5.5.12

Sebelum Pergi Ke Kazan : Kebangkitan Islam Di Barat?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Fight For Your Right

"No - sleep ----- till brooklyn!"

Sambil membuat Air Guitar,saya yang muda remaja menyanyikan lagu itu dengan penuh bersemangat sambil menggoyangkan kepala mengikut rentak lagu - merasakan diri yang paling hip.

Kini sudah hampir Sepuluh Tahun sejak kejadian itu berlaku - saya pun Alhamdulillah sudah tidak mendengar muzik seperti hari silam (masih berusaha mencuba untuk berhenti sepenuhnya,dan akan terus mencuba) - dan hari ini saya membaca berita yang melaporkan kematian MCA - salah satu Ahli Beastie Boys - Pemilik Lagu di atas.

Kepada anda yang tidak mengetahui siapakah Beliau ini - tidak perlu Google.

Tapi,apa yang saya mahu sampaikan - sejak dua tiga hari ini - pelbagai berita kematian sampai kepada saya.

Betapa ruginya andai kita yang masih hidup tidak mengambil Pengajaran dari berita-berita ini.

Antara Watak-Watak yang meninggal dunia ini - ada yang Islam - ada yang tidak.

Membuatkan saya terfikir - dunia ini sebentar sahaja - semewah mana pun anda - tidak dapat membawa anda lari dari kematian.

Ianya suatu yang pasti dijumpai kita.

Persoalannya apa bekal yang sudah kita persiapkan untuk dibawa ke sana?

Kita masih ada peluang - bertaubatlah.

Janganlah kita menjadi orang yang menyesal di Akhirat kelak seperti ayat di bawah,

Ia akan berkata: "Alangkah baiknya kalau aku dahulu sediakan amal-amal baik untuk hidupku (di sini)!" [Al-Fajr : 24]

Sebaliknya,marilah kita berusaha mencari redha-Nya agar dapat menjadi seperti Golongan yang disebutkan dalam ayat di bawah,

(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -

"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -

"Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia -

"Dan masuklah ke dalam SyurgaKu!" [Al-Fajr : 27-30]

*** *** ***

Dana Projek Al-Quran

Alhamdulillah - petang tadi saya menerima sumbangan dari seorang lagi Pembaca untuk Projek Al-Quran.

Alhamdulillah - membuatkan saya terfikir - jika kita benar-benar mahu melakukan kebaikan - insya-Allah - Allah akan mendatangkan bantuan untuk kita.

Begitu juga dengan diri kita.

Jika kita benar-benar inginkan kebaikan untuk diri kita dalam kehidupan di dunia dan Akhirat,nescaya Allah SWT bukakan pintu hati kita untuk kembali kepada-Nya.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud,

“Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini adalah suatu peringatan.Maka,sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya),nescaya dia mengambil jalan yang menyampaikannya kepada keredhaan Allah (dengan iman dan taat)”. [Al-Insan : 29]

Maksudnya di sini - jika kita katakan yang kita mahukan kebaikan untuk diri kita - tapi kita tidak kembali kepada-Nya,itu bermaksud kita hakikatnya masih belum memahami apakah erti 'kebaikan' yang sebenar.

*** *** ***

Dua Video Wajib Tonton

Saya semalam ada menonton Dua Video.

Wajib Video ini anda Tonton - jika anda benar-benar mahu memahami apa yang saya cuba sampaikan dalam ayat-ayat seterusnya.

Nota Sebelum Anda Tonton Video Ini : Kepada Para Lelaki,jangan usha Aurat Pengacara dalam Video-Video ini.Saya sekadar nak tunjuk Interview ini.Bukannya Pengacara itu.Ingat,segala yang dilihat mata kita - akan ditanya di sana kelak.



Tentang Video Pertama itu - ia memaparkan Wawancara Dengan Tiga Orang Rakyat Tempatan Australia (Orang Putih - Bukan Kacukan Arab etc - 100% Pure Aussie) yang memasuki Islam - dan sebab-musabab mengapa mereka memasuki Islam.

Dalam Video itu saya belajar banyak perkara.

Salah seorang yang memasuki Islam antara Tiga Orang itu adalah seorang Lelaki.Beliau mengaku yang Beliau dahulunya seorang Racist.Tapi selepas memasuki Islam - Beliau mula mempelajari untuk menghormati orang lain etc.

Interesting huh bila melihat ada sekelompok manusia di Tanah Air kita yang mengaku dirinya Islam - tapi dalam masa sibuk mempertahankan Sikap Perkauman melampau dan diskriminasi terhadap Kaum Lain.Ibarat hanya Kaumnya sahaja yang mulia (walaupun sebenarnya tidaklah sehebat mana).

Dan adalah sesuatu yang memalangkan apabila orang Bukan Islam sendiri (Pengacara dalam Video Pertama ini) boleh nampak bias (sikap tidak adil) terhadap Islam dalam laporan Media Barat - tapi sesetengah Orang Islam di Malaysia - terlalu bangga dengan Barat.

Malangnya.

Bak kata Pengacara dalam Video yang sama : It's all about education (dalam kata lain 'Ilm).

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Sistem Pendidikan kita di Seluruh Dunia pada hari ini.

Dan hakikatnya - hanya Islam yang punya Solusi untuk masalah ini.

Tentang Video Kedua - maaf saya tidak sempat komen tentangnya pada hari ini.

Mungkin saya akan menulis Penulisan tentang perkara ini dengan detail lanjut pada minggu hadapan - insya-Allah - jika ada kesempatan.

Ringkasnya - apa yang saya hendak sampaikan dalam Video-Video di atas adalah - "Lihatlah Wahai yang mengaku Muslim - Orang di Barat semakin ramai yang menuju kepada Islam.Janganlah kita yang sudah Islam menjadi bodoh (akibat kejahilan diri sendiri) meninggalkan Islam semata-mata untuk nampak 'Glamour Barat'".

Bacalah Al-Quran.

Kepada Muslim yang berilmu - tunaikan Tanggungjawab anda - lakukan Dakwah kepada Masyarakat Sekeliling anda sekarang juga.

Carilah Ilmu wahai Umat Islam sekalian.Jangan terlalu kuat berhibur.

*** *** ***

Kazan

Kazan? - mungkin itu yang timbul dalam pertanyaan anda.

Ya,Kazan.

Saya akan pergi ke sana dari 06 Mei sehingga 08 Mei.

Train akan saya naiki esok hari (Tengah Malam Waktu Malaysia).Perjalanan ke sana mengambil waktu lebih kurang 13 Jam menaiki Train itu.

Perjalanan ini sempena Cuti Seminggu yang diperoleh saya sempena Hari Kemenangan Russia.

Apa yang ada di Kazan?

Ianya adalah Pusat Masyarakat Muslim di Eropah Timur ini.

Doakan Perjalanan saya dan Sahabat-Sahabat dipermudah dan selamat.

Insya-Allah akan ada Penulisan ditulis tentang Perjalanan ini nanti.

Sekali lagi - doakan kami.

Oleh itu,untuk tempoh beberapa hari - saya tidak akan update Pena Maya.

Anda boleh Follow Akaun-Akaun saya yang lain iaitu Twitter dan Tumblr Pena Maya.

Insya-Allah - saya akan update apa-apa yang bermanfaat dengan kerap di sana nanti.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Sudah hampir Subuh di tempat saya ini.

Semoga Penulisan ini bermanfaat untuk anda.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tiada istilah R.I.P untuk kita - andai di dunia kita hidup dalam kemungkaran.


1 comment:

  1. have a safe journey !! may ALLAH bless

    ReplyDelete