22.4.12

Empayar XXIII : Ini Bukanlah Penamat,Teruslah Berlari!

Prenote : Khas buat Para Pemuda.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa [A-li 'Imraan : 133]

*** *** ***

Muzium Perang Istanbul (Nasihat Sheik Edebali kepada Osman Gazi)

3 Februari 2012 - Saya dan Para Sahabat dengan izin Allah SWT,berkesempatan melawat Muzium Perang Turki di Istanbul.

Salah satu perkara yang menarik perhatian saya di sana adalah Gambar di bawah ini.

(Jika anda mahu baca Teks Penuh dalam Gambar di bawah,boleh klik sini)


"...Show pity to these three kinds of people : A learned person among the ignorant,a poor man among the rich,and once-respected man who has lost his standing.Do not forget that those who occupy high places are less secure than those lower down.

Do not fear to fight in just cause.Remember that people call the best horse a bay and a courageous youth an adventurer..."

Nasihat di atas diberikan oleh Sheik Edebali kepada Osman Ghazi (yang juga merupakan Pengasas Ottoman Empire).

Suka saya menarik perhatian anda terhadap Quote dari Nasihat itu yang saya sertakan di atas.

Di sini kita dapat lihat,betapa jika seorang Anak Muda itu berani dan yakin,nescaya banyak perkara dapat dilakukannya.

Semangat Anak Muda itu adalah suatu perkara yang perlu dimanfaatkan oleh Umat Islam pada hari ini.

Tapi,lihatlah Anak Muda kita pada hari ini.Di manakah mereka?Masjid atau Kelab Malam?

Usaha perlu dilakukan untuk menaikkan semula semangat Anak Muda kita.Bukan sekadar retorik,tapi perlu ada usaha sebenar untuk menjayakan perkara ini.Dan sudah semestinya,perkara ini tidak boleh dilakukan oleh Golongan Tua.Ini kerana hanya Golongan Muda yang tahu kerenah Golongan Muda sezaman dengan mereka.

Jadi,Anak-Anak Muda yang 'sedar' di luar sana sekalian,kita ada Misi Besar yang perlu dilaksanakan.

Ayuh!

Ingatlah,ada balasan yang baik untuk Anak Muda yang menghabiskan masanya di Jalan Allah.

“Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Tujuh golongan yang akan dilindungi Allah S.W.T di bawah bayangan rahmatNya pada hari yang tiada bayangan selain daripada bayangan rahmatNya iaitu : Pemerintah yang adil,Pemuda yang menggunakan masa muda remajanya untuk beribadat kepada Allah SWT...." [Bukhari,Muslim]

*** *** ***

Cahaya Allah

Selepas pulang dari Muzium Askar,saya dan Para Sahabat berjalan kaki agak jauh untuk mencari Masjid,memandangkan Muzium Askar ini terletak di kawasan Bangunan Kedai,jadi kurang Masjid di situ.

Setelah berjalan kaki beberapa minit,kami menjumpai sebuah Masjid di bawah Tanah sebuah Rumah Kedai.

Terkejut - itulah perasaan saya.

"Mungkin Masjid ini digunakan semasa Zaman Atatürk",ujar seorang Sahabat saya.

Mungkin benar.Mungkin juga tidak.Ini kerana,di Zaman Atatürk - memang banyak Masjid yang telah ditutup.Tidak percaya?Sila google,atau baca sini (yang saya jumpa di Google).

Di dalam Masjid itu,semasa mengambil Wuduk,seorang Pemuda berbual dengan kami.

Beliau menyatakan yang Beliau tidak tahu membaca Al-Quran.Tapi kini,mula mempelajarinya.

Lihatlah wahai Umat Islam sekalian.

Walau 'sekuat' mana Musuh-Musuh Islam cuba menghancurkan Islam,Cahaya Kebenaran ini tetap akan bersinar dan sampai kepada mereka yang mencari keredhaan-Nya (dengan izin Allah SWT).

*** *** ***

Isu Bahasa


Satu lagi perkara yang menarik mengenai Turki adalah Bahasa mereka.

Bukan sahaja Turki - malah pelbagai Negara yang telah saya pergi,atau singgah di dalam Dunia ini - boleh dikatakan hampir semuanya - menggunakan Bahasa Ibunda mereka sebagai Bahasa Rasmi.

Mereka bangga dengan bahasa Ibunda mereka.Semua Penulisan-Penulisan Akademik,diterjemah ke dalam Bahasa Ibunda mereka.

Sebut sahaja nama Negara yang anda mahu - German,Russia,Turki,Indonesia,Perancis - semua ini adalah Negara yang di mana Rakyatnya adalah Rakyat yang bersatu-padu.

Salah satu Faktor utama yang menyebabkan perkara ini terjadi adalah - Bahasa.

Bahasa ini sebenarnya adalah perkara yang amat penting sekali dalam pembentukan sebuah Bangsa.

Bahasa Jiwa Bangsa.

Memang benar.Suatu Bangsa yang menggunakan Bahasa mereka dalam perbualan seharian,akan menjadi suatu Bangsa yang tinggi jati dirinya.

Tapi sayang.

Lihatlah Negara kita.Malaysia.

Bahasa Jiwa Bangsa hanya slogan.Malah,yang mempromosikan slogan itu sendiri lebih selesa Berbahasa Inggeris.

Heh.Itulah Realiti orang kita.Banyak beretorik semata.Berkempen dalam TV 'bagai nak rak' - semata untuk dilupakan.

Sejujurnya,jika kita mahu menjadi Negara Maju,attitude ini perlu ditukar.

Dalam konteks Muslim pula,Bahasa amat penting.

Jika Blogger-Blogger Muslim Melayu memperbanyakkan Tulisan-Tulisan bertemakan Islamik dalam Bahasa Melayu di Internet,insya-Allah,cahaya Islam akan sampai kepada ramai orang Melayu.

Tapi,lihatlah bagaimana wajah Blog Melayu.90% daripada Blog berbahasa Melayu adalah Blog dalam kategori Tidak Akademik!

Perkara ini sebenarnya amat mengecewakan.

Jadi,sekali lagi,Anak-Anak Muda di luar sana,terutamanya Pemuda Muslim,ini tugas anda.Serulah manusia Melayu di Tanah Air kita kembali kepada Islam dengan kemahiran berbahasa anda!

Tapi,jangan semua perkara hendak di-Bahasa-Melayu-kan pula.Jangan jadi macam Atatürk.

Islam itu mestilah diamalkan seperti mana yang diajarkan Rasulullah SAW kepada kita,berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah - seperti mana yang difahami oleh Para Sahabat RA.

Okay?

Tapi untuk suasana Akademik Malaysia pada hari ini,saya fikir,Pelajar perlu diajar Sains dalam Bahasa Inggeris - dan kemudiannya satu Projek Penterjemahan Ilmu Akademik ke dalam Bahasa Melayu perlu dilaksanakan secara besar-besaran.

Hanya dengan cara ini sahaja - Ilmu akan berkembang dalam Bahasa Melayu.Tapi perkara ini memerlukan pengorbanan yang tinggi oleh Golongan Akademik.

Tapi itulah.Ikut pemerhatian saya,Sistem Pendidikan kita hanya melahirkan 'Pekerja'.Bukan 'Pemikir' mahupun 'Orang Yang Luar Biasa'.Kita terlalu obses dengan 'Markah Di Atas Sijil' - berbanding 'Siapa Individu Itu Dan Nilai Dirinya' selepas mereka tamat Pengajian.

'Sesuatu' perlu diubah.'Emosi' tidak boleh terlibat dalam Misi ini.

*** *** ***

Sudut Pandang Sejarah Dan Ilmu

Saya pernah menulis perkara ini dalam Siri Gulag di Tumblr saya tidak lama dahulu.

Ramai orang yang 'Pandai' di dalam Dunia ini.

Tapi tidak ramai yang benar-benar 'Faham dan Bijak'.

Sejarah itu sesuatu yang perlu dipelajari oleh semua manusia.

Dahulu,semasa masih berusia belasan tahun,saya tidak menganggap Sejarah itu sesuatu yang penting.

Tapi,kini setelah usia menganjak dan diri semakin matang - Alhamdulillah -saya amat yakin Sejarah itu adalah sesuatu yang perlu dipelajari setiap kita untuk memahami 'Kenapa' sesuatu perkara itu terjadi pada hari ini.

Walaupun begitu,kita mesti ingat juga - Sejarah boleh dieksploitasikan oleh 'Tangan Tertentu' untuk kepentingan mereka.

Lihat sahaja di Barat - Fenomena Islamophobia berlaku dengan hebat sekali.

Islam digelarkan oleh 'Wartawan Yang Terlibat Dalam Propaganda' ini sebagai 'Agama Keganasan' dan sebagainya.

Walhal,hakikatnya tidak.Islam itu Cara Hidup yang menyeru kepada keamanan.

Perkara ini berlaku kerana - Wartawan-Wartawan itu - mungkin mereka banyak 'membaca'.Tapi mereka membaca dari Sudut dan Sumber yang salah.

Itulah sebabnya kita perlu mencari Ilmu dari Sumber yang benar.

Jika Ilmu itu dicari dari Sumber yang salah,kita akan selamanya menjadi Jahil,buta dalam kegelapan - dan lebih teruk - menidakkan kebenaran.

Seorang Muslim - jika asyik membaca Penulisan oleh Jurnalis Sekular dari Barat - jika tidak dibendung - boleh menjadi seorang Sekularis dan akhirnya....Nauzubillah.

Saya sudah melihat perkara ini berlaku.Di hadapan mata.

Selain itu,Niat juga merupakan perkara paling penting dalam mencari Ilmu.Jika dari awal kita sudah berniat salah dalam mencari Ilmu,sukar untuk kebenaran kita temui.

Sabda Rasulullah SAW,Maksudnya : "Segala amalan adalah berdasarkan niat.Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan.Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya,maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya.Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya" [Hadis Sahih Bukhari dan Muslim]

Jadi,kesimpulan di sini,adalah perlu untuk kita memahami Sejarah itu dari Sumber yang betul.

Kegagalan memahami Sejarah dari Sudut Pandang yang betul - akan menyaksikan kita selamanya berada dalam Lubang Kejahilan.

Astaghfirullahalazim.

*** *** ***

Kenapa Fokus Pada Pemuda?

Tentu ada yang bertanya.

Kenapa untuk Penulisan Terakhir Siri Empayar ini - saya fokuskan Kandungannya Terhadap Pemuda?

Senang sahaja.

Pemuda itulah yang akan mewarisi Dunia pada hari ini di Masa Hadapan.

Penulisan ini ditulis dengan harapan sedikit sebanyak dapat membangkitkan semangat Para Pemuda yang ada di luar sana.

Ini kerana,Pemuda kita pada hari ini - MasyaAllah - amat 'merisaukan' Tuan-Tuan dan Puan-Puan situasi mereka!

Kepada Para Ibu Bapa,jagalah anak-anak anda elok-elok.

Pernah dengar ayat ini - "Jika mahu lihat bagaimana suatu Generasi itu di Masa Hadapan,sila lihat Generasi Mudanya pada hari ini" - apakah anda mendapat jawapan yang menenangkan hati?

Buka mata anda.Renung.Dan lakukan sesuatu!

*** *** ***

Ini Bukanlah Penamat,Teruslah Berlari

Setelah 23 Penulisan ditulis untuk Siri Empayar,saya bersyukur kerana banyak perkara yang telah berjaya saya nukilkan untuk Perkongsian buat Anda semua di luar sana,dan juga sebagai peringatan buat diri sendiri.

Semoga Penulisan ini menjadi suatu yang dapat membantu saya di Akhirat kelak.

Perjalanan di Turki memang membawa banyak Pengajaran (Ibrah) buat diri saya yang kerdil ini.

Astaghfirullah.Terlalu banyak tanggungjawab di hadapan,tapi masih kita bermain-main.

Sama-sama kita ubah diri kita.Kita mampu lakukannya!

Itu sahaja untuk Siri Empayar ini.

Jika ada sebarang salah silap atau terkasar bahasa sepanjang Siri ini ditulis - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Astaghfirullahalazim.

P/P/S : Insya-Allah dalam masa terdekat,ada beberapa Perkara akan diterbitkan sempena Empat Tahun Pena Maya.

P/P/P/S : Giveaway Buku Islamik Edisi April 2012 akan dilaksanakan tidak lama lagi.Jika mahu menyumbang dana - emailkan saya di pospenamaya@gmail.com.



1 comment: