15.6.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Jun 2012).

Prenote : Pemberian Buku-Buku Islamik kepada sesiapa yang mahu memanfaatkannya sebaik mungkin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Bermula Edisi April yang lepas,Giveaway Pena Maya akan diringkaskan Entri Penyertaannya.Ini dilakukan agar dapat menarik minat Golongan yang 'kurang gemar membaca' untuk menyertai Giveaway ini.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,hanya sebuah buku yang akan diedarkan kepada seorang Pembaca (ini berlaku kerana kekurangan Dana).

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan Beliau.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Apakah kepentingan membantu Saudara-Mara kita yang berjuang di Jalan Allah SWT - baik dari Sumbangan Moral,Harta atau Semangat?"

3) Komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog etc.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 3 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Satu Buku Untuk Satu Pembaca)

Hanya Dua Buah Pilihan Buku yang mampu disenarai untuk bulan ini kerana beberapa faktor : Sumbangan Dana tidak mencukupi/Kedudukan Kewangan Peribadi Penulis sebagai seorang Pelajar yang terbatas.

Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Terjemahan Al-Quran Al Karim: Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu


Penerangan : Mungkin anda membaca Al-Quran selama ini.Tapi,pernahkah anda cuba untuk memahami Al-Quran?Tahukah anda - betapa ruginya kita ini andai Al-Quran sudah berada di hadapan mata - tapi kita tidak pernah berusaha untuk memahaminya.Saya cadangkan anda untuk pilih Al-Quran ini untuk dibaca bersama keluarga anda - andai di Rumah anda masih tiada Naskhah Terjemahan Al-Quran.Semoga keluarga anda dan anda dirahmati-Nya.Amin.

2) Ringkasan Riyadhus Solihin (Hadis Sahih yang Tesusun Indah) Oleh Imam Nawawi


Penerangan : Riyadhus Solihin merupakan sebuah Kitab Ilmu yang dikarang oleh Imam Nawawi.Namun,Buku di atas ini merupakan Ringkasan kepada Kitab Riyadhus Solihin yang sesuai dibaca untuk Majoriti Muslim seperti kita.Penerbitan oleh Telaga Biru ini mengandungi Hadis-Hadis Sahih yang dapat kita amalkan dalam kehidupan Seharian.Saya amat cadangkan anda hadiahkan buku ini kepada Ibu Bapa anda.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Maaf sekali lagi hanya sebuah buku dapat diedar.Kalau ada yang tiba-tiba mahu sumbang dana,insya-Allah saya buat Sudden Giveaway.


10 comments:

  1. Assalamualaikum...saya ingin mendapatkn al-quran terjemahan bahasa melayu utk dihadiahkn kpd ayah sy sempena hari lahir beliau...
    semoga bermanfaat kpd dan dpt meningktkn kefahamn al-quran kpd beliau...amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam...
      sepatutnya anda perlu menjawab soalan.
      tapi memandangkan tiada orang yang menyatakan minat - dan insya-Allah niat anda baik ,jadi Alhamdulillah dan Tahniah! andalah penerima bertuah.

      sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com

      Delete
    2. oh maaf! excited sangat sampai lupa tulis jawapan..ini jawapannye.


      berdasarkn hadis nabi " muslim adalah bersaudara",patut kita tlong saudara kita..sbg contoh di palestin..kita tertanya2 apa bentuk pertolongan yg kita bleh bg..doa adalah salah satu..n boikot brg israel, share situasi dan keadaan sana ..menderma dan bg keperluan harian utk penduduk sne

      sbb nya muslim palestin dh menolong kita dgn melaksanakn salah satu fardhu kifayah umat ini iaitu menjaga dan mempertahankn aqsa..

      itu le..tq!

      Delete
  2. Kepada anda-anda yang lain : PENYERTAAN DITUTUP.Boleh cuba NEXT MONTH.Insya-Allah.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. saya baru saja terjumpa site nih dalam mencari2 ebook islam dalam bahasa melayu. tapi sayang tidak sempat sertai giveaway nih. takde rezeki saya lagi. dan itulah tuahnya penerima kita kat ata. rezeki dia la tu. mudahan ada rezeki saya untuk lain masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudara hamzani - penyertaan dah ditutup.tapi kalau saudara masih mahu al-quran - sila hubungi saya melalui email di pospenamaya@gmail.com kerana ada lebihan dana . maaf tidak dapat balas panjang .saya agak sibuk sekarang. email saya okay kalau mahu.

      Delete
  4. Alhamdulillah. saya sudah pun emailkan data yang diperlukan. terima kasih

    ReplyDelete