15.9.12

"Giveaway Oleh Pena Maya - Siapa Mahu Buku Percuma?" (Edisi 'Kombo Ogos-September' 2012).

Prenote I : Pemberian Buku-Buku Islamik Percuma kepada sesiapa yang mahu memanfaatkannya sebaik mungkin.

Prenote II : Kepada Para Penerima,sila beri kerjasama untuk memberikan Alamat anda secepat mungkin selepas anda disahkan menerima buku ini nanti.Ini untuk memudahkan Penghantaran.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Bermula Edisi April yang lepas,Giveaway Pena Maya akan diringkaskan Entri Penyertaannya.Ini dilakukan agar dapat menarik minat Golongan yang 'kurang gemar membaca' untuk menyertai Giveaway ini.

*** *** ***

Penerangan

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda : "Apabila seorang manusia mati,putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu yang memberi faedah kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Apakah 'Giveaway Pena Maya' ini?

Usaha kecil Pena Maya mengedarkan beberapa Buku Islamik kepada Masyarakat Awam dengan harapan menarik mereka kembali kepada Islam.Boleh lihat contoh Giveaway yang lepas di sini.

Siapakah Yang Boleh Menyertai?

Semua Umat Islam yang membaca blog Pena Maya.Tapi,ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Sila teruskan pembacaan.

Berapa Buah Bukukah Yang Diedarkan Untuk Edisi Kali Ini?

Edisi kali ini merupakan Edisi Kombo,di mana 6 Buah Buku Islamik akan diedar secara percuma kepada 6 Orang Pembaca,insya-Allah.Ini kerana ini merupakan Gabungan Edisi Ogos dan September.

Bagaimanakah Metod Pemberian Buku/Cara Pembaca Boleh Mendapatkan Buku Itu?

6 Orang Pembaca Bertuah Terawal yang menjawab Soalan dengan 'penuh manfaat' akan mendapat Buku pilihan mereka.

Ya,Saya Berminat - Apa Saya Perlu Lakukan?

1) Nyatakan minat anda di bahagian komen di bawah ini.Maklumkan kepada Penulis - Buku apa yang anda hendak Pilih - dan untuk siapa buku itu hendak diberi nanti.

2) Dalam komen yang sama juga,Jawab soalan ini - "Bagaimanakah anda menunjukkan Rasa Cinta dan Sayang anda kepada Rasulullah SAW?Apakah cukup dengan 'berdemonstrasi bermusim' semata?Apa bukti anda cinta kepada Baginda SAW?"

3) Komen anda tidak perlu panjang berjela seperti Doktor Falsafah.Just nyatakan Pandangan Peribadi anda.Jika Penulis rasakan anda menulis itu dengan kesungguhan,anda akan mendapat Buku yang anda mahukan itu.

4) Nyatakan bagaimana anda boleh dihubungi Penulis - E-mail/Twitter/Blog/Tumblr.Kalau mahu remain Anonymous,sila check kembali Blog ini 3 Jam selepas Komen anda ditulis - dan jika anda dapat buku itu nanti,Penulis akan meminta anda hubunginya melalui E-Mail pospenamaya@gmail.com.

Contoh Komen Yang Perlu Ditulis Anda

Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 1.Buku ini akan dihadiah/diberi kepada ________________.Jawapan kepada Persoalan anda adalah ____________________.Boleh hubungi saya di ____________.

(Atau jika mahu 'remain' anonymous,check Blog ini kembali 3 Jam selepas komen ditulis)

Mudah?

Ya.Mudah.

Senarai Buku Yang Bakal Diedar (Sila Buat Pilihan,Ada Enam Buku Bakal Diedar,Tapi Hanya Satu Buku Untuk Setiap Seorang Penerima)

Pilihan buku yang disenarai kali ini kebanyakannya mahal-mahal/sukar didapati di Bandar Kecil.

Jadi kepada Para Pembaca yang bertuah,buatlah pilihan sebaik mungkin!

1) Biografi Muhammad Bin Abdullah (Edisi 2011)


Penerangan : Ramai dari kita yang meletakkan Gambar 'I Love Muhammad' di Twitter etc.Tapi sayang,gambar itu hanya sekadar gambar.Akhlak kita di Profile kita tidak mencerminkan yang kita sebenarnya menyayangi Rasulullah SAW.Jika benar kita mencintai Rasulullah SAW,kita akan mengikut Sunnah Baginda SAW.Persoalannya,apakah kita benar-benar mengenali Baginda SAW?Buku ini merupakan jawapan bagi anda yang sedang mengkaji hidup Baginda SAW,tapi dalam masa yang sama baru berjinak 'membaca buku tebal'.Amat bagus.Dicadang anda hadiah pada diri sendiri/keluarga.

2) Ringkasan Riyadhus Solihin (Hadis Sahih yang Tesusun Indah) Oleh Imam Nawawi


Penerangan : Riyadhus Solihin merupakan sebuah Kitab Ilmu yang dikarang oleh Imam Nawawi.Namun,Buku di atas ini merupakan Ringkasan kepada Kitab Riyadhus Solihin yang sesuai dibaca untuk Majoriti Muslim seperti kita.Penerbitan oleh Telaga Biru ini mengandungi Hadis-Hadis Sahih yang dapat kita amalkan dalam kehidupan Seharian.Saya amat cadangkan anda hadiahkan buku ini kepada Ibu Bapa anda.

3) Syamail Muhammadiyah: Keanggunanmu Ya Rasulullah (Oleh Imam Al-Tarmizi)


Penerangan : Saya hampir-hampir membeli buku ini ketika Cuti Musim Panas baru-baru ini.Tapi,kesuntukan masa menghalang saya dari membelinya.Pada saya ini merupakan buku yang amat bagus.Buku ini merupakan Koleksi Hadis oleh Imam Al-Tirmizi yang menerangkan Peribadi Rasulullah SAW.Amat bagus untuk dibaca seisi keluarga!

4) Islam in Malaysia : Perceptions & Facts


Penerangan : Saya amat memahami yang mana bukan semua orang Islam di Malaysia - mahir/minat membaca dalam Bahasa Melayu.Untuk berlaku adil,saya juga masukkan buku ini dalam Senarai Giveaway kali ini.Buku ini sebenarnya merupakan Edisi Bahasa Inggeris bagi Buku Penulisan Dr. Asri dalam Bahasa Melayu bertajuk Menerajui Bahtera Perubahan Minda.Saya masih sedang cuba menghabiskan Pembacaan buku ini buat masa ini.Tapi jujur bicara,buku ini amat saya cadangkan untuk anda pilih,jika anda seorang Non-Muslim (atau even Muslim) yang sedang cuba memahami Islam - tapi keliru apabila melihat 'Islam Versi Adat' yang terdapat di Negara kita.Buku ini banyak memperbetulkan Persepsi yang salah terhadap Islam,insya-Allah.

5) Di Hamparan Shamrock : Ku Seru Nama-Mu (Ustaz Hasrizal Saifulislam)


Penerangan : Secara jujur,saya belum lagi membaca buku ini.Hanya membaca Review di Internet.Tapi,saya yakin buku ini bagus untuk dibaca - terutamanya oleh Golongan Muda.Kerana ia menceritakan Pengalaman Ustaz Hasrizal di dalam Kembaranya.Amat bermanfaat untuk dibeli dan dibaca oleh Pelajar Universiti!

6) Ledakan Facebook Antara Pahala & Dosa


Penerangan : Sekarang kita dapat lihat,bagaimana 'lalainya' Umat Manusia dalam menjaga Akhlak di dalam Internet (i.e Facebook).Anda mungkin menyedari perkara ini,tapi anda merasakan sukar untuk nasihat Keluarga/Sahabat anda tentang perkara ini.Menghadiahkan mereka dengan buku ini merupakan 'Metod' yang baik dalam menyedarkan mereka bahaya 'Pergaulan Bebas di Alam Maya'.Oh ya,oleh kerana buku ini agak murah,jadi bagi Penerima yang memilih buku ini,anda akan mendapat satu lagi buku misteri yang juga ditulis oleh Ustaz Zaharuddin.

Itulah dia Senarai Buku yang saya cadangkan untuk anda Pilih.Pilihlah buku yang bermanfaat.Dan manfaatkan juga buku itu bila sudah dapat nanti.Jika tidak,kita beri peluang kepada orang lain yang lebih memerlukan.

Ada 6 Pilihan - dan hanya 6 Buku yang bakal diedar kepada 6 Orang Pembaca.Pilihlah betul-betul.

Masih Tidak Faham Mekanisme Penyertaan?

Boleh rujuk Giveaway Edisi Yang Terdahulu di sini.

Keutamaan

Keutamaan diberi kepada Penduduk Luar Bandar/Sabah/Sarawak/Golongan Yang Sedang Merubah Diri/Non-Muslim.Tapi,Penyertaan anda-anda yang lain juga amat dialu-alukan.

*** *** ***

Itu sahaja.

Sesiapa yang tidak dapat buku bulan ini,jangan putus asa - cuba lagi bulan depan.

Semoga bermanfaat.

Sebarang salah silap,terkasar bahasa - minta dimaaf dan dibetulkan.

Doakan saya,Ibu Bapa dan Keluarga saya.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

P/S : Paling lewat,setiap Penerima akan menerima buku dalam tempoh 2 Minggu,insya-Allah.

P/P/S : Penghantaran hanya dilakukan dalam Malaysia.Anda di Luar Negara?Buku boleh dipos ke rumah anda di Malaysia.Nanti anda pulang ke Malaysia,anda boleh baca,insya-Allah.



18 comments:

  1. Assalam

    Mohon izin nak join sessi ini. saya berminat dgn buku Biografi Muhammad Bin Abdullah (Edisi 2011) untuk bacaan sendiri dan keluarga saya, ibubapa saya dan kakak saya.

    Saya Cinta Rasul dan saya sayang Rasul s.a.w. Saya tiada bukti utk ditunjukkan tetapi sbg pelajar saya banyakkan bersalawat, berzikir dan berdoa agar dapat mencontohi akhlak Rasul s.a.w.

    Saya boleh dihubungi di shahranhanief@yahoo.com

    Terima kasih.


    Blog saya : http://shahranhanief.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam shahran..

      alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah ,buku ini menjadi milik anda.saya telah hubungi anda melalui email .
      kalau tak dapat email tu,sila hubungi pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  2. Assalamualaikum.Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 3, Syamail Muhammadiyah: Keanggunanmu Ya Rasulullah (Oleh Imam Al-Tarmizi).Buku ini ingin saya titipkan untuk bacaan diri saya dan siisi keluarga serta rakan2 jika berminat dengan buku ini.

    pada pendapat saya, untuk menunjukkan rasa Cinta dan Sayang kepada Rasulullah SAW ialah dengan mendalami AQ&Hadith serta mengamalkannya. Sebarkan da'wa Rasulullah,yakni sunnah terbesar yang ditinggalkannya.moga kita semua mendapat syafaat dari Rasulullah di akhirat kelak.mudah-mudahan.insyaAllah

    email saya ezansahizzah@gmail.com

    jazakallah khayran kathiran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam ezan sahizzah..

      alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah ,buku ini menjadi milik anda.saya telah hubungi anda melalui email .
      kalau tak dapat email tu,sila hubungi pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  3. Assalamualaikum.

    Saya berminat untuk menyertai.Saya mahukan buku Nombor 5, Di Hamparan Shamrock : Ku Seru Nama-Mu (Ustaz Hasrizal Saifulislam).Buku ini akan dihadiah/diberi kepada Khairul Izhar Osman.

    Jawapan kepada Persoalan anda adalah bukti kecintaan kita kepada Rasulullah SAW adalah dengan menegakkan ajaran Islam yang dibawa Baginda di dalam diri kita, dan Inshallah kita akan melihat Islam itu tertegak dengan sendirinya di muka bumi seperti yang disabdakan Baginda SAW. Inshallah, itulah bukti cinta saya kepada Baginda, walaupun belum sepenuhnya saya mampu lakukan, inshallah langkah harus diambil sekecil-kecilnya, hinggalah ke akhir hayat kita.

    Boleh hubungi saya di khairul_rf@yahoo.com . Maaf terpanjang komen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam sweetsunday..

      alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah ,buku ini menjadi milik anda.saya telah hubungi anda melalui email .
      kalau tak dapat email tu,sila hubungi pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  4. kepada anda yang lain - masih ada tiga buku.
    harap maklum.

    ReplyDelete
  5. Assalamualikum Sdra Umar. Semoga usha murni Sdra ada nilaiannya di sisi Allah.

    Jika ada rezki, saya berhajat menghadiahkan buku Ringkasan Riyadus Solihin (no.2) buat isteri tercinta yg istiqamah mentelaah Kitab Riyadus Solihin Jilid 1 & 2. Semoga kitab ringkasan ini memudahkan lagi pemahaman secara total.

    Kecintaan kepada Rasulullah ialah dgn taat kepada segala ajarannya. Maka usah bertangguh untuk taat walaupun perkara yang sekecil-kecilnya seperti minum sambil duduk atau pakai selipar dengan mendahulukan kaki kanan.

    Saya boleh dihubungi di hisham.ar@gmail.com.

    Jazakallah. Saya doakan Sdra berjaya dalm hidup dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam tuan SOT..

      alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah ,buku ini menjadi milik anda.saya telah hubungi anda melalui email .
      kalau tak dapat email tu,sila hubungi pospenamaya@gmail.com ..

      Delete
  6. ada dua lagi buku.harap maklum.saya hanya akan memberi buku kepada orang yang saya rasa komen dengan bersungguh,even ringkas.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.

    Saya mahukan buku Nombor 6.Buku ini akan menjadi rujukan saya, keluarga dan rakan-rakan saya, insya-Allah .

    Cara saya menunjukkan cinta kepada baginda adalah denga berselawat dan mengamalkan sunah dan ajaran baginda. Di samping itu, saya juga saling berkongsi hadith dan kisah Nabi bersama ahli keluarga saya dan rakan-rakan.

    Boleh hubungi saya di xamirahx@gmail.com / xxdoodlebugxx.blogspot.com

    Wasalam. Jzkk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam amirah..

      alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah ,buku ini menjadi milik anda.saya telah hubungi anda melalui email .
      kalau tak dapat email tu,sila hubungi pospenamaya@gmail.com

      Delete
  8. ada lagi satu buku.jangan lepaskan peluang.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...

    Buku no.4.Buku ini untuk kakak saya.

    Untuk menunjukkan Rasa Cinta dan Sayang kepada Rasulullah SAW ialah dengan mempelajari,memahami,mengamalkan dan seterusnya menyebarkan sunnah-sunnah baginda.Jawapan itulah yang menunjukkan bukti cinta saya kepada baginda. (selawat ke atas Rasulullah SAW)

    hubungi saya di https://www.facebook.com/SerikandiWyna atau https://twitter.com/SerikandiWyna

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam serikandi wyna..

      alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah ,buku ini menjadi milik anda.saya telah hubungi anda melalui email .
      kalau tak dapat email tu,sila hubungi pospenamaya@gmail.com

      Delete
  10. Assalamualaikum. saudaraku

    Saya rasa terpanggil utk turut serta menyatakan raaa cinta saya Assalamualaikum. saudaraku

    Saya rasa terpanggil utk turut serta menyatakan raaa cinta saya pada rasullulah s.a.w

    setiap ilmu sunnah yg kita tau.eloklah kita terus amalkan supaya menjadi kebiasaan. saya terus hidupkan sunnah nabi.
    jazakallahu khairan.

    harrissyah@yahoo.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam anonymous..

      alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah ,buku ini menjadi milik anda.saya telah hubungi anda melalui email .
      kalau tak dapat email tu,sila hubungi pospenamaya@gmail.com

      Delete
  11. kepada anda yang lain - penyertaan ditutup.boleh cuba bulan hadapan.assalamualaikum.

    ReplyDelete