15.6.12

Diari Jejak Nurani IX : Abdul Aziz - Bilal Muda Masjid Mardzhani.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Momentum

Dalam apa juga bidang - ramai orang mahukan Perubahan ke arah kebaikan.

Bukan sedikit Idea yang dilontar dan bukan sedikit Kertas Kerja yang dirangka untuk mencapai matlamat ini - tapi seringkali kita menyaksikan Idea-Idea cemerlang ini terbantut dan hilang begitu sahaja - akibat kurangnya momentum Semangat Perubahan dalam diri Para Pelaksana Idea.

Hakikatnya,momentum adalah sebuah perkara yang sangat perlu dijaga dalam suatu perubahan.Kita tidak boleh lemah dan berputus asa.Andai kita seolah berputus asa,kembalikan semula momentum ke dalam Perjuangan.Rentak perlu dikekal.

Begitu juga dalam Perjalanan Kembara menuju Akhirat di Dunia ini - jangan sesekali terputus momentum dalam mencari redha-Nya.Kerana hakikatnya,Hari Pengadilan itu adalah suatu yang pasti berlaku.

"Wahai umat manusia,bertaqwalah kepada Tuhan kamu!Sesungguhnya gempa hari Kiamat itu suatu perkara yang amat dahsyat". [Al-Hajj : 1]

*** *** ***

Intro Scene


Screenshot Intro Jejak Nurani

Penulis sebenarnya sekarang ini berada dalam Musim Peperiksaan.Itulah sebabnya mengapa Perjalanan Diari Jejak Nurani agak perlahan untuk beberapa tempoh ini.

Tapi,Alhamdulillah,dengan izin Allah SWT,petang tadi,sempat Penulis dan Wartawan kita - Fakhrullah Azri 'mencuri' sedikit masa kami untuk pergi melakukan Rakaman 'Intro Scene' untuk Dokumentari Jejak Nurani yang akan diterbitkan Ramadhan ini.

Insya-Allah,Proses Pengeditan sudah bermula,walaupun agak perlahan.Doakan semoga dipermudah.

*** *** ***

Masjid Mardzhani


Masjid Mardzhani

Dalam Penulisan Diari Jejak Nurani yang lepas,dinyatakan bahawa kami pergi melawat beberapa buah Masjid pada pagi itu.

Selepas Masjid Apanaevskaya - kami terus bergerak menuju Masjid Mardzhani - Masjid tertua di Kazan.

Penulis tidak akan mencoretkan mengenai Sejarah Masjid Mardzhani ini - memandangkan perkara ini akan diterangkan di dalam Video Dokumentari Jejak Nurani nanti.

Di Masjid Mardzhani,kami sempat bersolat Zuhur secara berjemaah dengan Jemaah Tempatan Masjid Mardzhani.

Terharu - kerana kebanyakan yang hadir di dalam Jemaah adalah Golongan Tua.Sebak - kerana tertanya-tanya di manakah Golongan Muda.

Tapi - sebak itu tidak lama apabila mendapati Bilal bertugas di Masjid ini adalah seorang Anak Muda.

Wartawan II kami - Syazwan Naqiuddin menegurnya selepas kami bersolat Jemaah.

*** *** ***

Abdul Aziz


Abdul Aziz - Bilal Muda Masjid Mardzhani

Jika tidak silap saya,nama Anak Muda yang menjadi Bilal ini adalah Abdul Aziz.

Berumur 17 Tahun - Abdul Aziz merupakan seorang Remaja yang tinggi orangnya.

Kami teruja apabila Beliau mengatakan bahawa Beliau sedang dalam Proses menghafal Al-Quran atau dalam kata lain Beliau merupakan seorang Pelajar Tahfiz.

Saya menjadi agak kagum dan dalam masa yang sama,segan - apabila membandingkan umur Beliau dengan saya - di mana Beliau baru sahaja berumur 17 Tahun,tapi sudah banyak Ayat Al-Quran yang dihafal.

Apabila hendak beredar,kami cuba untuk menghulurkan bantuan kepada Abdul Aziz memandangkan Beliau merupakan seorang Anak Muda yang masih lagi menuntut Ilmu,tapi Beliau menolak Bantuan itu secara terhormat.

Saya merasa kagum,malah timbul rasa hormat dengan tindakannya itu.Secara tidak langsung,tindakannya membuat saya merefleksikan perkara ini dan membawa ingatan saya kepada satu potong ayat Al-Quran yang bermaksud :

"(Pemberian sedekah itu) ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); mereka itu disangka: orang kaya - oleh orang yang tidak mengetahui halnya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) sifat-sifat dan keadaan masing-masing, mereka tidak meminta kepada orang ramai dengan mendesak-desak. Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya". [Al-Baqarah : 273]

Ayat Al-Quran di atas menyatakan bahawa orang yang paling layak mendapat Sedekah adalah orang yang berjuang di Jalan Allah SWT (seperti Abdul Aziz ini yang merupakan seorang Penuntut Ilmu) - tapi mereka ini walaupun susah tidak meminta-minta.

SubhanAllah.

Saya doakan semoga Abdul Aziz dirahmati-Nya dan akan bangkit sebagai seorang Penyebar Kebenaran Islam di Rantau Eropah Timur ini.Amin.

*** *** ***

Makan Tengahari!


Wartawan I Dan Wartawan II Di Hadapan Kolej Islam Kazan

Selepas Masjid Mardzhani,kami berkesempatan bergambar kenangan di hadapan Kolej Islam Kazan - tempat di mana Abdul Aziz bersama Teman-Teman lain menuntut Ilmu.

Penat bergambar - kami mengambil keputusan untuk memakan Rezeki yang Halal di Restoran yang terletak berdekatan dengan Masjid.

Alhamdulillah - Sedap Yob!

*** *** ***

Muzium Sejarah Tatarstan

Banyak perkara yang membezakan antara kita dengan masyarakat Tatarstan - seperti dalam konteks Budaya dan Pakaian - tapi perbezaan-perbezaan itu ditutup (malah tidak kelihatan) oleh satu Persamaan Terbesar yang kita miliki bersama mereka - yakni persamaan Akidah.

Indahnya Persaudaraan Islam.Dua manusia yang tidak pernah bertemu seumur hayatnya - secara spontan akan menjadi mesra andai mereka mendapati bahawa orang asing yang ditemuinya di Jalanan adalah seorang Muslim - yakni Saudara Seakidah mereka.

Selepas melunaskan Nafsu Kelaparan (maaf di atas Penggunaan kata yang agak vulgar) - Krew kami berkeputusan untuk melawat Muzium Sejarah Tatarstan.

Muzium ini untuk pengetahuan anda terletak agak jauh dari Lokasi kami pada ketika itu.

Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 Minit berjalan kaki.

Tapi kerana menyedari bahawa kami ini masih muda,kami merasakan tidak wajar untuk kami merungut - lantas 'tanpa banyak cakap' - langkah diambil oleh kami menuju Muzium Sejarah Tatarstan.

*** *** ***

Apakah Yang Ada Di Muzium Sejarah Tatarstan?

Benarkah Islam sudah sampai ke Eropah Timur seawal Tahun 1000?

Benarkah Al-Quran yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Perancis sudah berada di Russia seawal 1790?Apakah ini bermaksud Umat Islam pada masa itu sudah saling berhubung?

Bagaimana pula dengan Brother Rashid?

Apakah jawapan kepada segala persoalan ini?

Ikuti penulisan seterusnya dalam Diari Jejak Nurani untuk mengetahui jawapan-jawapan kepada persoalan ini!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,fakta yang tidak betul,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Setiap Gambar dikreditkan kepada Jurukamera kami - Faiz Nadli dan juga Penulis sendiri.

P/P/P/S : Sesiapa yang ingin menyumbang Dana untuk Pengagihan Buku Islamik Percuma (Giveaway Pena Maya Edisi Jun 2012) - boleh hubungi pospenamaya@gmail.com.



Pemandangan Di Dalam Stesyen Metro Kazan

No comments:

Post a Comment