24.4.12

Kisah Internet : Tabiat Mem-'Babi'-Kan Orang Yang Merunsingkan (Carilah Ilmu).

Prenote I : Maaf atas Penggunaan tajuk yang sedikit kasar.Tapi,itulah suatu Realiti menyedihkan yang perlu kita renungi.

Prenote II : Adalah menjadi suatu yang amat malang tatkala ada pihak yang berusaha sedaya upaya menarik manusia kepada Islam,ada sesetengah pihak pula di suatu sudut lain - semakin hari semakin giat mereka ini berusaha untuk menambah salah-faham orang ramai terhadap Islam.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. [Al-Hujuraat : 6]

*** *** ***

Islam

Islam itu Agama Rahmat.Rahmat Allah itu amat luas.Dan yang pasti,ianya bukan hanya untuk Orang Melayu.

Dan di Internet,kita mesti ingat,bukan 'Golongan Kita' sahaja yang menggunakan Internet.Ingatlah.Jaga hati orang lain.Beradablah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada kita.

Dakwah Rasulullah SAW itu menyentuh hati,bukannya menyakitkan hati.

Jangan disebabkan perilaku buruk kita di Internet,orang yang baru sahaja jatuh hati dengan keindahan Islam - menjadi salah faham dengan Islam.

*** *** ***

Tabiat?

“Bukanlah Nabi SAW itu seorang pemaki orang,tidak juga seorang pengucap kekejian dan bukan seorang pelaknat orang lain”. [Riwayat al-Bukhari]

"Kafir,kafir,kafir!Kafir Yahudi" - ujar seorang Pemuda yang menggunakan nama akaun 'Muhammad Jihad Fisabilillah' di dalam sebuah Laman Sosial Maya.

"Khinzir orang Kafir,Khinzir orang Kafir,Khinzir orang Kafir!Islam akan bangkit!Takbir!" - ujarnya lagi.

Hurm.

Datang seorang Anak Muda Non-Muslim,Jason membalas Status Pemuda di atas tadi - di dalam balasan itu,Beliau bertanya kepada Pemuda 'Islam' itu,"Apakah ini akhlak seorang Muslim?".

Apakah perasaan anda?

Hendak dijadikan cerita,Jason dan Ali (nama sebenar Muhammad Jihad Fisabilillah) - di dalam dunia sebenar adalah Rakan Sebilik.

Jason ini - seorang yang rajin pergi kelas.Manakala Ali pula?Tidak.Beliau seorang 'Kaki Ponteng'.Malah Beliau seorang yang pengotor etc.

Saya ingin tanya kepada anda semua,wahai Muslimin sekalian - apakah anda tidak malu dan sedih dengan realiti ini?

Apakah ini yang diajarkan Rasulullah SAW?

Tentunya tidak!

Islam itu cara hidup yang indah.

Kadangkala ingin menangis diri ini - melihatkan perangai sesetengah Muslim di dalam Internet - yang menjadi Fitnah untuk Umat Islam yang lain.

Golongan ini - 'berapi-api' carutannya di Alam Maya,tapi di dalam dunia sebenar - Pemalas dan Korup!

Apakah ini akhlak seseorang yang mengaku Muslim?Apakah ini akhlak seseorang yang mengaku beriman dengan Hari Akhirat?

Lebih malang,dalam Karya-Karya Carutan mereka,digunakan sekali nama Allah.

Ya Allah,Fitnah apakah ini?

Benarlah.Fitnah Akhir Zaman ini ternyata terlampau kompleks.Hanya dengan benar-benar mengikuti Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW sahaja seseorang itu (dengan izin Allah SWT) mampu terselamat dari Fitnah ini.

*** *** ***

Nasihat

Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. [Al-Nahl : 125]

Pesan dan nasihat saya - jika tidak mampu mencerahkan/menunjukkan jalan kebenaran kepada manusia lain,janganlah pula kita menutup jalan kebenaran itu.

Carilah Ilmu.

Janganlah menggunakan Internet dengan 'Hawa Nafsu Kemarahan Ego Dendam' semata.

Hakikatnya,manusia menilai Islam itu melalui peribadi Muslim.Jika kita menunjukkan contoh yang tidak baik,bagaimana orang hendak percaya dengan apa yang kita dakwahkan?

Mungkin boleh ditonton Video Matluthfi di bawah ini sebagai Info Tambahan.


*** *** ***

Harapan

Tanya diri kita : Seandainya Rasulullah SAW ada bersama kita pada hari ini,apakah agaknya reaksi Baginda SAW apabila melihat gelagat buruk kita di Internet?

Janganlah mengamalkan Islam dengan sentimen nafsu dan emosi.Sebaliknya amalkanlah Islam itu dengan kefahaman yang sebenar berlandaskan Al-Quran ,As-Sunnah - seperti yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Para Sahabat RA.

Itu sahaja.

Sama-sama kita renungkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Cara berfikir yang terlalu bermasalah ini - mungkin ada kaitannya dengan Sistem Pendidikan kita.

P/P/S : Kepada Ibu Bapa,jangan hanya 'Muhammad'kan nama anak anda.Sebaliknya,'Muhammad'kan juga akhlak mereka!

P/P/P/S : Boleh baca Penulisan Dr. Asri yang bertajuk Ungkapan Yang Molek di sini.



No comments:

Post a Comment