26.4.12

Setelah Empat Tahun : Ke Mana Hala Tuju Pena Maya?

Prenote : Alhamdulillah,segala Puji - hanya bagi Allah SWT!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).

(Lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)". [17 : 13-14]

*** *** ***


Bincang

Assalamualaikum.

Sebentar tadi,selepas menunaikan Solat Isyak di Surau Asrama Pelajar Malaysia di sini,(dengan izin Allah SWT Alhamdulillah) saya berkesempatan berbual bersama seorang Sahabat tentang Masa Depan kami selepas tamat pelajaran di sini.

Sahabat saya itu untuk pengetahuan anda merupakan 'Insan' yang bertanggungjawab di sebalik Kita Production,sebuah Produksi Penerbitan Filem Independent Islamik Tempatan yang tidak asing lagi di Negara kita.

Banyak perkara yang dibincangkan kami.

Banyak juga yang difikirkan saya selepas tamat perbincangan kami.

*** *** ***

Empat Tahun Dahulu

Empat Tahun Lepas - pada April 2008 - saya (dengan izin Allah SWT) mengasaskan Pena Maya.

Blog yang pada asalnya ditulis atas sentimen 'kemarahan-bajet-Pejuang' terhadap sesetengah 'Pihak' ini,dengan izin Allah SWT,pada akhirnya menjadi Blog Penulisan Islamik.

SubhanAllah.Siapa sangka?

Perancangan Allah SWT itu amat halus sekali.

Kita tidak tahu apa yang berada di hadapan,tapi percayalah - jika kita telah berusaha melakukan sesuatu dan menyerahkan segala keputusan yang akan terjadi kepada Allah SWT (yakni bertawakal) - kita akan mendapati Allah SWT itu Maha Bijaksana,Dia Maha Adil lagi Maha Penyayang.

*** *** ***

Ke Mana Hala Tuju Pena Maya?

Siapakah saya selepas tamat belajar di sini nanti?

Bagi mata kasar,kelihatan tempoh saya tamat belajar itu seakan jauh lagi dari saat ini.

Tapi,hakikatnya kejayaan itu menuntut usaha dan perancangan dari awal lagi.

Siapa pun yang bakal Allah SWT takdirkan saya bekerja selepas habis belajar di sini nanti,itu tidak penting.

Apa yang saya tahu,selagi nyawa dikandung badan,insya-Allah,saya akan terus menulis.

Teringat saya semasa melawat Muzium Tolstoy awal tahun ini.

Siapakah Tolstoy?

Beliau ini salah seorang Penulis Terhebat Kelahiran Russia Abad lepas.

Dikhabarkan Beliau ini sebelum meninggalnya memeluk Islam.

Wallahualam.

Tapi,pengajaran yang saya dapat semasa lawatan itu adalah - Penulisan itu - walau Penulisnya telah meninggal dunia,tapi jika Penulisan itu baik dan bermutu - insya-Allah akan terus dibaca orang.

Apatah lagi jika Penulisan itu mempunyai nilai-nilai Islamik yang baik dan sahih,sudah semestinya ia akan dimanfaatkan orang (insya-Allah).

Jadi,cita-cita saya - apa yang saya dapat lihat untuk Masa Depan Pena Maya setakat ini adalah agar - apa juga yang berlaku - biarlah Pena Maya ini menjadi satu legasi yang dapat memanfaatkan saya (even selepas saya meninggal dunia) - untuk dijadikan bekalan di Akhirat kelak.

*** *** ***

Niat

Kerapkali saya menyaksikan,Penulis-Penulis terkenal yang telah hanyut dengan Populariti Penulisannya,lantas Penulisan yang pada awalnya ditulis untuk 'Islam',akhirnya menyaksikan mereka menulis 'untuk kepentingan diri sendiri'.

Itulah sebabnya,saya ingin mengingatkan diri sendiri,dan juga Para Penulis yang lain,agar sentiasa memperbetulkan niat kita apabila menulis.

Janganlah kita menjadi seperti Golongan-Golongan yang rugi di Akhirat kelak,seperti yang disebutkan dalam Hadis di bawah,

Sabda Nabi SAW :

"Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.

Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka". [Riwayat Muslim] [Untuk Bacaan Lanjut Tentang Hadis Ini,Klik Sini]

Jadi,di sini,adalah wajar untuk kita mengingatkan diri kita bahawa 'Isu Niat' bukanlah Isu yang kecil.

Ikhlaskanlah hati.Ikhlaskanlah,kerana-Nya semata.

*** *** ***

Ilmu Dan Hati

Teringat saya kata-kata oleh seorang Sahabat tidak lama dahulu,

"Hanya dengan berada dalam kondisi Iman yang sedang 'elok' sahaja kita dapat menulis Penulisan yang 'elok'".

Memang benar.

Kerapkali saya menyaksikan diri saya tidak dapat menulis dengan 'elok',saat diri sedang hanyut dilanda 'ombak badai dunia' yang lara.

Doa saya,semoga Allah SWT Mengurniakan saya keikhlasan dan hati yang bersih,agar saya dapat terus menulis dan memberi manfaat kepada Umat Islam yang lain.

Perlu juga diingat,Ilmu merupakan perkara yang penting dalam menulis di dalam Internet.

Seringkali kita melihat terdapat Pihak Tertentu yang dengan 'bersahaja' menyalin 'Hadis' yang tidak diketahui 'kesahihannya' di Laman Sosial.

Tahukah anda,perbuatan ini (menyebar Hadis Palsu dengan sengaja) boleh mengheret kita ke Neraka?

Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang Mutawatir :

Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. [Sumber : Link]

Jadi,saya mengingatkan diri sendiri,agar lebih berhati-hati di masa hadapan dalam menulis,agar tidak memakan diri.

Ini memerlukan sedikit usaha,tapi ingatlah,Syurga itu mahal harganya.

*** *** ***

Kebajikan

Pena Maya (dengan izin Allah SWT) juga pada Tahun ini,berjaya melancarkan beberapa Projek.

Antaranya,Projek Al-Quran dan juga Giveaway Buku Islamik - yang Alhamdulillah setakat ini diadakan setiap bulan.

Diharapkan,Projek ini dapat berkekalan dan dapat diperluas lagi selepas saya tamat belajar di sini nanti.

Kepada anda-anda yang mahu menyumbang Dana untuk Projek ini,boleh hubungi saya di pospenamaya@gmail.com.

Dan adalah menjadi doa dan harapan saya - untuk meluaskan nama Pena Maya ini kepada bentuk lain lagi - tidak sekadar sebuah blog - tapi lebih dari itu lagi di masa hadapan.

Insya-Allah.

*** *** ***

Coretan Lama

Itulah sedikit sebanyak Coretan saya untuk Ulang Tahun Pena Maya yang keempat pada Tahun ini.

Kepada anda yang berminat untuk membaca Sejarah Blog Kecil ini,boleh baca Link-Link di bawah ini :

1) Tiga Tahun Pena Maya : Kebenaran Itu Wajib Disebarkan.
2) Dua Tahun Pena Maya : Merungkai Sejarah.

*** *** ***

Harapan

Harapan saya,anda yang membaca Penulisan-Penulisan saya di sini dapat mendoakan kesejahteraan saya,Ibu Bapa saya dan juga Keluarga saya di dunia dan Akhirat.Saya juga sentiasa mendoakan Para Pembaca di sini.

Semoga kita semua memperoleh manfaat dari Penulisan-Penulisan saya di sini.

*** *** ***

Perjalanan Yang Masih Panjang

Itu sahaja.

Saya memohon maaf jika ada sebarang kesilapan dan terkasar bahasa yang dilakukan saya sepanjang menulis.

Jika ada,saya mohon kesilapan itu dimaafkan,dan dibetulkan.

Sekian.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Juga Selamat Hari Jadi yang Kedua untuk Tumblr Pena Maya - summat.diff!

P/P/S : Apa-apapun,perlu diingat,siapa kita di sisi Allah SWT itu,lebih penting daripada siapa kita di sisi manusia.Astaghfirullahalazim.



8 comments:

  1. Sentiasa betulkan niat,insyaAllah. Slmt ulangtahun pena maya yg ke4. Semoga terus menjadi sumber manfaat utk ummat. Dan semoga rahmat dan kasihsygNya sentiasa menaungi tuan dan keluarga dlm meniti hari2 menghadapi kehidupan yg penuh mehnah. Hingga tiba didestinasi yg abadi-syurgaNya. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..smoga kluarga tuan jg sntiasa drhmtiNya.amin..
      Trima kasih ats sokongan..boleh share mne2 pnulisan yg drasa elok dgn sahabt laen..jazakallah!

      Delete
  2. Salam...
    Selamat ulang tahun yg ke-4 untuk Pena Maya..teruslah menulis penulisan-penulisan yang membaiki minda kerana sememangnya minda umat Islam pada zaman kini perlu dibaiki berlandaskan sumber yang sahih..
    Ye, mungkin blog kecil ini mampu untuk mengubah pemikiran orang kita..insyaAllah..
    Alhamdulillah..saya juga sudah agak lama mengikuti blog ini dan merasakan kematangan penulisan-penulisan di sini seiring dengan meningkatnya usia..smeoga terus istiqamah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam..alhamdulillah..

      Trima kasih ats sgla skongn.Allah shj mmpu mbls..smoga sntiasa drhmti Allah..

      InsyaAllah akn trus mnulis,amin.

      Trima kasih skli lg.jazakallah!

      Delete
  3. Salam, semoga PenaMaya terus sukses dalam kehidupan dan jugak penulisan.
    Teruskan menulis sbb penulisan anda begitu bermakna bagi kami semua, yang masih mencari-cari bahan bacaan berunsurkan islamik, simple, mudah difahami tapi lengkap dengan pelbagai info seperti blog PenaMaya. Saya doakan semoga urusan anda sentiasa dipermudahkan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam..amin..insya-Allah.. terima kasih atas sokongan.. dan kalau anda-anda di pihak pembaca ada sesuatu yang bermanfaat,juga boleh kongsikan di sini di bahagian komen,mana tahu boleh dimanfaat oleh para pembaca lain pula.kan?wallahualam.

      Delete
  4. Never knew Tolstoy ever spoke of Islam. Or embraced it. Hmmm makes me want to to read war and peace.

    Happy anniversary btw. Not a frequent reader but its nice the things you do with all these book giveways and reflections while travelling to places.

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks..anywho,instead of reading war and peace ,you should try to read hadji murat..

      Assalamualaikum

      Delete