17.6.12

Diari Jejak Nurani X : 'Vox Populi And The Truth'.

Prenote I : Tajuk di atas dipetik dari Buku Penulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertajuk Islam in Malaysia : Perceptions & Facts.

Prenote II : Secara ringkasnya,Tajuk ini saya pilih kerana ada sesetengah dalam Golongan kita - mempunyai tabiat untuk memilih kata yang hanya sedap dicerna oleh Telinga yang mendengar.Walhal,Islam menyuruh kita menjadi Juara Kebenaran,bukan Juara Populis - yang hanya bercakap untuk menjadi Popular.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Dalam Diari kali ini - saya mahu menulis panjang.Kurang gambar yang akan diupload,banyak Coretan yang akan ditulis.

*** *** ***

Realiti

Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. [An-Nisaa' : 135]


Statistik 'Global Peace' Tahun 2012

Di atas ini menunjukkan Data Statistik Carta Keamanan Dunia pada Tahun 2012 yang saya ambil dari sebuah Akhbar berbahasa Russia di sini (Moscow).

Untuk Carta yang lebih besar - anda boleh lihat Link ini.

Cuba perhatikan - kebanyakan Negara yang berwarna Merah dalam Carta di atas - di mana Merah mewakili Tahap Keselamatan yang rendah dalam sesebuah Negara - Negara-Negara itu kebanyakannya adalah Negara Islam.

Apakah maksud perkara ini?Saya serahkan kepada anda untuk berfikir tentangnya.

Ramai dari kita Umat Islam - dalam konteks ini kita yang berada di Malaysia - berasa sedih apabila mendengar Berita-Berita Tragedi yang menimpa Umat Islam di Seluruh Dunia.

Tapi,sedih kita tidak lama.Realitinya,kita hanya sedih di kertas.Tidak ramai yang benar-benar merealisasikan kesedihan itu menjadi suatu tindakan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Itulah Realiti kita.

Baru-baru ini saya menonton sebuah Video Khutbah Jumaat yang amat bagus yang anda boleh tonton di sini.

Di dalam Khutbah itu dibacakan sebuah Hadis - dan Hadis ini saya yakin kita semua biasa mendengarnya.

Hadis yang berbunyi,

"Maksud Hadis Nabi SAW: "Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya’ dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya (berjamaah di masjid) sekalipun dengan merangkak." [Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]"

Ditanya Para Jemaah oleh Khatib dalam Video itu,"Berapa ramai dari anda yang menghadirkan diri ke Masjid untuk bersolat Jemaah Subuh pada pagi tadi?".

Jawapan yang diberi adalah seperti yang dijangka - Sedikit.

Lalu Khatib bersuara,"Nah,lihatlah Wahai Tuan-Tuan.Inilah Realiti Umat Islam pada hari ini.Jalur 'kemunafikan' mengalir deras di dalam darah kita.Bandingkan diri kita dengan Hadis yang disebutkan di atas".

Tegas Khatib itu bersuara.Menakutkan.Tapi ada benarnya.

Dan itulah Realitinya.

Dan itulah Jawapan kepada Persoalan yang saya tanyakan kepada anda di awal Penulisan - apakah maksud kepada Carta dalam Gambar di atas.

Semua ini berpunca dari diri kita.

Sekarang - ada suatu Kejohanan Bola Sepak Utama sedang berlangsung.

Berapa ramai dari kita yang 'prefer lepak tengok bola' daripada Bersolat Jemaah di Masjid atau Bertahajjud di Malam hari?

Jawapan yang akan diberi - sekali lagi mengundang kekecewaan.

Dan mungkin ada juga yang akan Emosi mempertahan perkara ini.

Tuan-Tuan,kalau kita tidak mampu meninggalkan suatu perkara yang kurang bermanfaat itu,kalau kita ada melakukan kesalahan,janganlah bangkit mempertahankan kesalahan itu pula.Jangan menegak benang yang basah.Jangan cepat melatah.Renung kembali diri kita.

Kenapa ramai orang tidak suka fakta yang benar?Kerana kebenaran biasanya menyakitkan.

Selagi mana kita tidak benar-benar mampu berkorban dan meninggalkan perkara-perkara remeh ini - selagi mana kita prefer Dunia berbanding melaksanakan Kewajiban yang utama di Masjid - selagi itulah kita tidak boleh bermimpi tentang kemenangan.

Ingat,perjuangan mendapatkan Syurga itu - perlukan pengorbanan.

Saya yakin ramai yang tidak akan bersetuju dengan Penulisan saya ini.

But,well.

*** *** ***

Sambung Cerita Kazan

Saya sekarang sedang giat mengedit Video Dokumentari Jejak Nurani yang akan ditayangkan Ramadhan ini.

Secara ringkasnya - Dokumentari itu nanti akan terbahagi kepada Tiga/Empat/Lima Episod,dan setiap Episod berkemungkinan besar duration-nya adalah 15-25 Minit.

Dalam Penulisan yang lepas,selepas pergi ke Penempatan Tatar Lama,kami bergerak menuju ke Muzium Sejarah Republik Tatarstan.

Dan saya akan bercerita mengenai Pengalaman saya di sana melalui Gambar-Gambar di bawah.

Sila klik pada Gambar untuk Imej yang lebih besar.


Penerangan : Muzium ini Pamerannya berbentuk Timeline.Pengunjung dibawa melihat Sejarah Tatarstan dari awal sehingga sekarang.Gambar di atas menunjukkan Tulisan yang memaparkan Kalimah Syahadah - bukti bahawa suatu masa dahulu Muslim merupakan Kuasa di Tanah Terasing (Kazan) ini.


Penerangan : Salah sebuah Masjid di Zaman Pemerintahan Khan.Mengikut apa yang dibaca - jika saya tidak silap - Masjid ini dibina seawal Tahun 1000 Masihi.Ini semua antara Jasa Generasi Awal Islam yang gigih berusaha menyebarkan Islam.Alhamdulillah.Persoalannya kenapa kita Gagal dalam meneruskan Misi mereka walaupun kita pada hari ini ramai dalam kuantiti?Salah satu Jawapan bagi Persoalan ini adalah : Fenomena Kekurangan Ilmu yang terlampau ketara berleluasanya dalam Masyarakat kita.


Penerangan : Salah satu Batu Bersurat/Batu Nisan yang mempunyai Kalimah Syahadah juga.Umat Islam pada Zaman Dahulu - Akar kepada Perbuatan mereka adalah Al-Quran dan As-Sunnah.Kita perlu mengikuti kembali Jejak mereka ini.


Penerangan : Sedikit coretan tentang Sejarah Kesultanan Khan Kazan.


Penerangan : Teks ini pula memaparkan Bibit-Bibit Kejatuhan Muslimin di Kazan.Berdarah hati melihatnya.Mungkin ada yang berkata - "Engkau jangan semangat lebih".Tapi hati ini menjawab,"Apabila engkau sudah mengetahui apakah kebenaran,apakah kebatilan - ianya adalah mustahil untuk engkau bersuka-ria tatkala kebenaran itu dijatuhkan".


Penerangan : Gambar Lukisan ini sebenarnya amat besar.Sehingga tidak berjaya ditangkap oleh Jurukamera kami.Gambar ini menunjukkan Peristiwa 'Storming of Kazan'.Anda yang berminat boleh Google tentang perkara ini dan baca.Peristiwa inilah yang membawa kepada Kejatuhan Kazan.Dalam Gambar di atas,dipaparkan Qolsharif (salah seorang Imam Besar di Kazan) bersama Para Pelajarnya mempertahankan Madrasah mereka dari Serangan Tentera Russia.Difahamkan,dalam Gambar di atas - ketika Serangan oleh Tentera Musuh - Qolsharif mempertahankan Madrasah itu dengan mengangkat Al-Quran - Simbolik kepada Perjuangan mereka yang berlandaskan Al-Quran mungkin?Apa-apapun,melihat gambar ini - perasaan saya bertukar sedih.


Penerangan : Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Tatar.Umat Islam dahulu - mereka berjaya kerana mereka melandaskan perjuangan mereka dengan Al-Quran.Kita?Entah.Malah,ada sesetengah dari kita yang meninggalkan Al-Quran - dan mengambil Ideologi Songsang Ciptaan Manusia.Malangnya kita.

Itulah sedikit sebanyak apa yang saya dapat pelajari tentang Sejarah Tatarstan di Muzium itu.

Banyak lagi sebenarnya.Tapi masa yang terhad membataskan Penulisan dan Penceritaan.

*** *** ***

Brother Rashid

Selepas kami pergi ke Muzium ini,seperti dijanjikan - kami menelefon Brother Rashid.

Tidak lama kemudian,Brother Rashid sampai.

Tapi yang memeranjatkan saya adalah apabila mendapati Beliau tidak mahu menjemput kami di Kawasan Kremlin kerana di situ banyak Wanita yang mendedahkan Aurat berkeliaran.

Jadi,Beliau meminta kami untuk menunggunya di Tepi Jalan.

SubhanAllah!

Saya sangat tersentuh hati dengan perbuatannya ini.

Bukti bahawa Islam itu hanya indah jika diamalkan.

Kisah ini akan saya tulis dalam Episod seterusnya.Anda jangan terlalu pantas membuat kesimpulan.Cerita belum habis.Tunggu Episod seterusnya okay?

*** *** ***

Itu Sahaja

Ya.Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,fakta yang tidak betul,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Setiap Gambar dikreditkan kepada Jurukamera kami - Faiz Nadli dan juga Penulis sendiri.

P/P/P/S : Bagaimana boleh bergembira,tatkala Dunia sedang bergelora.Saya amat cadangkan anda untuk ambil sedikit masa dan tonton video ini.



Masjid Kulsharif Dari Jauh

2 comments:

  1. Hukum & Syariat Islam sudah tertegak dan dilaksanakan oleh kerajaan Kesultanan Melaka zaman dulu dan melonjakkan keagungan empayar Melaka tika itu namun kini segalannya sekadar menjadi bahan pameran di muzium Melaka bersama sejarah kehancuran kehebatan Empayar Melaka. Adakah kebetulan atau betul2 kejadian?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Tuan.trima kasih sudi komen..


      Benar,kadangkala saya merasakan adalah perlu sejarah negara ini dikaji semula.

      Apa2pon,tiada kebetulan dlm hdup ini.semuanya ada hikmah.kita dberi pilihan.

      Sama-sama kita usahakan.

      Assalamualaikum.

      Delete