20.5.12

Diari Jejak Nurani IV : Sepetang Di Kul Sharif - Antara Masjid Terbesar Eropah.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Perubahan

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun. [Al-Kahfi : 49]

"Changes in your mind,changes in your life" - coret Tom Clarke dalam salah satu Karyanya.

Changes - atau dalam bahasa Melayu - Perubahan - itulah kata kunci kita - dan semua orang mahukannya.

Tidak mengira perubahan kecil atau besar - perubahan kerajaan atau sistem - perubahan dunia atau diri sendiri - kita semua sentiasa mengimpikannya - untuk merubah sesuatu ke arah yang lebih baik.

Tapi,cukupkah sekadar mahu?Apakah tindakan yang kita sudah ambil?

Persoalan itu perlu ditanya kita kepada diri kita sendiri.

*** *** ***


Masjid Kul Sharif,Kazan

Selepas Masjid Nurulla - Kami Ke Kul Sharif

Kami bergegas menuju ke Pusat Bandar - untuk mengunjungi Kremlin Kazan - di mana di sana terletak Masjid Kul Sharif - salah satu mercu tanda terpenting Kazan.

Masjid Kul Sharif yang barada di Kazan pada hari ini - bukanlah bangunan asal Kul Sharif yang dibina pada Abad Ke-16.

Sebaliknya,Masjid yang ada pada hari ini hanyalah Bangunan Baru yang dibangunkan kembali atas Nilai Sejarah.

Gambar di bawah menerangkan perkara ini dengan lebih lanjut.

Sila klik link ini untuk Imej lebih besar.


Tugu Penerangan Pembinaan Kul Sharif

Maksud : Untuk kesinambungan Warisan Sejarah : Dibina kembali Masjid Kul Sharif.

*** *** ***

Reaksi Masyarakat Yang Bercampur-Baur

Mengikut apa yang saya perhatikan sepanjang berada di Kazan - Persepsi/Reaksi Masyarakat Tempatan terhadap Konsep Masjid Baru Kul Sharif ini - bercampur-baur.

Ada yang menyokong - ada yang menentang.

Yang menentang - mereka berpendapat "Kenapa Masjid ini lebih berfungsi sebagai Muzium - berbanding sebagai Institusi Masjid?".

Selain itu,mereka juga mungkin menentang kerana ramai Non-Muslim yang tidak menutup Aurat dengan sebetulnya - memasuki Perkarangan Masjid.

Ada benarnya.Mungkin kesnya sama seperti kita di Malaysia - Masjid berjuta-juta dibina hanya untuk Perhiasan.Sedang 'Roh/Semangat Cintakan Masjid' tidak meresap masuk dalam Jiwa Umat Islam.Mungkin.

Saya tidak berani mengulas panjang - kerana saya bukanlah Masyarakat Tempatan Kazan.

Tapi,mengikut pemerhatian peribadi - saya ada pendapat sendiri tentang Konsep Masjid-Muzium ini.

Teruskan Pembacaan anda.

*** *** ***

Anjung Biara Melihat Kawasan Dalaman Masjid

Kompleks Masjid Kul Sharif ini terbahagi kepada beberapa bahagian.

Salah satu daripadanya adalah Anjung Biara - di mana Pelancong (yang kebanyakannya merupakan Non-Muslim) dapat melihat Ruangan Dewan Solat Masjid.

Kami berkesempatan naik ke atas Biara itu untuk melihat sendiri keadaannya.


Biara Kul Sharif

Perhatikan dalam gambar di atas - di seberang sana - ramai Pelancong Non-Muslim yang sedang meninjau Dewan Solat di bawahnya.

Pada saya,ini sebenarnya satu cara yang bagus untuk berdakwah menerangkan Islam kepada Majoriti Pelancong Non-Muslim ini.

Betapa ramai Non-Muslim di luar sana yang tidak mengetahui bagaimana cara Muslim bersolat - dan berapa ramai pula yang apabila melihat Muslim mendirikan Solat - terus tertarik hati dengan Islam.

Jadi,apabila adanya ruang ini - mereka dapat melihat secara 'live' - konsep Ibadat dalam Islam yang sebenar - di mana Muslim tanpa mengira Kaum bersolat dalam satu Garisan - bahu ke bahu - sekaligus membersihkan Imej Buruk Islam yang seringkali terpalit akibat perbuatan Jahil sesetengah Muslim di luar sana.

Kami berkesempatan melihat sendiri keterujaan Para Pelancong 'Non-Muslim' ini melihat Umat Islam bersolat - apabila kami turun untuk menemu-ramah Muazzin (Tukang Azan) Masjid ini dalam Ruangan Solat itu.


*** *** ***

Muzium Islam Di Kul Sharif

Dalam bangunan yang sama - terletaknya sebuah Muzium yang menerangkan Sejarah Islam di Republik Tatarstan ini - dan juga turut dipaparkan Pameran 'Apakah Itu Islam?' di sana.

Di bawah ini - saya kongsikan beberapa gambar yang sempat Krew Jejak Nurani tangkap di sana.

Sila Klik pada Gambar untuk Imej yang lebih besar.Dan untuk anda yang berinternet perlahan - maaf jika anda tidak dapat lihat gambar-gambar ini.


Gambar 1


Gambar 2


Gambar 3


Gambar 4


Gambar 5


Gambar 6


Gambar 7

Ini saya kongsikan juga Penerangan-Penerangan bagi setiap Gambar.

Gambar 1 - Pameran tentang Keadilan dalam Sistem Kewangan Islam.

Gambar 2 - Kedatangan Utusan yang membacakan Perutusan Khalifah kepada Raja Tatar (mungkin?).

Gambar 3 - Cara Bersolat Muslim.

Gambar 4 - Nama-Nama Nabi dalam Islam - yang ada persamaan dengan Nabi dalam Agama Samawi yang lain - yang mampu membuatkan orang-orang yang berfikir jatuh hati pada Islam.

Gambar 5 - Surat Kerajaan Islam Kazan.Tarikh Surat ini menunjukkan bahawa Dunia pada masa itu masih berada di bahawa Pemerintahan Khalifah Islam Uthmanniyah.

Gambar 6 - Kongress Umat Islam Eropah Timur - menunjukkan yang Islam di Eropah Timur pada satu masa dahulu bukan sebuah Komuniti Kecil-Kecilan - sebaliknya - Komuniti yang memerintah!

Gambar 7 - Laws Of Malaysia yang ada Enakmen Islam - gambar ini membuat saya terfikir - di mana sahaja kita berada - baik bekerja Kerajaan atau 'Swasta',lakukanlah sesuatu yang dapat menyumbang kepada jalan Allah ini - jangan asyik berkata-kata - tapi tiada pelaksanaan.

Sudah lihat dan baca deskripsi setiap Gambar?

Pada saya - Muzium ini adalah suatu Usaha yang baik untuk memberitahu kepada Non-Muslim - bahawa Islam yang dibawakan Nabi Muhammad SAW itu sebuah cara hidup yang lengkap - baik dari Ekonomi,Perhubungan,Undang-Undang etc - ianya Agama yang membawa manusia keluar dari kegelapan.

*** *** ***

Pandangan Saya Terhadap Kul Sharif

Walaupun ada Pro Kontra - tapi setelah memikirkan kembali - saya merasakan Kompleks Masjid-Muzium Kul Sharif ini suatu usaha yang baik dalam memberi Penerangan Terhadap 'Non-Muslim' tentang Islam yang sebenar.

Tapi,adalah lebih baik jika Pusat ini hanya digelar Pusat Penerangan Islam - bukannya Masjid.Kenapa?

Entah.Sukar dijelas dalam bentuk Penulisan.

Apa-apapun,itu hanya pendapat Peribadi saya.

*** *** ***

Kesimpulan Dari Lawatan Kul Sharif

Kesimpulannya,kita jangan terlalu cepat menghukum sesuatu itu 'salah' tanpa mengetahui latar belakang suatu masyarakat itu.

Ingat - sampaikan dahulu kebenaran - sebelum kita menghukum.

Masyarakat di luar sana ramai yang tidak tahu - oleh itu adalah menjadi satu tanggungjawab untuk kita memberitahu mereka.Mereka terima atau tidak,itu bukan urusan kita.

Sesuai dengan apa yang saya sebutkan di awal Penulisan - jika mahu suatu Perubahan untuk berlaku - kita mesti bertindak dan memanfaatkan sepenuhnya detik usia yang ada.Kerana menyesal di hari 'kelak',tiada gunanya.

*** *** ***

Destinasi Seterusnya?

Waktu sudah menunjukkan Jam 1800 ketika kami mula keluar dari Kompleks Kul Sharif.

Perut yang sudah berbunyi - memaksa kami untuk mencari Kedai Makan.

Di manakah kami akan menikmati Juadah malam itu?

Ikuti Coretan Pengembaraan kami dalam Diari Jejak Nurani yang seterusnya!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Setiap Gambar dikreditkan kepada Jurukamera kami - Faiz Nadli dan juga Penulis sendiri.



Jurukamera Bersama Pakaian Tradisi Muslimin Tatar

2 comments:

  1. Salam...

    Menarik!! Pendekatan yang dibuat oleh Masjid Kul Sharif itu pada pendapat saya adalah usaha yang kreatif untuk menerangkan tentang Islam kepada Non-Muslim. Dan agak bangga dgn Gambar 7 tu, sebab nama negara kita ada di negara barat. Itu menandakan negara kita diiktiraf sebagai 'benchmark' kpd sebuah pembentukan negara Islam, mungkin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam .. benar2.. memang pendekatan yang agak bagus..
      kepada anda yang lain semua - dijemput tonton teaser pertama jejak nurani di sini - http://youtu.be/jAPY3KED7gY

      Delete