30.9.12

Antara Bintang,Poligami Dan Keperluan Mendekati Masyarakat Muslim Di Malaysia Timur.

Prenote : Penulisan ini tidaklah boleh dijadikan asas untuk Anda menghukum sesuatu.Ianya ditulis sekadar untuk sama-sama kita membuka mata,dan berfikir.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

*** *** ***

Bintang (Permulaan Cliché Sedikit,Boleh?)

"All the vultures and bootleggers at the door waiting,were so quick to point our own flaws in others" [J. Casablancas]

Percaya atau tidak,antara cita-cita saya yang paling lama bertahan dalam hidup saya sebelum ini adalah untuk menjadi Rockstar.

Dan saya yakin,memang ada 'Naluri Seni' dalam diri saya.

Tapi bila difikir,itu hanya keinginan yang tidak perlu untuk difikir panjang - malah perlu dilupakan.

Hidup ini - usah kita sia-siakan dengan berfikir tentang 'kepuasan diri' sahaja.

Masa yang singkat perlu diguna sebaik mungkin untuk membantu manusia lain.


*** *** ***

Antara Poligami Dan Sukarnya Mencari Lelaki Untuk Dijadikan 'Imam'

Sepanjang Pena Maya mengadakan Projek Edaran Al-Quran dan Buku Islamik secara Percuma,saya telah mendapati satu Ritma dan Corak pada Kelompok Penerima.

Ringkasnya,kebanyakan Para Penerima Al-Quran itu adalah Perempuan.

Bukan Lelaki.

Kalau Penerima itu adalah Lelaki - nescaya mereka bukanlah Lelaki Muda.

Bukan tiada Lelaki Muda yang menjadi Penerima.Ada.Tetapi kurang.Amat kurang.

Apa maksudnya di sini?

Jika difikirkan,memang benar - susah mencari Lelaki yang benar-benar 'mampu menjadi Imam untuk sesebuah Keluarga hari ini'.

Tapi,apa yang saya coretkan di atas ini tidak semestinya betul.

Ini sekadar apa yang saya simpulkan mengikut pemerhatian.Saya yakin anda juga turut menyedari keadaan yang sama sedang berlaku di sekeliling anda.

Dan jika kita benar-benar ikhlas dalam mencari penyelesaian untuk Realiti Semasa yang sedang berlaku ini,pasti kita akan bermonolog begini,"Patutlah disuruh Lelaki yang mampu (baik,beriman,bertanggungjawab) untuk berkahwin lebih daripada Seorang".

Benar.

Memang benar.

Tapi sayang,sekali lagi Imej Islam dicalar oleh Muslim sendiri.

Apa yang menyedihkan,kebanyakan orang yang berkahwin 'lebih dari satu' pada hari ini - mereka-mereka ini berkahwin kerana 'gatal' semata.

Akibatnya - Isteri Pertama terabai,dicerai - Isteri Kedua pula hanya disayangi ketika masih muda.

Bertambah lagi satu Fitnah kepada Islam.

Poligami yang sepatutnya menjadi Indah jika diamal berlandaskan Syariat serta mengikut 'Sunnah Rasulullah SAW',berubah menjadi 'buruk' akibat 'kejahilan' Muslimin sendiri.

*** *** ***

Ada Seorang 'Brother'

Masih lagi sekitar Analisa Penerima Projek Al-Quran Dan Buku Islamik.

Ketika Tawaran Projek Al-Quran ditutup baru-baru ini,ada seorang Insan dari Sarawak menghantar E-Mail kepada saya.

Beliau menceritakan bahawa betapa sukarnya di Kawasan Tempat Beliau bekerja (mengikut apa yang saya faham - Beliau bekerja di Kawasan Pedalaman) untuk mencari Surau dan juga Kitab Al-Quran untuk dibaca.

Banyak lagi yang dicerita dalam E-Mail itu.

Tapi,apa yang perlu kita semua sedar adalah 'Krisis Dakwah' yang sedang berlaku di Sabah/Sarawak.

Bukan seorang dua yang menghantar E-Mail kepada saya dengan Situasi sebegini.

Agak ramai juga.

Ada Golongan Muda dari Sabah - mereka menceritakan bahawa mereka ingin berubah,tapi kurang Sahabat yang boleh dijadikan Pembimbing.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah - betapa perlunya kita meningkatkan Penghantaran Pendakwah untuk mendekati Masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Tolong betulkan jika Pemahaman saya di atas silap.

Tapi mengikut apa yang diberitahu kepada saya,itulah keadaan yang sedang berlaku.

Jadi,harap kita semua sedar bahawa tanggungjawab kita di luar sana masih lagi banyak.

Oleh itu,saya sangat hairan apabila ada orang masih lagi mengeluarkan statement "Bosan la,tak tau nak buat apa" - tatkala orang yang sama itu jugalah yang membaca Berita Kerosakan Akhlak Masyarakat yang sedang hebat berlaku di luar sana setiap hari.

*** *** ***

Janin

Kesimpulan dari Penulisan ini yang saya mahu sampaikan adalah - "Tatkala lebih 10000 Janin digugur di Malaysia saban Tahun,dan kebanyakan yang terlibat adalah mereka yang beragama Islam - adalah tidak munasabah untuk kita banyak berehat".

Sama-sama kita renung,dan usahakan sesuatu untuk mengubah keadaan ini.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment: