10.6.12

Diari Jejak Nurani VIII : Sujud Seorang Hamba Di Masjid Apanaevskaya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Sebelum meneruskan Pembacaan,saya menjemput anda menonton Teaser Keempat Dokumentari Jejak Nurani.Insya-Allah jika tiada aral melintang,Proses Pengeditan Video Dokumentari Jejak Nurani akan disambung kembali pada hujung Minggu ini.Doakan semoga dipermudah.


*** *** ***

Muhammad Ali

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan". [21 : 35]

Kadangkala apabila diri ditimpa kesusahan,ada sesetengah dari kita yang seolah berputus asa - merasakan diri tidak adil.Walhal,kita lupa,Dunia ini bukanlah Syurga - ianya bukan tempat bersenang-lenang.Di dunia ini,kita akan diuji.

Sebentar tadi saya menonton sebuah Video Wawancara yang melibatkan Muhammad Ali (Link).

Dalam menjawab Soalan yang diajukan Kanak-Kanak di dalam Video itu kepadanya,Muhammad Ali tidak melepaskan Peluang untuk menyampaikan Islam kepada Para Peminatnya berdasarkan Ilmu yang Beliau ada.Ini patut kita contohi.Semangat menyebarkan Islam yang ada pada Muhammad Ali ini.

Ketahuilah,hidup ini satu Tanggungjawab.Dan semoga Muhammad Ali dikekalkan dalam Hidayah Allah SWT,dan semoga Beliau dikurniakan Syurga-Nya.Amin.

*** *** ***

Selepas Masjid Burnai - Apanaevskaya Pula!

Kami mula bergerak mencari Masjid seterusnya.

Perjalanan menuju ke Masjid seterusnya mengambil masa lebih kurang 15 Minit berjalan kaki.

Sempat kami berhenti sebentar menikmati Panorama Tasik yang ada di dalam Perjalanan.

Beberapa minit kemudian,kami tiba di Masjid seterusnya - Masjid Apanaevskaya.

Sedikit tentang Masjid Apanaevskaya ini - Masjid ini dibina sekitar Tahun 1768 dengan Dana disumbangkan oleh seorang Pedagang Tatar.Masjid ini dibina selepas mendapat Restu Pemerintah Empayar Russia pada ketika itu,Catherine II (Russia menakluk Kazan selepas Kejatuhan Empayar Kazan Khanate : Rujuk Diari Jejak Nurani V).

Masjid ini dibina pada tempoh yang lebih kurang sama dengan sebuah lagi Masjid - Masjid Mardzhani yang merupakan Masjid tertua di Tatarstan.

Mengikut apa yang saya perhatikan sepanjang berada di Kazan,ditambah dengan Maklumat yang kami perolehi dari Wawancara dengan Masyarakat Tempatan : Catherine II ini disenangi ramai Masyarakat Muslim ketika itu.

Ini mungkin berlaku atas usaha Beliau menjaga Hak-Hak Penduduk Minoriti pada ketika itu.

Catherine chose to assimilate Islam into the state rather than eliminate it when public outcry against equality got too disruptive. [Quote]

Walaupun usaha Beliau ini kurang disenangi beberapa Pihak,Allah SWT Maha Berkuasa.Islam tetap terus mekar di Bumi Russia.

Ketika kami tiba di Masjid Apanaevskaya ini - Pihak Masjid sedang bergotong-royong membersihkan Masjid untuk menyambut kehadiran Musim Panas - Pagar dicat,Bunga ditanam dan lain-lain - suatu aktiviti yang menjadi norma Masyarakat Negara Empat Musim setiap kali tibanya Musim yang dirai ini.

Seorang Anak Kecil kelihatan berdiri di Tepi Pagar.


Islam - Anak Imam Apanaevskaya

Seorang Pakcik di Masjid itu berkata bahawa Anak Kecil ini namanya Islam,dan merupakan Anak Hazrat (Imam) Masjid itu.

Budaknya baik sahaja.

Membuatkan saya terfikir - Apa yang bakal Anak-Anak kita jadi pada masa hadapan - bergantung sepenuhnya kepada cara didikan kita (Ibu Bapa) semasa mereka masih kecil.

Jika dari kecil Anak-Anak itu sudah disuapkan dengan PlayStation 3,XBox 360 etc secara berlebihan - tidak mustahil di masa hadapan Anak yang bakal membesar itu membesar menjadi orang yang rendah keyakinan diri,tidak beradab dan lain-lain.

Ini bukan fantasi,bukan juga dongeng - tapi realiti.

Terlalu banyak kesenangan dan hiburan yang diberikan kepada Kanak-Kanak sejak kecil - bakal membuatkan mereka menjadi 'spoiled child' di masa hadapan.

Jadi,kepada Ibu Bapa - didiklah anak-anak anda dengan elok.Bawalah,dan biasakanlah mereka dengan Masjid sejak dari Kecil lagi.

*** *** ***

Memasuki Ruang Masjid

Kami memohon Izin dari Penjaga Masjid untuk masuk ke Ruang Masjid.

Masjidnya lawa.Sangat lawa.Seperti Rumah Melayu Kampung di Pantai Timur rekabentuknya.

Difahamkan,Masjid ini dan beberapa buah Masjid lagi di sekitar Kazan mendapat Peruntukan untuk renovation besar-besaran beberapa tahun lepas.

*** *** ***

Tersentuh

Ruang Solat Masjid Dua Tingkat ini pada ketika itu kosong memandangkan waktu ketika itu masih awal,dan Solat Zuhur hanya akan bermula lebih kurang 45 Minit selepas itu.

Kami duduk di Kerusi yang ada di Ruang Solat itu untuk berehat sebentar.


Sujud Seorang Hamba

Seorang Pakcik duduk di sebelah saya.Membaca Al-Qurannya.Kedatangan kami tidak dihiraukannya.Terus Al-Quran dibaca.Apabila tiba Ayat tertentu,Sujud Tilawah dilakukannya.Beliau kemudiannya berdoa.

Tersentuh perasaan saya melihatkan perkara ini.

Dalam kejahilan yang berleluasa di luar sana,Alhamdulillah - masih ada yang berpegang dengan kebenaran ini.Alangkah baiknya jika lebih ramai dari kalangan kita yang muda melakukan apa yang dilakukan Pakcik ini - hidup dengan menjadikan Al-Quran sebagai asas keputusan.

*** *** ***

Temuramah Dengan Penjaga Masjid

Selepas beberapa ketika berada di Ruang Solat,kami turun untuk menemuramah Penjaga Masjid ini.

Temuramah ini bakal anda saksikan insya-Allah dalam Video Dokumentari Jejak Nurani yang akan diterbitkan sedikit masa lagi.

*** *** ***

Kedai Alatan Al-Quran

Sedikit masa dahulu Penerbitan Pena Maya pernah menerbitkan Video Dokumentari mengenai Umat Islam di Moscow (Link).

Di dalam Video itu ada dipaparkan Kompleks sebuah Masjid di Moscow.

Dan di dalam Masjid itu terdapat sebuah Kedai menjual Peralatan Beribadat,Buku etc.

Itulah keistimewaan Masjid di Negara Eropah Timur ini.

Saya lihat Peranan Masjid sebagai Pusat Masyarakat Islam di sini agak meluas berbanding kita di Malaysia.

Memang ada Masjid di Malaysia yang aktif,tetapi tidak banyak.Kebanyakannya hanya menjadi Pusat Bersolat Jemaah.

Sesuatu perlu dilakukan untuk menghidupkan kembali Semangat Masjid dalam Masyarakat kita.

*** *** ***

Rumusan Masjid Apanaevskaya

Gambar di bawah ini saya kongsikan untuk menjadi Rumusan Perjalanan kami di Masjid Apanaevskaya.


Rumusan Penulisan

Penerangan

1) Gambar Kiri : Islam,Anak Imam Masjid Apanaevskaya - pentingnya peranan Ibu Bapa dalam membentuk Peribadi Anak-Anak.Jangan terlalu pantas menyalahkan orang lain jika Anak kita bermasalah.

2) Gambar Kanan Atas : Perhatikan Papan Tanda ini.Warna Hijau melambangkan bahawa sesuatu kawasan itu terletak dalam Penempatan Lama Umat Islam Tatar.Menarik.

3) Gambar Kanan Tengah : Tasik yang disebutkan Penulis dalam Coretan di atas.

4) Gambar Kanan Bawah : Logo Krew Jejak Nurani?

*** *** ***

Itu Sahaja

Itu sahaja coretan kita untuk kali ini.Penulis sedang menghadapi Musim Peperiksaan ketika ini.Doakan agar segala urusan Beliau dan Rakan-Rakan dipermudah.Amin.

Insya-Allah untuk coretan akan datang,kita akan menceritakan tentang Masjid Mardzhani - Masjid tertua di Kazan.

Ikuti penulisan seterusnya dalam Diari Jejak Nurani untuk mengetahui Destinasi kami yang seterusnya!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,fakta yang tidak betul,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Setiap Gambar dikreditkan kepada Jurukamera kami - Faiz Nadli dan juga Penulis sendiri.



Wartawan Kita Bersantai Di Masjid Apanaevskaya

No comments:

Post a Comment