai Kebenaran ini.

Lelaki Russia ini - saya doakan supaya Beliau dirahmati Allah SWT.

Pengajaran : Kalau kita tidak menegakkan kebenaran ini,Allah SWT akan bangkitkan orang lain untuk menegakkan 'Jalan' ini.

Siapa yang rugi?Kita.

*** *** ***

Bersambung

Sepatutnya,ini merupakan Penulisan Terakhir bagi Siri Empayar.

Tapi oleh kerana Penulisan sudah ditulis terlampau panjang,Penulisan ini akan disambung dalam Entri seterusnya.

Itu sahaja untuk kali ini.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya bukan menulis untuk mengkritik semata.Tapi saya menulis berkongsi pengalaman di Negara Orang - supaya kita semua mengambil pengajaran dan memperbetulkan kesilapan kita.Doakan saya.

P/P/S : Kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

P/P/P/S : Kalaulah Zakat diagihkan dengan sebaiknya.



2 comments:

  1. salam saudara,

    saya ada mengeluarkan post berkaitan dengan kepercayaan,harap saudara dapat berkongsi sedikit sebanyak tentang kepercayaan saudara...apa itu kepercayaan dari sudut pandangan saudara sendiri,atas sebab apa kepercayaan itu dipegang,bagaimana saudara berpegang teguh dengan kepercayaan saudara itu...dan banyak lagi persoalan yang saya kemukakan,diharap ianya dapat membuka mata kita tentang kepercayaan...

    -Annur-

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.insya-Allah kalau saya tahu hendak menjawab,saya akan jawab.kalau saya tidak jawab di sana nanti,itu maksudnya saya tidak tahu.

      sebab saya tidak boleh menulis tentang perkara yang kita tidak tahu.. bimbang orang salah erti..

      apa-apapun terima kasih kerana mengundang.semoga dirahmati-Nya.amin.

      Delete