5.6.12

Diari Jejak Nurani VII : Pakcik Dj Dave Di Masjid Golubaya,Kazan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum meneruskan Pembacaan,saya menjemput anda menonton Teaser Ketiga Dokumentari Jejak Nurani.Saya secara peribadi berpuas hati dengan mutu penghasilan Video Teaser kali ini.


*** *** ***

Peluang Dan Nikmat

Di Akhirat nanti,manusia akan ditanya tentang apa yang dilakukannya ketika hidup.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,yang bermaksud,

Allah bertanya lagi (kepada mereka yang kafir itu): "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?"

Mereka menjawab: "Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung,

Allah berfirman: "Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). [Al-Mu'minuun : 112-114]

Hidup di dunia ini ternyata sekejap sahaja.

Kadangkala ada masanya - kita terlalu asyik mengkritik/memaki hamun/mencaci usaha orang lain yang sedang berjuang - tapi kita sendiri - tidak mengambil langkah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang sedang berlangsung itu.

Hanya tahu bercakap,bercakap dan terus bercakap.Dan tindakan - tiada yang diambil.

Alangkah malangnya.

*** *** ***

Pagi Pertama Di Kazan

Pagi 07 Mei 2012 merupakan Pagi pertama kami di Kazan.

Malam sebelumnya,jujur bicara,tidur saya kerapkali terjaga disebabkan Muzik Disco dan Gelak-Tawa orang Mabuk yang terletak di bawah Hostel kami.

Walaupun Muslimin di Kazan mengikut pemerhatian saya mengamalkan cara hidup Islam,tapi 'Non-Muslims' di Kazan masih dengan cara hidup mereka.

Kadangkala saya terfikir,itulah jadinya apabila Umat Islam berada dalam kondisi yang lemah.

Jadi,adalah perlu untuk kita Umat Islam membina semula kekuatan kita agar Deen Islam ini berada pada tempat yang sepatutnya ia berada - yakni di atas - dan seterusnya membawa kedamaian kepada Dunia.

Berbalik kepada cerita kita - jadi selepas bersiap-siap membersihkan diri,kami bergerak keluar untuk bersarapan Pagi.

Jika pada malam sebelumnya,Brother Rashid menawarkan kepada kami pertolongan untuk membawa kami meninjau Kazan - tapi semasa bersarapan,kami bersepakat untuk 'berjalan sendiri' dahulu dan hanya menelefon Brother Rashid pada Petang hari.

Ini kerana kami tidak mahu menyusahkan 'Brother Rashid'.

*** *** ***

Budak Kecil Mencarut

Old Tatar Settlement - atau dalam Bahasa Melayunya : Pusat Penempatan Lama Masyarakat Tatar - merupakan Pusat Masyarakat Islam di Kazan.

Sehingga hari ini,kawasan ini masih lagi dipenuhi dengan Masjid-Masjid bersejarah,Madrasah dan Restoran-Restoran Halal.

Sebelum meneruskan Perjalanan,saya dan Jurukamera,Faiz Nadli singgah ke sebuah Cyber Cafe (CC) di hadapan Kafe Sarapan Pagi kami.

Ini kerana kami terpaksa menggunakan Khidmat Komputer pada ketika itu.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ada seorang Budak yang berumur dalam Linkungan 4 Tahun - sedang bermain Game dalam CC itu,sambil mulutnya tidak henti-henti memaki hamun kemarahan.

Perkara yang sama juga berlaku di Malaysia.

Ibu Bapa - sila ambil serius perkara ini - PANTAU LOKASI ANAK ANDA BERADA - jangan terlalu beri mereka kebebasan.

Jika tidak dibendung,Kanak-Kanak ini bakal menjadi Sampah Masyarakat.

*** *** ***

Masjid Turki

Oleh kerana banyak perkara menarik terletak dalam Kawasan Tatar Lama ini,Krew Jejak Nurani bersepakat untuk cuba mengunjungi sebanyak mungkin lokasi yang termampu oleh kami.

Destinasi Pertama kami pada pagi itu adalah Masjid Biru (Golubaya Mechet).


Masjid Golubaya (Biru),Kazan.

Penerangan Gambar :

Atas Kiri : Ruang dalam Masjid Golubaya.Jelas kelihatan Pengaruh Senibina Empayar Uthmaniyyah dalam Masjid ini.

Atas Kanan : Krew kami sedang menemuramah Pakcik Penjaga Masjid - yang iras wajahnya seperti Dj Dave.

Bawah Kanan : Masjid Golubaya dari luar.

Sila klik pada link ini untuk Imej yang lebih besar bagi gambar di atas.

Untuk pengetahuan anda,Krew Jejak Nurani menjalankan Penggambaran Dokumentari kami dengan menggunakan konsep 'Guerrilla Filmmaking' - yang mana kami pergi menuju suatu tempat menarik - dan secara impromptu/spontan - kami akan menemuramah sesiapa sahaja yang kami jumpai di tempat berkenaan.

Orang Bijak berkata - 'Kadangkala Perkara Spontan itu - hasilnya sangat baik dari sesuatu yang formal'.

Kami melangkah masuk ke dalam Masjid itu apabila seorang Lelaki menyapa kami - "Dari Malaysia,Wartawan ke?".

Lelaki itu - yang saya telah lupa namanya (dan saya amat kesal dengan kesilapan ini) - mempunyai Wajah yang amat seiras dengan Dj Dave.

Jadi,apa kata kita gelarkan Lelaki ini sebagai Pakcik Dj Dave.


Screenshot Dokumentari Jejak Nurani Yang Akan Ditayangkan Ramadhan Ini.

Gambar di atas menunjukkan Screenshot di mana Wartawan kami,Fakhrullah Azri sedang menemuramah Pakcik Dj Dave.

Banyak perkara diceritakan Beliau - antaranya bahawa inilah salah satu Masjid di Tatar yang menggunakan Bahasa Turki sebagai Bahasa Pengantara (Khutbah Jumaat).

Senibinanya juga banyak dipengaruhi Masjid Turki Uthmaniyyah di mana ada nama Empat Khalifah digantung di dalam Ruang Solat.

Tapi,ada sesuatu yang sedikit menyedihkan saya - di mana Pakcik Dj Dave ini kelihatan agak terpengaruh dengan Ideologi Kemal Atatürk dalam beberapa perkara.

Ini menunjukkan bukan sedikit 'Jasa Buruk' yang ditinggalkan Kemal Atatürk kepada Masyarakat Islam.

Tapi,Pakcik ini sendiri mengaku yang Beliau hanya seorang Penjaga di Masjid itu.Jadi,saya maafkan kesilapan dan ke-kurang-faham-an Beliau itu dan saya doakan agar Pakcik Dj Dave dikurnia Rahmat dan Petunjuk-Nya.

Oleh kerana Pakcik Dj Dave ini terlalu ramah,kami yang pada mulanya seronok mendengar cerita Beliau,akhirnya menjadi letih,lantas terpaksa memohon untuk mengundurkan diri.

Ini kerana masih banyak tempat yang belum kami lawati.

Itulah Masyarakat Kazan - tiada yang sederhana.Bak kata Brother Rashid pada malam sebelumnya,"Masyarakat Kazan ini samada mereka sangat baik,atau sangat jahat.Jarang ada yang sederhana".

Ada benarnya.

*** *** ***

Next Destination - Masjid Burnai!

Setelah beberapa edisi 'memohon untuk beransur' dari Pakcik Dj Dave yang ramah - kami meneruskan semula perjalanan kami pada Jam 1300.

Semua pergerakan kami di Kazan adalah dengan berjalan kaki.Walaupun Lokasinya agak jauh,tapi oleh kerana bandar ini mempunyai Plan yang agak terancang,jarak yang jauh dirasakan dekat.

Niat kami pada awalnya adalah untuk mengunjungi Rumah-Muzium Ğabdulla Tuqay,tapi oleh kerana kami tidak menjumpai Pintu Masuk Muzium ini - kami terpaksa membatalkan hasrat kami.

"Eh,itu ada Masjid lagi",ujar Jurukamera kami,Faiz Nadli.

Kelihatan dari jauh sebuah Masjid yang Reka Bentuknya tidak ubah seperti sebuah 'Kuil Gothic + Gereja'.

Tapi,siapa sangka ianya adalah sebuah Masjid.

SubhanAllah.Bukti bahawa Islam itu adalah Cara Hidup untuk Masyarakat Universal.Bukan hanya untuk sesetengah kaum sahaja.

Jadi,kepada anda-anda di Malaysia yang masih berfahaman racist,banyakkanlah mengembara melihat Saudara Islam kita di Seluruh Dunia.


Masjid Burnai,Kazan.

Kami tidak lama di Masjid ini.Memandangkan tiada Figura Menarik untuk ditemuramah di sini.

Jadi,kami beransur pergi setelah berada di dalam Masjid itu untuk beberapa minit.

*** *** ***

Malam

Hari sudah lewat malam ketika saya menulis Diari ini.

Saya terpaksa menangguhkan dahulu Penulisan ini.

Pengajaran terbesar yang ingin saya tarik perhatian anda dalam Penulisan kali ini adalah : Banyak kepincangan yang sedang berlaku dalam dunia luar,jangan hanya duduk bersilang tangan.Do something!

*** *** ***

Seterusnya?

Ingin tahu Masjid apakah lagi yang ada di Kazan?

Ikuti penulisan seterusnya dalam Diari Jejak Nurani untuk mengetahui jawapan kepada persoalan ini!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,fakta yang tidak betul,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Setiap Gambar dikreditkan kepada Jurukamera kami - Faiz Nadli dan juga Penulis sendiri.



Jejak Nurani - Suatu Misi.

5 comments:

  1. Alhamdulillah, pengembaraan yg mencerah minda dan membuka mata perihal kehidupan saudara seagama serata dunia. Teruskan perjuangan anak muda!!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah .insya-Allah Pakcik.doakan kami di sini.semoga Pakcik dan keluarga dirahmatiNya.amin.

    ReplyDelete
  3. Ini mantap namanya umar.seronok tgk journey korg nih.lagi best kalo dpt join skali.mmg mantap kawan2ku.semoga allah merahmati kalian.nnt pulg ke msia moga ketemu.kim salam lain2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaahh pian..assalamualaikum.. seronok dapat komen kau..insyaAllah bro.. kita bertemu insya-Allah.. kitorang tengah exam sini.aku doakan semoga kau dan keluarga dirahmatiNya .amin.

      Delete