7.4.12

Penerbitan Dokumentari 1823 : Tanah Terasing.

Prenote I : Siri Empayar tetap akan disambung.

Prenote II : Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran akan diedar dalam Minggu Hadapan ini.Mahu menyumbang Dana?Hubungi saya melalui email - pospenamaya@gmail.com.Setakat ini,dana RM 250 sudah diterima.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Maaf sudah lama tidak menulis.Saya agak sibuk di luar sana sejak akhir-akhir ini.

Urusan Akademik dan lain-lain - merupakan antara Punca saya kurang menulis.

Tapi,insya-Allah saya akan kembali aktif menulis selepas ini.

*** *** ***

1823 : Tanah Terasing

Pada 3 April 2012,saya dan beberapa orang Sahabat sempat pergi ke salah sebuah Masjid di Moscow ini - Masjid Istoricheskaya.

Dengan izin Allah SWT,kami berkesempatan merakam sedikit dokumentari di sana.

Rakaman yang dilakukan adalah spontan - konsepnya Guerrilla Filmmaking.

Tujuan dirakam ini supaya lebih mendedahkan kepada Masyarakat di Malaysia tentang suasana hidup Umat Islam di Moscow ini.

Di samping itu,supaya menarik lebih ramai minat umat Islam Malaysia di Russia - agar mereka kembali kepada Islam dan lebih mencintai Masjid.

Salah satu Tujuan Penerbitan ini juga adalah supaya mewujudkan perasaan 'lebih peka' Masyarakat terhadap keadaan sekeliling mereka.

Dipendekkan cerita,saya persembahkan - Dokumentari 1823 : Tanah Terasing!


Kekurangan

Ada kekurangan di dalam Video ini di mana - Suara Latar agak perlahan.Tapi saya rasa perkara ini boleh diatasi dengan menguatkan volume speaker,atau terus sahaja memakai headphone/earphone anda.Itu lebih better.

Masa yang singkat dalam menghasilkan video ini menghalang saya memperbetulkan kesilapan itu.

Tapi,insya-Allah saya akan cuba yang terbaik dalam Penerbitan seterusnya yang akan diterbitkan di kemudian hari pula.Yang pasti,bukan dalam masa terdekat.

Kenapa?

Saya seorang Penulis.Jiwa saya menulis.Bukan membuat video etc.

Tapi apabila memikirkan di mana mungkin cara membuat video Islamik seperti ini dapat menarik sesetengah Pihak dalam kembali kepada Islam,saya lakukannya juga.

Ada yang menuduh saya buat video untuk 'Kejar Nama'.Astaghfirullahalazim.

Saya serahkan kepada Allah SWT,Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yang berada dalam hati-hati kita untuk menilai segalanya.

Semoga Penerbitan ini membawa manfaat kepada kita semua dan diredhai-Nya.

Doakan semoga saya dikurniakan keikhlasan.

Amin.

Kepada anda yang lain,anda boleh menonton Dokumentari Pertama yang saya hasilkan sebelum ini juga dalam Video di bawah ini.


Itu sahaja.

Ada salah silap,terkasar bahasa - semoga dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Saya hanya akan Uploadkan Video ini ke Channel Youtube Pena Maya pada minggu hadapan.Biar orang tonton di Channel Azam Russia dahulu.


2 comments:

  1. Salam..

    Syabas dan tahniah buat Pena Maya dan rakan2 atas penerbitan video ini..semoga perkongsian ini sedikit sebanyak menyedarkan kita betapa Islam semakin diterima di negara barat dan itu adalah satu petanda kebangkitan Islam...
    Sedikit komen, audio perlu diperbaiki lagi untuk penerbitan akan datang..
    Terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam...trima kasih atas pndgn...

      Ya mmg isu suara latar itu disedari kami..cuma masa yg sgkat dan jadual yg pdt mnyebbkn kmi trus trbitkn shja vid ini tnp betulknny kmbli..

      Tpi insyaAllah dlm isu akan dtg,prkra ini akn dperbetulkn ..

      Delete