7.8.12

Short Update : Perjalanan Setiap Manusia Itu Jauh Berbeza,Tapi Matlamatnya Sama.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Ini Short Update.

Sangat ringkas.

Sudah lama bukan saya tidak Update Penulisan?

Hari semalam baru pulang dari Pulau Pinang.

Saya pergi ke sana bersama seorang Sahabat.

Sempat menghadiri Dua Iftar.

Yang pertama - Anjuran Hidayah Centre Pulau Pinang.

Hidayah Centre ini - untuk yang tidak tahu - adalah sebuah NGO yang berdakwah kepada Non-Muslim,dan menjaga Kebajikan New Reverts.

Dalam Forum yang dianjurkan mereka ini - ada 3 Orang Chinese dan Indian Muslims menjadi Panel - dan menceritakan Pengalaman mereka dalam perjalanan menjadi Muslim.

Persamaan ringkas dari ketiga-tiga kisah itu saya simpulkan adalah - setiap orang punya jalan yang berbeza dalam menemui kebenaran.

Tapi,kalau hati kita memang ikhlas menginginkan kebenaran,insya-Allah - kebenaran akan Allah Tunjukkan kepada kita.

Function Kedua yang saya hadiri pula adalah Iftar Perdana di Institut Al-Qayyim,Pulau Pinang.

Iftar di sana dianjurkan sempena kepulangan Dr. Asri Zainul Abidin.

Sempat mendengar Tazkirah yang disampaikan Beliau sebelum berbuka.

Alhamdulillah,sangat bermakna.

Tapi,untuk Sesi Malam,saya tidak sempat dengar.

Ini kerana - saya dan Sahabat saya terus bertolak ke KL selepas bersolat Maghrib.

Apa-apapun,ringkasnya,dua hari di Pulau Pinang,saya kagum sebenarnya dengan usaha yang dilakukan badan-badan Dakwah ini.

Walaupun tidak mendapat tempat di Media,Alhamdulillah,masih ramai yang hadir.

Tapi,usaha masih perlu dipertingkat.

Ini kerana,masih ramai yang Jahil di luar sana dalam kalangan masyarakat kita.

Ayuh,sama-sama kita usahakan!

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Jejak Nurani Episod III Hujung Minggu ini,insya-Allah.

P/P/S : Kalau ada sesiapa mahu Al-Quran,boleh terus E-Mail saya pospenamaya@gmail.com - ada lebihan dana buat masa ini.



Sumber : Tumblr Pena Maya

1 comment:

  1. moga ramadhan yang masih tersisa tak sia-sia.
    moga dipermudah segala urusan olehNYA.
    thumbs up untuk episod jejak nurani .
    barakallahufik.

    ReplyDelete