17.5.12

Diari Jejak Nurani III : Kisah Pakcik Haidir,Masjid Nurulla.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Usaha Yang Tidak Akan Disiakan

"Sebenarnya orang yang beriman dan beramal salih,sudah pasti Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik". [Al-Kahfi : 30]

Seringkali saya menjumpai,orang yang tidak berminat/memandang 'sebelah mata' kepada Islam - bukan kerana mereka 'membenci Islam' - tapi mereka bertindak sedemikian sebahagian besarnya kerana salah faham terhadap Islam,atau dalam kata lain - Jahil dan tidak tahu apakah itu Islam yang sebenarnya.

Jadi di sini - adalah menjadi suatu tanggungjawab bagi kita - yang mempunyai sedikit Ilmu dalam suatu komuniti - untuk berkongsi Ilmu yang ada bagi menarik mereka-mereka ini kembali kepada Islam.

Kita harus berusaha,walau sekecil mana sekalipun usaha itu.Allah SWT tidak akan mensia-siakan pahala orang yang berbuat baik.

Ingatlah.

*** *** ***

Jam 1320,Mei 06 2012,Kazan

Setibanya di Kazan,kami terus bergerak ke Hostel kami dari Stesyen Keretapi Utama Kazan.

Penat menunggu Tramvai yang tidak kunjung tiba - beberapa minit selepas itu - kami mengambil keputusan untuk pergi ke Hostel kami dengan berjalan kaki.

"Eh,macam Jakartalah" - ujar Fakhrullah Azri - Wartawan kami apabila melihat keadaan sekeliling sambil berjalan kaki.

Memang benar apa yang dikatakannya.

Lihat sahaja Gambar di bawah.

Di dalam Gambar itu terdapat dua orang Lelaki Muslim yang berjanggut serta memakai Kopiah sedang berborak - dan di bahagian Kanan Gambar - terdapat Iklan 'Baju Untuk Nikah' diletakkan dengan Saiz Agak Besar.

Sila Klik pada Gambar untuk Imej lebih besar.


Perkara seperti ini bukanlah suatu yang norma di Moscow.

Memikirkannya kembali - saya berpendapat bahawa Kazan ini - seolah-olah suatu Mutiara yang tersembunyi di dalam Russia.

Gambar di atas ini membuktikan bahawa Komuniti Islam di Kazan - bukanlah Komuniti yang Kecil/Terasing/Terpinggir - sebaliknya Gambar di atas menunjukkan Umat Islam di sini agak besar jumlahnya.

*** *** ***

Kelihatan Masjid Sultan

Lebih kurang 10 Minit berjalan kaki dari Stesyen,kelihatan sebuah Masjid di hadapan kami.

Alhamdulillah - seronok Jiwa apabila menjumpai Masjid - suatu perkara yang jarang berlaku di Negara ini.


Fikir saya di dalam hati,"Bagus juga tidak naik Tramvai,dapat lihat keadaan sekeliling".

Cara hidup kita pada hari ini yang terlalu lama bergelumang/terperangkap di dalam Rutin yang sama kadangkala menjadikan kita semakin hilang nilai kemanusiaan - jadi adalah baik untuk kita sekali-sekala pergi bersiar-siar ke tempat yang tidak pernah kita kunjungi - untuk membuka minda kita.

Mengikut apa yang dibaca di dinding Masjid Sultan,ia dibina seawal Tahun 1867.

Masjid Lama!

Hati semakin teruja apabila mengetahui perkara ini - kerana yakin suatu pengalaman berharga sedang menunggu kami di Kazan.

*** *** ***

Terus Berjalan - Sampai Ke Hostel

Setelah lebih kurang 40 Minit berjalan kaki,ditambah dengan beberapa Edisi Sesat Jalan - kami - dengan izin Allah SWT - Alhamdulillah - sampai ke tempat Penginapan kami.

Selepas bermandi-manda menyegarkan diri,bilik Asrama yang boleh memuatkan 6 Orang itu segera kami tinggalkan untuk meneruskan Misi Jejak Nurani.

Pada mulanya,hati berdetik - "Jauh juga Lokasi Hostel ini dari Pusat Bandar".

Rupa-rupanya,Rancangan Allah SWT itu sangat cantik.

Tanpa disedari dan diketahui kami - Hostel yang kami duduki itu sebenarnya terletak dalam Kawasan Penempatan Masyarakat Islam.

Masya-Allah.

*** *** ***


Masjid Nurulla

Betul-betul di Hadapan Bangunan Hostel kami - terletaknya sebuah Masjid Lama yang dinamakan Masjid Nurulla.

Masjid yang dibina pada Tahun 1845 ini dibina dengan menggunakan sumbangan seorang Dermawan yang bernama G.M Yunisov.

"Wah,semua Masjid di sini berusia beratus Tahun.Menarik" - fikir saya.

Semasa Pemerintahan Soviet - Masjid ini ditutup dan diguna sebagai Pusat Pentadbiran serta Kediaman - dan hanya dipulangkan kepada Umat Islam pada Tahun 1992.

SubhanAllah - betapa gigih Musuh Islam cuba untuk memadamkan Cahaya Ilahi (dalam konteks ini - Komunis yang pada Tempoh Kemuncaknya sangat Anti dengan Cara Hidup Beragama) - tapi Allah SWT Maha Berkuasa - Dia Melindungi Jalan ini dari tangan-tangan jahat.

Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). [As-Saff : 8]

Di dalam Masjid,kami dengan izin Allah SWT sempat menunaikan Solat Jamak Zuhur dan Asar.

*** *** ***

Pakcik Haidir

Selepas bersolat,kami disapa oleh seorang Pakcik yang mengenalkan dirinya dengan nama Haidir.

Pakcik ini - dan seorang lagi Anak Muda yang bernama Muhammad - sangat teruja apabila mengetahui yang kami ini berasal dari Malaysia.

Perkara ini membuatkan saya teringat akan Peristiwa semasa saya berada di Mesir Dua Tahun Lepas - Masyarakat di sana juga sangat menyanjung tinggi pada Rakyat Malaysia.

Bangga sebentar di situ.

Agak lama berbual,Pakcik itu membuat suatu yang mengejutkan kami.


Anda rasa apa yang sedang dilakukannya?

Beliau menyuruh kami merakam Perbuatannya itu - untuk 'dijadikan kenangan'.

Masya-Allah - terlebih mesra pula Pakcik ini.

Kami tergelak - dan saat istimewa ini turut kami rakamkan dalam Video Dokumentari yang akan diterbitkan pada Ramadhan akan datang,insya-Allah.

*** *** ***

Kembara Baru Bermula

Selepas Pakcik Haidir selesai berwushu,kami menyatakan niat kami untuk pergi ke Pusat Bandar.

Apakah yang ada di Pusat Bandar?

Ikuti sambungan Perjalanan kami dalam Penulisan Diari Jejak Nurani yang akan datang.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Diari Jejak Nurani ditulis dengan agak panjang kerana Versi yang Ringkas adalah dalam bentuk Video.Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.


2 comments:

  1. Alhamdulillah kerana di beri kesempatan oleh Allah SWT untuk Umar dan rakan2 bertebaran di bumi Kazan itu. Terima kasih kerana berkongsi jejak nurani ini. Sesungguhnya dimana kaki berpijak di situ langit Allah di junjung. Teruskan renung dan fikir. Semua Allah punya. MasyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah Tuan.semoga kita semua terus ikhlas.semoga tuan dan keluarga dirahmatiNya.amin.assalamualaikum.

      Delete