24.5.12

Diari Jejak Nurani V : Kerajaan Islam Khan Kazan - Kemuncak Dan Kejatuhannya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum memulakan Penulisan,saya menjemput anda menonton Teaser I untuk Video Dokumentari Jejak Nurani yang akan diterbitkan Ramadhan ini.


*** *** ***

Definisi Kehidupan

Seorang Rakan saya,Rakyat Tempatan Negara Russia - baru sahaja berkahwin.Tapi,sebelum melangsungkan perkahwinan - Beliau telah lama tinggal bersama Pasangannya.Cahaya mata juga telah mereka miliki.Dan yang pasti,selepas berkahwin,Rakan saya ini masih lagi aktif dalam berhubungan sosial dengan Rakan Berlainan Jantina.

Tertanya-tanya saya,apakah 'definisi kehidupan' bagi mereka ini?Apakah 'definisi' perkahwinan bagi mereka - andai semuanya telah 'dinikmati' sebelum Perkahwinan?Hakikatnya - itulah Tamadun Moden Barat.Tamadun yang sekarang ini ramai daripada kita di Malaysia yang seolahnya begitu ghairah dalam mencedok apa sahaja yang datang dari mereka di Barat.

Alangkah malangnya fenomena yang melanda kita di Malaysia ini.Kita meninggalkan kebenaran (Islam),dan mengambil sesuatu yang buruk sebagai 'ganti'.

Kenapakah perkara ini berlaku?

Kejahilan.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,

"...Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun". [Faatir : 28]

*** *** ***

Kremlin Kazan


Kazan Kremlin

Dalam Diari Jejak Nurani sebelum ini - saya menceritakan bahawa Krew Jejak Nurani ada mengunjungi Masjid Kul Sharif.

Selepas Kul Sharif,kami berkeputusan untuk makan malam.Tapi sebelum makan malam,sempat kami meninjau sekeliling Kazan Kremlin.

Mengikut Wikipedia,"Kazan Kremlin was built on behest of Ivan the Terrible on the ruins of the former castle of Kazan khans" - yakni Kremlin Kazan ini dibina sempena kemusnahan/kejatuhan Kerajaan Islam Kazan.

Secara jujurnya,saya secara peribadi merasakan tiada banyak perkara boleh diceritakan tentang Kremlin ini - jika kita ingin berbicara tentang Sejarah Islam di Kazan.

Tapi,ada suatu binaan yang menarik terletak di dalam Kawasan Kremlin ini yang mahu saya kongsi dengan anda.

Binaan itu adalah Kubur Raja-Raja Khan Kazan.

*** *** ***

Kazan Khanate


Mausoleum (Tomb) Of Kazan Khanate

Jujurnya,sebelum pergi ke Kazan,saya kurang tahu tentang Sejarah Muslim di tempat ini.Tapi,selepas berada di sana,dan melihat sendiri tempat ini dengan mata sendiri - saya yakin bahawa Islam pernah berkembang dengan meluas di tempat ini suatu masa dahulu.

Di atas ini merupakan Gambar Kubur Keluarga Khan Kazan.

Manakala di bawah ini merupakan Batu Nisan yang menunjukkan nama-nama Khan yang memerintah Kazan.Kesemua mereka ini - dengan izin Allah Alhamdulillah merupakan Muslim.


Batu Nisan Pemerintah-Pemerintah Kazan

Untuk berlaku adil kepada Para Pembaca,saya akan kongsikan serba sedikit maklumat mengenai Kerajaan Islam Khan di Kazan ini mengikut apa yang saya tahu.

Semua dari kita tentu mengenali,atau paling kurang pernah mendengar nama Gengis Khan.

Hulagu Khan - merupakan Cucu kepada Gengis Khan.

Dan mengikut apa yang saya baca dan kaji - Hulagu Khan inilah orang yang bertanggungjawab memusnahkan Baghdad - yang pada ketika itu merupakan Pusat Pemerintahan Islam.

Hulagu ini merupakan Pengasas Ilkhanate - sebuah Kerajaan yang berasal dari Empayar Mongol.

Tapi,Allah SWT itu Maha Berkuasa.

Walaupun Hulagu ini begitu membenci Islam (Beliau membakar Masjid,Perpustakaan dan melakukan Pembunuhan Besar-Besaran semasa serangan ke atas Baghdad,ada Laporan menyatakan sehingga 200000 orang mati dibunuh ketika itu) - tapi Allah SWT berkuasa memberikan hidayah dan petunjuk-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki.

Beberapa keturunan dalam keluarga Hulagu selepas itu mula memasuki Islam - dan akhirnya menjadikan Islam sebagai Agama Rasmi Pemerintahan mereka.

Bukan itu sahaja - mereka malah memerintah dengan Undang-Undang Islam.

Siapa sangka perkara ini boleh berlaku?

SubhanAllah.

Salah seorang dari mereka adalah Uzbeg Khan.

Uzbeg semasa pemerintahannya menyeru Para Pembesarnya untuk memeluk Islam - tapi dalam masa yang sama menghormati Rakyat Jelata yang tidak beragama Islam.

Malah,Pope ketika itu,Pope John XXII menghantar surat kepadanya mengucapkan terima kasih kerana memberi layanan yang baik kepada orang Kristian di bawah jagaannya.

Jika diperhatikan,inilah salah satu bukti bahawa andai seorang Pemerintah itu benar-benar mengamalkan Islam dengan baik dan takutkan Allah SWT - nescaya keadilan akan terzahir - kerana Islam itu membawa keadilan kepada manusia sejagat.

Empayar Kazan Khanate ini bertahan sehingga Tahun 1552 - ketika berlaku serangan terhadapnya oleh Tsardom of Russia.

*** *** ***

We Are Muslims

Selepas pulang dari Kazan,saya ada melakukan Research Tambahan tentang Khanate of Kazan ini.

Ketika melakukan Research Tambahan ini saya menjumpai sesuatu yang menarik tentang Kerajaan Islam ini.

"Their self-identity was not restricted to Tatars; many identified themselves as simply Muslims or "the people of Kazan". Islam was the state religion."

Kebanyakan Rakyat Kazan tidak mengehadkan Identiti mereka kepada Kaum Tatar sahaja - sebaliknya ramai di antara mereka yang merujuk diri mereka sebagai "Muslim".

Pada saya,ini merupakan suatu yang amat menarik.

Betapa Islam itu membuang sifat perkauman di dalam diri seseorang,dan mewujudkan kasih sayang kepada satu sama lain di antara Muslim yang berlainan kaum.

Hakikatnya,Islam adalah satu-satu Solusi bagi masalah perkauman di seluruh dunia.

Kerana tiada hipokrasi bagi seorang Muslim untuk mencintai saudara Muslimnya yang lain walau berlainan Kaum.

Adalah menjadi suatu yang amat menyedihkan apabila mengenang sentimen Perkauman yang masih menebal dalam sesetengah kalangan Masyarakat di Negara kita.Ini jelas bertentangan dengan Islam.

*** *** ***

Pemerhatian Saya

Apabila mengkaji Punca Kejatuhan banyak Empayar Islam yang berlaku di Seluruh Dunia - saya mendapati ada satu persamaan di antara kejatuhan-kejatuhan ini.

Apakah punca itu?

Meninggalkan Islam.

Apabila Raja dan Rakyat sesebuah Empayar itu mula meninggalkan Islam - dan mencintai dunia berlebih-lebihan - pasti sesebuah Empayar Islam itu akan menjadi lemah.

Perkara ini turut saya lihat ketika berada di Turki.Bagaimanakah anda fikir Mustafa Kemal Atat├╝rk boleh 'masuk jarum' ketika itu?

Hakikatnya,apabila kita Umat Islam mula meninggalkan Jalan Kebenaran ini - Ancaman Lain akan pantas membuka langkah untuk memasukkan Jarum mereka yang mampu melemahkan Umat.

Raja Terakhir Kazan - Yadegar Mokhammad merupakan Raja yang bertanggungjawab mempertahankan Kazan dalam serangan oleh Tsardom of Russia terhadap Kazan.

Tapi,selepas kekalahan,Beliau menjadi Kristian dengan nama Simeon Kasayevich.

Apakah maksud perkara ini?

Yang pasti,apabila Umat Islam mula meninggalkan Islam - adalah suatu yang pasti mereka akan menjadi lemah.

Kita Umat Islam perlu bangun kembali.Kita kena faham,tahu dan yakin bahawa Islam sahaja Solusi kepada segala masalah yang ada di dalam Dunia pada hari ini.

Dakwah perlu dilakukan.

Renung kembali ayat Al-Quran yang saya kongsikan di atas - "Hanya orang berilmu yang takutkan Tuhan".

Carilah Ilmu,kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah,penuhkan Saf-Saf di Masjid kita semula - selagi semua ini tidak dilakukan,usah bermimpi tentang kemenangan.

*** *** ***

Kaitan Antara Point

Sebenarnya semua point yang saya kongsikan di atas ini ada kaitannya.

Ringkasnya,kita di Malaysia - dalam menyebarkan Islam - perlu ada Ilmu.

Mengamalkan Islam tanpa Ilmu - akan hanya menyaksikan kita melakukan sesuatu yang 'merosakkan'.

*** *** ***

Makan Malam

Selepas Tinjauan di Kremlin Kazan inilah kami mula bergerak untuk makan malam.

Kami berjalan kaki hampir 30 Minit dari Kremlin untuk kembali ke kawasan Hostel kami - kerana di sana terletaknya banyak Restoran Halal.

Alhamdulillah - makanan di Kazan ini murah-murah belaka jika hendak dibandingkan dengan di Moscow - tempat kami belajar.


Juadah Krew Jejak Nurani

Daging Kambing - merupakan antara Menu yang sering kami nikmati semasa berada di Kazan.

Kadang-kadang rasa malu - nikmat yang diberikan Allah SWT kepada kita terlalu banyak - tapi diri masih lagi sering terjerumus ke Lembah Maksiat - Astaghfirullahalazim.

Bersyukurlah,wahai manusia.

*** *** ***

Brother Rashid

Selepas makan malam,waktu sudah hampir Isyak pada ketika itu.

Kami berkeputusan untuk pergi ke Masjid Sultan (memandangkan kami masih belum Bersolat di sana) untuk menunaikan Solat Jamak di sana.

Masjid yang sunyi ketika kami hadir ini membawa 1001 cerita kepada kami selepas itu.

Siapakah Abang Rashid?

Ke manakah Destinasi kami seterusnya?

Ikuti penulisan seterusnya dalam Diari Jejak Nurani untuk mengetahui jawapan-jawapan kepada persoalan ini!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,fakta yang tidak betul,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Setiap Gambar dikreditkan kepada Jurukamera kami - Faiz Nadli dan juga Penulis sendiri.



Wartawan II Bergambar Di Hadapan Kremlin

2 comments:

  1. Waaah. Cantik-cantiklah tempat yang kalian lawati. Tak sabar pulak rasanya nak tengok~ :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's one of unesco heritage site..
      doakan smoga dpermudah pnerbitan ini.amin

      Delete