30.7.12

'Projek Edaran Sepuluh Naskhah Terjemahan Al-Quran Percuma Ramadhan 2012 Fasa Kedua' - Jangan Lepaskan Peluang,Sertai Sekarang!

Prenote I : Keutamaan diberikan kepada Non-Muslim,Penduduk Sabah/Sarawak/Luar Bandar dan juga orang yang tidak mampu membeli Terjemahan ini sendiri.

Prenote II : Hanya satu Naskhah untuk seorang Pembaca.

Prenote III : Kalau anda sudah terima Naskhah dalam Edisi Bulan Lepas - mungkin boleh dapatkan Al-Quran untuk dihadiahkan kepada Rakan/Family pula dalam Edisi Bulan ini.Sebarkan Ayat-Ayat Suci ini!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***


Al-Quran Percuma Yang Diedar

Anda

Anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Dunia pada hari ini?Anda merasakan Jiwa anda kadangkala kosong?Anda tercari-cari Penyelesaian bagi 'masalah rohani/jiwa' yang sedang berlaku dalam hidup anda?Jika anda seorang Muslim,ketahuilah - Al-Quran punya solusi untuk masalah anda!Anda hanya perlu memahami Kandungannya.Jika anda seorang Non-Muslim pula - anda amat dipelawa untuk membaca Terjemahan Kitab Al-Quran.Semoga Petunjuk Allah diberikan kepada anda oleh-Nya.Amin.

Teruskan membaca.

*** *** ***

Edaran Al-Quran Terjemahan Bahasa Melayu PERCUMA Fasa Kedua Ramadhan

Dengan izin Allah SWT - selepas Edaran Fasa Pertama diadakan pada minggu lepas,dalam Entri kali ini - Alhamdulillah - Pena Maya sekali lagi mengedarkan 10 NASKHAH AL-QURAN secara PERCUMA!

Ya,Percuma!Naskhah yang mengandungi Terjemahan Bahasa Melayu ini sangat sesuai dibaca oleh anda yang ingin mencari kebenaran/merubah diri - atau mungkin boleh dihadiah kepada Keluarga/Ibu Bapa/Rakan Kerja Non-Muslim etc.

*** *** ***

Apakah 'Projek 10 Al-Quran Percuma' ini?

Boleh baca Penerangan dan Contoh Edisi bulan lepas tentang Projek ini di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua manusia yang ingin memahami Al-Quran atau sedang mencari kebenaran.Pendek kata - sesiapa sahaja yang benar-benar mahu memanfaatkannya.Tapi syaratnya mestilah memahami Bahasa Melayu.Ini kerana 10 Naskhah Terjemahan yang bakal diedar adalah di dalam Bahasa Melayu!

Apakah harapan Pena Maya kepada Bakal Penerima Al-Quran ini nanti?

Pertama,tolong manfaatkannya.Kedua,jangan sesekali menjualkannya kembali kepada orang lain untuk meraih keuntungan dunia.Ini adalah satu Amanah kepada anda yang menerima.Ketiga,kalau rasa tidak mampu membaca,ada elok bagi peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan untuk menyertainya.

Apakah kita perlu memahami Al-Quran?

Sudah semestinya.Alangkah bodohnya kita andai mengabaikan Resipi Kejayaan Abadi yang terkandung dalam Al-Quran ini.

Kerjasama

Sukacita dimaklumkan,Projek kali ini Alhamdulillah mendapat Dana yang amat menggalakkan dari lebih 10 Orang Pembaca.

Al-Quran Edisi apakah yang bakal diedarkan?


Setiap Penerima Akan Menerima Al-Quran Berserta Beg Istimewa Yayasan Restu

Sepuluh Al-Quran Percuma berserta TERJEMAHAN BAHASA MELAYU terbitan YAYASAN RESTU akan diedar dan setiap satu Naskhah ini harganya di Pasaran menjangkau RM 70 ke atas.Jadi jangan lepaskan peluang ini.

Bagaimana Cara Untuk Menyertai dan Mendapatkan Al-Quran ini?

Anda yang berminat hanya perlu tulis di bahagian komen dan nyatakan yang anda berminat dan kenapa anda mahu mendapatkan Al-Quran ini.Nyatakan juga anda mahu dapatkan Al-Quran itu untuk siapa (anda boleh hadiahkan Al-Quran ini kepada Keluarga/Rakan anda yang anda yakin akan manfaatkan Al-Quran itu nanti).

Selepas itu,nyatakan bagaimana saya boleh menghubungi anda - E-Mail,Twitter,Blog.Saya akan hubungi anda selewatnya dalam Tempoh Lima Jam selepas komen anda ditulis untuk meminta maklumat Delivery.

Bagaimana Cara Pemilihan Penerima?

Oleh kerana melalui Pengalaman Edisi-Edisi yang lepas,ada beberapa Pihak yang seakan-akan main-main tidak serius dalam menulis komen,bermula Edisi Bulan ini,saya hanya akan memilih orang yang dirasakan saya benar-benar memerlukan.

Jadi,tulislah komen elok-elok.

Sepuluh Pengkomen terawal yang saya Publishkan komennya akan menerima Al-Quran ini.

Kemusykilan lagi?

Boleh rujuk Edisi Bulan Lepas di sini untuk Maklumat Lanjut.Contoh Komen juga ada di sana.

*** *** ***

Akhirnya

Sesiapa yang tidak berjaya,boleh cuba lagi pada bulan depan,insya-Allah jika saya dan anda masih hidup.

Program ini diadakan untuk membuka Pintu-Pintu untuk mendekatkan Para Pencari Kebenaran kepada Jalan ini (Islam).

Itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tatkala Islamophobia makin menjadi-jadi dan Penindasan Terhadap Muslim semakin berleluasa,usaha untuk menyebarkan jalan ini dengan sebenar-benarnya harus dipertingkat!


47 comments:

  1. salam alayk.
    maaf tanya al-quran ini saiz besar ya ? just asking, jzkk.btw moga segala urusan anda dipermudah , may ALLAH bless

    ReplyDelete
    Replies
    1. saiz dia besar dari quran mini.. yang edaran quran mini akan dijalankan hujung bulan depan insya-Allah ..

      Delete
  2. masih ada 10 untuk diedar.dapatkan segera.delivery akan dilakukan secepat mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum wbt, ya akhi. mashaAllah. satu niat dan usaha yang sangat baik. semoga saudara diberkati dan diredhaiNya, inshaAllah.

      If possible saya ingin memiliki satu naskhah Al-Quran ini untuk dihadiahkan kepada kakak saya.. kakak saya sedang menyimpan niat untuk memiliki satu Al-Quran terjemahan namun dia masih belum berkesempatan untuk memilikinya.

      Oleh itu, saya ingin memiliki Al-Quran ini dengan harapan saya dapat menggembirakan kakak saya dan semoga dia dapat bermanfaat dengannya, inshaAllah.

      jazakallahu khair.

      Delete
    2. walaikumsalam .. maaf ..semua al-quran sudah habis diedar.dan dana juga telah habis diguna (kerana saya bagi lebih dari 10 ) ..

      maaf.anda boleh cuba bulan depan,insya-Allah ada rezeki anda,anda akan dapat quran tu..

      apa-apapun alhamdulillah niat anda sudah baik mahu hadiahkan kepada akak anda...

      insya-Allah bulan depan akan ada giveaway jugak..anda boleh follow blog ni untuk perkembangan lanjut.

      Delete
  3. Replies
    1. sini boleh,anda mahu quran ke? kalau mahu boleh nyatakan minat di sini terus.

      Delete
  4. salam.sye berminat untuk mendaptkan quran tersebut untuk dihadiahkan kepada kawan saye yang ingin berubah kepada yag lebih baik sempena bulan ramadhn ini.sye sangat berharap untuk mendaptkan quran ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam saudari/puan.

      Niat yg sgt baik.smoga diredhai.alhamdulillah quran jadi milik anda..

      Sekarang anda hanya perlu email saya maklumat2 ini : nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.sy akan terus pos sejurus dpt email anda..

      Assalamualaikum.

      Delete
    2. Ini email saya pospenamaya@gmail.com

      Delete
  5. sy telah memeluk Islam pad a thn 2005 Dan skrg menetap bersama suami di pahang...sy berharap Sgt dpt memiliki Al-quran ni untuk bacaan sy Dan keluarga sy Yang msh blm memeluk Islam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam saudari/puan.

      Niat yg sgt baik.smoga diredhai.alhamdulillah quran jadi milik anda..

      Dan alhamdulillah spnjg projek ni bjln,inilah prtma kali penerima dari kalangan saudara baru..alhamdulillah..

      Sekarang anda hanya perlu email saya maklumat2 ini : nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.sy akan terus pos sejurus dpt email anda..

      Ini email saya pospenamaya@gmail.com

      Delete
  6. Kepada anda yang lain - ada 8 lagi naskhah quran percuma untuk dimiliki! Sertai sekarang!

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.rasa tertarik dgn AlQuran kerana size dia lebih besar dr size AlQuran mini. sbb penglihatan ibu sy tak berapa baik. mgkin AlQuran ni dpt buat ibu lebih selesa utk bw dijadikan teman. sy sgt berharap dpt jadikan AlQuran ini sebagai hadiah buat ibu di bulan Ramadhan. Jika ianya mmg tertulis rezeki ibu,adalah. Takdapt pun takpa. Tahniah buat usaha murni ni. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam saudari/puan.

      Niat yg sgt baik.smoga diredhai.alhamdulillah quran jadi milik anda..

      Sekarang anda hanya perlu email saya maklumat2 ini : nama penerima,alamat penerima dan nombor telefon penerima.sy akan terus pos sejurus dpt email anda..ini email saya pospenamaya@gmail.com

      Assalamualaikum.

      Delete
  8. Kepada anda yang lain - ada 7 lagi naskhah quran percuma untuk dimiliki! Sertai sekarang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualikum, saya bapa kpd 3 org anak,
      dah lama saya mencari-cari al-quran ni
      tujuan untuk menerangkan kpd anak-anak saya,
      tpi saya sendiri pon jahil,
      saya harap dgn Al-quran ini dapat saya belajar
      dan mengajar kpda anak-anak saya serta org lain

      Delete
    2. Assalamualaikum BAPA KEPADA 3 ANAK.Tahniah.Al-Quran ini menjadi milik anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima..

      saya akan lakukan delivery secepat mungkin selepas dapat maklumat. dalam email tolong tulis bahawa anda ini BAPA KEPADA 3 ANAK.okay?

      Delete
    3. Assalamualaikum Tuan/Puan.saya belum menerima email dari anda.harap dapat buat demikian sesegera boleh.

      Delete
  9. Salam'alaykum wbt. Andai tertulis rezeki utk memiliki Al-Quran ini, teringin rasanya diberikan pada ummi yang sedang dalam usaha untuk mengkhatamkan Al-Quran buat kali ke-2 pada tahun ini di bulan Ramadhan insyaAllah. Mabruk atas usahanya.. Semoga diberkati Allah SWT selalu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Nad Izza.Tahniah.Al-Quran ini menjadi milik anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima..

      saya akan lakukan delivery secepat mungkin selepas dapat maklumat. dalam email tolong tulis bahawa anda ini NAD IZZA.okay?

      Delete
  10. Salam saudara,

    moga niat murni ini diberkatiNya. InsyaAllah

    Bila kwn sy tunjukkan sal post nie mbwatkan sy tertarik tuk miliki Alquran ini lg2 size dy yg kecik. Diakui, sy skunk mndalami isi alQuran means maksd bserta tafsir sekali. Tapi disebabkan Quran sy miliki bsaiz besar mbwatkan sy memahami maksd hanya dirumah.

    Justeru, if dapat Alquran yg bersaiz kecil ini dpt memudahkan sy memahami maksdnya if berada di luar. Moga dipermudahkanNya. InsyaAllah

    Syukran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum nur amalia.Tahniah.Al-Quran ini menjadi milik anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima..

      saya akan lakukan delivery secepat mungkin selepas dapat maklumat. dalam email tolong tulis bahawa anda ini NUR AMALIA.okay?

      Delete
  11. Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum

    Pertama sekali saya amat berterima kasih kepada pihak Pena Maya kerana mengadakan aktiviti pemberian al-quran yang jarang diadakan di kalangan kita rakyat Malaysia. Semoga Allah membalas usaha kalian insyaAllah,..

    Saya amat tertarik dan ingin mendapatkan al-quran ini kerana ia mengandungi terjemahan bahasa melayu dan saya ingin sekali menghadiahkan nya buat kedua ibu bapa saya sebagai bacaan harian mereka dan saya ingin sekali melihat mereka dapat memahami apa yang dibaca bukan sekadar membaca tanpa mengetahui makna apa yang dibaca. Semoga Allah murahkan rezeki buat pemilik Pena Maya dan para penaja:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum IKHWAN ZAYANA.Tahniah.Al-Quran ini menjadi milik anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima..

      saya akan lakukan delivery secepat mungkin selepas dapat maklumat. dalam email tolong tulis bahawa anda ini IKHWAN ZAYANA.okay?

      Delete
    2. Assalamualaikum Tuan/Puan.saya belum menerima email dari anda.harap dapat buat demikian sesegera boleh.

      Delete
  12. Assalamu'alaikum.
    Saya nak. Tapi saya tak pandai nak berkata-kata mengapa dan kenapa saya nak. Kalau boleh saya nak kongsi quran ni bersama-sama keluarga tercinta. InshaAllah. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum SHAJIA NIUEDA.Tahniah.Al-Quran ini menjadi milik anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima..

      saya akan lakukan delivery secepat mungkin selepas dapat maklumat. dalam email tolong tulis bahawa anda ini SHAJIA NIUEDA.okay?

      Delete
  13. Assalamualaikum.. saya merupakan seorang penuntut di salah sebuah universiti di mesir. sejak berada di bumi mesir, terdetik di hati sy utk memahami tafsir al-quran dgn lebih mendalam dimana sebelum ini sy memandang remeh tentangnya.sy berharap, sy dpt memiliki al- quran ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ANON 856 AM.Tahniah.Al-Quran ini menjadi milik anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima..

      saya akan lakukan delivery secepat mungkin selepas dapat maklumat. dalam email tolong tulis bahawa anda ini ANON 856 AM.okay?

      Delete
    2. Assalamualaikum Tuan/Puan.saya belum menerima email dari anda.harap dapat buat demikian sesegera boleh.

      Delete
  14. Assalamualaikum tuan,

    saya bersedia utk dapatkan satu naskhah terjemahan bahasa melayu utk diri & ahli keluarga saya. Nuzul quran sudah hampir boleh dimanfaatkan. InsyaAllah

    tepung_kuah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum ANON 905 AM.Tahniah.Al-Quran ini menjadi milik anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima..

      saya akan lakukan delivery secepat mungkin selepas dapat maklumat. dalam email tolong tulis bahawa anda ini ANON 905 AM.okay?

      Delete
    2. Assalamualaikum Tuan/Puan.saya belum menerima email dari anda.harap dapat buat demikian sesegera boleh.

      Delete
  15. Assalam..saya amat berharap untuk mendapat Alquran supaya dapat menaikkan semangat saya untuk membaca dan mentadabbur ayat-ayat Allah, InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum NORA NISAH.Tahniah.Al-Quran ini menjadi milik anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima..

      saya akan lakukan delivery secepat mungkin selepas dapat maklumat. dalam email tolong tulis bahawa anda ini NORA NISAH.okay?

      Delete
  16. salam alaik...saya seperti saudara di atas...saya mahu menghadiahkan al-quran ini pada mak saya..sebelum ini saya pernah mahu menghadiahkannya terjemahan al-quran yg bersaiz mini namun oleh kertana rabun die menolak dan die masih mahukan terjemahan tetapi yg bersiz besar..saya harap dapat menghadiahkan al-quran ini pada mak sempena ramdhan..syukran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum SRIKANDIISLAM.Tahniah.Al-Quran ini menjadi milik anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima..

      saya akan lakukan delivery secepat mungkin selepas dapat maklumat. dalam email tolong tulis bahawa anda ini SRIKANDIISLAM.okay?

      Delete
    2. subhanALLAH....alhamdulillah...syukran ya...moga usaha antum diteruskan...insyaALLAH....

      Delete
  17. Assalamualikum, saya bapa kpd 3 org anak,
    dah lama saya mencari-cari al-quran ni
    tujuan untuk menerangkan kpd anak-anak saya,
    tpi saya sendiri pon jahil,
    saya harap dgn Al-quran ini dapat saya belajar
    dan mengajar kpda anak-anak saya serta org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum BAPA KEPADA 3 ANAK.Tahniah.Al-Quran ini menjadi milik anda.sila hubungi saya di pospenamaya@gmail.com dan berikan saya di sana nanti nama penerima,nombor telefon penerima dan alamat penerima..

      saya akan lakukan delivery secepat mungkin selepas dapat maklumat. dalam email tolong tulis bahawa anda ini BAPA KEPADA 3 ANAK.okay?

      Delete
    2. Assalamualaikum Tuan/Puan.saya belum menerima email dari anda.harap dapat buat demikian sesegera boleh.

      Delete
  18. kepada anda-anda yang lain - PENYERTAAN DITUTUP!

    tahniah kepada yang mendapat al-quran!

    ReplyDelete
  19. kepada Para Penerima di atas,harap dapat EMAIL saya pospenamaya@gmail.com maklumat-maklumat berikut :

    NAMA PENERIMA
    NOMBOR TELEFON PENERIMA
    ALAMAT PENERIMA (sila pastikan alamat yang lengkap dan betul)

    delivery akan dilakukan sejurus maklumat saya dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan kepada anda-anda yang lain - PENYERTAAN DITUTUP!

      tahniah kepada yang mendapat al-quran!siapa tak dapat,cuba lagi next month okay ?insya-Allah!

      Delete
  20. As-Salam. andai ada rezeki saya memiliki al-Quran tersebut, saya menerimanya dgn rasa syukur kehadrat Ilahi. Semoga urusan tuan dipermudahkan, ganjarannya diberikan Ilahi berganda2 di bulan ini. Andai masih ada, kirimkanlah kepada saya dan ibu tersayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam lina anak mami.. maaf peruntukan dana yang disumbang oleh para penyumbang telah habis digunakan ..

      kalau masih ada,memang saya akan belikan anda.tapi peruntukan sudah tiada.jangan risau,anda boleh menyertai dalam giveaway2 akan datang - ini kerana setiap bulan ada giveaway diadakan di sini.ikuti blog ini untuk maklumat lanjut

      Delete