12.5.12

Diari Jejak Nurani I : Coretan Suatu Misi.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

selama ini
mata memandang hina
bibir mencebik muncung
hati bermonolog keji
"apa yang ada dengan mereka"

selama ini
hidup mati mereka
tidak dipeduli
barat lebih dikagumi
erti persaudaraan kurang difahami

tapi
perjalanan ini
membuka mata
mata yang sekian lama terbuta
buta akibat kejahilan diri

ya Allah
bersyukur kami
kerana peluang Diberi
perjalanan ini
kami rasai

janganlah lagi diperbodoh media
janganlah lagi menzalimi diri
kejarlah cahaya Ilahi
kebatilan itu tidak lama hidupnya
pada akhirnya tumpas jua

mengembaralah mencari kebenaran
berjalanlah engkau wahai pemuda
sama-sama melihat dunia
agar tidak ditipu tangan tersembunyi
yang mahu memperdaya kita

selamat membaca diucapkan
semoga coretan perjalanan membawa makna
untuk diri kita semua

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara..." [Al-Hujuraat : 10]

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sebuah Siri Dokumentari Khas akan diterbitkan tentang Perjalanan ini untuk Tayangan Ramadhan,insya-Allah.Doakan semoga dipermudah.Amin.


No comments:

Post a Comment