21.7.12

Malaya Tanah Tercinta III : Antara Cinta Dan Gerhana.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Selatan

Saya baru sahaja pulang dari sebuah Negeri di Selatan Tanah Air mengunjungi seorang Teman di sana.

Semasa berada di dalam kereta semasa berhenti rehat di dalam Perjalanan ke sana,sempat melihat beberapa Remaja Melayu kita - yang saya yakin kesemuanya beragama Islam - sedang duduk merempit dengan Motosikal masing-masing - saya hanya termenung.

Tidak banyak respon yang mampu diberikan.

Tempoh keberadaan di Malaysia yang singkat beberapa minggu ini membuatkan saya banyak merenung diri dan keadaan sekeliling,dan saya membuat keputusan - tanggungjawab yang berada di hadapan mata amat berat sekali.

Majoriti daripada Generasi Muda kita ternyata amat 'lost' dalam 'kecelaruan'.

Siapa yang salah?

Ini bukan masa menuding jari,sebaliknya usaha perlu lebih dipertingkat.

Generasi Muda yang berilmu sendiri perlu lebih mendampingi Golongan yang lost ini.

Gunakan akal dan kebijakan yang dikurnia Allah SWT.Nescaya penyelesaian dijumpai.

*** *** ***

Ikhlas

Petang tadi,saya membaca Status Twitter seorang Sahabat yang turut sama belajar di Moscow.



Tersentap juga diri ini apabila membaca Status Ringkas ini.

Kadangkala - kata-kata dan Nasihat yang ringkas itu mampu menyentap hati yang tertidur sekian lama.

Benar,niat memang perlu sentiasa diperbaharui.

*** *** ***

Ramadhan

Sejak beberapa hari yang lepas,Bulan mengambang dengan penuh signifikan - yang membawa maksud Ramadhan akan menjengah tiba tidak lama lagi.

Dan Alhamdulillah - malam ini,Ramadhan tiba lagi.

Alhamdulillah - segala puji hanya bagi Allah SWT.

Allah!Sungguh diri ini bersyukur dapat dipertemu dengan bulan yang penuh berkat ini sekali lagi.

Diri kita yang lemah ini - sama-sama kita perbaiki sepanjang tempoh bulan yang mulia ini.

Selamat Berpuasa juga saya ucapkan kepada Para Pembaca semua.Andai ada kesilapan sepanjang menulis di sini,saya mohon maaf.

Sama-sama kita berusaha menambah amal untuk dibawa bekal ke 'sana' kelak sepanjang Ramadhan ini.

*** *** ***

Edaran Quran Percuma

Seperti dijanjikan,hari Ahad ini - atau Isnin - insya-Allah saya akan menerbitkan Entri Penyertaan untuk Edaran 10 Terjemahan Al-Quran Percuma.

Tapi,Entri hanya akan ditulis selepas Video Jejak Nurani Episod I siap diupload (Video sedang diupload buat masa ini).

Doakan semoga dipermudah.

Kalau ada Saudara/Keluarga/Rakan yang berminat/sedang mencari kebenaran - boleh dapatkan Al-Quran ini untuk mereka nanti.

*** *** ***

Sudden Giveaway

Insya-Allah,sepanjang Ramadhan ini - oleh kerana ada sedikit lebihan Dana Projek Al-Quran Ramadhan,saya akan melakukan beberapa Sudden Giveaway dalam Penulisan-Penulisan saya selepas ini.

Boleh ikuti blog ini untuk perkembangan lanjut.

*** *** ***

Jangan Membutakan Mata Lagi

Saudara-Saudari Muslimin-Muslimat yang disayangi sekalian,sedarlah,tanggungjawab kita berat.

Masyarakat di sekeliling kita jika diperhati dengan sebenar-benarnya - sedang hanyut dalam Gelombang Kejahilan yang agak dahsyat buat masa ini.

Jadi,sama-sama kita berusaha untuk menyebarkan kebenaran ini kepada mereka kembali.

Lakukan dengan penuh hikmah dan kesabaran.

Ketahuilah,Allah SWT bersama-sama dengan orang yang sabar.

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. [Muhammad : 7]

*** *** ***

Itu Sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sekali lagi diingat,di Bulan Ramadhan ini - mari latih diri kita untuk menjadi hamba Allah yang baik.Insya-Allah boleh.


No comments:

Post a Comment