29.7.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi Julai 2012).

Prenote : Pemberian Buku-Buku Islamik Percuma kepada sesiapa yang mahu memanfaatkannya sebaik mungkin.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Bermula Edisi April yang lepas,Giveaway Pena Maya akan diringkaskan Entri Penyertaannya.Ini dilakukan agar dapat menarik minat Golongan yang 'kurang gemar membaca' untuk menyertai Giveaway ini.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Untuk Edisi kali ini,disebabkan ada lebihan Dana yang disumbangkan,insya-Allah 3 Buah Buku Islamik akan diedar secara Percuma kepada 3 Orang Pembaca.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

3 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Apakah tindakan yang anda - sebagai seorang Orang Awam biasa - boleh lakukan dalam menyedarkan orang ramai terhadap Krisis Umat Islam di seluruh dunia (seperti Rohingya,Palestin etc)?Apakah cukup sekadar duduk bersilang tangan?"

3) Komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-Mail,Twitter,Blog etc.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 3 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Tiga Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Ringkasan Riyadhus Solihin (Hadis Sahih yang Tesusun Indah) Oleh Imam Nawawi


Penerangan : Riyadhus Solihin merupakan sebuah Kitab Ilmu yang dikarang oleh Imam Nawawi.Namun,Buku di atas ini merupakan Ringkasan kepada Kitab Riyadhus Solihin yang sesuai dibaca untuk Majoriti Muslim seperti kita.Penerbitan oleh Telaga Biru ini mengandungi Hadis-Hadis Sahih yang dapat kita amalkan dalam kehidupan Seharian.Saya amat cadangkan anda hadiahkan buku ini kepada Ibu Bapa anda.

2) The Ideal Muslim


Penerangan : Saya secara peribadi,amat syorkan anda pilih buku ini.Satu - sebab buku ini 'rare'.Susah jumpa kat kedai.Saya akan beli (maybe) melalui MphOnline.Keduanya,kerana buku ini lengkap dengan Hadis Sahih amalan yang kita boleh lakukan seharian etc.Tapi kalau anda kurang fasih berbahasa Inggeris,saya tidak galakkan anda pilih buku ini.Bimbang salah kefahaman nanti.Tapi still,anda boleh bagi buku ni kat saudara-mara anda yang fasih bahasa Inggeris kan?

3) Islam in Malaysia: Perceptions & Facts


Penerangan : Buku ini sebenarnya merupakan Edisi Bahasa Inggeris bagi Buku Penulisan Dr. Asri dalam Bahasa Melayu bertajuk Menerajui Bahtera Perubahan Minda.Saya masih sedang cuba menghabiskan Pembacaan buku ini buat masa ini.Tapi jujur bicara,buku ini amat saya cadangkan untuk anda pilih,jika anda seorang Non-Muslim (atau even Muslim) yang sedang cuba memahami Islam - tapi keliru apabila melihat 'Islam Versi Adat' yang terdapat di Negara kita.Buku ini banyak memperbetulkan Persepsi yang salah terhadap Islam,insya-Allah.

4) Terjemahan Al-Quran Al Karim: Rasm Uthmani Dalam Bahasa Melayu


Penerangan : Mungkin anda membaca Al-Quran selama ini.Tapi,pernahkah anda cuba untuk memahami Al-Quran?Tahukah anda - betapa ruginya kita ini andai Al-Quran sudah berada di hadapan mata - tapi kita tidak pernah berusaha untuk memahaminya.Saya cadangkan anda untuk pilih Al-Quran ini untuk dibaca bersama keluarga anda - andai di Rumah anda masih tiada Naskhah Terjemahan Al-Quran.Semoga keluarga anda dan anda dirahmati-Nya.Amin.

5) Biografi Muhammad Bin Abdullah (Edisi 2011)


Penerangan : Siapa Nabi Muhammad SAW?Kita mengaku Muslim - tapi apakah kita mengenali Baginda SAW?Apakah kita mengikut apa yang diajarkan Baginda SAW?Ini antara Biografi kehidupan Baginda Rasulullah SAW yang paling santai saya pernah jumpa.Sesuai untuk Golongan-Golongan Majoriti,yakni orang yang bukan dari Sekolah Agama,tapi berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam kehidupan Rasulullah SAW.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 5 Pilihan - tapi hanya 3 yang bakal diedar.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sesiapa yang masih belum menonton - boleh tonton Misi Jejak Nurani (Sebuah Dokumentari) di sini.


13 comments:

  1. Assalamualaikum.

    1)Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada diri sendiri sebagai hadiah Ramadhan yang cukup bermakna buat saya.Sudah lama saya ingin memiliki buku ini kerana seringkali disebut oleh ustaz/ustazah untuk mendapatkan buku ini disebabkan terdapat banyak ilmu yang diperolehi daripadanya.

    Jawapan Persoalan 2

    Cadangan saya,kita boleh perbanyakkan post/artikel berkaitan perkara ini dalam menyedarkan orang ramai sama ada di media massa mahupun elektronik.Seterusnya syarikat penerbitan seperti akbar boleh mewujudkan satu ruangan berkaitan perkara ini.

    Boleh hubungi saya di noorazlenharon@yahoo.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam noor azlen..alhamdulillah jzkk kerana berkongsi pandangan.

      tahniah kerana buku itu menjadi milik anda...

      insya-Allah saya sudah hubungi anda melalui email..

      sila berikan saya maklumat yang saya minta di sana untuk bolehkan urusan delivery dilakukan secepat mungkin..

      assalamualaikum..

      p/s : boleh share dengan rakan2 tentang entri ni.ada 2 buku lagi.mana tau ada yang berminat.

      Delete
  2. kepada anda yang lain - ada dua lagi buku percuma untuk dimiliki!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum

    Saya berminat untuk memilih buku 1. Ringkasan Riyadhus Solihin (Hadis Sahih yang Tesusun Indah) Oleh Imam Nawawi utk dihadiahkan kepada rakan sepejabat saya.

    Jawapan persoalan 2

    Sebagai orang awam ibarat seekor burung kerdil yang membawa setitis air berulang alik dalam paruhnya untuk membantu memadamkan api yg membakar Nabi Ibrahim a.s. Kita boleh terus menyebarkan maklumat, foto2 kekejaman/foto2 Krisis umat Islam seluruh dunia melalui email, cetakan gambar-gambar tersebut dan disebarkan kepada rakan rakan dan saudara mara untuk kesedaran, keinsafan dan doa-doa yang tidak putus-putus untuk keselamatan saudara saudara kita yang tertindas di seluruh dunia. Insya Allah. Amin.

    Boleh hubungi saya di email azwanor2004@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam mama wana.

      alhamdulillah jzkk kerana berkongsi pandangan.

      tahniah kerana buku itu menjadi milik anda...

      insya-Allah saya sudah hubungi anda melalui email..

      sila berikan saya maklumat yang saya minta di sana untuk bolehkan urusan delivery dilakukan secepat mungkin..

      assalamualaikum..

      p/s : boleh share dengan rakan2 tentang entri ni.ada 1 buku lagi.mana tau ada yang berminat.

      Delete
  4. Assalamualaikum. Saya berminat dengan buku 1 juga kerana kitab ini antara kitab yang terulung dan boleh menjadi sumber rujukan yang terbaik buat saya dan keluarga kerana ia dikarang oleh orang yang bukan calang-calang orangnya iaitu anak murid imam syafie.

    Bagi saya, kita bukan sekadar menguasai media dan menimbulkan kesedaran cukup sekadar di media, bahkan kita mesti berdakwah secara oral kepada masyarakat sekitar kita sendiri kerana ia lebih dekat dengan mereka jika kita sendiri betul2 sedar yang ianya penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam nuruddin.

      alhamdulillah jzkk kerana berkongsi pandangan.

      tahniah kerana buku itu menjadi milik anda...

      insya-Allah saya sudah hubungi anda melalui email..

      sila berikan saya maklumat yang saya minta di sana untuk bolehkan urusan delivery dilakukan secepat mungkin..

      assalamualaikum..

      Delete
    2. Kepada ANDA YANG LAIN :: PENYERTAAN DITUTUP!!! BOLEH CUBA NEXT MONTH PULA!!!

      Delete
  5. Assalam,

    Terima kasih banyak-banyak. Rakan setugas saya telah menerima Buku 1 Ringkasan Riyadhus Solihin (Hadis Sahih yang Tesusun Indah) Oleh Imam Nawawi di atas. Ins'allah , saya akan panjangkan aktiviti Giveaway buku di blog penamaya kpd teman2 yang lain.

    ReplyDelete
  6. Nuruddin: sya tak dpat lg buku tu... Nak kena ambk kat.pjbt.pos.ke kalau org xde kat rumah?

    ReplyDelete
  7. Dia xtgglkn slip ke? Sy dh bli last week.mph dh pos..

    ReplyDelete