4.5.12

Kisah Saya : Cerita Tentang Kematian.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sekarang Pertukaran Musim.

Apabila tiba Tempoh ini - kebiasaannya ramai yang mula Batuk,Selesema dan sebagainya.

Saya juga ditimpa perkara yang sama.

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Doakan saya sembuh.

*** *** ***


Tadi,air dipanaskan saya.

Untuk diminum.

Bersama Ubat.

Menggunakan Pemanas Air Elektrik.

Blup blup blup - bunyi kettle rancak beraksi.

Fikiran saya melayang.

Ke masa silam.

Belasan Tahun yang lepas.

Saya teringat bunyi yang sama - didengar oleh saya di Rumah Moyang saya.

Saya kerap tidur di Rumah Moyang saya semasa kecil.

Waktu Subuh.

Moyang saya biasanya bangun memanaskan Air.

Untuk dibuat Teh - untuk dihidang kepada Suaminya - Toknyang saya.

Plushhhh - bunyi Air Panas dituang ke dalam Cawan yang telah ada Penapis beserta Serbuk Teh di atasnya.

Air menjadi Gelap.

Nyaman suasana Pagi.

Ayam berkokok.

Di hadapan Tingkap kelihatan Pokok Mata Kucing.

Ya.

Saya Budak Kampung.

Kadangkala,Adik saya turut mengikut saya Tidur di Rumah itu.

*** *** ***

Kini,semua itu tinggal kenangan.

Kenangan yang tidak boleh diputar balik.

Sudah lebih 11 Tahun Toknyang saya meninggalkan dunia yang Fana ini.

Semoga rohnya dirahmati Allah SWT.Semoga Allah Mengurniakannya dengan Syurga.

Moyang saya pula - sudah Tua.

Semoga Moyang saya dikurniakan pengakhiran yang baik.Amin.

Dan saya?

Sudah dewasa.

Petang tadi,saya membaca Berita Pemergian Bob Kuman (Link).

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un.

Sebak membaca berita itu.

Walaupun saya tidak mengenali secara dekat siapakah Beliau,tapi Alhamdulillah mengikut apa yang saya baca - sebelum Pemergiannya Allah SWT membuka pintu hatinya untuk kembali kepada Islam.

Beliau lebih dekat dengan Islam sebelum kematiannya.

Semoga rohnya dirahmati Allah SWT.

Ada hikmah sebenarnya Pemergiannya itu.Banyak.

Walaupun kelihatan dari pandangan mata kasar - umurnya singkat,tapi mungkin Allah SWT ampunkan dosanya.

Siapa tahu?

Semua ini hanya membawa saya kepada satu fikiran.

Kita semua - akan mati - bila dan di mana ianya terjadi - hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Tapi yang pasti - kita semua PASTI akan mati.

*** *** ***

Fikiran ini - membuatkan saya terdiam.

Memikirkan apa yang telah dilakukan saya semenjak dua menjak ini.

Astaghfirullah.

Ya Allah,ampunkan hamba-Mu ini.

Bertaubatlah kita sementara masih ada kesempatan.

Toknyang saya,Bob - mereka sudah pergi,dan tiada peluang lagi untuk beramal,menambah pahala.

Kita?

Masih ada peluang.

Wahai manusia! Sesungguhnya engkau sentiasa berpenat-lelah (menjalankan keadaan hidupmu) dengan sedaya upayamu hinggalah (semasa engkau) kembali kepada Tuhanmu, kemudian engkau tetap menemui balasan apa yang engkau telah usahakan itu (tercatit semuanya).

Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -

Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan sukacita.

Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

Dan ia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang. [Al-Insyiqaaq : 6-12]

Itu sahaja.

Salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Projek Al-Quran akan dijalankan Minggu Hadapan.Siapa yang ingin menyumbang dana - hubungi saya di pospenamaya@gmail.com.Setakat ini - Dana RM200 telah berjaya dikumpul.

P/P/S : Jemput Download E-Book Terbaru saya di sini.



3 comments:

  1. salam alayk~ yupz. totally agree~sungguh mereka yang dah pergi dah ada pengakhiran mereka ,, dan kita yang masih bernafas & adakah kita mampu tok jadikan apa yang kita lihat & kita dengar as ibrah dalam hidup?? .tok upgrade diri?..untuk buat persediaan nak hadapi mati yang pasti ??[tanya diri sendiri sebenarnya,,]astaghfirullahalazim. as human selalu je kot kita lalai segala bagai, terlalu hubbun dunia hingga terlupa ayat yang amat familiar "“Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” [Surah Ali ‘Imran verse 185] .allahuakbar , terasa macam amat worst je diri..kesimpulannya .,moga masa2 yang ada ni kita mampu untuk meraih redha & keampunanya,,sungguhlah mati itu pasti ,hidup itu insyaALLAH . dan mati itu anytime saja ,, dari DIA kita datang pada DIA bakal kita kembali.. moga at akhir life nanti ada happy ending buat semua , wallahualam,,jazakallahu khairan kathiran tok peringatan .. barakallahufik!! till then~fi amanillah ~

    ReplyDelete
  2. AllahuAkbar.. Moga kita semua dikurniakan pengakhiran yg baik dan dibukakan jln taubat sebelum pergi menghadapNya. Amin..

    ReplyDelete
  3. walaikumsalam..Jazakallah semua atas perkongsian ilmu..smga kalian semua drhmtiNya..amin..assalamualaikum

    ReplyDelete