26.7.12

Short Update : Edaran Al-Quran Pusingan Kedua/Jejak Nurani/Dana/Ramadhan/Rohingya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***


Maaf.

Sudah lama tidak update Penulisan di sini.

Agak sibuk dengan urusan luar di sana.

Juga sedang sibuk edit Video Jejak Nurani Episod II yang bakal ditayangkan Sabtu ini.

Bagi anda yang masih belum menonton Episod I,boleh tonton dahulu di sini :


Apa yang saya tahu - Episod II yang bakal disiar Sabtu ini (insya-Allah) - akan lebih menyentuh tentang Latar Belakang Sosio-Masyarakat Muslimin di Kazan.

Jangan lupa untuk ikuti perkembangan lanjut di Blog ini - atau di Twitter Pena Maya.

*** *** ***

Edaran Al-Quran Percuma Pena Maya Pusingan Kedua

Alhamdulillah - Segala Puji hanya bagi Allah SWT - kerana dengan izin-Nya - Projek Edaran Al-Quran Ramadhan 2012 (Link) Pena Maya berjalan dengan amat lancar.

Dan semua Sepuluh Naskhah Al-Quran yang dibeli telah diedar kepada Penerima yang sepatutnya.Alhamdulillah.Semoga dimanfaat.

Sekadar berkongsi : 2/3 daripada Penerima Al-Quran baru-baru ini merupakan Perempuan.Menarik untuk difikirkan bukan?

Kalau dilihat secara kasar pun,memang Kaum Hawa lebih mudah tertarik dengan Islam berbanding Kaum Adam.Jadi,kepada Para Suami/Bapa/Abang,didiklah Isteri/Anak/Adik Perempuan anda dengan betul.Jika semua kita mendidik mereka dengan betul,insya-Allah sedikit sebanyak dapat melahirkan Generasi Islam Masa Hadapan yang beriman.

Berbalik kepada Tajuk Perbincangan kita.

Ya.Memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan,saya berfikir untuk mengadakan Pusingan Kedua Edaran Al-Quran Ramadhan Pena Maya!

Berapa Naskhah yang mahu diedar?

Itu bergantung kepada Dana yang bakal diterima.

Baki yang ada dalam Akaun CIMB Pena Maya Enterprise pada ketika ini ialah RM 235.50.Ini semua adalah Duit yang disumbangkan oleh anda Para Penyumbang Dana bagi Projek Tempoh Hari.

Saya fikir,Ahad ini - 29 Julai 2012 saya akan mengadakan satu Giveaway Buku Islamik.Antara buku yang bakal diedar ialah - Riyadhus Solihin,Hadis 40 dan lain-lain.

Jadi,Dana yang bakal diguna Ahad ini mungkin lebih kurang RM 150.Jadi,tinggal RM 85.50 dalam Akaun Pena Maya.

Jadi,untuk mengedarkan Sepuluh Al-Quran bagi Edisi Kedua ini - Pena Maya memerlukan lebih kurang RM 600 lagi.

Blog ini ada hampir 600 orang Follower.Jika 60 orang dari jumlah ini sumbang RM 10 seorang,itu sudah mencukupi.

Jadi,anda mahu terlibat dalam Projek Edaran Al-Quran Kedua Pena Maya ini?

Hulurkan sumbangan anda di sini :

Nama Akaun Bank CIMB : Pena Maya Enterprise
Nombor Akaun CIMB : 06080000393108


Masih tidak faham tentang Projek ini?Baca di sini.

Terima kasih didahulukan.Ramai di luar sana yang memerlukan Al-Quran ini.Mari sama-sama kita bekerjasama.

*** *** ***

Diari Jejak Nurani

Saya masih akan meneruskan Diari Jejak Nurani.Ianya belum tamat.Tapi sekarang tiada masa untuk menulis memandangkan agak sibuk dengan Pembikinan Video Jejak Nurani.

*** *** ***

Ramadhan/Rohingya

"Lelaki yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah dan mendirikan solat dan membayar Zakat,mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya hati dan pandangan menjadi gusar." [Al-Nur : 37]

Tanya diri kita,apakah kita termasuk dalam Golongan di atas?

Apakah kita khusyuk dalam mengingati-Nya?

Di dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini,sama-sama kita muhasabah diri.Dan merenung tahap iman kita.

Sama-sama kita perbaikinya.

Sekadar ingin berkongsi sebuah Status Twitter yang saya fikir menarik untuk kita semua :



Ketika kita berbuka puasa bermewah-mewahan,ketahuilah Saudara-Mara kita di Myanmar (Rohingya),Palestin,Syria - hatta ada Saudara kita di Malaysia yang sedang dibelenggu kemelaratan dan kesedihan.

Ayuh,celikkan mata yang telah terpejam lama - kita jadi Umat Islam yang Dinamik - yang keluar membantu saudara-mara kita - bermula Ramadhan ini!

Tingkatkan amal,tingkatkan derma,ikhlaskan niat,tingkatkan juga doa.

*** *** ***

Itu sahaja untuk kali ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jika tiada Aral melintang,KALAU ada Dana mencukupi,Projek Al-Quran Pusingan Kedua ini akan dijalankan pada Minggu Hadapan atau Dua Minggu Lagi.Insya-Allah.


3 comments:

  1. Assalamu'alaikum Umar

    Terima kasih perkongsian Jejak Nurani ke Kazan ni.. benar kata Saidina Umar Al-Khattab tu.. Oleh itu didoakan agar setiap Muslim berusaha untuk mendapatkan kemuliaan melalui redha Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam makcik.maaf lambat.saya tak online satu hari semalam..

      insya-Allah makcik.terima kasih kerana tonton.doakan agar saya dikekalkan ikhlas dan istiqamah..

      semoga makcik dan keluarga dilimpahkan dengan rahmat dan redha-Nya dalam bulan ramadhan yang mulia ini.

      assalamualaikum .

      Delete