11.7.12

Malaya Tanah Tercinta II : Antara Whiskas,Jaya Negara Dan Nasi Kukus.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Selamat Pagi

Pagi yang indah.

Embun pagi masih lagi ada.

Saya pula,baru sahaja memberi makan kepada Para Kucing yang ada di keliling Rumah saya.

Apa khabar anda?Sihat?

Subuh bagaimana?

Apa pula perkara pertama yang anda baca pada hari ini?Al-Quran?Atau Tabloid Fitnah Lucah?

Sama-sama kita renung dan muhasabah diri.

*** *** ***

Kisah Jaya Negara - Ramai Lagi Sepertinya

Tentu anda tahu kisah seorang lelaki yang mengamuk di Pejabat Kerajaan bla bla bla.

Saya sebenarnya tidak begitu tertarik untuk mengikuti kisah ini - sehinggalah apabila saya mendapati yang Jaya Negara ini merupakan salah seorang daripada Follower Pena Maya.

Tidak percaya?Lihat sini.

Bukan itu pointnya.

Tapi selepas melihat Profile Blogger dan Blognya - saya menyimpulkan bahawa Jaya Negara ini adalah seorang yang agak Taksub dengan Blog-Blog Konspirasi.

Itu hanya kesimpulan saya.Boleh jadi salah.

Tapi,perkara ini tidak boleh dipandang ringan!

Bukan sedikit orang dalam kalangan Masyarakat Melayu kita pada hari ini - begitu Taksub dengan Blog Konspirasi - terutamanya Golongan Muda.

Mereka ini pada saya tersilap dalam memahami Islam.

Yang sepatutnya adalah - kita memahami Islam itu berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Para Sahabat!Bukannya kita menafsirkan Islam mengikut 'nafsu kita' sendiri.

Dan Islam tidak boleh diamalkan berdasarkan semangat berapi semata tanpa kefahaman yang sebenar.

Kefahaman perlu ada.

Semua orang mengaku membaca Al-Quran.Hatta Pihak Liberal,Atheist dan Syiah sekalipun mengaku mereka membaca Al-Quran.

Tapi,apakah kefahaman mereka terhadap Islam itu sama seperti yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Para Sahabat?

Kita kena kembali mengikuti Sunnah Rasulullah.Jangan mengamalkan Islam tanpa Ilmu.Dan Ilmu perlu dicari di tempat yang sebetulnya.

Di Akhir Zaman ini terlalu banyak Fitnah.Niat perlu diperbetul.Al-Quran perlu sentiasa dibaca.Berdoalah agar sentiasa diberikan petunjuk-Nya dan dikekalkan di atas Jalan Lurus ini.

Maaf.Isu ini terpaksa dibangkitkan kerana perkara ini telah berlaku.

Renungkan Doa Nabi Yusuf yang terdapat dalam Al-Quran ini :

"....Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh". [Yusuf : 101]

Dan kepada Para Blogger Konspirasi,janganlah menulis tanpa Ilmu.Ingatlah Hari Akhirat.Carilah Ilmu sebelum menulis.Jangan menulis ikut nafsu semata.

*** *** ***

Laporan Media

Saya sebenarnya agak kurang minat dengan cara kebanyakan Media Tempatan Berbahasa Melayu melaporkan berita di Tanah Air kita ini.

Kadangkala,cara sesetengah Berita itu dilaporkan hanya untuk mendapat sensasi supaya orang beli Surat Khabar mereka.

Berita mengenai Pelacuran Amoi,Bohsia kadangkala sengaja dipapar di Muka Surat hadapan - konon hendak memberi Pengajaran - tapi persoalannya benarkah untuk dijadikan Pengajaran?

Saya pernah menulis perkara ini sekitar Tiga Tahun lepas.Mungkin anda boleh baca di sini jika berminat.

Dan yang menariknya,Akhbar-Akhbar ini kebanyakannya Akhbar yang ditulis oleh orang Islam.

Pada saya,ini sekadar menambah salah-faham orang bukan Islam terhadap Islam.

Astaghfirullahalazim.Dunia yang penuh Fitnah.

Apa-apapun,sebenarnya kita tidak boleh mempersalahkan satu Pihak sahaja.

Semua pihak perlu bermusahabah diri dan mengambil tindakan.

Dan kita yang berilmu sepatutnya mempergiatkan Usaha untuk memberi kefahaman kepada Masyarakat di luar sana.

Sama-sama kita usahakannya.

*** *** ***

Pembukaan Akaun Bank Rasmi Pena Maya

Hari Isnin lepas,saya pergi ke CIMB Bank berdekatan dengan Kediaman saya.

Saya pergi ke sana Tujuannya untuk membuka Akaun Khas untuk Syarikat Pena Maya Ent (Ya,Pena Maya sudah didaftarkan secara Rasmi pada minggu lepas - boleh baca sini).

Pembukaan Akaun ini harapannya agar Penyumbang Dana tidak perlu lagi menyumbangkan duit kepada Akaun Peribadi saya - sebaliknya boleh menyumbang terus kepada Akaun ini.

Jadi,segala Duit yang ada dalam Akaun ini - 100 Peratus - akan saya gunakan ke arah kebajikan - insya-Allah.

Antaranya untuk Kegunaan Giveaway Al-Quran dan Buku Islamik yang diadakan setiap bulan,Derma kepada mana-mana Badan Kebajikan yang saya rasa layak menerima bantuan (Seperti TheQuranProject di UK) dan lain-lain.

Jika masih ada lebihan Dana,saya akan gunakannya untuk Sudden Giveaway dan lain-lain.

*** *** ***

Sempena Ramadhan

Buat masa ini,Akaun CIMB Pena Maya itu saya tidak mahu umumkan lagi Nombor Akaunnya.Mungkin esok saya akan umumkan.

Ini kerana saya perlu menunggu Cheque Book dari Pihak CIMB untuk disiapkan.

Wah,Pena Maya boleh mengeluarkan Cek selepas ini.

Dan bersempena Ramadhan kali ini,sukacita saya mahu umumkan sebuah Projek yang dinamakan Edaran Ramadhan.

Nama itu sementara sahaja buat masa ini.

Tapi ideanya adalah - untuk mengedarkan 10 Naskhah Terjemahan Al-Quran (atau lebih,bergantung kepada Dana yang bakal diterima) secara Percuma kepada Masyarakat di luar sana yang memerlukan.

Terjemahan yang bakal dibeli itu adalah di dalam Bahasa Melayu dan mungkin juga Bahasa Inggeris.

Jadi,oleh kerana mahu membuktikan bahawa Program ini bukan 'sekadar cakap retorik',semalam selepas pulang dari Sepang atas beberapa Urusan Rasmi,saya memandu ke Shah Alam untuk pergi sendiri ke Ibu Pejabat Yayasan Restu (Penerbit Terjemahan Al-Quran yang sering saya edar dalam Projek-Projek Al-Quran yang lepas).

Ini bertujuan untuk membuat anggaran Harga dan Kos yang bakal diperlukan untuk Projek ini dilaksana.

Saya sebenarnya mahu laksanakan Projek ini dalam bulan Ramadhan kerana selain mengambil keberkatan bulan itu (di mana orang ramai sedang bersemangat dalam beribadah),saya juga mahu manfaatkan keberadaan saya di Malaysia sepanjang Dua Bulan ini.

Kerana Projek ini sukar direalisasi jika saya tiada di Malaysia nanti.

Jadi,ini beberapa gambar yang saya sempat snap di Yayasan Restu semalam.


Naskhah Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu Kulit Lembut - RM 65.00


Naskhah Terjemahan Al-Quran Bahasa Melayu Kulit Keras - RM 80.00


Naskhah Terjemahan Al-Quran Bahasa Inggeris Kulit Keras - RM 80.00

Berada di sana (Yayasan Restu),dan selepas menyoal beberapa soalan kepada Makcik yang bertugas di Kedai itu,saya membuat kesimpulan bahawa membeli terus dari Yayasan Restu adalah lebih berbaloi berbanding membeli dari Pihak Ketiga.

Kerana harganya lebih murah.

Sempat saya bertanyakan kepada Makcik ini lagi,"Kalau beli banyak-banyak boleh dapat murah lagi?".

Jawapan yang diberikannya adalah - Tidak.

Tapi,saya difahamkan bahawa jika saya mendaftar sebagai Ahli Sahabat Restu - saya boleh mendapatkan Diskaun 10 Peratus untuk semua Produk Keluaran Yayasan Restu.

Pendaftaran hanya RM 25!

Ini merupakan Kad Sahabat Restu.


Saya padam Maklumat Peribadi di situ

Jadi,selepas dicongak - saya merasakan yang saya akan mengedarkan Al-Quran Kulit Nipis Bahasa Melayu di atas - dan selepas mendapat Diskaun,Harga Al-Quran itu akan menjadi RM 58.50 dan oleh kerana saya mahu mengedarkan Sepuluh Naskhah - Jumlah Dana yang diperlukan nanti adalah RM 585.

Jika ada lebihan Dana - Jumlah Naskhah yang diedar akan ditambah lagi.

Namun,perkara ini saya akan cerita dengan lebih lanjut dalam satu Artikel Rasmi yang insya-Allah akan diterbit sebelum Ramadhan.

Doakan dipermudah!

Anda yang berminat untuk menyumbang boleh mengikuti perkembangan lajut di Blog ini.

*** *** ***

Nasi Kukus

Itu sahaja untuk kali ini.

Saya mahu mencari Nasi Kukus untuk dijadikan Juadah Santapan.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Bercuti Akademik bukan bermaksud anda bercuti dari menjadi seorang hamba.Ingat.


7 comments:

  1. owh ya sini ada laman page fb dan juga webpage pemegang dana amanah. mana tahu awak boleh memohon dana bagi memudahkan projek ini. dengan penjenamaan semula dan pembukaan akaun bank tentu memudahkan membuat company profile

    http://alwariseen.org/

    https://www.facebook.com/Alwariseen

    ReplyDelete
  2. salam alayk ,akhi umar, ini hanya pandangan saya lah kan,
    mengapa giveaway quran ini anda tak berikan quran terjemahan yang kecil sedikit ??(means yang mudah dibawa p mana pun ) bukan apa . alang2 anda nak bagi giveaway secara besar-besaran dalam bulan ramadhan rasanya quran yang kecil sedikit lebih fleksible, ia bukan berkaitan harga , tapi jika quran tersebut kecil sedikit maka mudah lah untuk mereka bawa pergi ke kelas, tempat kerja & etc,,dan makin menggalakkan semua membawa serta membaca quran & juga boleh mentaddabbur xkisah lah ada at mana pun ketika ada waktu senggang, wallahualam,.

    p/s: btw ini pandangan je pon,, jzkk,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam..tujuan sy bg kluaran yg ini krane bahasanya mudh dfahami dn mnarek minat org yg jrg bc quran untuk baca...

      Tp insyaAllah boleh2.. saya insyaAllah akn ada smpi hjung ogos..mgkin next mnth kita bg yg kcik pulak besar2an..

      Trima kasih idea bernas!

      Delete
  3. sama sama... saya sudah pun menerima al-quran petang semalam. dan yang saya memang bersaiz kecil dan mudah dibawa kemana2. dan saya setuju juga dengan cadangan pemberian al-quran bersaiz kecil seperti yang sama saya terima kerana mudah dibawa dan mudah dijaga. dan harga dia juga murah dan boleh digandakan penerima.cuma saya risau kualiti kertas dia saja. nampak nipis tapi x nipis. nampak tebal tapi x tebal. tapi apa2 pun terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Allah saja yang dapat membalasnya jasa saudara dan penyumbang. dan alwariseen tu adalah pemegang dana amanah dan memang khuses untuk mereka2 yang memerlukan dana bagi menyebarkan dakwah dan islam tidak kira organisasi dan pertubuhan. jadi sementara masih di malaysia nih. mungkin boleh terus saja ke pejabat dia berbincang. mana tahu ada jalan kemudahan disitu. saya doakan kejayaan jika anda mahu mencuba disitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagus2... alhamdulillah..
      apa-apapun,insya-Allah akan diusaha bagi quran kecil tu..sekarang saya bagi quran yang yayasan restu dahulu ..insya-Allah..

      tentang alwariseen tu,oh ye ke?saya baru faham .okay.insya-Allah ada masa dan kesempatan saya akan pergi pejabat mereka untuk berunding..

      doakan segala urusan dipermudah..

      Delete
    2. ini contoh al-quran yayasan restu yang saya maksudkan.tuan blog ini salah seorang penerima edisi awal-awal dahulu -->>>>>>> http://ribenhijau.blogspot.com/2012/01/alhamdulillah-al-quran-mushaf-malaysia.html

      Delete