13.5.12

Diari Jejak Nurani II : Go,Kazan! (Kisah Dalam Gerabak).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Prejudis

Prejudis - Manusia memang begitu sifatnya - pantas sekali mengadili dan menghukum suatu perkara/seseorang tanpa menyiasat pangkal pucuk mengapa ianya berlaku.

Umat Islam di Moscow - kebanyakan mereka ini terdiri dari Kaum Minoriti Bawahan (bukan Darah Eropah Russia).

Kadangkala - mungkin kerana penampilan yang tidak mengenakan Jaket Ribuan Ringgit dan wajah yang agak 'hangus' akibat banyak bekerja berat - mereka (Umat Islam di Moscow) dipandang rendah oleh sesetengah Golongan dalam Masyarakat.

Situasinya - sama juga dengan orang Indonesia yang bekerja di Malaysia - dipandang rendah oleh orang Melayu Malaysia.

Walhal,kedua-duanya Islam.

Walaupun tidak dinafikan ada di antara mereka yang 'buruk peribadinya' - dan perlu kita mengambil langkah berhati-hati apabila berurusan dengan mereka yang sebegini - tapi tindakan menghukum seseorang hanya kerana fizikalnya adalah tidak adil.

Atas kesedaran ini,Penulis bersama beberapa orang Krew mengambil kesempatan sempena Cuti Hari Kemenangan Russia - untuk pergi ke Kazan - Pusat Masyarakat Islam Eropah Timur - untuk melihat dan meninjau sendiri Kehidupan Saudara-Saudara kita di sana.

*** *** ***

Go,Kazan!


Misi kami ke sana dinamakan Misi Jejak Nurani - dan kami berkesempatan merakam Dokumentari sepanjang kami berada di sana (yang insya-Allah akan ditayangkan pada Ramadhan nanti).

Krew kami - yang terdiri dari Empat Orang - yakni Penulis sendiri,Fakhrullah Azri (Wartawan),Syazwan Naqiuddin (Wartawan II) dan juga Faiz Nadli (Jurukamera) - bertolak ke Kazan dari Moscow menaiki Keretapi.

Kami bertolak tanpa sebarang kenalan yang akan membantu di sana.Rancangan kami semuanya diatur berpandukan maklumat yang ada di Internet.

*** *** ***

05 Mei 2012

Kami tiba agak awal di Stesyen Kazanskii Vokzal,Moscow pada malam itu.

Setelah beberapa ketika menunggu,kami memasuki Gerabak - dan tidak lama selepas itu - Keretapi kami mula bergerak.

Saya dan Wartawan kita,Fakhrullah Azri menaiki Keretapi itu dalam Gerabak yang sama - sementara dua orang lagi Krew kami,berada dalam Gerabak berlainan.

Perjalanan yang mengambil masa hampir 14 Jam itu sebenarnya sebenarnya agak mencabar bagi diri Penulis.

*** *** ***

Menjaga Mata

Musim Panas yang telah tiba menyaksikan Pakaian Gadis-Gadis di sini juga semakin panas.

Di dalam Gerabak pada malam itu - boleh dikatakan hampir semua Para Gadis dan Jejaka ini memakai pakaian yang 'wow'.

Terfikir diri saya pada ketika itu - di manakah perasaan malu mereka?Tiadakah perasaan cemburu pada Suami mereka apabila melihatkan Isteri mereka memakai 'dedah sana dedah sini' sambil Tubuh mereka dinikmati mata Lelaki lain?

Di manakah maruah diri mereka?

Astaghfirullahalazim.

Benarlah orang berkata - Tamadun Moden Dunia pada hari ini hakikatnya adalah suatu Tamadun yang Tidak Berjiwa.

Gah di luar,tapi dalamannya - hilang sudah nilai insani dari diri.

Sepanjang di dalam Train,saya mengingatkan diri tidak henti agar menjaga mata - kerana walau manusia lain tidak berada di sisi - tapi Allah SWT - Dia Maha Mengetahui - Dia Tidak Pernah Lalai akan segala perbuatan hamba-hamba-Nya.

"...Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan". [Hud : 123]

Diberitahu perkara ini - bukanlah kerana Penulis mahu menunjuk-nunjuk - tapi untuk mengingatkan kita semua - bahawa Allah SWT itu Maha Melihat - andai mahu berasuah,makan duit Rakyat,berzina etc - ingatlah hakikat ini - dan azab Allah SWT itu amat pedih.

Beristighfarlah.


*** *** ***

Dalam Keretapi Lagi

Dung,dang,dung,dang.

Penulis dan Wartawan mendiami Katil yang terletak berdekatan dengan Tandas dan Tempat Merokok Gerabak pada malam itu.

Akibatnya,hampir setiap Lima Belas Minit,ada orang keluar masuk ke Tempat Merokok - untuk Merokok dan Meminum Arak di sana.

Hakikatnya - itulah Realiti Masyarakat Barat.

Itulah Gaya Hidup mereka.

Berhibur tanpa batasan - menjadi Hamba Material.

Saya bukanlah Anti-Barat,ada bahagian Barat itu yang bagus - tapi saya ingin menunjukkan kepada anda di Malaysia - kerana saya lihat ada dalam kalangan kita yang mungkin agak 'taksub' dengan Barat - bahawa inilah Realiti Masyarakat Barat.

Malah,saya juga turut ditanya oleh Rakan Sekelas ketika mengatakan yang saya akan pergi ke Kazan sempena Cuti - "Kau nak pergi ke sana untuk 'бухать/buhat/mabuk' ke?".

Saya hanya tergelak mendengar Soalan itu.

Tapi itulah realitinya.

Manusia ini - tanpa mengenal Maha Pencipta - mereka akan tersasar.

No wonder jika kita fikirkan - mereka sudah ke Angkasa - tapi masih lagi tidak dapat memikirkan kekuasaan Allah SWT.

Astaghfirullah.

Saya ingin mengquote kata-kata Umar Al-Khattab - tatkala membuka Masjid Al-Aqsa,

Kita dahulunya adalah kaum yang hina, Allah telah memuliakan kita dengan Islam, andainya kita mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan kita dengannya maka kita akan dihina oleh Allah.” [Riwayat ini sanadnya dinilai sahih oleh al-Hakim dan disokong oleh al-Zahabi, lihat: Al-Mustadrak, 1/237, Beirut: Dar al-Ma’rifah]. [Link]

*** *** ***

Keretapi Terus Bergerak

Setelah beberapa lama keretapi bergerak,semua orang masih lena melelapkan mata.

Segala Puji bagi Allah SWT - yang Maha Pemurah dan Amat Luas Rahmat-Nya - Solat Subuh saya tunaikan di dalam Keretapi sambil duduk.

Itulah indahnya Islam - banyak kelonggaran diberikan kepada kita dalam Situasi Tertentu - agar kita dapat terus menunaikan kewajiban - sekaligus menunjukkan yang Islam itu mudah dan adalah suatu yang amat tidak munasabah andai kita meninggalkan kewajiban ini (dengan sengaja) setelah diberi pelbagai kelonggaran.

Setelah Solat Subuh,saya tidur kembali.

Perjalanan diteruskan.

*** *** ***

Jam 1300,06 Mei 2012 - Kami Sudah Berada di Kazan

Setelah beberapa lama perjalanan,kami - dengan izin Allah SWT - Alhamdulillah - sampai di Kazan - bandar yang menyimpan 1001 Kisah - bandar yang dahulunya merupakan Pusat Bagi Kerajaan Khanate Of Kazan.

Ke mana hala tuju kami seterusnya?

Ikuti Penulisan seterusnya dalam - Diari Jejak Nurani - Satu Kembara,Satu Misi.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.


No comments:

Post a Comment