22.7.12

'Projek Edaran Sepuluh Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Ramadhan 2012' - Jangan Lepaskan Peluang,Sertai Sekarang!

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.Enam Pengkomen Pertama akan menerima Hadiah Misteri dari Yayasan Restu!

Prenote III : Kalau anda sudah terima Naskhah dalam Edisi Bulan Lepas - mungkin boleh dapatkan Al-Quran untuk dihadiahkan kepada Rakan/Family pula dalam Edisi Bulan ini.Sebarkan Ayat-Ayat Suci ini!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.


*** *** ***

Pendahuluan/Pengenalan

"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa" [Al-Baqarah : 2]

Di dalam Ayat Al-Quran secara jelas disebut bahawa - Al-Quran ini sebenarnya adalah Kitab Panduan untuk manusia yang bertaqwa - dan manusia-manusia yang bertaqwa ini pula adalah manusia yang berjaya di Dunia dan Akhirat.

Dalam kata lain,manusia yang berjaya di Dunia dan Akhirat adalah manusia yang berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Persoalannya : Apakah kita memahami Al-Quran?

*** *** ***

Projek Edaran Al-Quran Sempena Ramadhan 2012

Mari baca sedikit Penerangan tentangnya dahulu.

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang ingin memahami Al-Quran atau sedang mencari kebenaran.Pendek kata - sesiapa sahaja yang benar-benar mahu memanfaatkannya.Tapi syaratnya mestilah memahami Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris.Ini kerana 8 Terjemahan Bahasa Melayu yang bakal diedar dan 2 Terjemahan Bahasa Inggeris.

Apakah harapan Pena Maya kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya.Alangkah bodohnya kita andai mengabaikan Resipi Kejayaan Abadi yang terkandung dalam Al-Quran ini.

Kerjasama

Sukacita dimaklumkan,Projek kali ini Alhamdulillah mendapat Dana yang menggalakkan dari ramai Pembaca.

Dan Projek kali ini juga dijalankan dengan kerjasama ISMA Cawangan Temerloh.

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Sepuluh Al-Quran Percuma akan diedar - di mana LAPAN antaranya merupakan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Melayu - dan baki DUA Naskhah merupakan Al-Quran dengan Terjemahan Bahasa Inggeris Terbitan Yayasan Restu.Setiap satu Naskhah ini harganya di Pasaran menjangkau RM 70 ke atas.Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Tuliskan sekali Terjemahan Bahasa apa yang anda mahukan.Nyatakan juga anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog.Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Lima Jam selepas komen anda ditulis untuk meminta maklumat Delivery.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.


Sepuluh Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Bagaimana Kalau Al-Quran Terjemahan Pilihan Bahasa Yang Saya Mahukan Sudah Habis?

Katakan anda mahu Bahasa Inggeris,tapi Bahasa Inggeris sudah habis - anda ada dua pilihan.Samada mahu sertai Edisi Bulan Hadapan pula,atau anda ambil Terjemahan Bahasa Melayu sahaja.

Edisi Bahasa Inggeris

Sengaja saya tambah Al-Quran Terjemahan Bahasa Inggeris pada Edisi kali ini kerana ingin memberi peluang kepada anda yang ingin berdakwah kepada Rakan Non-Muslim anda di Pejabat/Tempat Belajar etc.Kalau ada Rakan Non-Muslim yang berminat dengan Islam/sedang mencari kebenaran - hadiahkan mereka Al-Quran Bahasa Inggeris ini.Mana tahu hati mereka terbuka - anda juga dapat Pahala,insya-Allah!

Kemusykilan lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.Contoh Komen juga ada di sana.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Program ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini (Islam).

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Terima kasih kepada Para Penyumbang Dana.Kalau saya ada terima Dana Tambahan yang mencukupi,Projek ini akan diteruskan pada Bulan Hadapan dengan Skala yang sama.


40 comments:

  1. Assalamualaikum tuan,

    Saya berminat utk mendapatkan senaskah Al-Quran Bahasa Melayu bagi kegunaan saya dalam membuat kerja dakwah.. Al-Quran & Sunnah Nabi saw jadikan panduan, pasti dan pasti kita tidak akan sesat. Memandangkan bulan ramadhan bulan yg mulia, boleh saya menambah ilmu al-quran saya lagi, InsyaAllah. Makin dibaca makna2 ayat2 al-quran makin bertambah yakin saya pada janji2 Allah swt.

    Anaqi1980@gmail.com

    Jazakallahu kheir

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam anon..
      tahniah terjemahan al-quran BM ini menjadi milik anda.dan oleh kerana anda antara 6 terawal yang komen - saya akan hadiahkan anda dengan hadiah misteri..

      saya sudah hubungi anda melalui email.. tapi kalau anda tak dapat email saya - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - berikan saya di sana nanti Nama Penerima,Nombor Telefon dan Alamat Penerima..

      tolong beri maklumat penuh di sana kay.sebab penghantaran akan dilakukan sejurus maklumat diterima.

      assalamualaikum.

      Delete
  2. assalamualaikum umar..aku nak satu boleh?aku nak 1 ntuk aku..nk fhm quran ni .. mcm aku ckp kau aritu.. boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku nak yang BM...

      Delete
    2. wsalam.
      weh cepat betul kau komen.haha..
      okay2 boleh..
      bagi aku nama penerima,nombor tepon dan alamat penerima kat pospenamaya@gmail.com ..

      ASAP kay.

      Delete
  3. kepada anda yang lain - masih ada 7 Al-Quran BM . dan 2 Al-Quran English untuk dimiliki.jangan lepaskan peluang.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum,

    Saya sangat berminat untuk mendapatkan Al Quran terjemahan di atas. Saya memilih untuk mendapatkan terjemahann AlQuran berbahasa Melayu untuk bacaan diri sendiri dan juga untuk dikongsi bersama adik saya jua rakan2 serumah, sekolej dan sesiapa yang sudi berkongsi bacaan dgn saya. Saya boleh dihubungi di blog saya

    http://wanabaik.blogspot.com/

    email saya : luvewana92@yahoo.com

    Semoga ada rezeki utk saya miliki AlQuran terjemahan Bhs Melayu ini dan semoga Allah swt mempermudahkan saya utk beramal dengannya. Didahului dgn ucapan jutaan terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam wanabee..
      tahniah terjemahan al-quran BM ini menjadi milik anda.dan oleh kerana anda antara 6 terawal yang komen - saya akan hadiahkan anda dengan hadiah misteri..

      saya sudah hubungi anda melalui email dan blog.. tapi kalau anda tak dapat email saya - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - berikan saya di sana nanti Nama Penerima,Nombor Telefon dan Alamat Penerima..

      tolong beri maklumat penuh di sana kay.sebab penghantaran akan dilakukan sejurus maklumat diterima.

      assalamualaikum.semoga dimanfaat.

      Delete
  5. KEPADA ANDA-ANDA YANG LAIN - MASIH ADA 5 AL-QURAN TERJEMAHAN BAHASA MELAYU DAN DUA TERJEMAHAN AL-QURAN BAHASA INGGERIS UNTUK DIMILIKI.

    JANGAN LEPASKAN PELUANG.SERTAI SEKARANG DAN HADIAHKAN FAMILY/RAKAN ANDA.

    saya akan jawab penyertaan lepas sahur kerana sekarang saya mahu tidur.

    assalamualaikum!

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum encik umar.

    Saya nak satu tafsir Al-Quran BM.
    Niatnya sama seperti encik Faisol cakap kat atas, untuk memahami Al-Quran.
    Memahami tu lebih banyak ertinya compare daripada sekadar baca tanpa faham.

    Semoga ada rezeki untuk saya.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ummi kalthum binti mohamad..
      tahniah terjemahan al-quran BM ini menjadi milik anda.dan oleh kerana anda antara 6 terawal yang komen - saya akan hadiahkan anda dengan hadiah misteri..alhamdulillah

      saya sudah hubungi anda melalui blog.. tapi kalau anda tak dapat lagi komen saya itu - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - berikan saya di sana nanti Nama Penerima,Nombor Telefon dan Alamat Penerima..

      tolong beri maklumat penuh di sana kay.sebab penghantaran akan dilakukan sejurus maklumat diterima.

      assalamualaikum.semoga dimanfaat.

      Delete
  7. Assalamualaikum wbt.
    kepada admin yang dimuliakn oleh Allah Subhanahu Wa Taala,
    saya sungguh berminat untuk memiliki terjemahan Al Quran dalam bahasa melayu yang diiklan kerana saya ingin dihadiahkan Al Quran tersebut kepada ibu dan ayah saya.keluarga kami baru mengenal islam dan kami masih belum mendalami Al Quran secara mendalam.saya berharap dengan hadiah ini,menaikkan ketaqwaan dan keimanan mereka kepada Allah Subhanahu Wa Taala.usaha admin sangat mulia,semoga Allah merahmati admin dalam segala urusan di dunia dan di akhirat.

    email:lianazulak@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam liana..
      tahniah terjemahan al-quran BM ini menjadi milik anda.dan oleh kerana anda antara 6 terawal yang komen - saya akan hadiahkan anda dengan hadiah misteri..alhamdulillah

      saya sudah hubungi anda melalui email.. tapi kalau anda tak dapat lagi email saya itu - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - berikan saya di sana nanti Nama Penerima,Nombor Telefon dan Alamat Penerima..

      tolong beri maklumat penuh di sana kay.sebab penghantaran akan dilakukan sejurus maklumat diterima.

      assalamualaikum.semoga dimanfaat.

      Delete
    2. maaf atas kelewatan.saya sudah hantarkan maklumat yang diperlukan.

      Delete
  8. kepada anda yang lain - masih ada 4 al-quran bm dan 2 al-quran english... nyatakan minat anda sekarang!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum saudara.

    Saya ingin sekali dapatkan tafsir alquran BM buat adik saya yg bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.
    Saya yakin, dengan Alquran ini, dapat jadi peneman bagi dia bila berada di negara orang nanti. Inshaallah

    Ini email saya aisyatunadhirah@hotmail.com

    Jazakallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam saudari..
      tahniah terjemahan al-quran BM ini menjadi milik anda.dan oleh kerana anda antara 6 terawal yang komen - saya akan hadiahkan anda dengan hadiah misteri..alhamdulillah

      saya sudah hubungi anda melalui email.. tapi kalau anda tak dapat lagi email saya itu - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - berikan saya di sana nanti Nama Penerima,Nombor Telefon dan Alamat Penerima..

      tolong beri maklumat penuh di sana kay.sebab penghantaran akan dilakukan sejurus maklumat diterima.

      assalamualaikum.semoga dimanfaat.

      Delete
    2. Syukran jazilan. May Allah bless you

      Delete
    3. doakan kami semua yang terlibat dalam projek ini.

      Delete
  10. kepada anda yang lain - masih ada dua al-quran BM dan dua al-quran ENGLISH.

    dapatkan segera!

    ReplyDelete
  11. asalamualaikum..insya'allah, saya juga berminat untuk mendapatkan al-quran ini untuk sahabat saya yang sedang berubah. dia sgt berminat untuk memiliki terjemahan bahasa inggeris yg susah didapatkan. mudah-mudahan dia akan lebih memahami ayat-ayat Allah dan membantunya untuk penghijrahan diri. jzkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam bintanghati..
      tahniah terjemahan al-quran ENGLISH ini menjadi milik anda.

      saya sudah hubungi anda melalui blog.. tapi kalau anda tak dapat lagi komen saya itu - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - berikan saya di sana nanti Nama Penerima,Nombor Telefon dan Alamat Penerima..

      tolong beri maklumat penuh di sana kay.sebab penghantaran akan dilakukan sejurus maklumat diterima.

      assalamualaikum.semoga dimanfaat.

      Delete
  12. KEPADA ANDA YANG LAIN - masih ada DUA AL-QURAN BM dan satu AL-QURAN ENGLISH!

    jangan lepaskan peluang

    ReplyDelete
  13. salam

    saya juga berminat untuk mendapatkan AL-QURAN ENGLISH. saya nak hadiahkan kepada rakan baik saya sempena Ramadan ini yang baru berhijrah untuk menjadi baik. semoga dengan AQ ini, beliau akan menjadi insan yang soleh dan musleh. dia pernah mendengar ceramah dalam bahasa inggeris dan mengatakan ayat AQ lebih tinggi bahasanya berbanding poem Shakespear..moga Kalamullah ini dapat difahami dan amalkan dalam kehidupan seharian.

    ezansahizzah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ezansahizzah..
      tahniah terjemahan al-quran ENGLISH ini menjadi milik anda.

      saya sudah hubungi anda melalui blog dan email.. tapi kalau anda tak dapat lagi komen dan email saya itu - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - berikan saya di sana nanti Nama Penerima,Nombor Telefon dan Alamat Penerima..

      tolong beri maklumat penuh di sana kay.sebab penghantaran akan dilakukan sejurus maklumat diterima.

      assalamualaikum.semoga dimanfaat

      Delete
  14. salam

    saya juga berminat untuk mendapatkan al-quran BAHASA MELAYU. saya ingin menghadiahkan al-quran ini untuk ayah saya di kampung sempena Ramadan ini. moga AQ ini dapat dijadikan sebagai panduan dan pengajaran dalam kehidupan beliau dalam bulan yang mulia ini.

    erinasahirah@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ziqriana..
      tahniah terjemahan al-quran bahasa melayu ini menjadi milik anda.

      saya sudah hubungi anda melalui blog.. tapi kalau anda tak dapat lagi komen saya itu - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - berikan saya di sana nanti Nama Penerima,Nombor Telefon dan Alamat Penerima..

      tolong beri maklumat penuh di sana kay.sebab penghantaran akan dilakukan sejurus maklumat diterima.

      assalamualaikum.semoga dimanfaat

      Delete
  15. assalamualaikum bro..
    sy berminat nak dapatkan stu untuk member sy..nk hadiahkan dia.. dia nak berubah..xreti tulis pjg2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak yang BM tau.ni twitter twitter.com/cowardisme

      Delete
    2. walaikumsalam joe..
      tahniah terjemahan al-quran bahasa melayu ini menjadi milik anda.

      saya sudah hubungi anda melalui twitter.. tapi kalau anda tak dapat lagi Inbox message saya itu - sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com - berikan saya di sana nanti Nama Penerima,Nombor Telefon dan Alamat Penerima..

      tolong beri maklumat penuh di sana kay.sebab penghantaran akan dilakukan sejurus maklumat diterima.

      assalamualaikum.semoga dimanfaat

      Delete
  16. KEPADA ANDA YANG LAIN - PENYERTAAN TELAH DITUTUP.

    INSYA-ALLAH KALAU ADA DANA LEBIH,akan ada PROJEK BARU dilakukan bulan hadapan.

    mahu menyumbang dana?

    hubungi pospenamaya@gmail.com

    ReplyDelete
  17. Replies
    1. maaf saudara.. penyertaan telah ditutup.boleh join next month..insya-Allah.kalau ada rezeki

      Delete
  18. Alhamdulillah. tahniah kepada yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya mungkin masih lagi terhijab oleh Allah. saya sendiri mengalaminya pada edisi lepas yang mana telah ditutup tapi ada lebihan dana. jadi jangan digusarkan. ada rezeki x kemana... dan buat saudara Umar belum terlambat rasanya, Salam Ramadhan buat saudara, ahli keluarga, dan para pemberi dana. semoga dirahmati selalu dan dimudahkan segala urusan dan beroleh manfaat sepanjang Ramadhan ini.

    ReplyDelete
  19. ya saudara, sejak mula Ramadhan ini pelbagai "perdebatan" di laman fb tentang hadis palsu fadhilat Ramadhan. disini ada saya diberi link kepada JAIS tentang huraian kepada pengharaman hadis tersebut. minta dikongsikan kepada semua melalui penulisan khas tentangnya. dah lama kita dimomokkan dengan fadhilat palsu ini termasuk melalui tv dan paper. mudah2an kita kembali muhasabah dan bertafakur supaya kita tetap tergolong dalam mereka2 yang beriman. http://www.jais.gov.my/ramadhan/fadhilatterawih.php

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudara.akan kongsi dalam penulisan akan datang..

      Delete
  20. subhanallah , moga Antum/na yg bersama menyumbang tenaga dlm mengedarkan barangan ni semua kerana Allah , demi mendekatkan masyarakat dengan Al-Quran mndapat imbalan yg setimpal malahan lebih berat dengan kebaikan di akhirat kelak :)
    TERUSKAN BERBUAT KERANA ALLAH dehh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.doakan semoga kami kekal ikhlas..doakan jg smoga saya kekal ikhlas keranaNya dalam menulis di alam maya ini...

      Delete