7.7.12

Malaya Tanah Tercinta I : Kumulonimbus.

Prenote : Akan ada kejutan untuk seorang Pembaca Bertuah yang menghabiskan bacaan sehingga Tamat Penulisan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Jika Bukan Anda,Siapa?

Kebiasaannya,saya jarang menonton Filem semasa menaiki Kapal Terbang.

Tapi,oleh kerana untuk Cuti Musim Panas kali ini,saya menaiki Penerbangan yang agak lama - iaitu selama 9 Jam ke Hong Kong dari Moscow,sebelum menaiki sebuah lagi Penerbangan yang juga panjang (4 Jam) ke Malaysia - saya mengambil keputusan untuk menonton sebuah Filem.

Filem yang dipilih oleh saya adalah sebuah Filem Animasi bertajuk The Lorax.Saya pilih Filem Animasi kerana kadangkala kita tidak sedar - dalam kita menonton Filem,banyak Dosa yang kita lakukan (Contoh : Melihat Aurat Pelakon Wanita dalam sesetengah Filem).Jadi,jika mahu menonton Filem,pilihlah yang tidak membawa kemudaratan kepada kita di Akhirat kelak.

Dan,bukan Isu Filem The Lorax ini yang saya mahu sentuh sebenarnya.Sebaliknya,ada satu quote yang menarik perhatian saya di dalam Filem itu yang saya fikir wajar untuk dikongsi.

"Unless someone like you cares a whole awful lot, nothing’s going to get better.It’s not"

Melihatkan situasi Masyarakat pada hari ini - yang mana hanya segelintir yang sedar - adalah menjadi satu kezaliman jika kita yang sedar ini turut sama tidak berbuat apa-apa untuk menyelesaikan 'krisis masyarakat' pada hari ini.

Biar usaha kita kecil.Janji ada langkah yang diambil.

Jadi,adalah benar quote di atas - jika bukan kita,siapa lagi?

*** *** ***

Awan Kumulonimbus

Dari Jendela Pesawat yang dinaiki saya,kelihatan Awan Tebal bernama Kumulonimbus mengiringi ketika Pesawat menghampiri Tanah Air Tercinta.

Itulah Malaysia.

Negara yang sering ditimpa Hujan.

Hujan yang penuh rahmat.

Negara yang kaya-raya.

Suasananya aman sentosa.

Tapi apakah benar hidup masyarakatnya benar-benar tenang?

Apabila turun dari Pesawat,melihatkan Telatah sesetengah Muslim Tempatan,saya yakin - Umat Islam di seluruh dunia (di Malaysia khususnya) masih lagi lemah.

Kita tidak boleh bergantung kepada 'Pihak X' sahaja untuk membetulkan keadaan ini.

Kita perlu melakukan sesuatu - bermula dari diri kita - dan keluarga kita.

Hakikatnya,Muslimin Malaysia sangatlah lemah pada hari ini.

Anak-Anak Muda ghairah ingin menjadi Mat Pasar/Mat Rempit - seolah-olah itulah cita-cita mereka - seolah-olah orang Melayu di Malaysia ini hanya dilahirkan untuk menjadi Sampah Masyarakat.

Maaf atas bahasa yang kasar.Tapi itulah realiti pahit yang perlu ditelan dan diperbetul kita.

*** *** ***

SBP/MRSM

Sayang.Seribu kali sayang kerana perkara ini melibatkan Umat Islam.

Saya masih teringat seorang Teman semasa saya bersekolah di Ibu Kota beberapa Tahun lepas.

Beliau ini agak rapat dengan saya.Tidak bodoh orangnya.Tapi pemalas.

Saya dan Beliau tidur bersebelahan di dalam Bilik.

Tapi,sayang - peluang belajar di SBP (Asrama Penuh) disia-siakannya.Akhirnya,Lima Tahun selepas itu - saya dan Rakan-Rakan lain ramai yang pergi ke Luar Negara.

Beliau pula?

Tersungkur.

Kisah ini perlu diceritakan untuk memberi pengajaran kepada kita.

Begitu jugalah dengan hidup ini.

Ramai dari kita yang mengaku 'Muslim'.

Tapi berapa ramai yang benar-benar menjadi hamba kepada Allah SWT - menyerah diri kepada-Nya - menjadi Muslim dalam erti kata sebenar?

Celakalah kita di Akhirat kelak - andai Muslimin lain memasuki Syurga.Tapi kita yang turut sama mengaku Muslim ketika hidup - mendapat Azab Kemurkaan dari Allah SWT - akibat kezaliman kita terhadap diri semasa hidup di dunia.

Astaghfirullah.

*** *** ***

Pena Maya Enterprise/Future Plan



Alhamdulillah.Pagi tadi dengan izin Allah SWT - saya telah berjaya mendaftar (atau dalam kata yang lebih canggih - mengkorporatkan) Pena Maya dengan nama Pena Maya Enterprise.

Pengkorporatan ini sebenarnya lebih kepada langkah asas untuk menjadikan nama Pena Maya sebagai sebuah Badan Kebajikan,bukan Badan Perniagaan.

Kini sebuah Entiti berdaftar,banyak Rancangan yang insya-Allah akan saya jalankan dalam masa terdekat - terutamanya semasa Cuti Musim Panas Dua Bulan ini.

Antaranya adalah Projek Al-Quran Percuma Edisi Ramadhan - di mana kali ini - 10 Naskhah (atau lebih) Al-Quran akan diedar sempena Ramadhan.

Dan sukacita dimaklumkan,saya sendiri yang akan melakukan semua Urusan Pembelian dan Pengeposan sepanjang saya berada di Malaysia untuk Cuti Musim Panas ini.

Jadi,setelah dikira-kira,Modal yang diperlukan agak besar.

Tapi,saya akan ceritakan tentang perkara ini later.Ini kerana saya hendak membuka Akaun Bank Khas untuk Pena Maya dahulu.

Jadi selepas ini,segala Dana akan disalurkan terus ke sana.Jadi,jika ada lebihan dana sekalipun,saya akan gunakannya untuk Tujuan Kebajikan yang akan saya ceritakan nanti.

Sesiapa yang berminat untuk menyumbang dana,ikuti perkembangan lanjut nanti.

*** *** ***

Jejak Nurani?

"Aik,bukan Diari Jejak Nurani tak abis lagi ke?".

Ya.Memang tidak habis lagi.Saya akan selang-selikan Siri Malaya Tanah Tercinta ini dengan Diari Jejak Nurani.

Dan saya juga sedang rancak menghabiskan pengeditan Video Dokumentari Jejak Nurani yang akan ditayangkan Ramadhan ini.

Saya meminta kerjasama anda nanti untuk sama-sama Promosikan Video itu.

*** *** ***

Khutbah Jumaat

Semasa mendengar Khutbah Jumaat di Masjid sebuah Kampung yang terletak dalam Daerah saya petang tadi,banyak perkara membuatkan saya berfikir.

Secara jujur - dalam Cuaca yang Panas - Cara Penyampaian Khutbah itu membuatkan orang semakin lena tertidur.

Sesuatu perlu dilakukan oleh kita untuk merevolusikan cara kita mendefinisikan Islam itu.

Pakcik yang duduk di sebelah saya hanya mengangguk-angguk terlelap sepanjang Khutbah.

Ruginya.

*** *** ***

Pecah Masuk

Sekarang di Kawasan Rumah saya,banyak Kes Pecah Masuk Rumah berlaku di sana-sini.

Teringat saya laporan Akhbar baru-baru ini yang menyatakan Malaysia salah sebuah Negara Top 5 yang paling selamat di Dunia.

Kelakar?

Tentu sekali.

Kepada Wartawan,berlaku jujurlah semasa melaporkan berita kepada Masyarakat.

*** *** ***

Sebuah Buku Terbaru Dr Asri PERCUMA

Ya.Seperti dijanjikan di permulaan Penulisan ini,saya dengan ini sukacita ingin menghadiahkan Pembaca Pertama yang komen Artikel ini dengan buku ini :


Buku ini saya beli sebaik sahaja tiba di Malaysia.

Sebelum pulang ke rumah,saya singgah di Shah Alam,dan di situ kebetulan ada berlangsung Pameran Buku pada ketika ini.

Jadi,saya beli Dua Buah.

Sebuah untuk saya.Sebuah lagi untuk diedar kepada seorang Pembaca.

Anda berminat?Dan yakin anda akan memanfaatkannya?

Nyatakan di bahagian Komen Penulisan ini minat anda - dan tuliskan bagaimana saya boleh menghubungi anda (E-Mail/Twitter/Blog).

Pembaca Pertama yang menulis Komen menyatakan minat akan memiliki buku ini.

Ingat,sebuah sahaja tau!

Alamat etc semua tu - saya minta di E-Mail anda.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Cuti ini agak busy.Banyak program.Semoga dipermudah urusan.


16 comments:

  1. salam haha aku nak boleh buku dr asri tu? -mantap-

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.boleh2 bro.aku tau engkau akan manfaatkan.
      email aku maklumat2 ni - nama penuh,nombor telefon dan alamat penerima..
      antar kat pospenamaya@gmail.com ..


      nanti ari isnin atau arini aku antarkan..

      Delete
  2. Assalamualaikum. ahhh terlepas... rasa macam berguna ja buku tuh... takde rezeki terpaksa beli sendiri la jawabnya... ada rezeki leh la ke kedai buku berhampuran.. hope ada diskaun la... dan berbalik kepada beberapa post saudara kat atas memang skang ni dah tend macam u. kalau bab khutbah plak ad yang meleret sampai mengantuk, dan ada pula yang menjadi Jumaat itu lambat habis dari sesebuah masjid dengan yang lain. kalau kat taman saya majoriti pekerja kilang, jadi amat sulit kalau lambat atau terlajak sebab ada had masa rehat, dalam hadis juga Rasullullah juga pernah bersabda supaya meringkaskan atau jangan melambatkan solat kerana Baginda tahu umatnya yang kemudian hari akan ada had masa yang perlu dipatuhi sejajar keperluan dan amanah duniawi. dan bab pecah rumah tu dah memang biasa sangat. tapi yang terbaru cuti sekolah hari tu, lebih kurang 6 buah kereta pula dipecahkan tatkala orang sibuk dengan kenduri dan salah sebuah pula kerugian ribuan ringgit wang hantaran yang tersimpan dalam kereta. dan semuanya anak melayu yang lakukan. itulah yang menjadi masalah sekarang, anak melayu terutama lelaki habiskan masa dalam pusat2 pemulihan dan penjara dan perempuannya pula pusat2 pemulihan dan pusat lindungan akibat hamil luar nikah. sungguh merugikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudara..

      tidak mengapa..insya-Allah akan diadakan lagi giveaway setiap bulan..saudara boleh cuba lagi...

      ya,pasal khutbah tu memang tak boleh kita pandang kecil.kerana khutbah ini sahajalah satu-satunya medium nak sedarkan masyarakat yang 'jahil' yang jarang baca bacaan Islam dalam 'seminggu' itu - untuk tarik mereka kembali kepada Islam..tapi kalau kita sia-siakan,alangkah ruginya..

      bab hadis tu,saya tak pernah dengar,tapi yang ini saya pernah dengar --->>> “Sesungguhnya panjang sembahyang seseorang (imam) dan pendek khutbahnya adalah tanda kefahamannya (terhadap ajaran Islam), maka panjangkan sembahyang dan pendekkan khutbah”. <<<-- tapi kalau tak faham,tanya yang pakar tentang hadis ni..

      ya,memalukan.semua melayu yang teruk sekarang.kalau melayu itu bukan orang Islam - saya tidak kisah.tapi mereka kebanyakannya Islam - jadi sekaligus memalitkan nama buruk kepada Islam.sekaligus bawak fitnah kepada Islam..

      dakwah perlu direform kembali di Malaysia agar lebih visible di penglihatan awam...

      wallahualam.
      insya-Allah terima kasih jazakallah berkongsi pandangan.assalamualaikum.

      oh ya,tambahan : itulah kenapa islam membenarkan poligami.salah satu sebab : kerana lelaki (imam) yang baik itu sangat kurang pada waktu ini.

      Delete
    2. Salam..

      Selamat bercuti dan semoga program yang dirancang berjalan lancar di bulan yang penuh berkah nanti..
      Berdasarkan pernyataan di atas..secara peribadi, adakah anda akan mengamalkan poligami jika diberi pilihan?

      Delete
    3. wsalam.terima kasih atas komen.
      uih soalan spesifik sangat. saya tidak boleh beri jawapan tentang diri saya,tapi saya boleh beri pandangan saya terhadap poligami...

      saya amat menentang 'poligami' dari definisi Melayu Gatal.tapi saya amat menyokong konsep poligami seperti yang diajarkan Islam yang ditunjukkan Rasulullah SAW.
      kerana siapa kita untuk mengatakan suatu Sunnah Rasulullah itu tidak baik?
      tapi kena lihat situasi sesuatu orang/masyarakat itu dahulu.niat kena betul.kemampuan kena ada.ilmu perlu diajarkan secukupnya kepada kesemua Isteri ,tidak boleh lepas tangan sebegitu sahaja.ringkasnya - Tanggungjawab berpoligami ini besar sekali.


      wallahualam.sekadar pandangan.

      Delete
    4. betul lah tu...lelaki atau perempuan kena mengakui poligami itu adalah hukum yang Allah turunkan untuk manusia untuk memudahkan urusan perkahwinan mengikut syarat-syarat tertentu..cuma konsep poligami ni jadi sesuatu yang sangat dibenci oleh kaum perempuan sebab ramainya lelaki2 di luar sana yang teringin nak tambah 'cawangan' tapi tak faham kenapa dibolehkan poligami..sedangkan nak berkahwin seorang pun dah jadi tanggungjawab apalagi kalau nak berpoligami..

      pandangan masing2..semoga Allah permudahkan jalan kehidupan kita semua untuk mencapai objektif sebenar di akhirat nanti..

      Delete
    5. insya-Allah.semoga dipermudah urusan .amin.

      Delete
  3. Assalamu'alaikum wbt.
    Selamat pulang ke negara, wahai si musafir ilmu.

    Saya tertarik dengan pemakluman kamu mengenai Pena Maya ini telah didaftarkan. Didoakan, segala urusan kebaikan yang akan dilakukan selepas ini dipermudahkan oleh Allah Ta'ala.

    best of luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah.doakan yang terbaik.walaikumsalam wbt.

      Delete
  4. segalanya yang bersiri.. moga ia menjadi siri2 saham anda disana nanti.. moga DIA redha..

    btw betullah , tenang kah malaysia??selamatkah malaysia??.. urghh, astaghfirullahalazim.. sungguh rasanya tak terjawab lah soalan tersebut,
    tenangkah jika maksiat berleluasa,,? tenangkah jika perkara mazmumah menjadi santapan harian,. allah!!

    nauzubillahiminzalik..moga2 kita semua always dalam ampun ,rahmat & redhaNYA.. ..

    wallahualam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin..terima kasih.jujur cakap,malaysia bukanlah negara yang boleh dibanggakan lagi.. tapi oleh kerana atas dasar tanggungjawablah ,sering menulis tentang masalah di malaysia ini.kalau tak,takdenye nak tulis.

      Delete
  5. tah la.. x jumpa plak hadis tu... tapi memang pernah terbaca.. tapi x kesah la bab tu ataupun kurang penting untuk kita tafsirkan kerana cepat atau lambatnya solat bergantung kepada imam. kalau imam sedikit muda tentulah bacaannya lancar dan begitulah sebaliknya. walau ada hadis yang menyatakan dipanjangkan waktu sembahyang itu lebih afdal, tapi ikut kemampuan dan juga waktu. jika sendirian dan solat malam. maka harus dan afdal untuk dipanjangkan. tetapi jika kita membimbing makmun yang ramai dan ada antaranya dalam had masa, maka pilihlah surah yang ringkas dan lakukan apa yang wajib dalam solat dan kurangkan sunnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya faham apa yang anda ingin cuba sampaikan...
      tapi sekadar nasihat untuk manfaat bersama, menulis tidak sama dengan berkata-kata. menulis boleh menambah kekeliruan.oleh itu,sebaiknya kalau kita menyertakan suatu hadis dalam penulisan kita,seeloknya kita carik teks terjemahan hadis yang penuh yang ada sumber sekali.bimbang kita mengquote hadis palsu .ini kerana

      "Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang mutawatir:
      Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” [rujukan : http://drmaza.com/home/?p=477 ]

      apa-apapun terima kasih atas perkongsian.saya amat hargai.

      al-quran sudah sampaikah by the way?

      assalamualaikum..

      Delete
  6. waalaikumsalam. memang ada rujukan, tapi saya tak dapat rujuk kerana semua koleksi hadis terjemahan dan koleksi hadis dalam english semia dalam hard disk dan pc saya masih rosak. tapi memang saya jelas dan pernah membacanya dan saya juga sedar akan hadis yang awak berikan di atas. sebab tu saya pun x berani nak komen panjang2 sebab tiada rujukan dan hadis serta nas. saya juga bersetuju dengan penulisan biar terang dan jelas supaya yang kurang faham islam ni dapat memahaminya dengan judah tanpa ada pesongan atau salah faham. maafkan saya atas kealpaan saya dan kesilapan kerana mengutarakan sesuatu yang tidak bersumber walaupun memang sahih. dan al quran telah saya terima. Alhamdulillah. sayang saya tidak ada kamera mahupun telepon berkamera. kerana menghargai, saya juga buat khas "chasing" untuknya dan dibalut plastik bagi menjamin kualiti dan boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. terima kasih saya ucapkan. dan mudahan saya dimurahkan rezeki bagi menyumbang kembali kepada dana pembelian al-quran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..terima kasih sentiasa berkongsi pendapat di sini..
      maaf tidak dapat balas panjang.agak sibuk..
      semoga tuan sekeluarga dirahmati-Nya.amin.
      assalamualaikum

      Delete