8.6.12

Lima Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Untuk Dimiliki! ('Projek 10 Al-Quran Percuma' Fasa Kedua Edisi Mei-Jun 2012).

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Pendahuluan/Random

Telah hampir datangnya kepada manusia hari perhitungan amalnya sedang mereka dalam kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya. [21 : 1]

Terlalu banyak kebodohan dan kejahilan yang berleluasa dalam Masyarakat kita pada hari ini.Hanya ada satu Solusi bagi segala masalah ini - Islam.Anda hanya mampu terselamat dari segala fitnah ini jika berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Para Sahabat.

*** *** ***

Projek Al-Quran

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang pandai berbahasa Melayu (ini kerana Al-Quran yang bakal diedarkan adalah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu),yang ingin mencari kebenaran dan memahami Al-Quran.

Apakah harapan Pena Maya kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya!Dalam Surah Al-Baqarah,Ayat 2-5,ada disebutkan bahawa Al-Quran ini menjadi Pegangan orang-orang yang berjaya di dunia dan Akhirat.Apakah anda tidak mahu menjadi orang yang berjaya?

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Kebiasaannya,Pena Maya mengedarkan Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu keluaran Yayasan Restu.Tapi untuk Edisi Bulan ini,stok keluaran Yayasan Restu telah habis.Jadi,saya memilih Al-Quran terbitan Al-Hidayah ini,yang juga dirasakan saya bagus memandangkan ada seorang Sahabat yang menggunakan Al-Quran ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog.Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Lima Jam selepas komen anda ditulis.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Lima Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Program ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini.

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Lebihan Dana akan diguna untuk Giveaway Buku Islamik.


19 comments:

  1. assalamualaikum saye berminat. saye ingin menghadiahkan al quran ini kepada ahli keluarga saya

    msh_152288@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.insya-Allah saya sudah email anda.minta jasa baik anda untuk respon dengan segera.pembelian akan dilakukan sejurus saya menerima maklumat yang diminta di email anda nanti.

      ASSALAMUALAIKUM.

      Delete
  2. Assalamualaikum.

    MAsyaAllah, saya sedang berusaha mendapatkan Al-Quran terjemahan untuk diri saya sebagai persediaan menghafal Al-Quran. Sudah sekian lama saya membaca hadis bahawa seorang hafiz akan dapat memberi hadiah yang teramat istimewa kepada ayah ibunya di akhirat nanti.Niat ini sudah lama tersimpan di hati saya.
    (Ana sekarang bakal memulakan kelas tahfiz untuk menghafal Al-Quran). Pagi ini, Allah SWT pertemukan saya dengan post ini.

    Saya sangat-sangat berminat di atas tawaran ini.

    Nota Tambahan: Boleh saya memohon untuk 2naskah, adik saya baru sahaja menamatkan pengajiannya di Madrasatul Quran Kubang Bujuk, selesai menghafal 30Juz Al-Quran, sebagai tanda tahniah saya mahu agar menghadiahkan sesuatu yang istimewa kepadanya. (Adik saya ini yang meniupkan semangat saya untuk menghafal Al-Quran)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Syeikh...

      Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menemukan anda dengan blog ini.

      Maaf saya tidak dapat reply panjang komen anda so far.

      Tapi berkenaan Permintaan anda itu,insya-Allah dengan izin Allah boleh.

      Saya akan berikan anda dua Naskhah.

      Sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com ....

      Di sana nanti saya akan minta beberapa maklumat peribadi untuk delivery.

      Delete
    2. Assallamualaikum,

      saya kurang pasti samada komen saya yg mula2 sy hantar diterima atau tidak, tapi sy ingin sekali utk mendapatkan alquran ini utk sy sendiri, sy didalam proses untuk mempelajari alquran. email sy. mms@akiteksuria.com.my

      Delete
    3. walaikumsalam .alhamdulillah kerana Allah menemukan anda dengan blog ini.

      insya-Allah saya akan hubungi anda di email. sila berikan maklumat peribadi yang syaa minta di sana untuk urusan pembelian.

      maaf tidak dapat balas panjang komen buat masa ini.

      Delete
    4. assalamualaikum saudara hamba Allah.setakat ini semua pembelian saya sudah lakukan,tinggal anda seorang sahaja.harap dapat menghubungi saya dalam keadaan segera.

      Delete
  3. maaf, kerana terlalu gopoh...
    terlupa hal yang paling penting

    ini email saya polaris.saujana@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe.biasala tu.hehe.
      saya sudah hubungi anda ikut email pospenamaya@gmail.com

      Delete
    2. assalamualaikum saudara.saya masih belum menerima email anda.

      Delete
  4. kepada anda yang lain - masih ada dua naskhah untuk diedar.
    jika anda berada dalam golongan yang diberi keutamaan - sila nyatakan perkara ini dalam komen anda.

    ReplyDelete
  5. Salam, sy Akmar..sy sbnarnye dlm proses hendak mrubahkn diri utk kmbali ke jln allah krana sy tlah jauh trpesong dr agama..sy dikenali dan dicop sbg 'bad guy' oleh org skliling..skarang sy cube untuk baca n fahami ayat2 al quran..dan ad knalan sy syorkn link ini kpada sy..dia amat baik org nye..tp dia msih setia brkawan ngn sy..mn tahu jika ini rezeki sy allah akan mngubah diri sy ke arah yg lebih baik..sy smemangnye ingin mndalami intipati al quran..sy amat mnghargai jasa dr pihak tuan skiranya sy trpilih utk mmiliki al quran trjemahan bhsa mlayu ini, trime kasih skali

    Ini email sy..ia mungkin sdikit mmbntu pihak tuan..
    faizul_akbar10@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam akmar.alhamdulillah kerana Allah menemukan anda dengan blog ini.

      insya-Allah saya akan hubungi anda di email. sila berikan maklumat peribadi yang syaa minta di sana untuk urusan pembelian.

      maaf tidak dapat balas panjang komen buat masa ini.

      Delete
    2. assalamualaikum saudara.saya masih belum menerima email anda.

      Delete
  6. Salam, sy sbnarnya amat memerlukan al quran spt ini..kerana sy sedang dlm proses utk mengubah diri sy ke arah yg lebih baik...dahulunya sy dikenali sbg 'bad guy' di atas sikap dan perlakuan sy yg buruk trhadap org sekeliling...sy sudah jauh terpesong dr agama..sy mengetahui info ini dr seorang rakan sy yg amat baik orngnya..dia masih mahu berkawan ngn org spt sy malah mahu mmbantu menunaikan niat sy utk berubah..dia mengesyorkan sy agar mengunjungi blog pihak tuan..sekiranya ini rezeki sy dan sy terpilih dlm mendapatkannya, sy amat menghargai dan berterima kasih atas jasa dr pihak tuan...kini sy masih sedang cube menghayati dan memahami intipati al quran dgn menggunakan al quran sebenar..tp ianya agak sukar sedikit bg sy..di rumah pula sy ada tafsir al quran, tp penggunaan bahasa dan kata amat sukar utk difahami..sy harap dgn naskhah ini dapat menambahkan semangat, iman, akal dan jiwa sy utk mendekatkan diri kpada agama khususnya kpada Allah s.w.t. Terima kasih tak terhingga dari sy skali lagi kpada pihak tuan atas usaha yg pihak tuan lakukan dlm membantu org2 dan golongan yg jahil spt sy dan org2 yg tuan nyatakan..

    ini email dan no hp sy..mungkin ia sedikit membantu pihak tuan..
    faizul_akbar10@yahoo.com.my
    0122825847

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam .alhamdulillah kerana Allah menemukan anda dengan blog ini.

      insya-Allah saya akan hubungi anda di email. sila berikan maklumat peribadi yang syaa minta di sana untuk urusan pembelian.

      maaf tidak dapat balas panjang komen buat masa ini.

      Delete
    2. assalamualaikum saudara.saya masih belum menerima email anda.

      Delete
  7. kepada anda yang lain - penyertaan ditutup.

    boleh cuba next month.assalamualaikum.
    alhamdulillah.

    ReplyDelete
  8. kepada saudara Akmar dan HambaAllah Hasan - saya masih belum menerima email kalian.diharap dapat memberi respon segera untuk proses pembelian dilakukan.

    ReplyDelete