12.4.12

Random Update Di Pagi Hari : Beberapa Pengumuman.

Prenote : Peluang masih terbuka untuk anda yang mahu sumbang dana untuk Projek Al-Quran Percuma Pena Maya.Dana yang diterima setakat ini adalah RM 250.Sedangkan Dana yang diperlukan adalah RM 400.Hubungi pospenamaya@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,masih dihidupkan oleh Allah SWT kita pada pagi ini.

Saya sebenarnya mahu update Siri Empayar.

Tapi,tidak termampu.Agak sibuk.

Jadi,saya update apa yang saya mampu sahaja pagi ini.

*** *** ***

Insya-Allah sedikit masa lagi,saya akan bertolak menuju ke Sergiev Posad - bersama Dua Orang Sahabat yang lain.

Tujuannya untuk pergi melihat tempat Warisan Sejarah Tanah Soviet ini.

Lokasinya agak jauh.Terletak di Pinggir Moscow.

Di sana,ada Monasteri Terpenting dalam kepercayaan Kristian Ortodoks.

Adalah satu kerugian andai saya sudah berada di Tanah Soviet ini - tetapi tidak memahami budaya di sini.

Sebenarnya perkara ini penting untuk difahami.

Kenapa?

Untuk menambah Ilmu saya terhadap Budaya Asing - sekaligus insya-Allah,dengan izin-Nya memudahkan urusan Dakwah.

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. [16 : 36]

*** *** ***

Sukacita dimaklumkan,Projek Al-Quran Pena Maya akan diadakan insya-Allah pada Malam Jumaat esok.

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Naskhah Al-Quran,boleh sertai.

Nasihat saya - bacalah Al-Quran.

Boleh juga hadiahkan untuk Family kita.

Janganlah kita terus-menerus berada dalam kejahilan.

Jangan apabila ada 'Amaran Tsunami' berlaku baru kita hendak berdoa.

Jangan.

Kita kena sentiasa berdoa!

Hakikatnya kita perlu menjadi hamba-Nya 24 Jam Sehari Semalam setiap masa.



*** *** ***

Insya-Allah,saya akan meneruskan Siri Empayar selepas Giveaway berlangsung.

Sebenarnya banyak perkara boleh ditulis.

Tapi seringkali masa yang gagal diuruskan dengan baik,ditambah dengan Tugasan Akademik yang semakin bertambah (tetapi tidak mampu diselesaikan) menyukarkan update untuk berlaku.

Doakan saya!Doakan semoga urusan saya dipermudah.

Itu sahaja.

Sama-sama kita banyakkan Istighfar.Astaghfirullahalazim.Mohonlah keampunan daripada-Nya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa,minta dimaaf dan dibetulkan.Kepada anda yang hendak Donate untuk Projek Dakwah Terbesar di UK,sila klik sini.


2 comments: