22.6.12

Diari Jejak Nurani XI : Menaiki Kereta 'Humble' Brother Rashid.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Bangsawan

Saya baru menonton sebuah Dokumentari pada hari semalam yang memaparkan Gaya Hidup Mewah Berlebihan Keluarga Bangsawan sebuah Negara.

Walhal,di Negara itu masih ramai orang yang miskin.Hatta,di Kota yang didiami Bangsawan itu sendiri - masih ada orang yang merempat.

Saya bermonolog dan bertanya kepada diri - "Apakah erti harta bergunung andai ia hanya melahirkan manusia yang hidupnya hanya untuk melepaskan leher sendiri?"

Indahnya Islam.Ia menyelamatkan manusia dari sifat selfish dan angkuh ini.

Di dalam Islam - Bangsawan/Hartawan dituntut membantu Orang Kurang Kemampuan.Manakala orang yang kurang berharta pula - mereka dituntut agar berusaha mencari rezeki dan elakkan sifat meminta.

Jika kita kembali kepada Islam - dan mengamalkan apa yang dituntutnya - insya-Allah,lahirlah Masyarakat yang indah.

Tapi?

Ketahuilah.Islam untuk diamal.Bukan di-falsafah-pustaka-kan.

Dan apalah gunanya harta bergunung - andai itu menjadikan dirimu bongkak merasa 'engkau lebih atas' dari orang lain.

*** *** ***

Menunggu Brother Rashid


Masih Lagi Di Kremlin

(Untuk anda yang tidak mengetahui siapakah Brother Rashid : Baca sini)

Selepas mengunjungi Muzium Sejarah Tatarstan (seperti yang diceritakan dalam Artikel sebelumnya),seperti yang dijanjikan,kami menelefon Brother Rashid - memandangkan pada hari sebelumnya Beliau mengatakan akan membawa kami bersiar-siar di Seluruh Kazan.

Beberapa minit menunggu,Brother Rashid tidak kunjung tiba.

Tidak lama kemudian selepas itu,kami mendapat panggilan dari Beliau yang meminta kami untuk menunggunya di Jalanan (Luar dari kawasan Kremlin).

Kami bergegas keluar dan setibanya di hadapan Pintu Kremlin - kedengaran bunyi Hon sebuah kereta diulang banyak kali.Saya melihat kereta itu dan mendapati Brother Rashid berada dalam kereta itu - dan hon itu merupakan Isyarat untuk kami.

Keretanya - biasa sahaja.Mungkin boleh untuk kita simpulkan bahawa jika Beliau tinggal di Malaysia - Beliau ini jatuh dalam Kategori Pekerja Kelas Bawahan.

Saya tiada niat untuk melabel sesiapa.Tapi saya mahu berikan anda gambaran keadaan keretanya - untuk memudahkan pemahaman anda.

Dan ya,harta yang sedikit tidak menghalang seseorang untuk berbuat baik.Bandingkan sahaja sikap Brother Rashid dan Bangsawan yang disebutkan dalam Perenggan di atas sana.

Di dalam kereta,apabila ditanya kenapa Beliau tidak mahu memasuki kawasan Kremlin Kazan - Beliau mengatakan bahawa : "Di sana terlalu 'kotor'.Terlalu banyak Pelancong-Pelancong (terutamanya Wanita) yang berjalan di dalam Pakaian Musim Panas - atau dalam kata lain terlalu ramai Pelancong yang Seksi/Separuh Bogel di sana".

Memang benar perkara ini.

Di Negara Eropah ini memang apabila tiba Musim Panas,ianya ibarat suatu 'Neraka/Penjara' bagi Lelaki Beriman yang menjaga matanya.

Tapi,saya kagum dengan perbuatan Brother Rashid ini.Walaupun tinggal di Kazan - Beliau masih menjaga Peribadinya sebagai seorang Muslim.

Matanya dijaga dari melihat perkara yang tidak elok.

Dan pada saya - perkara ini (Perbuatan Brother Rashid menjaga mata) boleh menjadi satu dakwah juga kepada orang luar (seperti kami dalam kes ini).

Perbuatannya menjaga mata - meninggalkan kesan kepada saya secara peribadinya.

Teringat satu ayat Al-Quran yang berbunyi,

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nuur : 30]

Perhatikan.Di dalam ayat Al-Quran di atas - Allah SWT memerintahkan Lelaki yang Beriman agar menjaga matanya.Ya.Lelaki YANG BERIMAN.

Siapakah Lelaki yang beriman ini?Kita.Jadi,sama-samalah kita menjaga mata kita.

*** *** ***

Di Dalam Kereta

Banyak yang diperbual kami di dalam Kereta.Layanan yang diberikan Brother Rashid ini,masyaAllah sangat baik.Beliau melayan kami seperti Saudara Kandung sendiri.

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.." [Al-Hujuraat : 10]

Beliau membawa kami meronda Kazan hampir ke setiap Penjuru bandar itu.

Ketika melalui Millennium Bridge,yang merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan Kazan - Beliau bertanya samada kami mahu mengambil gambar di atas Jambatan itu atau tidak.

Apabila salah seorang dari kami berkata,"Boleh,tapi bagaimana?" - Beliau terus memberhentikan keretanya di tepi Jambatan dan mengajak kami menangkap gambar bersama di atas Jambatan.

Lihatlah Peribadi Muslim yang ditunjukkan Brother ini yang perlu kita contohi.


Brother Rashid Bersama Wartawan II Jejak Nurani

Apabila ditanyakan "Apakah kami tidak menyusahkan Beliau?" - Beliau menjawab "Kamu semua sentiasa menyusahkan saya" dalam nada bergurau yang bermaksud kedatangan kami sebenarnya dialukan Beliau.

Yalah,kalau menyusahkan,tentu Beliau tidak mengajak kami pada mulanya bukan?

Satu perkara yang saya suka akan masyarakat Kazan ini adalah Budaya mereka yang bercakap 'terus-terang-jujur' - tidak seperti sesetengah dari masyarakat kita yang suka cakap 'berlapis-lapis/bertikam dalam kelembutan'.

*** *** ***

Kawasan Kediaman Beliau

Selepas beberapa lama di dalam kereta,Beliau membawa kami menuju Kawasan Kediaman Beliau.

Kawasan itu agak jauh dari Pusat Bandar.Masih wujud perasaan 'agak bimbang' dalam diri saya pada ketika itu apabila mendapati layanan yang diberi oleh Brother Rashid yang terlalu baik.

Tapi,ternyata Beliau ikhlas dalam menolong kami.

Perkara ini membuatkan saya agak sedih dengan diri saya yang bersangka buruk dengan Beliau.

Walhal,di dalam Al-Quran Allah SWT menyatakan :

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka" [Al-Hujuraat : 11]

Saya yakin dalam kalangan Masyarakat kita pun sama di mana ramai yang suka bersangka buruk dengan Muslim yang lain.Tapi perkara ini kadangkala terjadi mungkin kerana sikap sesetengah Muslim itu sendiri yang buruk - sekaligus memburukkan nama keseluruhan masyarakat Muslim itu.

Jadi,adalah perlu untuk kita menunjukkan contoh yang baik dalam kehidupan seharian - agar Islam tidak disalah-fahami oleh Non-Muslim khususnya.

*** *** ***

Apakah Yang Ada Di Kawasan Kediaman Brother Rashid?

Persoalan ini akan saya jawab dalam Penulisan seterusnya Diari Jejak Nurani.

Maaf Penulisan ini kurang bermutu.Saya agak sibuk pada ketika ini.

Apa-apapun semoga bermanfaat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,fakta yang tidak betul,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Setiap Gambar dikreditkan kepada Jurukamera kami - Faiz Nadli dan juga Penulis sendiri.



Siapakah Pakcik Ini?Kenapa Beliau Memeluk Kami?

4 comments:

  1. penulisan yg menarik...

    ReplyDelete
  2. sya terharu dengan keperibadian Brother Rashid... smpaikan slm slam sya kepadanya... :)

    ReplyDelete
  3. saya terharu dgn keperibadian Brother Rashid... smpaikan salam saya buatnya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah.doakan Beliau dan keluarga.doakan juga kami (krew jejak nurani) dan keluarga.

      Delete