8.7.12

Diari Jejak Nurani XII : Keluarga Islam Di Kazan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Malaysia

Saya kini berada di Malaysia.Tapi oleh kerana Penulisan Diari Jejak Nurani masih belum tamat,saya akan selang-selikan Siri ini dengan Siri Malaya Tanah Tercinta.Jika anda ingin mengikuti Coretan saya sepanjang berada di Tanah Air,sila rujuk Siri Malaya Tanah Tercinta.

*** *** ***

Perjuangan Memerlukan Pengorbanan

Pagi ini selepas Subuh,saya melihat suatu Laman Web yang memaparkan Berita Komuniti Bandar Kelahiran saya.

Yang pasti - Program Hiburan bercambah Ibarat Cendawan selepas Hujan di Bandar Tercinta ini.

Sama juga halnya di Bandar lain di Seluruh Dunia.Walaupun di dalam Facebook kelihatan ramai yang sedar dan kembali kepada Islam - tapi saya dapati di Jalanan,Remaja kita (terutamanya Remaja Melayu yang kebanyakannya beragama Islam) masih lemah dan semakin hanyut dalam Dunia Material.

Jiwa mereka tidak diisi dengan Ilmu yang bermanfaat,akibatnya Jiwa yang kosong mencari 'sesuatu' yang dirasakan mampu untuk mengisi kekosongan itu.

Saya fikir,ini berlaku kerana Pergerakan Dakwah di Tanah Air kita (terutamanya di Bandar-Bandar Kecil seluruh Negara) masih lagi tidak visible (atau dalam Bahasa Melayunya - kelihatan) di dalam Masyarakat.

Sesuatu perlu dilakukan kita semua.

Dan saya juga mahu berkongsi sebuah Video dengan anda semua Para Pembaca.Link Video ini diberikan oleh Sahabat saya,Akmal Sabri di Twitter.


Moral Terbesar bagi saya dari Video ini adalah : Walaupun usaha kita menegakkan kebenaran dibenci oleh Pejuang Kebatilan - tapi percayalah,akan ada yang terkesan (insya-Allah) dengan perjuangan kita itu jika kita benar-benar Ikhlas kerana-Nya.

*** *** ***

Tiba Di Kawasan Kediaman 'Brother Rashid'

Kita sambung cerita kita yang terhenti dalam Siri yang lepas.

Kawasan Kediaman 'Brother Rashid' ini terletak agak jauh dari Pusat Bandar Kazan.Kawasan ini sebenarnya merupakan sebuah Kawasan 'Rumah Pangsa'.Ya.Kebanyakan Rakyat Russia tinggal di Rumah Pangsa kerana beberapa Faktor : Antaranya Kos Rumah yang mahal dan juga Kepadatan Bandar yang tinggi.

Oleh kerana 'Brother Rashid' meletakkan kereta jauh dari Kediamannya,jadi sempat saya berbual bersamanya semasa berjalan kaki.

Saya difahamkan,di Kawasan Kediamannya ini terdapat sebuah Masjid.

Masjid ini dibina oleh Pemilik Kawasan Perumahan ini.Pemilik Kawasan Perumahan ini dahulunya merupakan seorang 'Bandit Gangster',tetapi kemudian dengan izin Allah SWT mendapat Hidayah-Nya untuk memeluk Islam.

Selepas memeluk Islam,Beliau menggunakan kekayaannya untuk menukarkan Kawasan Perumahan ini kepada Pusat Komuniti Muslimin.

Sebuah Bangunan Pusat Kebajikan Islam yang bernama IslamSemya (Keluarga Islam) turut dibina di sebelah Masjid ini.

Laman Web untuk Pusat Kebajikan ini turut disediakan (Link).Di sana,banyak Lecturer,Video Islamik disediakan dan boleh di-download oleh Muslimin Kazan.

Jadi,mengikut Pemerhatian saya,bolehlah dikatakan bahawa Brother Rashid ini terlibat dengan Gerakan Dakwah Persatuan Islamsemya ini.

Dan mendengar cerita mengenai Perubahan Sikap Jutawan Pemurah yang membina Masjid ini,saya teringatkan suatu Ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa orang beriman itu salah satu sikapnya adalah suka menderma/memberi Zakat.

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). [Al-Hajj : 77]

*** *** ***


Anak Kecil Kazan Dipakaikan Kopiah Oleh Ibu Bapa Mereka - Bukti Betapa Pentingnya Ibu Bapa Dalam Membentuk Peribadi Islamik Anak-Anak

Memasuki Masjid

Oleh kerana Brother Rashid masih belum bersolat Asar pada ketika itu (kami telah melakukan Solat Jamak),jadi kami terus menuju Masjid di Kawasan Kediaman Beliau itu.

Masjidnya kecil.

Sementara menunggu Beliau bersolat,sempat kami beramah mesra dengan Penduduk Tempatan.

Salah satu Figura yang penting sedang berada di situ adalah Pakcik Ruzal.Ya.Ruzal.Bukan Rizal.

Pakcik Ruzal merupakan Bekas Tentera yang sudah bersara dan kini bertugas menjual Buku-Buku Islamik di Masjid itu.

Banyak yang dibualkan kami.Antaranya tentang Persoalan Masyarakat Muslim di Kazan,Isu Gulag dan tidak dilupakan Persoalan mengenai Masyarakat Palestin.

Mengikut pemerhatian saya,dapatlah disimpulkan bahawa Masyarakat Islam di Kazan ini terutamanya Generasi Tua kurang mengetahui tentang Isu Palestin etc kerana kurang diberi Pendedahan terutamanya dalam Media Massa.

Tapi,untuk situasi mereka adalah difahami jika kurang pendedahan diberikan kerana Umat Islam di Russia adalah Minoriti.

Tapi untuk kita di Malaysia?

Anak-Anak Muda sekalian,tanggungjawab besar menanti kita di hadapan mata!

*** *** ***


Wartawan I Sedang Duduk Berehat

Kamal El-Zant

Imam di Masjid Kawasan Kediaman mereka ini adalah Kamal El-Zant - seorang Ulama Muda yang agak terkenal di Russia.

Saya pada mulanya tidak mengenali siapakah Kamal El-Zant ini,tapi setelah diceritakan oleh 'Brother Rashid' dan setelah dilakukan Research Tambahan,saya mendapati Kamal El-Zant ini merupakan salah seorang Penggerak Dakwah Moden yang penting di Russia buat masa kini.

Banyak Penulisannya diterbitkan di dalam bentuk Buku.

Saya hampir-hampir ingin membeli Buku Penulisannya,tapi membatalkan niat kerana kekurangan Dana.

Sempat kami bersolat Maghrib diimamkan Kamal El-Zant malam itu.

*** *** ***

Pulang Ke Hostel Menaiki Kereta 'Brother Rashid'

Selepas Maghrib kami pulang ke Hostel menaiki Kereta Brother Rashid.

Tapi,sebelum pulang,kami dibawa bersiar-siar di seluruh bandar Kazan dengan menaiki keretanya.

*** *** ***

Bersambung

Itu sahaja untuk kali ini.Ikuti sambungan Diari Jejak Nurani dalam Penulisan seterusnya!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,fakta yang tidak betul,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Setiap Gambar dikreditkan kepada Jurukamera kami - Faiz Nadli dan juga Penulis sendiri.



Suasana Di Dalam Masjid Kawasan Kediaman 'Brother Rashid'

6 comments:

  1. assalamualaikum...
    ko cuti brpe lame umar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.ni sape?
      cukup la tempoh anak kucing baru lahir nak belajar berlari.

      Delete
  2. Hati yg sakit bila satu ketaatan tak rasa manis tapi satu kemungkaran kita rasa seronok pula. Memang ramai manusia yg hatinya sakit malah di tahap kronik. Namun tidak pulak di beri makanan yg sihat atau diberi ubat yg mujarab. Ilmu adalah salah satu penawarnya. Dampingilah majlis2 ilmu @ pengamal2 ilmu dampingilah insan2 yg kesakitan itu.

    Sdra Umar, selamat bercuti sambil terus Renung & Fikir. Doa saya untuk kesejahteraan dan dipermudah segala urusan buat Umar sekeluarga kekal di jalan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum tuan..terima kasih kerana berkunjung ..

      dan terima kasih atas nasihat.benar apa yang tuan katakan.terima kasih atas doa.semoga Allah memakbulkan doa itu untuk keluarga tuan juga.

      Delete