16.7.12

Diari Jejak Nurani XIII : Harta Tidak Menjanjikan Kebahagiaan Andai...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Tanggungjawab Kita Banyak,Masa Itu Ada,Tapi Diri - Selalu Lalai Dan Alpa


10 Naskhah Terjemahan Al-Quran Untuk Edaran Percuma Ramadhan

Alhamdulillah - seperti yang diwar-warkan dalam Penulisan sebelum ini - saya telah ke Shah Alam pada Siang tadi untuk membeli 10 Naskhah Al-Quran Terjemahan untuk diedar Ramadhan ini.

Insya-Allah,Entri Penyertaan akan diterbitkan dalam Minggu Pertama Ramadhan - selepas ditayangkan Episod Pertama Video Dokumentari Jejak Nurani.

Doakan semoga dipermudah.Jika ada di antara Keluarga/Sahabat yang berminat merubah diri/sedang mencari kebenaran - boleh maklumkan kepada mereka tatkala Entri Penyertaan sudah diterbitkan.

*** *** ***

Yang Penting,Mesej Tersampai Kepada Majoriti

Saya akui,Cuti Musim Panas kali ini adalah Cuti yang paling sibuk untuk saya semenjak menuntut di Eropah Timur.

Minggu lepas,saya mengambil kesempatan yang ada untuk berjumpa dengan Pengerusi sebuah NGO Islam Tempatan Cawangan Daerah saya.

Tujuannya satu - menjalin persaudaraan,menambah Ilmu (memandangkan sudah tentu Beliau banyak Ilmu yang saya tiada dalam konteks 'Dakwah di Malaysia').

Banyak yang dibual dan dibincang - banyak yang saya bersetuju,ada juga yang saya kurang bersetuju - tapi itu adatlah.

Mesej paling penting yang saya dapati dari Perbualan kami Malam itu adalah - Biar di mana sekali pun kita berada - kalau ada Perbezaan kecil antara kita Para Pendakwah - jangan biarkan Perbezaan itu membantutkan Penyebaran Mesej Islam kepada Orang Ramai yang masih lagi keliru.

Benar.Sangat benar.

*** *** ***

Selamat Pengantin Baru Wartawan I

Ya,Alhamdulillah dengan izin Allah SWT,Wartawan I Jejak Nurani kita - Fakhrullah Azri telah selamat bernikah pada hari Sabtu 14 Julai 2012 baru-baru ini.

Doa kami di Krew Jejak Nurani - semoga Pernikahan ini berkekalan dan diredhai-Nya.Dan semoga dengan pernikahan ini menjadikan Sahabat saya ini semakin bertaqwa kepada-Nya.

Amin.

*** *** ***

Sambung Cerita Kazan

Di mana kita berhenti hari itu?

Oh,kami dihantar pulang oleh Brother Rashid selepas melawat Kediamannya dan dibawa meronda seluruh Bandar Kazan menaiki keretanya.

Jadi,selepas penat meronda malam itu - kami pulang ke Hostel dan terus tidur.

(Di bawah ini dipaparkan beberapa Gambar Panorama Malam Hari di Kazan yang kami ambil dari dalam kereta 'Brother Rashid')



*** *** ***

Pagi Ketiga Di Kazan - 8 Mei 2012

Keesokan paginya,ketika waktu Subuh di Hostel,saya bersolat di Ruang Tamu Hostel itu.

Saya melihat bagaimana Orang Bukan Islam yang tidur bergelimpangan di Bahagian Tengah Hostel itu.

Malam hari berpesta,pagi bangun lewat,siang pergi kerja - itulah kehidupan kebanyakan manusia pada hari ini - perkara ini membuatkan saya tertanya-tanya - bahagiakah hidup mereka?

Apakah ini definisi kehidupan bagi kita?

Di Malaysia juga sama - ada orang yang hidup dan hartanya dihabis hanya untuk diri sendiri semata.

Bahagiakah mereka?

Ada juga yang hidupnya dihabiskan untuk berpolitik 24 Jam sahaja.

Apakah terisi Jiwa mereka?

Walaupun perkara yang bakal saya coretkan ini berbunyi cliché,tapi hakikatnya cara hidup kita pada hari ini memang tersasar jauh.

Hanya Islam yang dapat menangani segala masalah Sosial yang ada dalam Masyarakat.

*** *** ***

Saya Di Malaysia

Saya berasal dari sebuah bandar Kecil di Malaysia.

Dahulunya,boleh dikatakan Bandar ini tidak punya apa-apa.

Tapi,hari ini - sejak beberapa Tahun lepas,banyak Pembangunan yang telah dilaksana di Daerah ini.

Pada mulanya - saya agak berbangga.

Tapi,apabila diteliti dengan lebih mendalam - saya dapati - Pembangunan yang terlaksana ini lebih membawa keburukan berbanding kebaikan.

Kenapa?

Saya bukan Anti Pembangunan,tapi saya berprinsip teguh bahawa Pembangunan itu akan menjadi Sia-Sia andai Tahap Kefahaman dan Ilmu Masyarakat masih rendah.

Individu yang tiada Ilmu dan Kefahaman- lalu diberi Motosikal - akan menjadi Mat Rempit.Sebaliknya,Manusia yang berilmu dan ada kefahaman kenapa wujudnya Motosikal itu akan memanfaatkan motosikal yang diberi dengan menggunakannya ke arah kebaikan seperti menghantar Anak ke Sekolah etc etc.

Anda faham apa saya cuba sampaikan?

Tidak mengapa.Slowly baca.Jangan push.

*** *** ***

Selepas Bersarapan

Pagi itu,selepas bersarapan,kami berangkat menuju Masjid Nurulla untuk berjumpa Pakcik Haidir buat kali terakhir.

Ke mana Destinasi kami seterusnya?

Ikuti sambungan Diari Jejak Nurani dalam Penulisan seterusnya!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Salah silap,fakta yang tidak betul,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

P/P/S : Setiap Gambar dikreditkan kepada Jurukamera kami - Faiz Nadli dan juga Penulis sendiri.

P/P/P/S : Maaf Penulisan agak perlahan.Agak sibuk.



Kanak-Kanak Ini Sedang Menuju Stadium Untuk Latihan Bola.
Mungkin Orang Tuanya Mahu Beliau Menjadi Pemain Bola?
Anda Ingin Anak Anda Menjadi Mukmin?Latihlah Mereka Dari Kecil.

1 comment:

  1. bagus artikel kat atas... ini juga ada saya post kat fb lama dahulu sama jugak tentang isu manusia di dunia skang nih

    Dalam dunia ada 3 macam manusia pada waktu pagi.
    1. Sebahagian mencari harta.
    2. Sebahagian mencari dosa.
    3. Sebahagian mencari jalan keredhaan Allah.

    Maka yg sibuk mencari harta, maka tidak akan makan melebihi daripada rezekinya biarpun hartaya menimbun.
    Yg sibuk mencari dosa pula pasti mendapat kehinaan.
    Yg sibuk mencari jalan keredhaan Allah maka Allah s.w.t akan memberinya rezeki dan jalan.

    Maka kita tukar pula ke 'dunia FB'

    1. Sebahagian mencari harta melalui penjualan 'online' dan sibuk dengannya. Semua 'postnya' hanya entang bisnes.
    2. Sebahagian mencari dosa dengan 'memuat naik' gambar2, video, artikel, nota, post2 'lagha' dan sebagainya yg mendedahkan aurat, memberansangkan, tidak bermanfaat, gosip, fitnah, dan sebagainya.
    3. Sebahagian mencari keredhaan Allah s.w.t dengan mengajak kepada kebaikan, berkongsi ilmu, berkongsi artikel, nota, pautan, gambar, video dan sebagainya yg berunsurkan islamic dan memberi manfaat bagi 'pembaca' post2nya.

    Maka yang mencari harta akan pasti tidak akan pernah puas dgn pendapatannya dan sering mengeluarkan ayat 'klise', "nak bantu keluarga", "cari duit lebih untuk anak isteri@ringan beban suami", "rezeki datang dgn usaha, tak usaha mana nak dapat rezeki kan", "kos tinggi gaji x cukup, kena la buat part time" dan banyak la alasan lain. Tapi berkatkah rezeki kita? Kenapa makin banyak makin tak cukup? Ada keluarkan zakat? Ada renungkan hadis Rasulullah tentang jual beli? Ada kita bersyukur? Dan banyak lagi isu. Memang usaha akan membuahkan hasil, tapi hasil dimana kita nak? Dunia atau Akhirat? Ada terfikir tentang tu? Rezeki dari Allah dan rezeki juga ada bahagian untuk orang lain.
    Bagi yg sibuk kumpul dosa, pasti akan sentiasa lalai dan dilalaikan dgn dunia. Bila ada ja yg tegur atau nasihat ke arah kebenaran dan kebaikkan, pasti melenting dan marah. Tak kurang juga berdebat jika dia mampu, dan tak kurang juga ambik langkah mudah, padam 'post' dan 'blacklist' user yg 'mengacau'. Tapi di Akhirat, tidak 'terpadam' kemungkaran yg kita lakukan selagi tidak bertaubat, berishtifar, membetulkan segala kesalahan kita yg mampu dan selebihnya serah pada Allah dgn mohon keampunan dan diterima taubat.
    Bagi yg mencari keredhaan Allah, pasti dibalas dan ada ganjaran. Walau kekadang memang tak nampak dimata, tapi ganjaran tersebut tidak hilang dan dihimpunkan untuk saat timbangan amal kelak. Allah sangat Pemurah lagi Maha Mengasihi, mengajak melakukan kebaikan juga diganjarkan pahala sama dgn melakukannya. Jadi bukankah ia lebih bernilai dari segala isi dunia?

    Jadi hasil rumusan diatas, ubah cara hidup kita dan ubah cara kita guna FB. Insyaallah rezeki datang dan ada jalan kepada 'kemudahan' menghadapi dugaan. "Anda buat anda dapat"

    dan boleh jelaskan sikit pasal blog nih... mcm mana nak guna dan sebagainya. sebab dah register, tapi bila nak post still nak kena pilih.. pening sket.. maklum la tak guna blog.

    ReplyDelete