13.4.12

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Mac-April 2012).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Bermula Edisi kali ini,saya akan menulis Entri Penyertaan untuk Projek Al-Quran ini secara ringkas.

Ini adalah untuk menarik lebih ramai orang yang 'kurang gemar membaca' untuk menyertai 'Projek' ini.Dan insya-Allah,harapannya semoga lebih ramai orang mengenal Kitab Suci ini.

*** *** ***

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang ingin mencari kebenaran dan memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pena Maya kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi untuk Edisi Bulan ini,stok keluaran Yayasan Restu telah habis.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog.Saya akan hubungi anda dalam Tempoh Lima Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Program ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Lebihan Dana akan diguna untuk Giveaway Buku Islamik.


17 comments:

  1. Assalamualaikum

    Saya berminat untuk mendapatkan satu alquran beserta terjemahannya untuk keluarga saya yang di Malaysia, yang saya harap dapat hadiahkan kepada adik saya yg paling tua. Saya berharap AlQuran tersebut dapat pula digunakannya dengan baik untuk mengajak adik2 saya yg lain mendekatkan diri dgn AlQuran.

    Nama saya maher, boleh hubungi di maherilham.blogspot.com atau twitter http://twitter.com/#!/maherilham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam bro...

      alhamdulillah ,dengan izin Allah SWT,al-quran ini milik anda..saya sudah hubungi anda di twitter.boleh maklumkan saya nama penerima,alamat dan nombor telefon penerima di sana...

      alhamdulillah..

      semoga dimanfaat

      p/s : Tak pergi nizhny?

      Delete
  2. saya berminat untuk memiliki Al-Quran ini untuk dihadiahkan kepada adik saya yang sedang belajar di sekolah menengah.Saya nak bagitahu padanya yang kepentingan AQ memang tidak dapat disangkal lagi yang merupakan manual dalam kehidupan manusia sejak dilahirkan hingga ajal menjemputnya. Saya nak bagitahu pada adik saya yang AQ yang dia dapat ni dari seorang hamba yang sangat amat cintakan AQ dan saya berharap saya dan dia juga mencintai AQ setulusnya dan beramal dengannya.moga AQ ini dapat memberi syafaat di hari akhirat kelak. insyaAllah.

    hubungi saya : ezansahizzah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudari.
      Alhamdulillah.quran menjadi milik saudari.

      insya-Allah saya akan hubungi saudari sebentar lagi .

      semoga adik saudari dan saudari diredhai Allah SWT.
      amin.

      p/s : saya lakukan projek ini,dengan harapan supaya Allah meredhai.sejujurnya,saya pun selalu leka.doakan saya.

      Delete
  3. saya berminat untuk mendapatkan satu alquran beserta terjemahannya untuk keluarga saya yang berada di Sabah, yang saya harap dapat hadiahkan kepada adik saya yg paling bongsu, berusia 12 tahun dan bakal menghadapi UPSR tahun nie. Saya berharap AlQuran tersebut dapat menjadi dorongan agar dia lebih bersungguh-sungguh dan bersemangat mempelajari al-Quran. Nama saya syafiqah, boleh hubungi di eqachan@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum saudari..

      alhamdulillah saudari berjaya dapatkan al-quran ini..

      insya-Allah,semoga keluarga dan adik saudari dapat memanfaatkannya.doakan saya sekali.

      saya sudah hubungi saudari melalui email..

      boleh beri saya maklumat2 peribadi di sana.apa2 saya maklumkan lagi.

      assalamualaikum.

      Delete
  4. kepada anda yang lain - masih ada dua al-quran untuk dimiliki.masya-Allah rancak juga hari ini sambutan orang ramai.alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum...saya berminat dapatkan naskah AQ terjemahan ini utk dihadiahkan kpd ank saudara perempuan saya bernama hanani husna bt tajaharrun...dia sekarang belajar tingkatan 1 di SMUA Yakubiah Nipah Bachok(sebuah sekolah madrasah dbwah tjaan Yayasan Islam Kelantan)...sya berharap dgn adanya AQ ini dpat mmbimbing dia utk lebih memahami AQ dan seterusnya memberi semangat kepada dia utk lebih gigih belajar...terima kasih..
    boleh hubungi saya di twitter https://twitter.com/#!/arifuddienayob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Abe.Alhamdulillah.Kerana dengan izin-Nya Saudara berpeluang mendapatkan Naskhah Al-Quran ini untuk dihadiah kepada Anak Saudara Saudara.

      Siapa sangka?SubhanAllah Maha Suci Allah.Semoga Dia membalas niat baik Saudara dengan kebaikan.

      Insya-Allah telah saya hubungi Saudara di Twitter.

      Semoga diredhai-Nya.Amin.

      Delete
  6. KEPADA ANDA YANG LAIN - HANYA ADA SEBUAH AL-QURAN YANG TINGGAL UNTUK DIMILIKI!

    JANGAN LEPASKAN PELUANG.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,

    saya berminat untuk mendapatkan satu alquran beserta terjemahannya untuk diri saya sendiri. saya berharap dengan adanya alquran ini dapatlah saya memahami terjemahannya dengan lebih baik lagi.

    saya boleh dihubungi di annkb@yahoo.com

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Saudara Anon.

      Alhamdulillah.Kerana dengan izin-Nya Saudara berpeluang mendapatkan Naskhah Al-Quran ini untuk dihadiah kepada Diri Saudara.

      Siapa sangka?SubhanAllah Maha Suci Allah.Semoga Dia membalas niat baik Saudara dengan kebaikan.

      Insya-Allah telah saya hubungi Saudara di E-Mail.

      Semoga diredhai-Nya.Amin

      Delete
  8. Kepada Anda Yang Lain - Penyertaan Telah Ditutup.Harap Maklum.Bulan Depan,insya-Allah Boleh Cuba Lagi.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Umar, teruskan perjuangan kerana ia satu kewajipan.

    ReplyDelete
  10. Terlepas lagi untuk berpeluang memiliki naskhah terjemahan Al-Quran.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba untuk giveaway buku islamik next week pula..

      Delete