28.8.12

Diari Jejak Nurani XIV : Perenggan Terakhir.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

firaun ketika hidupnya
barangkali menyangka dirinya
dapat kekal abadi di dunia bersama hartanya
apakah benar fikirnya?

hidup ini ibarat suatu diari
tempat mencoret perjalanan diri
boleh jadi
kadangkala tiada apa mahu dicoreti

samar masa hadapan
tiada diri yang mengetahui apa di hadapan
tapi yang Maha Mengetahui sudah memberitahu kita
apa yang bakal terjadi jika kita tidak 'patuh dan bersedia'
apakah kita tidak mahu mengambil peringatan?

tatarstan sudah lebih tiga bulan ditinggal krew
diari kelana kami pula masih banyak tidak dinukilkan
tapi manusia itu lemah
rancangnya - mahu menulis berjuta perkataan
tapi rancangan selalu terbatal akibat kedaifan
kedaifan diri yang selalu leka

sedar atau tidak
diari kelana sebenar kita masih berjalan
setiap saat yang dibazir
setiap minit yang terbuang
diari tetap berjalan
pihak yang mencatat akan terus mencatat
apakah kita mahu catatan yang membawa binasa?

jika bukan binasa yang kita mahukan
jika benar bahagia abadi yang kita cari
ketahuilah
kita masih punya masa
betulkan kembali diari ini
kita mulakan kembali langkah yang terhenti

jangan buang masa lagi
jangan begitu asyik mengembala diari al-fanai
fokuskan pada matlamat sebenar kita
fokus
dan terus fokus

terima kasih dari kami krew jejak nurani
setakat ini kembara kita bersama
ada masa dan umur
kita jumpa lagi


Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Tiada Aral Melintang,Jejak Nurani insya-Allah akan dibukukan.


Selamat Tinggal

5 comments:

  1. Assalamualaikum. kalaua dah dibukukan, akan diedarkan percuma ka atau diual atau ada giveaway? dan kalau dalam bentuk ebook pula mungkin boleh percuma kot? apa2 pun tahniah dan semoga mendapat ganjaran atas usaha anda. dan moga2 selepas ini ada lagi projek2 lainnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada byrn pon,mgkin sy akn gne 100% keuntungn untk projek quran.kira mcm jualan amal la

      Delete
    2. bagus juga idea tuh... so ada la lebih dana untuk projek Al-Quran seterusnya. dan apa kata kalau jadi, bundle kan sekali dvd semua episode jejak nurani dalam pakage. gerenti ada yang berminat.

      Delete
    3. ini page saya, rujuan saya buat page ni juga untuk sebarkan kelebihan berselawat dan berzikir.. mungkin user kat sini yang ada fb boleh join da saya ada kongsikan update pena ilmu semua kesana termasuk tentang sumbangan dana. tapi kalau bab duit, semua baca ja post, takdak yang berminat nak komen . tapi mingkin semua undercover kot... baca dan buat amal dalam diam. x gitu. https://www.facebook.com/SelawatdanZikir

      Delete
  2. Perjalanan Jauh Beribu Batu
    Bermula Dengan Langkah Yang Satu
    Lembaran Diari Harapnya Menjadi Buku
    Dapat Kongsi Rasa Dan Ilmu
    Menjadi Pusaka Untuk Tetamu
    Juga Provok Hati Yang Lesu.

    SOT - 5Sept12, Ulu Klang Industrial Zone.

    ReplyDelete