27.4.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi April 2012).

Prenote : Pemberian Buku-Buku Islamik kepada sesiapa yang mahu memanfaatkannya sebaik mungkin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Seperti Projek Al-Quran Edisi April,Giveaway Pena Maya juga akan diringkaskan Entri Penyertaannya bermula Bulan ini.Ini dilakukan agar dapat menarik minat Golongan yang 'kurang gemar membaca' untuk menyertai Giveaway ini.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,Tiga buah Buku Islamik akan diedarkan kepada Tiga orang Pembaca (setiap seorang menerima sebuah buku).

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

Tiga orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku-Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Apakah pandangan jujur anda terhadap Generasi Muda Islam di Negara kita pada waktu ini - Apakah telah ramai yang kembali kepada Islam,atau masih ramai yang 'lost'?Berikan pandangan Jujur".

3) Komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog etc.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 3 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Satu Buku Untuk Satu Pembaca)

Sila ambil perhatian.Buku-buku yang bakal diedar ini semuanya rare dan susah dijumpai di Bandar-Bandar Kecil.Jadi,buatlah pilihan yang tepat.

1) Islam In Malaysia : Perceptions & Facts


Penerangan : Buku ini sebenarnya merupakan Edisi Bahasa Inggeris bagi Buku Penulisan Dr. Asri dalam Bahasa Melayu bertajuk Menerajui Bahtera Perubahan Minda.Saya masih sedang cuba menghabiskan Pembacaan buku ini buat masa ini.Tapi jujur bicara,buku ini amat saya cadangkan untuk anda pilih,jika anda seorang Non-Muslim (atau even Muslim) yang sedang cuba memahami Islam - tapi keliru apabila melihat 'Islam Versi Adat' yang terdapat di Negara kita.Buku ini banyak memperbetulkan Persepsi yang salah terhadap Islam,insya-Allah.

2) Indahnya Hidup Bersyariat (Panduan Fardu Ain Lengkap Bergambar)


Penerangan : Buku ini ditulis oleh Ustaz Ismail Kamus.Sangat bermanfaat.Di dalamnya ada dipapar tentang Ibadat Fardhu Ain berserta Penerangan Bergambar.Sesuai untuk anda yang mahu mendalami Ibadat Fardhu Ain.Saya secara jujur juga cadangkan anda untuk Pilih buku ini.Ibu saya ada Sebuah Buku ini di rumah.Amat bermanfaat.Mungkin boleh dihadiah kepada Ibu Bapa anda?

3) Hadis 40 Imam Nawawi (Ustaz Zahazan Mohamed)


Penerangan : Kita mengaku kita cintakan Rasulullah SAW.Tapi apakah cukup cinta kita itu dengan sekadar 'kata-kata'?Apakah kita mengamalkan Sunnah Baginda?Apakah kita mengkaji Hadis?Jadi,oleh kerana menyedari perkara ini,saya kongsikan buku ini dalam Senarai ini.Amat dicadangkan untuk anda yang sedang merubah diri.Penyampaian dalam buku ini juga bagus.

4) Terjemahan Al-Quran Al Karim: Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu


Penerangan : Mungkin anda membaca Al-Quran selama ini.Tapi,pernahkah anda cuba untuk memahami Al-Quran?Tahukah anda - betapa ruginya kita ini andai Al-Quran sudah berada di hadapan mata - tapi kita tidak pernah berusaha untuk memahaminya.Saya cadangkan anda untuk pilih Al-Quran ini untuk dibaca bersama keluarga anda - andai di Rumah anda masih tiada Naskhah Terjemahan Al-Quran.Semoga keluarga anda dan anda dirahmati-Nya.Amin.

5) The Ideal Muslim


Penerangan : Saya secara peribadi,amat syorkan anda pilih buku ini.Satu - sebab buku ini 'rare'.Susah jumpa kat kedai.Saya akan beli (maybe) melalui MphOnline.Keduanya,kerana buku ini lengkap dengan Hadis Sahih amalan yang kita boleh lakukan seharian etc.Tapi kalau anda kurang fasih berbahasa Inggeris,saya tidak galakkan anda pilih buku ini.Bimbang salah kefahaman nanti.Tapi still,anda boleh bagi buku ni kat saudara-mara anda yang fasih bahasa Inggeris kan?

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sesiapa yang ingin menyumbang Dana untuk Projek Pengedaran Lima Naskhah Al-Quran Percuma Edisi Bulan Mei - hubungi pospenamaya@gmail.com.


19 comments:

  1. alhamdulillah....teruskn perjuangan.

    ReplyDelete
  2. salam alayk... pada pandangan saya,, generasi muda di malaysia pada masa kini ramai yang telah berusaha ke arah untuk menjadi lebih baik contohnya seperti semakin ramai yang cuba untuk mula berusrah, join program yang dapat membentuk sahsiah & peribadi serta akhlak muslim & etc .. even ramai yang masih "lost" serta masih dalam pencarian, sometime melihat ramai yang berusaha itu amat kagum ,dan ia sebenarnya turut mendorong insan2 lain untuk menjadi lebih better insyaALLAH..wallahualam,, just pandangan..
    jika ada rezeki saya berminat untuk memiliki buku the ideal muslim ,, untuk bacaan sendiri dan insyaALLAH dikongsi dengan family dan sahabat2 & insan2 lain ,insyaALLAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mujahidah1413h
      betul2.. ada benarnya..
      insya-Allah dengan izin Allah anda dapat buku ini,alhamdulillah..
      saya akan hubungi anda dalam masa terdekat..
      semoga dirahmatiNya.

      Delete
    2. boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
    3. alhamdulillah, jazakallahu khairan kathiran, ok saya dah hubungi anda di pospenamaya.. barakallahufik !

      Delete
  3. Assalamualaikum wbt.

    Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 5.Buku ini untuk diri saya sendiri (tak pe ke?)

    Jawapan kepada Persoalan:

    Ramai yang hendak kembali kpd Islam, tapi mungkin tidak tahu cara atau tiada pemangkin.
    tapi ramai juga yang 'lost' dan mungkin tidak tahu yg mereka telah 'lost'.

    Allahu a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam kak long..
      boleh2... memang untuk diri sendiri pon boleh..
      terima kasih berkongsi pendapat - sebenarnya soalan anda itu ada kaitan dengan penerbitan ebook terbaru saya dalam masa terdekat ini.

      boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima - semua maklumat ini akan digunakan oleh pihak delivery..

      kalau email saya nanti ,maklumkan yang anda ini adalah kaklong

      Delete
    2. assalamualaikum..kak long,saya masih tidak dapat email anda.

      Delete
  4. Assalamualaikum

    Menarik. Masih boleh menyertai kah? Andai diberi peluang dan ada rezeki saya mahukan buku Nombor 3 Hadis 40 Imam Nawawi. Buku ini untuk bacaan saya sendiri (dan juga berkongsi untuk bacaan teman2 sepejabat yg minat membaca buku2 Islamik). Jawapan kepada Persoalan anda: Semakin ramai remaja zaman sekarang sedang berusaha unuk kembali kepada Islam namun ramai yang keliru, lost, terikut-ikut dengan godaan nafsu nafsi duniawi walau hati kecil sangat ingin kembali kepada fitrah iman dan Islam. Sehari selembar benang lama lama menjadi kain. Begitu juga usaha para remaja untuk kembali kepada Islam. Yang penting semoga jenerasi akan datang lebih gigih berusaha dan berjaya melaksanakan segala suruhan dan larangan dalam menjalani hidup bersyariat.
    Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wbt mamawana.
      apa yang dicoretkan mamawana memang benar.memang ramai yang ingin kembali,tapi ramai yang tewas.. perlu ada mekanisme dijalankan untuk lebih menarik golongan2 remaja ini.

      apa2pon alhamdulillah mamawana dapat buku ini. Puan boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com dan maklumkan saya nama penerima ,alamat penerima dan nombor telefon penerima di sana.

      assalamualaikum.wallahualam.

      Delete
  5. kepada anda-anda yang lain,penyertaan telah ditutup.boleh cuba bulan depan pula.

    assalamualaikum terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    mamawana sudah email info sbgmn yg dikehendaki. Thanks again. Semoga mendapat pahala yg berterusan.

    Salam beramal.

    ReplyDelete
  7. Generasi muda yang punya semangat juang, cuma tidak tahu matlamat perjuangan.

    ReplyDelete
  8. Buku tersebut amat perlu diketengahkan kepada masyarakat kerana cabaran kehidupan beragama ini perlu diberi panduan dan peringatan setiap masa dan ketika dek kerana keinsafan dan mujahadatulnafsi perlu diperangai sampai bila-bila kerana ianya tak sunyi dari kehidupan bani Adam dan hawa.... Jihadul Akbar....

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum. masih terbukakah pernyertaan ataupun permintaan terhadap giveaway nih? saya berminat nak mengulangkaji semula bacaan Al-Quran yg telah lama sangat saya tinggalkan, jadi jika ada terjemahannya sekali maka mudahlah saya kembali membaca dan seterusnya memahaminya semula. saya berharap item no 4 dapat saya miliki untuk kegunaan diri dan keluarga.

    "Apakah pandangan jujur anda terhadap Generasi Muda Islam di Negara kita pada waktu ini - Apakah telah ramai yang kembali kepada Islam,atau masih ramai yang 'lost'?

    menjawab persoalan ini, maka wajarlah kita kembali kepada hadis dan nas Al-Quran. daripada Ali bin Abi Thalib r.a berkata, telah bersabda Rasulullah s.a.w, Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid2 hanya tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat2 makhluk yang ada di bawah kolong(naungan) langit. Daripada mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan kembali" dan pelbagai lagi hadis2 yang saya tidak jelas kandungannya kerana komputer saya rosak dan tidak dapat merujuknya. maka tidak haira jika saya nyatakan(pendapat peribadi yang lemah) yang Islam makin pudar dikalangan jiwa remaja di malaysia apatah lagi dengan statistik yang menyatakan kebanyakkan remaja sekarang adalah hasil ari keturunan perlaku maksiat, jadi apabila datang dari keluarga yang kekurangan iman dalam diri masakan dapat mereka menjadi seorang muslim yang sejati hatta anak/ahli keluarga rasul sendiri juga tidak terlepas dari kekafiran kerana iman itu tidak dapat diwarisi, tapi mampu diajarkan. cuma kalau dah ibu bapa sendiri jaghil agama, masakan anak2nya akan menjadi celik agama. ibarat ketam mengajar anaknya bejalan betul. jadi memang nyata lagi bersuluh generasi muda kita sekarang makin hanyut dibuai duniawi daripada kemabli ke jalan yang lurus dan diredhai. tidak dapat tidak kita mengiayakan hadis2 dari Rasulullah yang Islam akhirnya hanya tinggal nama, dan beruntunglah siapa yang memahaminya pada zaman menghampiri kiamat kelak. Wallahualam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudara hamzani - penyertaan dah ditutup.tapi kalau saudara masih mahu al-quran - sila hubungi saya melalui email di pospenamaya@gmail.com kerana ada lebihan dana . maaf tidak dapat balas panjang .saya agak sibuk sekarang. email saya okay kalau mahu.

      Delete