26.5.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Mei 2012).

Prenote : Pemberian Buku-Buku Islamik kepada sesiapa yang mahu memanfaatkannya sebaik mungkin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Bermula Edisi April yang lepas,Giveaway Pena Maya akan diringkaskan Entri Penyertaannya.Ini dilakukan agar dapat menarik minat Golongan yang 'kurang gemar membaca' untuk menyertai Giveaway ini.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,Dua buah Buku Islamik akan diedarkan kepada Dua orang Pembaca (setiap seorang menerima sebuah buku).

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

Dua orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku-Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Dalam Zaman di mana Islamophobia berleluasa pada hari ini di seluruh dunia,termasuk Tanah Air tercinta kita Malaysia - ditambah pula dengan Aktiviti 'Senaman' sesetengah Muslim yang menimbulkan fitnah kepada Islam - apakah usaha dakwah kepada Non-Muslim perlu ditingkatkan?Kenapa?Berikan pandangan jujur anda."

3) Komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog etc.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 3 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Satu Buku Untuk Satu Pembaca)

Hanya Dua Buah Buku yang mampu disenarai dan diedar untuk bulan ini kerana beberapa faktor : Sumbangan Dana tidak mencukupi/Kedudukan Kewangan Peribadi Penulis sebagai seorang Pelajar yang terbatas.

1) Terjemahan Al-Quran Al Karim: Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu


Penerangan : Mungkin anda membaca Al-Quran selama ini.Tapi,pernahkah anda cuba untuk memahami Al-Quran?Tahukah anda - betapa ruginya kita ini andai Al-Quran sudah berada di hadapan mata - tapi kita tidak pernah berusaha untuk memahaminya.Saya cadangkan anda untuk pilih Al-Quran ini untuk dibaca bersama keluarga anda - andai di Rumah anda masih tiada Naskhah Terjemahan Al-Quran.Semoga keluarga anda dan anda dirahmati-Nya.Amin.

2) Hadis 40 Imam Nawawi (Ustaz Zahazan Mohamed)


Penerangan : Kita mengaku kita cintakan Rasulullah SAW.Tapi apakah cukup cinta kita itu dengan sekadar 'kata-kata'?Apakah kita mengamalkan Sunnah Baginda?Apakah kita mengkaji Hadis?Jadi,oleh kerana menyedari perkara ini,saya kongsikan buku ini dalam Senarai ini.Amat dicadangkan untuk anda yang sedang merubah diri.Penyampaian dalam buku ini juga bagus.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sesiapa yang ingin menyumbang Dana untuk Projek Pengedaran Lima Naskhah Al-Quran Percuma Edisi Bulan Jun 2012 - hubungi pospenamaya@gmail.com.


7 comments:

  1. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada bapa saya. Jawapan kepada Persoalan anda adalah dengan umat Islam sendiri cuba untuk menyerlahkan nilai murni dari setiap aspek kehidupan seperti pakaian, pergaulan, ekonomi, kebersihan yg berlandaskan agama Islam, bukan dari budaya hedonismam materialism dan hedonism .Boleh hubungi saya di ____________.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam.boleh email pospenamaya@gmail.com

      Delete
  2. kepada anda yang lain - ada satu lagi buku yang boleh dimiliki.jangan lepaskan peluang.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum..

    Kalau brpeluang, sy ingin buku no 1. Terjemahan al-Quran ni sy nak hadiahkan pd adik lelaki sy yg sedang mgalami tranformasi ke arah lbih baik smpena hari lahirnya bulan jun nanti.

    Jawapan saya, ya usaha dakwah kepada non-muslim mesti dipertingkatkan lagi.Kerana nilai-nilai Islam itu sndiri harus dipertonjolkan dgn lebih cemerlang. Ini kerana disebabkan sesetangah umat Islam yg tidak mnunjukkan akhlak sperti yang dianjurkn oleh agama kita, ia mberi tanggapan negatif dari non muslim kepada agama kita sendiri.

    Kita perlu mendekati mereka dengan cara yang sesuai dan disini saya tekankan betapa pentingnya 'akhlak' seorang muslim untuk menarik non muslim ini tertarik pada agama kita. Sirah ada mecatatkan bhawa dengan akhlak yg dimiliki Rasulullah sallallahu'alaihi wasallam mampu menarik golongan org bukan Islam untuk memeluk agma Islam. Wallahuallam.

    nafathihah@gmail.com

    ps;-sekadar mencuba, =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh2. saya sudah hubungi anda.kalau tak dapat,sila email saya ke pospenamaya@gmail.com.

      maaf tak dapat balas email anda buat masa ini.tapi saya sudah baca.alhamdulillah komen yang bagus.

      Delete
    2. alhamdulillah..sudah balas di email..syukran ala kulli hal. smga Allah mmberkati saudara sekeluarga dan pihak yang memberi sumbangan. =)

      Delete
  4. kepada anda-anda yang lain,penyertaan ditutup.assalamualaikum.

    ReplyDelete