31.5.12

Diari Jejak Nurani VI : Brother Rashid Di Masjid Sultan (Случайностей не бывает).

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum meneruskan Pembacaan,saya menjemput anda menonton Teaser Kedua Jejak Nurani.Saya akui Teaser Kedua ini agak kurang memuaskan mutu audionya - but well - save the best for last!


*** *** ***

Perilaku

Senang diucap di bibir,tapi sukar lagi dilaksana dalam diari kehidupan.

Itulah Peribadi Baik - semua orang boleh mengatakan tentangnya - tapi sedikit sekali di antara kita yang benar-benar mengamalkan Peribadi yang baik dalam kehidupan seharian mengikut contoh yang ditunjukkan Rasulullah SAW.

Berapa ramai dari kita yang mengucapkan kata-kata 'menghormati jiran' - tapi dalam masa yang sama tidak menghormati hak-hak seorang Jiran.Berapa ramai dari kita yang mengucapkan kata-kata 'banyakkan memberi,kurangkan meminta' - tapi perbuatan kita menunjukkan kenyataan yang sebaliknya.

Sedih.

Hakikatnya,jika kita benar-benar beriman,Peribadi Baik ini amat mudah untuk dilaksana.Ilmu - perlu dicari dan diamal.

*** *** ***

Teman Dalam Kembara/Kepentingan Sahabat Baik

Jujur bicara - Perjalanan ke Kazan merupakan perjalanan yang paling banyak memberi Ibrah (Pengajaran) kepada saya sepanjang detik hidup yang singkat ini.

Salah satu faktor yang memungkinkan perkara ini berlaku dengan izin Allah SWT - pemilihan Ahli Team Kembara.

Benar.Jika anda ingin mengembara - pilihlah Teman yang bagus dalam Perjalanan anda.Teman itu tidak semestinya 'sama kepala 100%' - tapi selagi mana Teman itu mempunyai matlamat yang sama dengan anda dalam Perjalanan itu - yakni mencari pengalaman dan pengajaran di Bumi Ilahi - insya-Allah kembara anda akan bermanfaat.

Begitu juga dengan 'Kembara Kehidupan Dunia Menuju Akhirat' yang sedang dilalui kita semua.Pilihlah Sahabat yang baik dalam Perjalanan ini.Teman yang Jahat itu hanya membawa kemusnahan kepada kita.Teman yang baik - mampu membimbing kita.

*** *** ***

Isyak di Masjid Sultan - Masjid Gelap Yang Misteri?

06 Mei 2012 - Selepas makan malam,Krew Jejak Nurani yang sudah agak penat setelah seharian berjalan kaki di pelusuk Kazan - bersepakat untuk menunaikan Solat Jamak di Masjid Sultan.

Alhamdulillah - Hostel kami yang terletak di dalam Kawasan Old Tatar Settlement menyaksikan banyak Masjid yang berada di sekitarnya.

Sesampai kami di sana - kami agak terperanjat apabila mendapati Masjid Sultan yang pada Siang harinya dilalui ramai orang - sebaliknya pada malam itu - kawasan di sekeliling Masjid sunyi.

Di bawah ini saya kongsikan anda sedutan dari Dokumentari Jejak Nurani yang akan ditayangkan Ramadhan nanti.

video

Begitulah rupa kawasan yang diduduki Muslim di Kazan pada malam hari.Kurang Aktiviti Sosial Dunia yang diadakan - tenang.Tiada bunyi speaker dengan Muzik melebihi decibel etc etc.Bunyi Azan kedengaran dari jauh dalam keheningan malam.

Suasananya sama seperti Malaysia - Tanah Air Tercinta.Tapi sayang,ada sesetengah Pihak dalam kalangan kita di Malaysia pada hari ini yang lebih selesa memilih Kehidupan Barat dan meninggalkan Islam.Ruginya kita.

*** *** ***

Tawakkal Mereka

"Rasa kagum pulak tengok diorang tinggalkan Masjid ni macam tu je sementara selang waktu Maghrib-Isyak ni" - ujar Syazwan Naqiuddin - Wartawan II Krew Jejak Nurani sementelah melihat Masjid Sultan yang ditinggalkan kosong oleh Muslim di situ.

Masjid dibiarkan terbuka.Tapi - dengan izin Allah SWT - Alhamdulillah - tiada orang yang mencurigakan cuba untuk masuk ke dalam Masjid dan 'mencuri' peralatan Masjid.

Perkara ini jauh berbeza dengan kita di Malaysia di mana apabila Masjid dibiarkan terbuka - pasti ada 'Golongan' yang memecah masuk Masjid untuk mengambil Peralatan yang berada di dalamnya.

Sometimes I wonder - betapa perlunya kita memperbetulkan semula cara kita di Malaysia memahami Islam.

*** *** ***

Sedang Kami Bersolat

Sedang kami bersolat Jamak Berjemaah,datang seorang lelaki bersolat sekali bersama kami.

Lelaki yang memakai Jaket Hujan Kuning itu datang menghampiri kami ketika kami sedang memakai kasut di Pintu Masjid.

"Assalamualaikum,братья (brothers)!"

Setelah memperkenalkan diri kepada kami - Lelaki bernama Rashid ini mula berborak ramah dengan kami.

Banyak perkara yang dibicarakan.

Antaranya - kekotoran Sistem Manusia,kedayusan Lelaki di Zaman ini,Fitnah Akhir Zaman etc - semua ini bakal anda tonton di dalam Video Dokumentari Jejak Nurani nanti - insya-Allah.

Gambar Malam Pertama Di Kazan


Keseluruhannya,kejadian pada malam itu dapat disimpulkan dalam sebuah gambar yang saya kongsikan di atas ini.

Penerangan Gambar :

1) Gambar Atas Kiri : Ruang dalam Masjid Sultan yang sunyi.Siapa sangka Masjid yang sunyi ini mempertemukan kami dengan Rashid,yang kemudiannya bersetuju untuk membawa kami meninjau Kazan pada esok hari?Bak kata Rashid : "Случайностей не бывает" atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud : "Tiada kebetulan dalam Dunia ini.Semua perkara berlaku ada Hikmahnya yang hanya diketahui Allah SWT".

2) Gambar Bawah Kiri : Dalam Masjid ini terdapat banyak Kitab-Kitab Ilmu yang sudah usang yang menunjukkan Kitab-Kitab itu tidak dibaca dalam tempoh yang lama.Sedih melihat perkara ini.Fitnah yang sedang berlaku dalam Dunia Muslimin di seluruh dunia.Umat Islam yang sepatutnya menjuarai Carta Ilmu - kini bertukar menjadi Umat yang malas berusaha,lemah daya saing etc.Satu kepincangan yang hanya dapat dibetulkan melalui Akidah dan Iman yang Sihat.Hakikatnya - kempen retorik di TV semata tidak dapat mengembalikan kegemilangan Umat Islam.

3) Atas Kanan : Brother Rashid - seorang Akhi yang sangat baik hatinya.Perjumpaan dengannya di Kazan selama beberapa hari yang menyaksikan hati kami bertaut rapat walau tiada hubungan 'kekeluargaan' menunjukkan bahawa Persaudaraan antara seorang Mukmin dengan Mukmin itu sangat kuat keakrabannya andai ianya berlandaskan Iman.Tersentuh juga hati ini apabila mendapati masih ada manusia yang bergelar 'Sahabat' dalam erti kata sebenar - bukannya 'Sahabat' yang hanya menggunakan orang pada 'Musim Tertentu' sahaja.

4) Bawah Kanan : Lambang Jejak Nurani mungkin?

*** *** ***

Tidak Dapat Diperincikan

Tidak dapat kami ceritakan secara detail apa yang berlaku di Masjid pada malam itu.Kerana semua ini akan ditunjukkan dalam Dokumentari Jejak Nurani nanti.

*** *** ***

Jadilah Kekasih Allah!

Hakikatnya,dalam hidup ini - kita tidak boleh hidup berseorangan.

Kita perlukan teman yang baik.

Sebaik-baik Teman adalah Al-Quran,As-Sunnah.Dampingilah mereka ini selalu.

Ini kerana,Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud,

"Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar". [Yunus : 62-64]

*** *** ***

Perjalanan Di Kazan Pada Hari Kedua

Perjalanan di Kazan banyak mengajar erti kehidupan.Selepas bertemu dengan Brother Rashid,kami berpisah pada malam itu dengan janji untuk bertemu lagi pada esok hari.

Bagaimanakah tidur kami pada malam itu?

Ke manakah hala tuju kami pada esok hari?

Ikuti penulisan seterusnya dalam Diari Jejak Nurani untuk mengetahui jawapan-jawapan kepada persoalan ini!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,fakta yang tidak betul,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Setiap Gambar dikreditkan kepada Jurukamera kami - Faiz Nadli dan juga Penulis sendiri.



Logo Rasmi Jejak Nurani

1 comment: