21.7.12

Penerbitan Dokumentari : Misi Jejak Nurani (Episod I) - Pengembaraan Bermula!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Misi Jejak Nurani

Seperti yang dijanjikan,akhirnya - dengan izin Allah SWT - hari ini - 1 Ramadhan 1433H - Pena Maya berjaya menerbitkan Video Dokumentari Misi Jejak Nurani.

Saya dengan sukacita mempelawa anda menontonnya di bawah ini - dan sebarang Komen/Cadangan Membina boleh disalurkan kepada kami Krew Jejak Nurani melalui Saluran yang ada.


Episod II insya-Allah akan menyusul pada minggu hadapan.

Boleh kongsikan Video ini bersama Rakan/Keluarga yang terdekat.

*** *** ***

Save Maryam!

Dalam perkembangan lain,saya mendapat E-Mail dari beberapa orang Pembaca yang menyuruh saya berkongsikan beberapa perkara di dalam Blog.

Tapi,untuk Entri kali ini,saya mahu berkongsikan sebuah Video yang amat membimbangkan dan perlu ditonton.

Dikongsikan video ini bukanlah supaya Emosi Umat Islam disemarakkan begitu sahaja,tapi sebaliknya supaya kita Umat Islam menggunakan Akal dan Ilmu yang dikurnia Tuhan yang Esa - agar kita mempertingkatkan dakwah kita.

Video yang dimaksudkan adalah seperti di bawah ini :


Itulah Realitinya.

Dakwah kita Umat Islam di seluruh dunia amat lemah.

Kadangkala,ada yang ingin berdakwah - tapi oleh kerana kekurangan Ilmu - Islam dilihat seolah-olah begitu 'Jumud'.

Jangan begitu.Islam ini sebenarnya satu Cara Hidup yang sesuai sepanjang Zaman.

Jadi,sama-sama kita Umat Islam mencari Ilmu,menginsafi hakikat ini - lantas melaksanakan sesuatu untuk mengubahnya.

*** *** ***

Dalam Perkembangan Lain

Hari esok - 10 Al-Quran akan diedarkan secara Percuma di Blog Pena Maya.Boleh sertai dan dapatkannya untuk diri sendiri atau Keluarga/Rakan yang mahu mendekati Islam.

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Mari Sama-Sama Pertingkatkan Amal di Bulan Ramadhan.

P/S : Idea yang disyor dalam Video Save Maryam itu sangat bagus sebenarnya - Menubuhkan sebuah Stesyen TV Islamik untuk Belia/Remaja.Sama seperti Pelaksanaan TV Al-Hijrah/Peace TV/Huda TV etc.Sama-sama kita sokong Projek itu!


Misi Jejak Nurani

No comments:

Post a Comment