10.5.12

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Pertama Edisi Mei-Jun 2012).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

Maaf sudah lama tidak Update.Ini disebabkan,saya baru pulang dari Kazan.Masya-Allah!Apa yang saya boleh cakapkan - dan saya yakin - inilah pertama kali di dalam hidup saya melihat suatu komuniti Masyarakat Muslim yang mengamalkan Islam dalam erti kata 'akhlak mulia' dengan sebenar-benarnya.Insya-Allah,Penulisan tentang Misi itu akan ditulis dalam masa terdekat.Sementara Video Dokumentari tentangnya pula akan diedit dalam Tempoh Dua Bulan ini - dan insya-Allah akan dipublish untuk tayangan Ramadhan Tahun ini nanti,insya-Allah.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang ingin mencari kebenaran dan memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pena Maya kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi untuk Edisi Bulan ini,stok keluaran Yayasan Restu telah habis.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog.Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Lima Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Program ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Lebihan Dana akan diguna untuk Giveaway Buku Islamik.


14 comments:

  1. Assalamualaikum

    Saya berminat untuk mendapatkan satu alquran beserta terjemahannya untuk kegunaan diri saya dan ahli keluarga,..kerana saya merasakan membaca dengan mengetahui makna lebih baik dan mendapat pahala sekaligus memberi penerangan yang lebih tentang apa yang dinyatakan dalam AL-Quran....harap dap[at bagi kebaikan bersama..dunia akhirat

    Nama saya zubir, boleh hubungi di zubir5588.blogspot.com / naj5588@gmail.com

    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam brother zubir..
      insya-Allah.amat benarlah kata-kata abang zubir itu.subhanallah.al-quran bukan sekadar untuk menjadi perhiasan - sebaliknya ia satu panduan yang WAJIB difahami kita manusia.amatlah rugi andai kita sudah memilikinya,tapi tidak membacanya.

      insya-Allah juga,saya akan hubungi anda dalam masa terdekat.semoga dirahmatiNya.amin.

      Delete
    2. saya dah emelkan details yang diperlukan...terima ksih kerana menerima penyertaan saya..salam perkenalan..

      Delete
  2. salam..ahlan wasahlan..al-quran merupakan sebuah kitab suci umat islam..saya ingin memiliki terjemahan untuk dihadiahkan kepada suami tersayang yang berada nun jauh di Sarawak...di pedalaman..supaya dia sentiasa dapat memahami dan mengingati bahawa dia tidak keseorangan di sana..walaupun dia jauh daripada isterinya biarlah dia dekat dengan ALLAH dan AL-quran..terima kasih

    nama: najihah
    emel: na_jieha0805@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam najihah ...
      alhamdulillah Allah membukakan pintu hati Puan untuk menghadiahkan suami tercinta dengan al-quran.

      saya akan hubungi puan dalam masa terdekat.

      Delete
  3. assalammualaikum

    saya ingin memiliki al-quran terjemahan untuk kegunaan saya dan seisi keluarga.Insyaallah dengan ini dapat memahami setiap patah ayat Al-quran ini dan mengambil iktibarnya.

    Selain itu,untuk memudahkan adik bongsu saya dalam program "Budaya membaca Al-quran" yang diadakan setiap jumaat di sekolah

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com dan berikan nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.

      Delete
  4. assalamualaikum,
    saya zefa, seorang pelajar. saya sedang dlm proses utk mendekatkan diri dengan yang maha Esa. saya juga mencari sumber2 ilmiah yang lain sebagai rujukan. saya berminat untuk mendapatkan terjemahan Al-Quran ini dan pastinya akan menjadi teman setiap masa dengan membaca, memahami dan menghayati isi kandungan terjemahan ini. insya Allah.

    nama: zefa
    email: effa.zefa@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.berkenaan al-quran pena maya - boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com dan berikan nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima di sana nanti.tolong berikan maklumat lengkap yang akan digunakan pihak delivery.

      Delete
  5. Salam.
    saya berminat dengan terjemahan al quran ini kerana saya ingin jadikan ia sebagai hadiah yang bermakna buat ibu saya yang tersayang memandangkan tidak lama lagi hari ibu. Al-Quran memang banyak manfaatnya.

    email : gadisvskamoo@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.berkenaan al-quran pena maya - boleh hubungi saya melalui email pospenamaya@gmail.com dan berikan nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima di sana nanti.tolong berikan maklumat lengkap yang akan digunakan pihak delivery.

      Delete
  6. kepada anda yang lain - penyertaan ditutup.harap maklum.

    ReplyDelete
  7. alangkah bagus kira nya empunya blog ini mneruskan projek ini....

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa maksud saudara?projek ini masih diteruskan.kali terakhir 10 quran dipos awal bulan 8..edisi seterusnya insya-Allah september.

      Delete