12.7.12

Permohonan Sumbangan Dana Untuk Projek 'Edaran 10 Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Ramadhan' 2012.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Seperti yang disebutkan dalam Entri yang lepas,saya baru sahaja membuka Akaun Bank Khas CIMB untuk Pena Maya.Tujuannya agar Para Penyumbang Dana tidak perlu lagi menyumbang Dana dalam Akaun Peribadi saya,sebaliknya boleh terus menyumbang kepada Akaun itu.

*** *** ***

Projek 'Edaran 10 Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Ramadhan' 2012

Insya-Allah,pada Bulan Ramadhan yang akan datang nanti - saya merancang untuk mengedarkan 10 Naskhah Al-Quran secara Percuma kepada Para Pembaca Pena Maya yang terpilih (atau sesiapa sahaja yang memerlukan).

Tapi,Projek ini tidak dapat dijayakan tanpa Dana dari anda Para Pembaca sekalian.Ini kerana kedudukan kewangan Penulis yang terbatas.Di bawah ini sedikit sebanyak dijelaskan mengenai Projek ini - agar tidak timbul rasa ragu-ragu buat anda yang ingin menyumbang.


Contoh Naskhah Yang Bakal Diedar

*** *** ***

Sejarah Projek

Sejak Januari 2012,Pena Maya dengan izin Allah SWT - Alhamdulillah telah berjaya mengedarkan 30 Naskhah Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu secara PERCUMA kepada Masyarakat Awam di Luar Sana.

Kepada yang berminat boleh Rujuk Link di bawah untuk melihat Cara Pelaksanaan Projek dilaksanakan :

Projek Edisi Januari 2012
Projek Edisi Februari 2012
Projek Edisi Mac 2012
Projek Edisi April 2012
Projek Edisi Mei 2012
Projek Edisi Jun 2012

Dan ini pula Testimoni Para Pembaca yang pernah menerima Al-Quran :

Testimoni Satu
Testimoni Dua


*** *** ***

Sempena Ramadhan

Oleh kerana saya sedang bercuti di Malaysia pada ketika ini,jadi jika kebiasaannya hanya Lima Naskhah yang diedar secara percuma - untuk Edisi Ramadhan ini - saya akan mempertingkatkan Skala Pengagihan kepada 10 Naskhah.

Al-Quran yang bakal diedar adalah Keluaran Yayasan Restu (Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut).

*** *** ***

Berapa Modal Yang Diperlukan?

Oleh kerana saya merupakan Ahli Yayasan Restu yang mendapat 10 Peratus Diskaun untuk setiap Naskhah,jadi Harga Sebuah Naskhah yang akan diedar adalah RM 58.50.

Dan Kos Penghantaran pula lebih kurang RM 14.00 (Nationwide Express).

Jadi,harga Total bagi setiap Naskhah lebih kurang RM 72.50 (Jauh lebih murah berbanding Harga Kedai Buku Online yang lain di luar sana).

Jadi,secara kasarnya - Jumlah Penuh yang diperlukan untuk Projek Ramadhan ini adalah RM 725.

Berita baiknya adalah kerana saya telah menerima Dana Awal dari beberapa orang Pembaca dan Jumlah Wang yang sudah ada dalam Akaun Pena Maya pada ketika ini adalah RM 477.50.

Jadi,kiranya hanya lebih kurang RM 247.50 lagi yang diperlukan untuk Projek Ramadhan ini dilaksana.

*** *** ***

Kenapa Terjemahan Keluaran Yayasan Restu Yang Dipilih?

Senang.Selain dari Faktor Naskhahnya yang menarik dibaca dan Bahasa Terjemahan yang mudah difahami - Yayasan Restu merupakan sebuah NGO Tidak Ber-Profit di mana setiap Keuntungan dari Hasil Jualan Produk mereka akan diguna untuk mencetak Naskhah Al-Quran yang baru.

Kiranya,sambil membeli di Yayasan Restu - kita sebenarnya sedang berinfaq (bersedekah) untuk Projek Al-Quran di sana pula.

*** *** ***

Kalau Ada Lebihan Dana Nanti Bagaimana?Mana Semua Wang Itu Pergi?

Kalau ada lebihan,saya akan menambah lagi bilangan Naskhah yang bakal diedar.

Kalau masih lebih?

Jangan risau.Insya-Allah lebihan duit itu akan diguna untuk Giveaway Percuma Buku Islamik yang turut diadakan setiap bulan di Pena Maya.

Jika masih ada lebih - saya akan lakukan Sudden Giveaway Buku Islamik dalam Penulisan saya.

Jika masih ada lebih - saya akan Dermakan Wang itu kepada QuranProject.Org - sebuah Badan Dakwah di United Kingdom yang turut sama mengedarkan Al-Quran Percuma di sana.

Dan jika masih ada lebih?

Insya-Allah,saya akan dermakan kepada Saham Wakaf Johor atau mana-mana Badan Kebajikan Lain yang memerlukan.Saham Wakaf Johor turut melakukan Program Wakaf Al-Quran sebenarnya.

Cuma sasaran Projek yang dilakukan Pena Maya lebih kepada Golongan Muda/Penduduk Luar Bandar/Penduduk Sabah Sarawak/Umat Islam Yang Kurang Berkemampuan/Non-Muslim Yang Ingin Mendalami Islam.

*** *** ***

Bagaimana?Berminat?Hulurkan Sumbangan Ikhlas Kepada Akaun CIMB Di Bawah Ini

Nama Akaun CIMB : Pena Maya Enterprise
Nombor Akaun CIMB : 06080000393108


Jika anda sudah Sumbang - kalau tidak keberatan - bolehlah menulis kepada pospenamaya@gmail.com.Dan nyatakan sekali Wang yang disumbang itu untuk apa (Projek Al-Quran/Pengedaran Buku Islamik etc).

Kalau tidak mahu menulis pun tidak mengapa.Saya hormati privacy anda.

Sumbangan anda amat dihargai.Semoga Jalan Islam akan terus berkembang di Tanah Air kita.Dan semoga Allah SWT menetapkan hati kita semua di atas Jalan ini.Amin.

*** *** ***

Rancangan Masa Hadapan

Insya-Allah,jika ada masa lapang,saya akan menerbitkan beberapa E-Book di masa hadapan untuk Tujuan Pengumpulan Dana bagi Projek-Projek Lain nanti.

*** *** ***

Semoga Diredhai-Nya

Doakan semua Urusan Pembelian Al-Quran ini nanti berjalan lancar.

Ini hanya usaha kecil saya dalam menggalakkan orang Islam - terutamanya Generasi Muda (yang dilihat agak tersasar) - untuk kembali kepada Al-Quran.

Biarlah kita ini mengamalkan Islam itu dengan kefahaman - bukan hanya sentimen/emosi/ikut-ikutan semata.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Sebarang Persoalan boleh diaju di bahagian komen atau pospenamaya@gmail.com.

P/P/S : Katakanlah kalau Duit yang diterima nanti terlampau banyak - saya akan sumbangkan kepada mana-mana Badan Kebajikan yang memerlukan.Dan Insya-Allah setiap kali saya gunakan Duit itu saya akan War-Warkan dalam Blog ini.Insya-Allah.Doakan saya Istiqamah.

P/P/P/S : Pembelian Al-Quran akan dilakukan SEJURUS Dana Mencukupi Diterima!



9 comments:

  1. Teruskan dengan jaya. Jangan putus asa walau apa yang menimpa. Doa pembaca sentiasa bersama anda. Semoga berjaya dalam setiap usaha. Insyaallah rahmat Allah mendampingi kita semua.

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum

    alhamdulillah..teruskan usaha Tuan Umar

    saya juga salah seorang penerima Al-quran percuma drp Tuan.Alhamdulillah niat untuk menghadiahkan al-quran terjemahan itu kepada adik tercapai.:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam.alhamdulillah.semoga dimanfaat.nanti tatkala entri penerbitan dikeluarkan,bolehlah kongsikan bersama kenalan.mungkin ada yang memerlukan,so bolehlah mereka sertai.

      Delete
  3. Alhamdulillah.usaha yg sgh mulia, oleh individu yg amat prihatin ttg masa depan generasinya yg sedang hilang arahtuju.semoga usaha ini dpt membantu menyerapkan ajaran alquran ke dalam hati manusia.Mari kita berikan sokongan kpd anak muda ini.Semoga ramadan kita tahun ini lebih bermakna.jzkll

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum anon.
      alhamdulillah.segala puji hanya bagi Allah SWT.saya hanya lakukan apa yang termampu.jika bukan kita,siapa lagi?

      nanti tatkala entri penerbitan dikeluarkan,bolehlah kongsikan bersama kenalan.mungkin ada yang memerlukan,so bolehlah mereka sertai.

      apa-apapun,doakan saya dikurniakan keikhlasan.insya-Allah.

      Delete
  4. Assalamulaikum Umar. Selamat bercuti dan terus berbakti. Jangan lupa menghadirkan diri di majlis2 ilmu saban malam di Rumah2 Allah serata Malaysia terutamanya di Selangor ini. Juga touch base dengan realiti dakwah dan politik Malaysia. Pandanglah dengan mata burung agar pandangan dan pencerahannya menyeluruh dan pada skala besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Tuan.
      terima kasih.cuti ini agak sibuk.. dua tiga hari lepas baru pulang dari kenduri kahwin seorang sahabat..

      insya-Allah.ya memang cadangnya sementara di Malaysia ini hendak lawat pusat aktiviti beberapa NGO/Yayasan Islam di Malaysia ini...

      dan tentang dakwah semasa ,saya ada hubungi beberapa NGO peringkat daerah saya ini - seperti isma,ikram etc ..mahu berjumpa mereka merapatkan ukhwah..

      insya-Allah.doakan dipermudah..

      tanggungjawab itu banyak,masa itu ada,tapi diri - selalu leka..

      assalamualaikum

      Delete
  5. Assalamualaikum. seperti yang saudara sudah maklum, Alhamdulillah al-quran telah saya terima dan saya telah emialkan butirannya untuk rujukan dan simpanan saudara. dan setakat beberapa hari menggunakannya memang berpuas hati dengan kualiti dan terjemahan oleh al hidayah house of qiran. cuma yang dikuatiri kualiti kertas sahaja kerana nipis dan takut tidak bertahan lama. sebagai penghargaan dan juga penjagaan, saya juga membalutnya dengan plastik dan juga membuat "chasing" khas bagi penyimpanan supaya tidak terjejas kualiti dan penulisannya supaya bertahan lama. saya hargai dan jutaan terima kasih kerana memilih saya sebagai penerima.assalamualaikum.

    ReplyDelete